Langkau ke kandungan utama

158) BAGAIMANA ALLAH MEMBALAS SETIAP PERBUATAN MANUSIA?

Bismillah.
Assalamua'alaikum.



    Sesuatu balasan adalah sesuai dengan amal.  Kerana banyaknya dalil dalam hal ini maka ia menjadi satu kaedah bahawa ini adalah satu sunnatullah yang menjadi sunan al kauniah yang pasti berlaku. Sepertimana kita mengetahui bagaimana berlakunya  kepada benda-benda seperti air yang sentiasa mencari tempat yang lebih  rendah sifatnya.  Atau udara menempati setiap ruang dan sebagainya. Inilah aturan Allah berkenaan dengan benda-benda  di alam semesta. 

       Begitu juga sesuatu balasan sesuai dengan amal atau  al jaza' min jinsil amal.  Ini adalah aturan yang Allah letakkan dalam kehidupan. Aturan ini tidak akan meleset atau berubah.  Di mana siapa yang melakukan kebaikan dia akan mendapatkan balasannya. Dan siapa yang melakukan keburukan dia akan mendapatkan balasannya juga. Allah berfirman, " Balasan yang setimpal".

      Maka bila seseorang tahu akan hal ini maka ia akan bersemangat untuk melakukan kebajikan . Kerana dia tahu bila dia melakukan  kebaikan pasti ada balasan  samada cepat atau lambat , samada di dunia atau di akhirat. Tidak mungkin tidak.

      Sebaliknya dia akan waspada ketika dia ingin melakukan  keburukan atau maksiat kerana itu pasti ada balasannya, setimpal dengan  apa yang ia lakukan , cepat atau lambat, di dunia atau akhirat.  Atau kedua-duanya. Aturan ini tidak pernah meleset, iaitu balasan sesuai dengan amal. 

          Oleb itu Ibnu Qayyim dalam kitabnya al Walibusy Syayyib ia berkata ,
     
       "Sesungguhnya Allah swt memberi balasan kepada hamba-hambaNya berdasarkan  sifat-sifat  tersebut :
     Siapa yang memaafkan orang lain dia akan dimaafkan Allah swt. Siapa yang mengampuni orang lain dia akan diampuni Allah swt.  Siapa yang lembut dengan orang , Allah akan lembut kepadanya. Siapa yang rahmat kepada makhluk Allah, Allah akan merahmatinya. Siapa yang berbuat baik kepada makhluk, Allah akan berbuat baik kepadanya. 
       Siapa yang menutup aib-aib makhluk , Allah akan menutup aibnya. Siapa yang berlapang dada dengan  kesalahan orang lain,  Allah akan mengampunkannya. Siapa yang mencari-cari kesalahan orang lain , Allah akan mencari-cari kesalahannya. Siapa yang membongkar aib orang lain, Allah akan membongkar  aibnya. Siapa yang menghalang kebaikan yang ada padanya kepada orang lain , Allah akan menghalang kebaikan dari diri Nya. Siapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya. Siapa yang membuat tipuhelah kepada orang lain, Allah akan menipudayanya. Siapa yang menipu , Allah akan  menipunya.                        Kesimpulannya, jika seseorang bermuamalah dengan seseorang  dengan suatu sikap, Allah membalasnya dengan sikap itu kepadanya di dunia atau di akhirat.  Maka sikap Allah kepada hamba bergantung kepada sikapnya kepada hamba-hamba yang lain. Inilah kesimpulan dari al jaza' min jislin amal."

         Ibnu Abdil Hadi al Hambali ada menjelaskan , katanya, 

       " Kami .melihat banyak orang yang makan harta anak yatim orang lain  maka orang lain akan makan hartanya sebelum ia meninggal. Sebaliknya kami melihat banyak orang orang yang mengurusi harta anak yatim orang lain, bersemangat mengurusinya, maka Allah mudahkan orang lain mengurusi anak-anaknya dan perhatian kepada anak-anaknya. Dan aku melihat orang melakukan perbuatan liwat kepada anak orang maka ternyata, anak-anaknya diliwat oleh orang lain. "

      Sehingga ibnu Qayyim mengatakan, bahawa kaedah al jaza min jislin amal berlaku dalam syariat dengan  aturannya dan juga berlaku secara kadaran iaitu kenyataan di kehidupan juga demikian. 

     Apakah dalil bahawa aturan al jaza' min jislin amal menurut al quran atau sunnah nabi s a.w? Ada banyak di dalam al quran Allah menyebut mengenai pembalasan tersebut. Antaranya:

1)  Kisah nabi Sulaiman dalam surah Sad.

         Nabi Sulaiman sangat suka melihat kuda-kudanya yang indah yang sedang berada di lapangan, sehingga ia lalai dari berzikir kepada Allah hingga waktu petang habis.
          
         Bila ia sedar ia lupa berzikir itu, lalu ia bawa kuda-kudanya itu lalu disembelih nya kerana ia menyebabkan ia lalai berzikir.

       Apa yang Allah gantikan selepas itu? Iaitu suatu yang lebih baik dari kuda-kuda itu. 
        
 
      

          Iaitu angin. Yang akan menurut perintah nabi Sulaiman , kemana saja akan membawanya menurut perintahnya. 

        Menurut ulama ini adalah antara balasan yang beliau dapat menurut kaedah al jaza min jislin amal. Iaitu beliau meninggalkan sesuatu yang ia sukai kerana Allah swt, maka Allah ganti dengan suatu yang lebih baik iaitu angin yang boleh membawa nabi Sulaiman dengan   lebih cepat daripada kuda.


2) Contoh perbuatan  yang buruk seperti dalam surah al Hadid: 12 dan seterusnya

       Iaitu mengenai balasan bagi orang yang beriman dan balasan bagi orang munafik di hari Pembalasan nanti.

       Di sana nanti setiap kebaikan dan keburukan akan   ditimbang. Setelah itu mereka akan melalui titian sirath yang gelap yang mana jika ia selamat melaluinya , ia masuk syurga. Jika tidak ia akan jatuh ke neraka. Untuk melaluinya manusia memerlukan cahaya. Maka Allah nyatakan hal ini dalam surah tersebut,


          Orang beriman ada cahaya di atasnya. Semakin tinggi iman semakin terang cahayanya. Yang dengan cahaya itu  mereka boleh berjalan dengan cepat atau lambat bergantung pada cahaya yang ia ada, untuk menuju ke syurga.

          Orang munafiq melihat cahaya orang beriman itu.  Seperti dikhabarkan oleh Allah,


            Orang munafiq meminta sedikit cahaya dari orang beriman tetapi tidak diberi. Lalu Allah adakan dinding antara mereka dengan orang beriman. 

     Lalu kata orang munafiq , bukankah kami dulu bersama orang beriman dalam beramal? Tetapi orang beriman menjawab bahawa mereka itu memfitnah diri mereka sendiri, menunggu-nunggu keruntuhan orang beriman , kalian ragu dan terbawa-bawa kepada angan-angan. Sehingga mereka terpedaya kepada diri sendiri.

        Kata ulama,  akhirnya orang munafik itu diberi cahaya tetapi cahaya itu redup sahaja. Ternyata cahaya itu hanya tipuan dari Allah. Itu lah al jaza min jinsil amal.

       Orang munafik menipu Allah, Allah menipu mereka pula sebagai balasan atas perbuatan mereka semasa di dunia.


          
3)  Di dalam surah as Sajdah :16 dan 17,

        Orang yang menjauhkan diri dari tempat tidurnya untuk melakukan solat malam. Mereka berdoa dalam keadaan khawatir dan berharap kepada Tuhannya. Khawatir ibadahnya tak diterima tetapi berharap juga supaya diterima. Takut kepada neraka dan berharap kepada syurga. Di siangnya pula mereka berinfak dari rezeki yang ia ada.



       Semasa nabi mula-mula sampai ke Madinah,  nabi menyuruh manusia antara nya sebarkan salam, berilah makan dan dirikan solat malam. Jadi,  mereka yang solat malam ini menyembunyikan amalnya , tidak ada orang yang tahu.  Maka Allah beri balasan suatu nikmat yang tersembunyi yang tidak ada orang yang tahu apakah dia. 


      Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith qudsi: Allah SWT berfirman: 

"Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang belum pernah mata melihatnya, belum pernah telinga mendengarnya, dan belum pernah pula terdetik dalam kalbu manusia’." (HR al-Bukhari)


      Sebagaimana mereka sembunyikan amal soleh mereka, tidak riak,  tidak menunjuk-nunjukkan amalan mereka, hanya Allah yang tahu , maka Allah sembunyikan balasan nikmat yang  setimpal  yang Allah telah siapkan bagi mereka di akhirat nanti. Yang pasti menyenangkan hati dan mata mereka. 


4) Dari kisah nabi Yusuf:76.

        Abang-abang  Yusuf a.s membuat makar terhadap Yusuf supaya ia jauh dari ayahnya iaitu nabi Yaakob.  Tetapi Allah juga ada makarNya juga. Sehingga akhirnya Yusuf diberi balasan iaitu menjadi menteri yang soleh. 


5) Mengenai penghuni neraka jahannam.

Lihat surah al Hajj: 22,   


            Orang kafir, orang musyrik dan pelaku maksiat diazab di dalam neraka dengan api yang sangat panas. Ada masa nya pintu neraka terbuka lalu mereka ingin keluar, tetapi pintu itu tertutup semula lalu mereka kembali ke dalam api. Demikian seterusnya hingga mereka tidak keluar dari neraka selama-lamanya. 

     Dalam Surah al Maidah:37 Allah berkata,

            Mereka ingin  keluar tetapi tidak dapat bahkan kekal mereka di sana. Kata para ulama, ketika pelaku maksiat berbuat maksiat,  pasti ada kata hatinya supaya berhenti dari maksiat jika ia masih ada fitrahnya. Iaitu pasti jiwanya memberontak dari kesalahan itu. Terkadang timbul penyesalan. Tapi disebabkan hawa nafsu atau cinta dunia mendominasinya,  maka ia terus membuat maksiat  lagi. Ia terus melakukannya sehingga ia meninggal dunia tanpa bertaubat.

     Maka Allah permainkan mereka di akhirat kelak, dengan seakan-akan pintu neraka terbuka, tetapi bila hendak keluar pintu itu tertutup lagi. Sebagaimana mereka di dunia ada kesempatan, tapi mensia-siakannya untuk bertaubat. Itulah akibat maksiat yang mereka lakukan di dunia.



6)   Dalam kisah nabi Ibrahim dalam surah Maryam :49,

        Nabi Ibrahim mendakwahi ayahnya dengan bahasa yang lemah-lembut dan penuh kasih sayang dengan katanya," Ya abati aku khuatir engkau terkena api neraka dari Ar Rahman." Tetapi ditolak oleh ayahnya dan menyuruh Ibrahim keluar meninggalkan nya atau akan direjam mati. 

      Maka tatkala Ibrahim meninggalkan ayahnya, kerabatnya, kampungnya kerana Allah,  maka Allah kurniakan keluarga yang baru iaitu Ishak dan Yaakob kepadanya. Dan menjadikan  mereka buah tutur yang baik.

      Maka ini sesuai dengan kaedah , 'Siapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik'. 

       Sekian banyaknya Allah contohkan dalam al quran berkenaan al jaza min jinsil amal.

       
7)  Dari surah Yunus:26,

         Bagi orang yang membuat kebajikan maka ia akan mendapat syurga  dan dapat memandang wajah Allah. Inilah sebab dikatakan tambahan iaitu suatu nikmat yang tidak ada taranya dengan apa pun di dunia ini. 

       Inilah balasan bagi orang yang berbuat ihsan. Apa maksud ihsan? Ihsan itu ada 2 tingkat. Pertama , kita menyembah Allah seakan-akan kita melihat Allah.  Kedua,  atau  kita merasa Allah memerhatikan kita.  Maka balasannya kita benar-benar akan melihat Allah di hari kiamat nanti  .

     Maka apabila kita membuat apa-apa amal kebajikan yakinlah Allah melihat kita. Maka balasannya kita akan dapat melihat Allah di akhirat nanti. Ketika solat yakinlah Allah sedang melihat kita. Sehingga kita merasaka  kelazatan beribadah kepada Allah dan datangnya ikhlas. 



8)  Dalam surah al Baqarah : 152


       Siapa yang ingat Allah maka Allah akan ingat dia. Ini ibadah yang luarbiasa. Allah tahu apa saja perbuatan kita. Begitu juga setiap helai daun yang gugur pun Allah tahu.   Tetapi Allah memberi perhatian yang khusus bagi orang yang ingat kepada Nya. Boleh jadi Allah ingat dengan pertolongannya, seperti  firman Allah,

          Bila ada orang yang sabar kerana Allah, Sllah  akan datangkan pertolongan Nya. Maka bila orang sisihkan   waktunya untuk berzikir kepada Allah, Allah juga akan mengingatinya. Bila Allah ingat kepadanya maka ia istimewa di sisi Allah. Allah berikan sesuatu kepadanya.

       Zikir itu ibadah yang mudah tetapi pahalanya besar. Orang yang biasa berzikir jika ia tidak berzikir ia berasa gelisah dan tidak nyaman. Di syurga nanti tidak ada lagi ibadah kecuali berzikir. Sebab apa? Sebab dengan berzikir itu mereka merasakan kelazatan. Tidak pada ibadah yang lain. Itu menunjukkan zikir adalah ibadah yang agung. Kita ingat Allah , Allah ingat kita. 
            
       Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasa nya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

       “Aku ditentang sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa Ada bersamanya ketika dia mengingatiKu (berzikir kepadaKu). Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya di dalam DiriKu. Dan jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya.” (Riwayat Baihaqi)

        Iaitu kumpulan para malaikat. Ini lah al jaza min jislin amal.


9)  Firman Allah lagi dalam at Thalaq :3,

      Siapa yang semakin bertawakkal dan ubudiahnya hanya kepada Allah, maka Allah akan menjaga urusannya. Tawakkal itu ialah  berusaha lalu berserah diri kepada Allah, tidak bergantung kepada selain Allah. Tidak bersandar kepada makhluk bahkan tidak bersandar kepada ikhtiar nya juga. Semuanya kembali kepada Allah swt. 

       Ianya seperti bila pak Menteri berkata kepada kita  , "Engkau tenang je biar saya uruskan hal engkau". Kita tenang atau tidak ? Tentu tenang hati kita. Padahal pak menteri hanya menguasai beberapa bidang saja.

      Inikan pula Allah. Pemilik segalanya. Jika Ia kata Ia akan uruskan hal kita  pasti kita lebih tenang. Tinggal hati kita tawakkal atau tidak saja. Bila saja kita berserah kepada Allah, Allah akan uruskan urusan kita. Sejauh mana tawakkal kita kepada Allah setinggi itulah Allah menjaga kita. 

       Kita ada banyak masalah  tapi kurang berserah kepada Allah. Kenapa?  Kerana kita tak berapa yakin dengan janji Allah. Lebih yakin janji manusia. Padahal Allah itu tidak pernah menipu , manusialah yang banyak menipu. 


         Maka Allah sentiasa membalas setiap kebaikan kita walau sekecil mana pun dengan  kebaikan dan membalas setiap kejahatan kita walau sekecil mana dengan  balasan yang setimpal pula. 


Semoga bermenafaat.


Dari kajian Dr. Firanda 
Klang.
15/4/24
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...