Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Anak-anak membesar Anak-anak bukan sahaja membesar dengan makanan, pakaian, pendidikan dan tempat tinggal. Mereka juga membesar dengan kata-kata, nada suara dan layanan yang diterima setiap hari daripada ibu bapa. Jeritan mungkin membuat kan anak berhenti melakukan sesuatu dengan serta-merta, tetapi kepatuhan kerana takut tidak semestinya bermakna anak memahami kesalahan nya. Jika jeritan, ugutan dan kata-kata kasar menjadi kebiasaan, ia boleh menjejas kan emosi, tingkah laku dan hubungan anak dengan ibu bapanya. Berikut ialah enam kesannya yang perlu kita fahami : 1. Jeritan boleh menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat untuk belajar mengawal emosi, memberi perhatian dan menyelesaikan masalah. Apabila mereka ker...