Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Ini bukanlah tulisan ku sendiri, tapi satu tulisan yang aku terbaca dalam facebook. Isinya sangat baik, lalu aku senang sekali hendak berkongsi ceritanya. Silakan membaca.... Seorang Pakcik Semasa menemani isteri saya ke klinik ibu, saya ternampak seorang pakcik sedang tekun membaca surat khabar. Di sebelahnya, ada satu kerusi kosong—kedudukannya agak jauh dari bilik doktor dan ruang pemeriksaan. Saya pun melangkah perlahan ke arah kerusi itu, lalu duduk di sebelah pakcik. Tanpa disangka, pakcik memandang saya, memberi salam, dan menghulurkan tangan untuk berjabat. Saya kagum. “Bagus sungguh pakcik ni,” bisik hati saya. Saya pun keluarkan telefon bimbit, baru hendak membuka Facebook dan Instagram, tiba-tiba pakcik bertanya, “Nak jumpa doktor ke?” Saya jawab, “Tak, pakcik. Temankan isteri buat pemeriksaan.” “Oh, isteri mengandung ya? Tahniah, tahniah,” balasnya dengan senyum. Saya ucapkan terima kasi...