Bismillah,



Assalamu'alaikum,
Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah. Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah. Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).
Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia bid'ah hasanah.
Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpisah dari syariat.
Satu usaha
Oleh itu pembahasan ini sebagai satu usaha untuk meneguh kan sunnah di zaman fitnah ini, supaya kita tidak ragu di waktu banyaknya tekanan dan gempuran dari orang yang membawa syubhat, iaitu mencampurkan hak dengan batil. Padahal Allah telah mengatakan,
Tapi kata ahli syubhat, kita tak tahu mana yang benar-benar hak dan mana yang benar-benar batil. Ini tak mungkin, kerana Allah sendiri berkata jangan campurkan yang hak dengan yang batil, tak mungkin yang hak dan yang batil tak diketahui. Jika begitu, makna- nya Allah telah membebankan kita sesuatu yang tak sanggup kita capai!
Sedangkan Allah berkata,
Maka jika kita tidak boleh mengetahui mana yang hak dengan dalilnya, tak mungkin Allah melarang mencampurkan yang hak dengan yang bàtil.
Ini juga satu syubhat yang ditimbulkan dengan katanya, tidak boleh mengatakan kan sesuatu itu salah . Padahal yang salah hendaklah kita salahkan, yang benar hendaklah kita benarkan. Zalim bagi sesiapa yang tidak membenarkan sesuatu yang benar , dan tidak menyalahkan sesuatu yang salah.
Hanya akal dan perasaan
Pada zaman jahiliyah dulu, apabila mereka hanya mengguna- kan akal pemikiran dan perasaan, maka mereka tersesat. Rata-rata mereka itu sesat. Lahirlah keyakinan-keyakinan dari assumsi yang jahiliyah. Sehingga lahirlah akidah jahiliyah. Lalu mereka produkkan pula hukum-hukum yang disahkan oleh anggota dewan mereka, iaitu Darul Nadwah. Tempat mesyuarat nya para ketua mereka . Yang semuanya hanyalah di atas pertimbangan sosial tanpa pertimbangan wahyu Ilahi. Bermakna, jika sesuatu keputusan hanya berdasarkan pertimbangan sosial , politik, ekonomi, strata masyarakat, maka akhirnya lahirlah aturan-aturan jahiliyah.
Demikian juga dengan pembawaaan tradisi, adat dan budaya, yang hanya produk dari bahan yang tidak Allah turunkan, hanya dari bahan-bahan sintesis, bahan yang diproduk dari akal dan perasaan manusia, akhirnya lahirlah kebiasaan , adat istiadat, atau budaya jahiliyah.
Fitrah
Walaupun begitu, ada manusia yang masih berpegang pada fitrah. Misalnya, di zaman jahiliyah mereka menghalalkan zina, tetapi masih ada orang yang menjaga iffahnya. Seperti Abu Bakar as siddiq, walaupun hidup di zaman jahiliyah, ia masih memelihara fitrahnya, tidak mahu sujud kepada berhala. Tetapi kebanyakan mereka waktu itu mengikuti alur masyarakat ketika itu.
Lalu datanglah nabi s.a.w. Barulah mereka tahu mana yang hak dan mana yang batil. Firman Allah ,
Setelah turun al quran barulah manusia mengetahui mana yang benar , mana yang salah. Bahkan sebelum quran turun Allah memberitahu keadaan nabi iaitu ,
Iaitu sebelum turun wahyu, nabi sudah tahu masyarakat nya dalam kesesatan, tetapi beliau tidak tahu bagaimana menjelaskannya. Bagaimana mengeluar kan mereka darinya dan bagaimana memahamkan manusia ketika itu. Padahal nabi mempunyai alat kelengkapan yang super iaitu kecerdasan yang paling tinggi dari seluruh manusia, tetapi tidak dapat membawa solusi kepada masalah manusia zaman itu.
Jadi, datangnya nabi s.a.w itu adalah sebagai minnah yang terbesar dari Allah swt. Dan diturunkan kitab kepadanya dan ia bertugas sebagaimana yang diberitahu dalam al quran,
Iaitu nabi ditugaskan membacakan ayat-ayat quran kepada manusia. Ia adalah rahmat dan nikmat kepada umat muslimin bahkan kepada seluruh manusia.
Membaca al quran
Maka, membaca al quran adalah pelindung kita, jalan hidayah kita. Dan membersihkan mereka dengan al quran dari kotoran pemikiran jahiliyah, dari perasaan jahiliyah , dari keyakinan jahiliyah , dari adat istiadat dan kebiasaan jahiliyah. Baru kita boleh mendapat hidayah dari al quran bila kita dapat membersihkan diri kita dari kotoran jahiliyah yang melekat padanya. Jika belum kita hilangkan segala syubhat itu, maka al quran tak jadi hidayah kepada kita.
Kata orang, diruqyah. Iaitu orang jahiliyah itu perlu diruqyah dengan al quran kerana mereka itu dimasuki syaitan. Sebab mereka itu menyembah syaitan . Orang jahiliyah dulu bila sampai di satu lembah mereka berkata, "Wahai penunggu lembah ini, kami minta izin duduk di sini " dan sebagainya.
Bila kaum ini dibacakan ayat al quran kepada mereka, lalu mereka faham. Kerana mereka tahu membezakan syair dengan al quran. Antara sastera dengan al quran.
Dan setelah dibersihkan dan mahu beriman kepada Allah dan rasul s.a.w maka barulah hidayah masuk dan diajarkan al quran dan sunnah kepadanya.
Berkata iman Syafie r.h ( abad ke2 H),
'Saya mendengar orang yang saya redhai ilmunya antara ulama tafsir, menyebutkan bahawa hikmah itu adalah as sunnah nabawiyah. '
Dengan al quran dan sunnah ini nabi s.a.w membangun masyarakat yang sebelumnya kacau-bilau, zalim, iman mereka bercampur dengan syirik. Firman Allah,
Mengubah masyarakat
Maka, dengan al quran dan sunnah nabi dapat mengubah masyarakat Arab yang pada mulanya tak dipedulikan oleh kuasa-kuasa besar. Rom dan Parsi tidak pernah bercita-cita merebut jazirah Arab. Apa yang nak direbut jika minyak belum ada, sumber air susah dan orangnya primitif (badwi).
Tetapi setelah datang Islam, bangsa Arab, jazirab Arab, bahasa Arab menjadi perhatian dunia bahkan ditakuti. Bagaimana tidak ditakuti, sebab nabi bersabda,
" Aku dibantu Allah dengan kemenangan di mana musuh-musuh ku yang jauhnya sebulan perjalanan gentar terhadapku." (HR Bukhari: 438)
Dengan al quran dan sunnah dapat menjadikan mereka kiblat dunia di masa itu. Di mana pendidikan yang maju kerana akhlak terlihat sebelum ilmu. Di zaman kita ini ada orang ilmunya tinggi tapi akhlak nya tiada. Ada pula orang memijak orang lain untuk naik ke atas. Itu semua berubah dengan al quran dan sunnah nabi s.a.w, menjadikan mereka orang yang menjaga kesucian.
Jika ada satu keluarga ditinggal bertahun-tahun oleh bapanya kerana urusan, tidak ada yang mengganggu mereka. Bahkan mereka menjaga keluarga itu seperti menjaga keluarga sendiri. Al quran dan sunnah menjadikan mereka orang yang amanah.
Mahu berjaya
Siapa yang mahu menjadi berjaya seperti itu, maka bekal terbesarnya ialah kembali ke as sunnah. Sebelumnya setiap kabilah ada patung sendiri, dan ritual sendiri. Lalu datang nabi s.a.w menyatukan mereka dalam satu ritual yang sama iaitu, solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat. Dan juga ambil manasik haji dariku.
Riwayat dari Jabir bin Abdullah r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda : “Ambillah dari aku tata cara ibadah atau manasik (haji dan umrah) kamu sekalian” (Riwayat Ahmad, Muslim, dan an-Nasa’i).
Ertinya jika mahu berjaya seperti dulu mesti ikut sunnah nabi.
Oleh itu kita mesti mengenali sunnah nabi s.a.w yang telah berhasil dalamasa yang singkat sahaja. Bahkan dunia barat dan timur mengakui kejayaan nabi s.a.w membangun sendi-sendi kenegaraan yang kukuh dalam waktu yang singkat iaitu hanya 23 tahun sahaja.
Hal ini, iaitu sesiapa yang menerap kan sunnah di sepanjang zaman hingga hari kiamat maka ia akan berjaya. Bahkan akan kembali lagi khilafah seperti zaman nabi suatu hari nanti. Iaitu dengan mengamalkan sunnah seperti diajar nabi. Bukan dengan meledakkan diri, bukan dengan bom bunuh diri, kerana itu tak diajar oleh nabi s.a.w.
Itulah gambaran bagaimana jika meninggalkan sunnah. Dan betapa indahnya kehidupan, kesatuan dan kebersamaan bila menegakkan sunnah.
Mengikut nabi s.a.w.
Siapapun kalau jujur dan saksama memerhatikan perintah-perintah Allah dalam al quran al karim, dan dalam hadis-hadis nabi s.a.w, di situ ada ayat-ayat yang memerintahkan kita mengikut nabi s.a.w. dan jangan sekali-kali meninggal kan nabi s.a.w. kerana mengikut nabi s.a.w bermakna menerapkan al quran al karim. Dan meninggalkan nabi s.a w maka kita akan salah dalam menerapkan al quran al karim. Kerana nabi diutus oleh Allah dengan petunjuk.
Petunjuk ini ditafsir oleh imam mufassirin ibnu Abbas r.a seperti dinukil oleh imam Attabari (224 -310H) dalam tafsirnya, maksud al huda itu ialah ilmu yang ber- menafaat. Ilmu yang bermenafaat ialah yang melahirkan amal yang soleh.
Nabi kita Muhammad s.a.w mewarisi kedua-duanya. Nabi diutus dengan membawa ilmu dan amalnya sekali. Maka lengkaplah tujuan nabi diutuskan.
Allah berfirman dalam surah an Nissa' :59,
Bila ada apa-apa masalah maka kembali kepada Allah dan rasul. Tapi jika kefahaman kepada al quran dan sunnah itu berbeza, itu bermakna belum kembali kepada Allah dan rasul lagi. Kerana nabi adalah ahli mufassir al quran. Kalau belum jelas juga dengan tafsir nabi , adakah nabi bukan ahli tafsirnya? Kalau terjadi satu hadis yang sama tapi pemahaman berbeza, seolah-olah nabi tak mengajar memahami hadis itu. Ini punca permasalahan umat ini.
Nabi menyampaikan ilmu dan mengamalkannya. Iaitu nabi mengajar teori dan cara mengapplikasikannya. Bukan menyerahkan cara memahami sesuatu ayat itu mengikut selera masing-masing.
Buat atau tidak buat
Istimewanya al quran dan hadis ialah ia boleh accomodir semua permasalahan yang lain yang timbul setelah ketiadaan nabi. Jadi, jika ada masalah yang timbul di zaman nabi , lalu dibolehkan oleh nabi maka ini kita ikuti. Tapi jika ada satu hal timbul tapi sengaja ditinggalkan oleh nabi maka kita pun sengaja meninggalkannya. Kerana yang sahih antara pendapat para ulama iaitu,
Bahawa meninggalkan itu adalah amal.
Maksudnya bila nabi meninggal- kan satu amal yang tiada penghalang untuk dilakukan di zaman beliau, lalu beliau tinggalkan, bererti beliau sengaja meninggalkannya kerana tidak termasuk yang disyariatkan. Maka kita pun sengaja meninggalkannya sekalipun kelihatan bermenafaat.
Adapun khamr zaman dulu juga bermenafaat. Bagi petani anggur, bagi pemerah anggur dan sebagainya. Allah sendiri kata ia banyak menafaatnya. Tetapi Allah haramkan. Sama juga jika kita berbuat sesuatu dalam agama yang sengaja ditinggalkan nabi walaupun ia bermenafaat seperti bertujuan untuk mengeratkan masyarakat, keluarga, sosial dan sebagainya. Maka adalah haram bila mengadakan sesuatu dalam agama ini. Bukan hanya amalnya ditolak tetapi juga berdosa.
Jika ditolak oleh Allah sahaja tak lah berat, tetapi jika sampai berdosa, itu berat. Sebab apa? Sebab ia membuka peluang berpecah-belahnya umat.
Kemudian Allah berkata lagi,
Ikut nabi
Nabi berkata jika kalian cinta Allah maka ikuti beliau. Ikut itu bermaksud ikut nabi atau membuat jalan yang lain dari yang sudah tetapkan ?
Di sinilah banyak orang tersilap. Kononnya ia ingin cepat sampai kepada Allah, tapi langsung terlambat. Dan ayat al quran ada menunjukkan bahawa tugas nabi sudah selesai dan ugama sudah lengkap. Jika sudah ada yang hak, masih lagi mencari di luarnya, maka itu tersesat jalan. Maka munasabahlah bila nabi berkata,
Selain sunnah itu adalah bid'ah, dan segala bid'ah itu tersesat.
Tapi jangan tanya ke ahli bid'ah, kalau tanya, semuanya bagus katanya. Kalau kita tanya ke penjual pisang goreng, pisang gorengnya bagus atau tidak? Pasti dijawabnya bagus. Dalilnya? Sebab ramai orang datang membeli. Bahkan kalau tanya penjual khamr, pasti dikatanya khamr itu bagus, supaya laku. Tapi jika tanya ke ahli kesihatan, ia akan memberitahu mana yang mudharat, mana yang bermenafaat. Begitu juga dalam agama ini, yang hak itu hanya dari Allah dan rasul sahaja.
Jangankan perkataan nabi, perkataan dari Allah saja diputar-putarkan oleh mereka. Bila mendengar ayat ini,
'
Maka , ayat ini menjadi dalil bagi mereka mengucapkan hari natal, kelahiran nabi Isa. Tetapi nabi s.a.w, yang mana ayat ini diturunkan kepadanya, tidak pernah mengucapkan hari natal kepada nasrani. Para sahabat yang mengambil kefahaman ini dari nabi juga tidak mengucapkan selamat syirik kepada orang-orang nasrani. Begitu juga para imam yang lain. Di sinilah pentingnya kefahaman kepada pendirian nabi atau sunnah nabi s.a.w.
Apa itu sunnah?
Kalau kita tahu apa itu sunnah maka sudah tentu bid'ah tidak masuk. Tapi kalau hanya tahu sebahagian sunnah, dan sebahagian bid'ah, maka yang sunnah disangka bid'ah, yang bid'ah disangka sunnah.
Analoginya seperti, jika murid yang tahu jawaban yang benar yang diajar oleh gurunya, bila dia melihat jawapan orang lain adakah ia terpengaruh? Misalnya ibunegeri Selangor dia tahu dengan jelas, yang betulnya Shah Alam. Adakah ia terpengaruh jika orang mengatakan Kuala Selangor?
Misalnya lagi mengenai hadis nisfu syaaban. Hadis nya iaitu,
Dari Mu'adz bin Jabal, dari Nabi SAW beliau berkata, "Allah Tabaraka wa Ta'ala melihat kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampuni seluruh makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan."
Hadis ini secara riwayat, diperselisih kan ulama, ada yang mengatakan sahih, ada yang kata hasan, dan ada yang mendhaifkan- nya.
Bagi yang mengatakan sahih, ia juga mengatakan tiada amalan khusus di malam itu. Apa sebabnya? Sebab mereka melihat apa sunnah nabi mengenai malam itu. Adakah nabi menghidupkan malam itu dengan amalan-amalan yang khusus? Ternyata tidak. Jika ada yang mengatakan, demi syiar, demi itu dan ini, kita tidak terpengaruh. Sebab apa? Sebab nabi tidak melakukannya.
Bila boleh dikatakan syiar? Iaitu bila ia benar-benar syiar di dalam Islam. Tak boleh dibuat-buat. Maka sebab itu ahli Mekah dan ahli Madinah tidak melakukan itu sebab mereka mengenal hakikat sunnah nabi sa.w.
Makna sunnah
Makna sunnah secara bahasa ialah, jalan atau riwayat hidup, atau sirah. Samada yang baik jalannya, atau yang buruk jalannya. Maka boleh kita katakan secara bahasa, ini sunnahnya firaun. Atau ini sunnahnya orang jahiliyah. Sudah tentu itu sunnah yang buruk atau tercela.
Sedangkan menurut istilah, yang paling lengkap definisinya ialah dari ahli hadis. Menurut ahli fiqh , ialah sesuatu yang berpahala jika dilakukan , ditinggal tidak berdosa. Iaitu darjat sunat sahaja.
Menurut ahli usul fiqh pula ialah, perkataan nabi, perbuatan nabi, dan persetujuan nabi yang menjadi landasan hukum legal formal. Iaitu hukum yang lima wajib, sunat, haram makruh dan mubah.
Oleh sebab itu bila kita katakan menegakkan sunnah, ia adalah sunnah menurut ahli sunnah atau ahli hadis. Bukan ahli fiqh.
Bagi ahli akidah, seperti muktazilah, asyaariyah, jabariyah dan sebagainya, mereka mengambil hadis mutawatir sahaja sebagai sunnah dalam akidah. Menolak hadis ahad. Sedangkan ahli sunnah ia mengambil apa sahaja yang sahih dari nabi. Ahli akidah menolak hadis ahad dalam akidah tetapi dalam amalannya, hadis maudhu' pun ia pakai, itu yang peliknya. Ini tidak pernah terjadi kepada para sahabat nabi.
Ahli sunnah memakai sunnah yang sabit . Kenapa dipanggil ahli sunnah tak dipanggil ahli quran wa sunnah? Adakah quran itu tak dapat menyatukan umat?
Ulama besar dari para sahabat mengatakan, Sesiapa yang mendebat kita dengan al quran maka jawablah dengan as sunnah. Apa sebabnya?
Kerana al quran itu mengandungi multi-tafsir, sebab alquran itu bersifat umum, lalu datang as sunnah menafsirkannya. Sehingga kita tahu tafsir sesuatu ayat melalui sunnah nabi s.a.w. Ini lah bezanya ahli sunnah yang berpegang kepada sunnah dengan ahli sunnah yang hanya sekadar nama.
Jika kita katakan ini hadis nabi mengenai akidah, maka dikatakan oleh mereka itu hadis untuk orang awam. Sesungguhnya hadis itu disampaikan oleh nabi di tengah masyarakat yang berilmu. Mereka membayangkan para sahabat itu tidak belajar seperti kita. Tapi para sahabat itu solat 5 waktu semua di masjid. Kecuali orang munafik.
Para sahabat melihat nabi solat, melihat nabi berdoa, melihat nabi berzikir, melihat nabi bersedekah, melihat nabi bermuamalah dan sebagainya. Nabi lakukan semua sendi kehidupan. Beliau makan , minum, buang hajat, bersuci tidur, beristeri dan sebagainya. Maka setiap perbuatan kita boleh kita contohkan dari nabi s.a.w.
Maka golongan yang selamat itu dipanggil ahli sunnah kerana ia menafsirkan al quran secara benar dari nabi. Sebab itu ahli batil , ahli dholalah dan ahlul hawa' selalu menggiring kita ke al quran dengan alasan al quran lebih tinggi dari hadis. Lebih sahih dari as sunnah. Padahal jika mereka membaca al quran, al quran menyuruh kita taat kepada nabi s.a.w bermakna taat kepada sunnahnya.
Perkataan, perbuatan dan takrir nabi
Jadi, sunnah itu adalah berkisar pada perbuatan nabi, perkataannya dan takrir nabi s.a.w. Bahkan apa-apa amalan yang nabi tinggalkan dengan sengaja, ini termasuk sunnah yang dipanggil sunnatul tarkiyyah. Maknanya meninggalkan itu adalab sunnah. Contohnya, azan ada di zaman nabi. Orang mati pun ada di zaman nabi. Adakah talqin itu sebelum mati atau selepas mati? Nabi bersabda,
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Artinya: "Tuntunlah orang-orang yang mati di antara kalian untuk mengucapkan kalimat, 'La Illaaha Illallaah' (tiada tuhan selain Allah)." (HR Muslim)
Perkataan ini mengandung dua makna iaitu yang sudah mati dan yang belum mati. Bererti dua-dua boleh. Mautakum itu bermakna sebelum mati atau sesudah mati , menurut bahasa.
Nabi adalah orang yang paling faham sunnahnya. Maka jangan berhenti pada perkataannya saja. Maka lihat pula amal nabi terhadap kematian para sahabatnya. Maka, tidak ada diriwayatkan nabi mentalqin kan sahabatnya selepas ia mati. Oleh itu, setiap perkataan beliau wajib kita tafsir dengan perbuatannya.
Maka disinilah pentingnya kita memahami sunnah nabi mengikut perkataannya, perbuatannya, takrirnya dan tarkiyyahnya. Setiap bila kita ada sesuatu masalah mengenai sunnah maka terapkan definisi ini.
Persetujuan nabi atau takrir nabi itu seperti misalnya, makan dhab. Sahabat makan dhab, nabi tak melarang walaupun nabi sendiri tidak makan. Maknanya nabi tak melarang makan dhab.
Sunnah dalam akidah
Dalam bab akidah , bila kita meyakini sesuatu lalu kita bawa ke hadis nabi. Ada atau tidak dalam hadis nabi tentang masalah itu? Adakah perbuatannya seperti itu. Atau adakah takrirnya seperti itu? Katakanlah tidak ada.
Contohnya, mengaji di kuburan. Kita lihat ada atau tidak anjuran dari nabi s.a.w? Lihat lagi perbuatan nabi. Adakah beliau membaca al quran di kuburan? Kalau tidak ada, lihat pula sahabat. Adakah sahabat ada membuat lalu dipersetujui nabi? Kalau semua itu tidak ada, maka sunnahnya adalah meninggalkan atau tidak membuatnya.
Apalagi nabi ada bersabda,
“Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah,” (Hadis Riwayat Muslim.)
Apalagi bila ada perkataan nabi yang menyuruh membaca quran di rumah, bukan di kuburan. Ketika kita baca quran di kuburan, larilah jin-jin yang ada di situ. Sedangkan di rumah tak dibaca, akhirnya masuklah jin ke rumah kita. Sehingga banyaklah yang kerasukan.
Maka, terapkan fahaman sunnah ini dalam setiap kehidupan kita. Para sahabat r.a dan tabiin , sanggup berjalan jauh untuk mendapatkan satu hadis. Mereka tak bertanyakan pendapat tapi bertanya sunnah nabi sa.w. Tanya mereka, apakah kau mendengar dari nabi s.a.w? Jika ya, maka itulah ilmu yang dicari oleh mereka.
Tapi sekarang tidak. Orang lebih bertanya pendapat daripada bertanya hadis yang sahih. Adakah pendapat lebih tinggi daripada hadis?
Jika kenal sunnah
Oleh itu kalau kita kenal sunnah, maka kita akan kenal bid'ah. Tapi kalau tak kenal sunnah nabi s.a.w , maka sulit mengenal bid'ah. Oleh itu, ramai orang terjerumus ke lembah bid'ah kerana tidak mengenal sunnah nabi s.a.w. kecuali melalui jalur bid'ah. Akhirnya jadilah bid'ah itu lebih hasanah dari sunnah.
Buktinya bila disebut sunnah tegak kepalanya. Tapi bila disebut bid'ah, maka katanya itu mantap, ia menyatukan ummat dengan bid'ah, sebaliknya yang memecah-belah umat ialah dengan sunnah. Sehingga lahirlah kaedah bid'ah yang menyatukan lebih baik dari sunnah yang memecah-belahkan. Ini satu syubhat yang besar!
Sedangkan Allah jadikan kembali kepada sunnah itu sebagai lambang cinta kepada Allah swt. Oleh itu, hafal jawapan yang benar, kamu akan tahu jawapan yang salah. Jangan dihafal jawapan yang salah. Kalau hadis , mulai hafal hadis yang sahih. Pertama hafal al quran dulu. Kemudian hadis yang sahih. Kemudian baru hafal yang dhaif dan maudhu' untuk mengingatkan umat.
Tetapi mereka tidak. Mereka mula belajar akidah dengan hadis palsu. Katanya , agama itu akal, kalau tak punya akal tak ada ugama.
Akhirnya, akal lebih didahulukan lebih daripada wahyu.
Sebab itu amat penting kita kenal sunnah supaya dengan itu kita kenal bid'ah. Tapi jika kita belajar dari pintu bid'ah, sunnah tak nampak , bidah pun tak jelas. Maka tidak akan ada bid'ah dholalah bagi nya, dan tidak ada pula sunnah menyatukan.
Pintu-pintu golongan menyimpang
Pintu-pintu golongan yang menyimpang itu 72. Yang tidak menyimpang itu hanya 1. Maka tetaplah di jalan yang 1 itu. Kenali sunnah, maka akan kenal jalan-jalan yang menyimpang itu.
Maka kenal hakikat perkataan nabi, perbuatan nabi, takrir nabi dan apa yang ditinggalkannya di waktu itu. Dan tentunya ini berkaitan dengan masalah agama atau syariat. Maka, termasuk di dalamnya nanti , sunnah dalam berkeyakinan, ini yang terpenting dan ini menjadi cirinya ahli sunnah. Iaitu mementingkan akidah.
Maka adalah satu syubhat yang besar bila mengatakan imam-imam 4 yang besar bukan ahli akidah, ini cara untuk menyesatkan kita. Dan ini tidak mungkin kerana nabi dan para sahabat memulai dakwah mereka dengan akidah. Begitu juga para tabiin memulai dakwah mereka dengan akidah.
Tetapi kita dengan mudah mereka mengatakan as Syafie bukan ahli akidah. Begitulah kalau tidak ketahuan atau jahil berkenaan akidah salafussoleh. Yang mana bila mereka menuntut ilmu , maka akidah lah yang pertama.
Beriman kepada perkara ghaib
Maka tak mungkin al quran dan hadis menjadi hidayah jika belum beriman dengan yang ghaib dan iman kepada yang ghaib bukan dengan fikiran dan bukan dengan perasaan. Kerana fikiran tidak keluar dari apa yang dilihat, dan perasaan tak keluar dari apa yang dirasa. Tetapi beriman itu dengan wahyu yang diturunkan.
Dengan demikian, di dalam segala sendi-sendi agama iaitu akidah, ibadah, akhlak, kebiasaan, pastikan apa yang sunnahnya. Maka , akan tertapis mana-mana yang bukan sunnah nabi s.a.w.
Kalau tak kenal sunnah
Tapi kalau kita tidak tahu sunnah , dalam solat misalnya, bagaimana solat mengikut sunnah, haji yang mengikut sunnah, berkeyakinan mengikut sunnah, maka kita tidak akan mengenalnya.
Sebagaimana orang yang masuk dalam dewan ujian, jika tak tahu ia jawapan yang benar, akhirnya yang salah dianggapnya benar. Gara-gara ia meniru orang di sebelahnya dengan alasan dia itu lebih tahu dari nya. Tapi ia tak ingat, manusia itu boleh salah, yang tak salah hanya nabi Muhammad s.a.w.
Yang salah
Maka mereka yang salah tetaplah ia salah. Dari mana kita tahu kesalahannya? Dari ulama yang seperti dia juga. Dan dengan meninggalkan yang salah itu, tidaklah bermaksud kita ini lebih hebat dari yang kita katakan salah itu.
Sebab kadang kita katakan pendapat imam Ahmad (164 -241H) mengenai sesuatu hal lebih kuat dari imam Syafie (150 -204H) itu saja. Atau ada orang mengatakan anda lebih baik dari imam syafie? Bukan. Itu amat jauh sekali. Tetapi sebagaimana dikatakan oleh anak muridnya,
Imam Syafie itu sangat kami cintai, tetapi kebenaran lebih kami cintai.
Itu bukan bermaksud imam Syafie itu ahli batil, tidak. Tetapi hanya berkenaan mana yang lebih utama. Inilah roh yang kita hidupkan sehingga sunnah itu bercahaya dalam hati kita. Dan dengan itu kita mampu membezakan mana yang sunnah mana yang bid'ah.
Kenapa bid'ah itu ada?
Ini ujian. Nabi sudah menyampaikan mukjizatnya , bahawa akan ada perselisihan yang banyak selepas beliau.
Perselisihan itu adakah kerana pemikiran yang keliru atau hadis nabi yang salah? Sudah tentu pemahaman pemikiran yang salah.
Bila menisbatkan kepada nabi hadis yang tidak sahih. Maka hadis-hadis palsu berpotensi membawa aliran sesat. Hadis-hadis dhaif berpotensi memecah-belah umat. Kerana yang sahih dengan tidak sahih sedikit sebanyak pasti akan berhadapan . Apalagi yang melibatkan keyakinan.
Mengenal bukan sunnah
Oleh itu mengenali sunnah dan mengenali kesahihannya, membuat kita mengenali hal-hal yang di luar sunnah nabi s.a.w. Oleh itu fokuslah mengaji sunnah.
Suatu ketika imam Ahmad dan Yahya bin Ma'in (158 -230H) berehlah mencari hadis di Yaman, dan menemukan naskah hadis palsu, riwayat fulan bin fulan. Maka dicatat oleh Yahya bin Ma'in dan dihafalnya. Sebab apa? Supaya nanti bila ada orang mengatakan itu hadis riwayat Yahya bin Ma'in dan Ahmad b Hanbal, maka dia akan katakan itu hadis palsu. Dia sudah menghafalnya.
Sebab-sebab munculnya bid'ah
Maka, sebab-sebab munculnya bid'ah itu adalah kerana:
1. Jahil dengan sunnah-sunnah nabi.
Di zaman nabi sudah ada bibitnya iaitu orang yang memprotes nabi s.a.w , cuma nabi cegah semuanya. Misalnya, ketika nabi membahagi-bahagi ghanimah, ada seseorang berkata bahawa pembahagian nabi itu tidak ikhlas, tidàk adil. Maka jawab nabi, jika beliau tidak adil, siapakah yang lebih adil?
Maka kata nabi, akan keluar dari zuriat orang ini yang kalau solatnya, amat hebatnya dia. Hebat puasanya, hebat zuhudnya. Tapi bila ia baca quran hanya di kerongkong tidak sampai ke hatinya. Mereka lebih mengutamakan fikiran dan perasaan dari wahyu.
Maka kini dapat kita lihat orang yang meledakkan diri dengan keyakinan yang tidak berdasarkan al quran dan sunnah nabi. Kerana melenceng dari pemahaman sahabat r.a.
2. Banyaknya dai-dai yang mempopular kan bid"ah.
Dan semangat mereka lebih kuat dari mendakwah sunnah nabi s.a.w. Kalau sunnah katanya tinggal tak mengapa kerana hanya sunat. Tapi jika bid'ah katanya jangan cuba-cuba tinggalkan, ini syiar menghidupkan agama. Sunnah yqng sahih , yang syiar tak dihidupkan , yang dhaif , yang mursal, yang tidak sahih dari nabi dengan alasan syiar mesti dihidupkan.
Akhirnya suburlah bid'ah kerana banyak Da'i yang menyebarkannya.
3. Banyaknya penguasa yang menjadi sandaran bid'ah itu sendiri.
Di sebahagian negeri , ia sengaja membina kuburan-kuburan keramat sebagai sumber pendapatan negeri. Modal membuat kuburan itu mungkin mencecah ratus ribu ringgit untuk dijadikan tumpuan pelancongan keagamaan. Kalau kita cegah, katanya kita melawan pemerintah. Padahal kalau mereka jujur, yang paling mentaati amri ialah orang yang menegakkan sunnah.
Maka jika negeri itu menerap- kan pemahaman salaf, ia menjadi negeri paling aman di dunia.
Maka dengan adanya pemerintahan yang mendukung kuburan-kuburan yang dikeramat- kan, aliran-aliran yang bukan sunnah, seperti di Iran misalnya. Hampir tidak ada masjid tempat solat , yang ada ialah tempat ziarah. Sebahagian kita menjadi- kan masjid tempat keramat kerana di situ ada kuburan wali.
4. Diamnya ulama-ulama
Ulama-ulama membiarkan bid'ah berleluasa. Bahkan ulama menjadi pendorongnya pula. Akhirnya terjadilah ulama suk yang mempopularkan bid'ah lebih baik daripada mempopularkan sunnah nabi s.a.w. sehingga masyarakat lebih kenal bid'ah daripada kenal sunnah.
5. Ketundukan yang berlebihan.
Kerana mengkultuskan dan mensucikan para ustaz, para kiyai para tuan guru, walaupun sudah di terang dan jelas seperti di bawah matahari, tetapi ia katakan tak mungkin ustaz itu salah, tak mungkin Pak Kiyai keliru, tak mungkin ia salah kerana ia wali. Padahal wali itu ada wali syaitan dan ada wali arrahman.
Kata Abdullah bin Abbas (3SH - 68H),
"Bila satu bid'ah dihidupkan , mati banyak sunnah. "
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Dasman.
Klang.
22/6/2024
Ulasan
Catat Ulasan