Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Di dalam hadis ada disebutkan oleh nabi s.a.w mengenai 3 orang yang tidak diajak berbicara dengan Allah, Allah tak mensucikan mereka dan Allah tidak memandang mereka sebaliknya bagi mereka ada azab yang pedih. Siapakah mereka? Rasulullah s.a.w menyebut 3 orang ini dalam hadis yang mana orang tersebut telah terjerumus ke dalam dosa besar. Di mana definasi dosa besar itu iaitu dosa yang menyebabkan ia dihukum di dunia lagi atau diancam dengan siksaan khusus atau dilaknat atau juga diancam dengan neraka. Ini yang membezakan dengan dosa kecil. Orang yang terjerumus dalam dosa besar ini diancam dengan ancaman yang mengerikan. Sabda nabi s.a.w, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tiga golongan yang Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak membersihkan mereka daripad...