Langkau ke kandungan utama

229) BAGAIMANA KEADAAN ORANG FASIK NANTI?

Bismillah
Alhamdulillah.
Assalamua'alaikum,




      Disebut oleh Allah swt dalam surah as Sajdah: 20,

     

         Orang fasik berada dalam neraka , kerana tidak tahan dengan siksaan, mereka berusaha lari.  Tapi setiap kali ia lari , ia ditarik semula ke dalam neraka. Lalu dikatakan kepadanya,    'Nah! Rasakan siksaan ini yang dahulu kau dustakan (tak mempercayai- nya).'

Apa itu fasik?

      Apa itu fasik?  Iaitu orang-orang yang melakukan dosa besar (kaba'ir)  dalam keadaan ia tahu itu dosa, tanpa bertaubat  atau selalu terus menerus melakukan dosa-dosa kecil. 

      Maknanya seseorang yang mengetahui sesuatu itu haram tapi tetap dilakukannya. Ia tahu, tapi ia tetap buat, tidak ia bertaubat daripadanya. Seperti ia tahu riba' itu haram, tetap ia terlibat. Ia tahu zina itu haram, tetap ia lakukan. Ia tahu menipu, mencuri itu haram, tetap ia nak buat.   Ia tahu sesuatu itu bid'ah, bukan sunnah, ia tetap buat.  Tanpa ia mahu berhenti dan bertaubat dari melakukannya.

      Maka orang seperti ini akan berada dalam neraka,  sehingga bila ia tak tahan , ia mahu lari dari siksaan neraka, tapi ia ditarik balik masuk ke dalam nya.

     Itu di akhirat . Bagaimana pula keadaannya semasa di dunia?    Iaitu, seseorang yang telah melakukan perbuatan fasik, ia tidak akan menerima hidayah dari Allah dan ampunan dari Allah SWT kecuali setelah mereka bertaubat .

 Walyazubillah.

  

Semoga bermenafaat.





Dari kuliah Ust. Dr. Muamar Ma'ruf.
Padang Jawa.
27/2/25

      
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...