Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Di dalam hadis ada disebutkan oleh nabi s.a.w mengenai 3 orang yang tidak diajak berbicara dengan Allah, Allah tak mensucikan mereka dan Allah tidak memandang mereka sebaliknya bagi mereka ada azab yang pedih. Siapakah mereka?
Rasulullah s.a.w menyebut 3 orang ini dalam hadis yang mana orang tersebut telah terjerumus ke dalam dosa besar. Dimana definasi dosa besar itu iaitu dosa yang menyebabkan ia dihukum di dunia lagi atau diancam dengan siksaan khusus atau dilaknat atau juga diancam dengan neraka. Ini yang membezakan dengan dosa kecil.
Orang yang terjerumus dalam dosa besar ini diancam dengan ancaman yang mengerikan. Sabda nabi s.a.w,
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tiga golongan yang Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak membersihkan mereka daripada dosa, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka azab yang amat pedih.”
Maka sepakat para ulama mengatakan bahawa mereka ini telah terjerumus ke dalam dosa besar. Di katakan dalam kitab al Kabair, oleh Az Zahabi bahawa dosa besar itu ada 70. Sebahagian ulama mengatakan lebih daripada itu.
Maka seorang mukmin hendaklah mengetahui dosa-dosa besar itu dan menjauhinya supaya jika ada dosa-dosa kecil maka akan diampuni oleh Allah swt seperti firman Allah di surah an Nissa':31,
Jadi, jikalau seseorang tidak beristighfar kepada Allah tetapi ia menjauhi dosa-dosa besar, maka dosa-dosa kecilnya akan Allah ampunkan. Dan dengan itu Allah masukkan ia ke dalam syurga. Itulah ganjaran bagi mereka yang menghindari dosa-dosa besar.
Demikian juga di dalam ayat yang lain Allah berfirman dalam 53: 32,
Al lamam itu ialah dosa-dosa kecil yang sukar dihindari seperti pandangan yang terlepas, atau ucapan yang salah iaitu yang tak disengajakan. Terkadang berkata yang silap, terkadang menyentuh sesuatu yang haram secara tak sengaja dan sebagainya. Maka jika dia meninggal kan dosa-dosa besar, lalu dosa-dosa kecil yang tak dapat dihindari setiap hari itu akan Allah ampunkan. Apa lagi kata Allah, Dia mahu luas ampunanNya.
Bukanlah itu bermaksud meremeh kan dosa kecil, sabda nabi s.a.w,
“Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata, ‘Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, ‘Wahai Aisyah, hindarilah olehmu amal-amal yang remeh (dan dalam satu lafazh disebutkan dosa-dosa). Karena ada yang akan menuntut dari Allah terhadap amal-amal itu” [HR. Ibnu Majah 4243, Darimi 2/303, lbnu Hibban 2497, Ahmad 6/70. Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih Tarhib 2/644].
Tiga orang yang tidak dipandang oleh Allah. (Hadis #1)
Ini dipetik dari hadis nabi s.a.w yang bermaksud,
Abu Hurairah RA meriwayat- kan bahawa Rasulullah SAW bersabda ,
“Tiga golongan yang Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak membersihkan mereka daripada dosa, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka azab yang amat pedih.”
“Tiga golongan itu ialah orang tua yang berzina, raja yang banyak berdusta, orang miskin yang bongkak sombong.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Ringkasnya mereka itu ialah:
1. Orang tua yang berzina
2. Raja yang berdusta
3. Orang miskin yang sombong.
Maksud tiga orang ini bukan- lah bermaksud hanya tiga ini saja yang tidak di pandang Allah nanti. Ini hanya untuk penekanan. Ada lagi nanti di dalam hadis yang lain orang yang juga tidak dipandang Allah swt. Seperti nabi bersabda,
Dari kitab Shahih Bukhari pada Kitab ke-55, Kitab Wasiat. Disebutkan, Abu Hurairah RA berkata,
"Nabi SAW bersabda,
' "Tinggalkanlah tujuh dosa besar yang dapat membinasakan." Para sahabat bertanya, 'Apakah itu ya Rasulullah?' Nabi SAW menjawab: '1) Syirik (menyekutukan Allah), 2) berbuat sihir (tenung), 3) membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, 4) makan harta riba, 5) makan harta anak yatim, 6) melarikan diri dari medan perang, 7) dan menuduh zina wanita mukminah yang baik."
Ini juga bukan bererti 7 sahaja yang membinasakan. Ia cuma penekanan. Untuk diperhatikan. Dan juga seperti 7 orang yang dinaungi Allah di hari kiamat nanti. Ada lagi sebenarnya yang disebut pada hadis yang lain. Ini adalah methode rasulullah s.a.w dalam menyampaikan ilmu supaya mudah dihafal dan diberi perhatian oleh umatnya.
Sifat Allah itu berbicara
Allah tidak berbicara dengan mereka yang tiga di atas. Ini menunjukkan sifat Allah berbicara yang menjadi akidah ahlu sunnah wal jamaah bahawa Allah berbicara dengan makhluk yang dikehendaki- nya. Oleh kerana itu nabi Musa a.s dipanggil Kalimullah yang bermaksud 'yang berbicara dengan Allah.' Di mana, darjat para nabi itu tidak sama. Ada yang lebih tinggi darjatnya sehingga ada yang diajak berbicara langsung seperti nabi Musa dan juga nabi Muhammad s.a.w semasa isra' mikraj. Adapun bahasa apa, bagaimana , itu terserah kepada Allah swt.
Dari ‘Adi bin Hatim radhiyallahu anhu ia berkata, Nabi ﷺ bersabda,
“Sungguh Allah Subhanahu wa Ta'ala akan menemui kalian pada hari pertemuan dengan-Nya. Tidak ada antara Allah Subhanahu wa Ta'ala dengannya penerjemah yang akan menerjemahkannya.” (HR Bukhari)
Jika ada orang mengatakan Allah itu tidak berbicara bererti Allah itu kurang, iaitu bisu. Kesempurnaan Allah ialah Ia berbicara apa yang Dia kehendaki, bahasa yang Dia kehendaki dan mengenai apa yang Dia kehendaki. Dengan siapa yang Dia kehendaki. Itulah kesempurnaan Tuhan.
'Allah tidak melihat kepada mereka.' Kata ulama, itu bermaksud Allah tidak melihat dengan rahmatNya. Sebab semua zat di lihat oleh Allah. Tidak ada yang tidak kelihatan. Namun Allah tak melihat mereka dengan pandangan rahmat dan kasih sayang. Tetapi Allah memandang mereka dengan pandangan marah.
'Dan Allah tidak menyucikan mereka'. Maksudnya Allah tak ampuni mereka kerana besarnya dosa mereka dan harus diazab. Walaupun itu bukan dosa syirik tapi harus diazab.
'Bagi mereka azab yang pedih.' Kata para ulama, pedihnya itu sampai ke jantung. Firman Allah, dalam Humazah,
Maka mereka ini mendapat 4 ancaman iaitu:
1. Tidak diajak bicara oleh Allah
2. Tidak dilihat oleh Allah dengan pandangan rahmat,
3. Tidak diampuni Allah
4. Bagi mereka azab yang pedih.
Mafhum mukhalafahnya maka di sana ada orang-orang yang ,
1. Diajak bicara oleh Allah
2. Dipandang Allah dengan rahmatNya
3. Diampuni Allah
4. Mendapat nikmat syurga
Sifat yang sama
Tiga jenis orang yang Allah tak peduli tersebut ialah ,
1. Orang tua yang berzina
2. Raja yang berdusta
3. Orang miskin yang sombong.
Ketiga-tiga orang ini jika diperhatikan , memiliki sifat yang sama . Iaitu faktor yang membuat- kan mereka membuat maksiat atau dosa sangat minima. Contoh, orang miskin tetapi sombong. Kalau orang kaya sombong, itu biasa. Raja berdusta. Apa perlu dia menipu rakyatnya? Kuasa dan kekayaan miliknya.
Orang tua, sudah lemah, hasrat berkurang tapi masih berzina. Faktor mereka untuk bermaksiat sangat kecil, tetapi masih juga bermaksiat, menunjukkan mereka ini sangat rosak. Bahkan ulama berkata bahawa mereka ini menentang Allah. Kerana tidak ada faktor untuk mereka bermaksiat. Tapi masih juga bermaksiat seolah-olah mahu menentang Allah swt.
Kata Fudhail bin Iyadh,
"Nabi mengkhususkan tiga orang ini dengan azab yang pedih kerana mereka melakukamn maksiat dalam keadaan tidak patutnya mereka melakukannya."
Lainlah kalau orang yang masih muda, nafsunya bergejolak, masih kuat dan sebagainya. Walaupun tiada yang mendorongnya melakukan maksiat tapi masih mahu melakukan maksiat. Secara tradisinya orang tua tidak melakukan maksiat, secara tradisinya juga orang miskin tidak sombong. Maka jadilah perbuatan mereka itu benar-benar seperti menentang Tuhan. Atau meremehkan hak Allah swt kerana mereka tidak ada uzur untuk melakukan itu semua.
Orang tua berzina
Orang tua sudah lama hidup, banyak makan garam. Allah sudah memberi masa 60 tahun sudah cukup untuk dia bertaubat. Kalau masih tidak bertaubat maka tiada alasan lagi nanti dihadapan Allah.
60 tahun cukup untuk merenungkan, melihat isi kehidupan , melihat banyaknya orang yang meninggal, melihat ahli maksiat akhir hidupnya bagaimana. Banyak pengalaman hidup yang ia sudah rasakan. Sudah banyak juga ia mendengar pengajaran di majlis-majlis ilmu. Tapi ternyata ia tak berubah, maka ia tiada alasan atau uzur baginya lagi.
Lagi orang tua syahwatnya sudah lemah. Apalagi jika ia ada isteri, ada tempat untuk menyalurkan syahwatnya. Tetapi ia masih lagi mahu berzina, maka dosanya besar. Pemuda berzina dosanya besar, tetapi datuk-datuk berzina lebih besar lagi dosanya. Gadis berzina dosa besar, kalau nenek-nenek berzina lebih parah lagi.
Sepatutnya orang tua cukup untuk solat malam, baca quran, tunggu kematian datang. Rambut sudah putih. Masih saja bermaksiat , bila mahu bertaubat? Dosa mereka lebih besar kerana faktor untuk mereka bermaksiat itu kecil.
Raja yang berdusta
Raja itu menguasai, semua tanah miliknya. Dia tak khuatir kerajaannya diambil oleh rakyatnya, jadi mengapa ia berdusta? Tidak perlu ia berdusta. Yang perlu berdusta itu orang yang lemah, yang meminta bantuan dari raja. Atau yang takut kena hukuman.
Adapun raja itu menguasai, memerintah dan memberi hukuman, mengapa pula dia berdusta? Maka bila dia berdusta , ia benar-benar menentang perintah Allah swt.
Dari sisi lain, bila raja berdusta, maka yang ia bohongi itu banyak sekali. Kalau rakyatnya 10 juta maka ia membohongi 10 juta orang. Membohongi 1000 orang berbeza dengan membohongi sejuta orang dan seterusnya.
Maka kedustaan seorang raja bukan lah kedustaan biasa. Ia tidak ada sebab untuk berdusta sebab ia raja. Dan kalau ia berdusta ia melibatkan sangat ramai manusia.
Oleh kerana ia berdusta kepada orang yang sangat ramai, maka azab nya pasti berat pula. Dikatakan di alam barzakh, ia ia menusuk pisau dari mulut sebelah kirinya lalu ditarik hingga kebelakang mulutnya. Begitulah pula dibuat pada sebelah kanannya hingga hari kiamat. Itu baru di alam barzakh.
Orang miskin yang sombong.
Orang kaya yang sombong itu berdosa. Itu biasa secara umumnya. Ada kereta mewah, ada rumah mewah, ada jawatan tinggi, ia sombong. Ada yang ia sombong kan.
Tetapi kalau miskin? Apa yang perlu dia sombongkan? Tapi ada simiskin yang sombong, bicaranya tinggi melulu. Ini dosanya parah. Kerana tiada faktor untuk bermaksiat, tapi ia bermaksiat.
Rasulullah s.a.w menyebutkan tiga perkara ini, tetapi sebahagian ulama ulama mengkiaskannya dengan dosa-dosa yang lain yang mirip dengan itu. Maka Al Ubbid berkata, "Seperti orang kaya mencuri ". Kalau orang miskin mencuri itu wajar, tetapi bila orang kaya masih mencuri, itu tanda hatinya telah rosak parah.
Faedah hadis ini.
Di antara faedah yang boleh diambil dari hadis ini, jika seseorang melakukan ketaatan kepada Allah sedang halangan atau maksiat yang menanti besar, maka pahalanya pula sangat besar.
Contohnya, seperti yang nabi katakan tentang 7 orang yang dinaungi Allah di akhirat kelak. Faktor-faktor berbuat dosa sangat besar. Contohnya kata nabi, imam atau pemimpin yang adil. Faktor pemimpin berbuat zalim sangat besar kerana dia imam atau pemimpin , di mana dia boleh mengambil harta untuk dirinya sendiri atau keluarganya. Dia boleh menangkap sifulan atau membunuh sifulan, terserah kepadanya. Kesempatan dia untuk berbuat zalim sangat besar tetapi ia tidak mahu.
Ketika sesworang mahu berbuat kebaikan tetapi maksiat yang ada sangat besar, maka pahalanya sangat besar pula.
Nabi mengatakan tentang anak muda yang membesar dalam ketaatan. Faktor anak muda untuk menyimpang sangat besar. Ingin cuba ini, cuba itu , ingin hidup bebas , happy . Kesempatan ia berbuat maksiat sangat besar tetapi jika ia tetap taat kepada Allah tidak terpengaruh dengan benda lain, maka pahalanya sangat besar kerana faktor menariknya ke maksiat itu sangat besar.
Contoh lagi kata rasulullah s.a.w tentang seorang pemuda yang dirayu oleh wanita muda, cantik, kaya, untuk berzina, tetapi ia menolak kerana takutkan Allah. Ini juga luarbiasa kerana faktor untuk dia bermaksiat sangat besar, tetapi ternyata ia berjaya menghindarinya. Siapa boleh selamat dari godaan wanita yang cantik? Wanita yang jelek sahaja sudah tergoda inikan pula yang cantik lagi kaya. Ternyata ia selamat. Maka pahala nya sangat besar.
Seperti juga orang kaya yang tawadhu. Dengan kekayaan, faktor jadi sombongnya besar, tetapi ternyata ia tawadhu'. Sama juga jika raja yang tawadhu', presiden yang tawadhu'. Faktor sombongnya besar. Namun ada yang baru jadi ketua kampung, sombong yang amat. Belum lagi jadi menteri. Tetapi jika ia tawadhu' maka pahalanya sangat besar. Kerana faktor untuk dia bermaksiat sangat besar.
(Hadis #2)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ada tiga orang yang nanti pada hari kiamat tidak akan diajak bicara oleh Allah dan mereka mendapatkan siksa yang pedih:
(1) orang yang mempunyai kelebihan air di gurun pasir, tetapi tidak mau memberikannya kepada musafir,
(2) orang yang membuat perjanjian dengan orang lain untuk menjual barang dagangan sesudah Ashar; ia bersumpah demi Allah bahwa telah membeli barang itu dengan harga sekian dan orang lain itu mempercayainya, padahal sebenarnya tidak begitu,
(3) orang yang berbaiat kepada pemimpin untuk kepentingan dunia. Jika sang pemimpin memberikan keuntungan duniawi kepadanya, ia penuhi janjinya; jika tidak, ia tidak memenuhi janjinya."
(HR Bukhari, At Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah)
Tidak mahu memberi air
Seseorang yang mencegah air yang sudah cukup untuknya, daripada orang yang memerlukan- nya. Sedangkan dia ada air yang berlebihan, dia tak mahu memberi orang lain yang kehausan atau memberi ternakan orang lain yang kehausan. Maka orang ini termasuk yang dimurkai Allah swt.
Di akhirat nanti Allah menahan- nya dari kurniaannya iaitu syurga. Padahal air itu bukan darinya , ia dari Allah. Allah lah yang mengalir- kan air dari gunung ke sungai atau mata air. Maka orang ini tidak akan di ajak bicara oleh Allah dan tidak diampuni dosanya.
Menipu pelanggan
Orang yang menipu pelanggan- nya, contohnya, mengatakan ia membeli dengan modal sekian-sekian yang sebenarnya tidak. Supaya laris dagangannya. Ia bersumpah pula tetapi sebenarnya ia menipu pelanggannya. Sehingga ia dapat mengambil harta orang muslim. Di waktu yang mulia pula iaitu selepas asar, dimana waktu itu waktu orang berzikir dan amal diangkat.
Sumpah palsunya itu akan menenggelam kan ia ke dalam neraka jahannam. Begitu juga jika dalam persidangan di mahkamah, ia memberi saksi palsu. Katanya ' Demi Allah ini barang saya, padahal bukan'. 'Demi Allah saya titip barang kepada dia tapi dia tak kembalikan', padahal tidak ada yang dititipkannya. 'Demi Allah saya melihat kejadian itu', padahal ia tidak melihatnya. Ia bersumpah palsu hingga harta orang dia ambil atau orang lain dizalimi, ini sangat merbahaya.
Dusta itu dosa, sumpah palsu juga dosa tetapi sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain lagi besar dosanya. Walaupun mengambil satu kayu siwak. Ia akan masuk neraka. Apalagi jika mengambil tanah orang, atau mengambil duit orang yang banyak .
Membaiat pemimpin
Seseorang membaiat pemimpin/ khalifah kerana dunia bukan kerana Allah. Jika khalifah memberikan sesuatu yang ia inginkan maka ia dengar dan taat. Jika khalifah tak memberi apa yang ia mahukan , ia tak mahu taat atau ia khianat. Orang begini juga baginya azab yang pedih pada hari kiamat kelak.
Hadis # 3.
Dalam hadith yang lain, riwayat daripada Abu Zar R.A bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Tiga golongan manusia yang tidak diajak bicara Allah di hari kiamat dan Allah tidak melihat mereka dan tidak membersihkan dosa mereka. Dan bagi tiga golongan manusia itu siksa yang pedih.
Rasulullah ﷺ mengucapkannya tiga kali. Abu Dzar berkata : Mereka merugi, siapakah mereka wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab:
"Orang yang memanjangkan pakaiannya (sampai terseret-seret ke tanah), dan orang yang suka mengungkit-ungkit (pemberian), dan orang yang menjual dagangan- nya dengan sumpah palsu. (Dalam satu riwayat, orang yang memanjangkan sarungnya sampai bawah tumit".)
(HR:Muslim: 106)
Pakaian yang isbal
Al musbil. iaitu melabuhkan pakaian melebihi buku lali. Isbal itu ada dua keadaan. Pertama ia isbal kerana sombong. Kedua, ia isbal bukan kerana sombong. Mungkin kerana trend zaman itu.
Jika isbal kerana sombong, ulama sepakat bahawa itu dosa besar. Dan akan mendapat azab yang pedih berdasarkan hadis diatas. Sebagaimana hadis lain yang bermaksud,
“Barangsiapa yang melabuhkan pakainnya secara sombong, maka Allah tidak akan melihat kepadanya pada Hari Kiamat.” Maka berkata Abu Bakar (R.A): “Sesungguhnya sebelah pakaianku meleret ke bawah jika aku tidak menjaganya.” Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya engkau tidak melakukan demikian itu dengan kesombongan.”
Hadis riwayat al-Bukhari (3665)
Bagaimana kalau isbal bukan kerana sombong? Ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Bila seseorang isbal bukan kerana sombong sebahagian ulama mengatakan tidak berdosa tetapi makruh. Ulama syafiiyyah yang mengataka haram samada sombong atau tidak antaranya ialah Ibn Hajar Asqalani dalam Fathul Bari. Di antaranya lagi ialah Az Zahabi, dan ibnul Arabi (Malikiah),
Pendapat yang lebih kuat ialah haram secara mutlak samada sombong atau tidak sombong. Kerana rasulullah s.a.w bila melihat orang isbal beliau menyuruh angkat sarungnya, tidak bertanya samada ia sombong atau tidak. Dan sudah tentu tidak isbal adalah sunnah. Mengikut sunnah dapat pahala. Kita berusaha supaya tidak isbal kerana ia sunnah nabi s.a.w.
Di alam sebenar, bila orang Islam tidak isbal akan dipanggil kebanjiran , pak tani atau cingkrang. Tapi bila orang putih tidak isbal kerana fesyen mereka dikatakan top, terbaik dan moden. Bahkan ditiru.
Maka, jika ada orang isbal kerana sombong, maka ia tidak akan dilihat Allah, tidak diampuni dosanya dan akan menerima azab yang pedih.
Mengungkit-ngungkit jasanya
Islam mengajar kita bila membantu orang, atau bersedekah, harusnya sedekah itu untuk mensucikan kita. Iaitu mensucikan diri dari sifat kedekut , bakhil. Sebab itu zakat itu dari perkataan tazkiyah , iaitu mensucikan orang tersebut dari hasil-hasil yang berlebihan, dan mensucikan hati orang tersebut dari sifat kedekut..
Allah berfirman dalam surah at Taubah ,
Oleh itu orang yang bersedekah seharusnya bukan menjadi sombong tetapi menjadi mulia . Kerana ia menghindarkan dirinya dari penyakit kedekut, sebaliknya bila orang bersedekah menjadi sombong, maka itu satu dosa besar.
Allah berfirman dalam surah al Baqarah,
Mengungkit-ngungkit sedekah , atau pertolongan hingga menyakiti penerimanya itu satu dosa besar. Maka sedekah itu batal, tiada pahala, walaupun ia nya sudah lama. Oleh itu kalau kita jengkel dengan orang yang kita bantu contohnya, tahan mulut , jangan diungkit. Kalau diungkit maka gugurlah pahala sedekah itu.
Kata-kata mengungkit itu seperti, 'Saya yang membantunya dulu , saya yang selamatkan kamu, saya yang memberi wang itu, saya yang mendapatkan kerja untuk kamu', saya, saya, saya, yang menyakitkan hati penerima. Itu dengan kata-kata, bahkan dengan hati pun tidak boleh. Itu menunjuk- kan kesombongan. Yang sepatutnya ia dapat pahala sebalik nya dapat dosa.
Supaya kita tidak mengungkit pemberian atau pertolongan kita, kita ubah mindset kita bahawa orang itulah yang berjasa kepada kita. Sebab apa?
Sebab bila kita bersedekah kepada nya, nikmat kita akan bertambah. Dengan adanya dia , kita berkesempatan beramal soleh. Kalau tidak ada dia, wang kita entah pergi ke mana. Dengan sebab kita bersedekah kepadanya, Allah menjaga harta kita. Justeru, jasa dia lebih besar daripada jasa kita kepada dia.
Contoh, jika kita beri orang lapar makanan mungkin seharga rm10, tetapi yang balik kepada kita lebih banyak, samada di dunia atau alam barzakh atau di akhirat.
Oleh kerana itu jangan mentang-mentang. Jika mentang-mentang maka itulah dosa besar. Bila kita membantu sesiapa, kadang adik kita, kadang saudara kita, kawan kita, bantu saja sudah.
Terkadang Allah ingin menguji kita, bila orang yang kita bantu menghina kita, membalas keburukan kepada kita. Susu dibalas dengan tuba. Maka tahanlah hati. Jangan di lawan kata-katanya. Itu ujian hidup. Allah mahu pahala kita sempurna. Kita jangan mengharapkan pujian , imbalan dari dia. Kita hanya mengharapkan wajah Allah swt. Jadi, hati-hati ketika kita memberi sedekah, seharusnya kita mendapat pahala, sebaliknya terjerumus ke neraka jahannam.
Bersumpah palsu
Bersumpah agar dagangannya laris dengan sumpah palsu. Contoh katanya,
'Demi Allah ini barang baru'. Padahal bukan barang baru. Atau katanya, 'Saya ambil untung cuma 5%'. Padahal dia untung 50%. Ternyata dia bohong.
Dia bersumpah dan bersumpah, akhirnya dagangannya laris sedangkan sumpahnya sumpah bohong. Dia dapat rezeki tetapi rezeki nya tidak halal. Rezekinya itu menjerumuskannya ke dalam neraka. Sesungguhnya ia telah mengambil harta orang lain tanpa hak.
Maka orang yang berniaga jangan sesekali bersumpah. Hendak beli, beli, jika tidak, sudahlah. Jangan kita sembunyi- kan jika ada aib. Beritahu saja seadanya. Jangan menjual nama Allah untuk melariskan barangan.
Inilah orang yang tidak diajak bicara oleh Allah kelak, tidak akan disucikan dosanya dan akan mendapat azab yang pedih di akhirat.
Semofa bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
5/3/24
Ulasan
Catat Ulasan