Langkau ke kandungan utama

157) APA SIKAP KITA SELEPAS RAMADHAN?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,

       Apakah perasaan anda bila ramadhan berada di penghujungnya?  Adakah anda rasa gembira? Atau sedih? Atau biasa saja?  Untuk menilai diri kita sendiri maka
lihat surah Al Fathir:32,


        Umat nabi Muhammad ini Allah telah wariskan al quran. Bila umat nabi Muhammad ini mendapat al quran mereka terbahagi kepada 3 kelompok. Ulama kaitkan ayat ini dengan orang yang ber puasa, mereka terbahagi kepada 3. Iaitu:

1)    Yang zalim kepada dirinya sendiri. 

          Iaitu orang yang buat maksiat dan dosanya lebih  banyak dari kebaikannya.  Orang yang puasa pun begitu, ia puasa tapi dalamasa yang sama ia buat maksiat. Bahkan dosanya lebih banyak dari pahalanya. Dengan buang masanya, dengan buruk sangkanya, dengan buka auratnya, dengan membazir  dan sebagainya. Dia hanya berpuasa dari makan dan minum sahaja. Ini orang  yang zalim kepada diri sendiri.  Dosanya lebih banyak dari kebaikan  yang ia buat.

2.  Golongan pertengahan .

      Iaitu kebaikan dan kejahatannya sama. Syeikh Sa'di mengatakan mereka ini membuat perkara yang wajib sahaja, yang haram dia tinggalkan, yang sunat dia tak buat dan yang makruh ia buat. Ia buat yang wajib seperti solat fardhu, puasa ramadhan, sedekah zakat yang wajib. Yang sunat seperti solat sunat, baca quran , zikir dan   sebagainya ia tak buat. Yang makruh ia buat. Ini orang yang sederhana.

3. Golongan terbaik ( sabiqun)

      Sabiqun ialah orang yang berlumba-lumba membuat kebaikan. Iaitu bukan setakat yang wajib dia buat tetapi yang sunat-sunat  pun dia buat. Solat sunat, baca quran,  sedekah , senyum, beri salam semua dia buat. Bukan  setakat yang haram dia tinggal, tapi yang makruh pun dia tinggalkan. 

       Dan   Allah kata itu semua  dengan izin Allah. Kenapa Allah kata dengan izin Allah? Golongan pertama dan kedua Allah tak sebut dengan izin Allah. Tapi bagi golongan ketiga Allah sebut dengan izin Allah, kenapa? 

      Bila kita dapat buat yang terbaik, buat semua yang wajib dan sunat, tinggal semua yang haram dan makruh, kita mungkin rasa kita orang baik. Tapi ingatlah itu semua dengan izin Allah, tanpa izin Allah kita takkan mampu.


Apa yang mereka dapat?

     Selepas itu Allah bagitau apa yang mereka dapat? Iaitu syurga. Lihat al Fathir:33,

        Iaitu syurga yang kekal keadaannya. Dengan pakaian-pakaian  yang indah yang diberi kepadanya. Golongan  mana yang dapat ini? Iaitu golongan  ketiga yang berlumba-lumba membuat kebaikan amal soleh. Golongan pertama akan disiksa dahulu sebelum dapat masuk syurga . Manakala golongan pertengahan akan ditempatkan di satu tempat bernama al  a'raf. Tapi golongan ketiga terus masuk syurga.

     Apa kata ahli syurga ini bila ia masuk syurga? Lihat al Fathir:34,

            Mereka berkata, alhamdulillah, kerana Allah telah menghilangkan dukacita, kesusahan  , kepenatan dan  dari diri mereka. 

       Lihatlah, ketiga-tiga  golongan ini ada al quran di depannya. Iaitu ia orang  Islam. Tapi  bukan  semua orang Islam akan terus masuk ke syurga. Hanya golongan yang mendahului membuat kebajikan  sahaja yang akan terus masuk ke syurga.


Keadaan orang yang berpuasa

        Orang berpuasa juga demikian. Ada yang puasa tapi dicampur dengan  dosa. Bahkan jika  dosanya lebih banyak, maka ia orang yang zalim kepada dirinya  sendiri.

     Ada juga orang puasa, dia buat benda wajib dan tinggal benda haram. Tapi benda sunat ia tak buat. Baca quran pun tidak, solat sunat tidak,   sedekah pun tidak. 

      Golongan orang berpuasa yang terbaik ialah  golongan ke3.  Di samping puasa ,  ia buat yang wajib, tinggal yang haram, buat yang sunat dan  tinggalkan  yang makruh. 

     
Kita masuk kumpulan mana?

      Sebenarnya kita boleh nilai diri kita sendiri kita masuk golongan mana?  Maka bila kita tahu di mana kita, maka hendaklah kita bertaubat. 

       Bila kita tahu kita golongan  mana, patutkah kita gembira bila di penghujung ramadhan? 

       Sebenarnya, di mana pun kita, kita wajib bersedih dan  istighfar dan bertaubat kepada Allah bila di penghujung ramadhan. Kenapa kena  banyak istighfar di penghujung ramadhan? Sedangkan kita dah solat tarawih, baca quran sebagainya?Kenapa?  


Kenapa perlu istighfar?

 Sebab:   .

 1)    Tiada jaminan amal kita diterima oleh Allah swt. Jadi bila tiada jaminan diterima kenapa kita nak gembira?   Allah berkata dalam surah al Mukminun :60,

       Allah memuji orang beriman yang memberikan apa yang mereka beri. Beri apa? Beri apa saja baik makanan,   duit , barang dan sebagainya. Tapi hati mereka takut kerana selepas itu ia akan kembali kepada Allah. Sedangkan mereka tak tahu samada amal mereka diterima atau tidak. Dengan sebab takut itu, mereka lalu beristighfar. 

     Sebab itu bila kita lepas buat kebaikan maka kita istighfar.  Dan sebab itu juga lepas solat kita istighfar. Dan bila nabi berjaya buka kota Mekah , beliau disuruh  istighfar oleh Allah. Padahal nabi sudah berjuang 23 tahun lamanya. Allah berfirman dalam An Nasyr: 3,

       Jadi,  itulah sepatutnya sifat orang beriman. Lagi ia beramal soleh,   lagi ia merendah diri terutama kepada Allah. 

     Maka,  walau kita dah banyak solat tarawih , baca quran dan  sebagainya, tapi tiada jaminan diterima. Maka kita patut sedih atau gembira? Tiada  sebab untuk kita bergembira. 


Intipati orang yang puasa.

     Sebab itu apa intipati bagi orang yang berpuasa? Yang mana siapa dapat ia beruntung  dan yang tidak dapat ia celaka? Iaitu Keampunan. Nabi bersabda ,

     “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”
 [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

      “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al- Bukhari, no. Hadith 36 dan 1870]


      “Sesiapa yang berqiyam pada malam al-Qadar (lailatul qadar) dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, maka akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.”  (HR Bukhari 1901)

    Bila Aishah isteri nabi bertanya apa doa terbaik pada malam al qadar? Nabi menjawab bacalah,

     Nabi tak utama kan minta panjang umur, murah rezeki, dapat anak dan sebagainya. Tapi minta keampunan dari Allah. Maknanya keampunan itu adalah setinggi-tinggi doa kita kepada Allah dan harapan kita kepada Allah. Jadi lihatlah cara berfikir nabi berbeza dengan  kita. Kita lebih kepada minta panjang umur, murah rezeki....

    Bila dapat keampunan, semua yang lain akan dapat. Sebab apa? Sebab semua masalah manusia berpunca dari  dosa. Rezeki akan  dapat, sihat dapat, bahagia dapat dan sebagainya akan turut dapat bila kita dapat keampunan Allah. 

      Jadi nabi ajar kita satu doa yang paling utama dan simple. Tak payah panjang berjela-jela. Dengan minta itu , minta ini. Doa yang berbunga-bunga itu dipanggil takalluf, menyusahkan diri. Minta masuk syurga cukup. Lain-lain semua akan dapat.


Yang paling celaka

    Dan nabi kata siapa yang paling celaka bila ramadhan berakhir?  Bukan yang tak dapat rezeki, atau tak dapat sihat atau tak dapat harta. Tapi ialah yang tak dapat keampunan. Itulah yang paling celaka. 

      Jadi kita tak patut bergembira di penghujung ramadhan sebab, 

1. Kita tak tahu adakah amalan kita diterima atau tidak.

2.  Selepas berakhir ramadhan kita takkan dapat rasa kelazatan ibadah seperti dalam 10 terakhir ramadhan . Dalam bulan ramadhan kita dapat kurangkan  dosa, bertambah ibadah, dan tidak disibukkan dengan dunia. Dengan sebab itu kita rasakan kemanisan iman. Bila ramadhan berakhir semuanya akan berubah keadaannya. 


Hilangnya suasana ramadhan

    Nabi bila solat jika ada gangguan beliau akan cepat-cepat  buang gangguan tersebut. Tetapi kita tidak . Jika ada gangguan bunyi misalnya   kita biarkan saja. Sebab itu bila berakhir ramadhan nabi dan para sahabat sangat sedih sebab suasana itu akan hilang. 
      
      Tak payah lama , masuk saja Syawal kita akan tunggang-langgang. Dengan open house sana sini, dengan jemputan macam-macam.  Solat berjemaah pun tertinggal. Baca quran  pun tinggal. 

       Sehingga itu nabi memberi amaran dalam sabdanya,

     “Wahai ‘Abdullah janganlah seperti si fulan. Dahulu ia rajin shalat malam, sekarang ia meninggalkan shalat malam tersebut.” (HR. Bukhari no. 1152 dan Muslim no. 1159)

    Ramai tak bila di bulan  ramadhan  ia buat solat malam,   tapi bila habis ramadhan ia tinggalkan solat malam? Bulan ramadhan  masjid penuh, masuk saja 1 syawal, tinggal imam dan bilal sahaja.  Ramai orang baca quran bulan ramadhan ,  selepas ramadhan ia  tinggalkan. Jadi, kenapa nabi beri amaran?

       Bila nabi beri amaran bermakna benda itu bahaya dan  benda itu buruk.  Dia bangun  malam, kemudian ia tinggalkan. Dia baca quran juga pada bulan ramadhan, walau selepas habis ramadhan ia berhenti membaca. Jadi ,apa masalahnya? Dia bukan tak baca langsung ?..


Apa masalahnya?

      Masalahnya ialah, bila bulan ramadhan dia solat malam, baca quran kemudian  ia tinggalkan, bermakna ia buat bukan  kerana Allah. Kalau kerana Allah maka dia wajib istiqamah sampai bila-bila.  Sebab Allah di bulan ramadhan dan bulan-bulan  yang lain sama saja. Jangan bezakan.

     Yang kedua,  bila ia tinggalkan  ibadah itu bermakna ia tak suka ibadah itu. Kalau ia suka dah tentu ia buat lagi. Jadi kenapa dia buat di bulan ramadhan? Kerana adat. Kata ulama " Hendaklah kamu buat kerana Rabb bukan kerana ramadhan."

     Bila masuk saja 1 syawal, semua yang dia buat di bulan  ramadhan, ia tinggalkan, maka sia-sia. Sebab itu nabi kata jangan   jadi macam si fulan. 



Siapa yang dapat keampunan itu?

     Sebab itu siapakah yang mendapat keampunan di penghujung ramadhan setelah ia solat , baca quran dan sebagainya? Iaitu nabi beri syarat iaitu dengan imanan, iaitu ia buat kerana beriman kepada Allah. Bila beriman, ulama kata mesti dengan  syarat iaitu  iman dengan cinta, bila ia cinta kepada Allah mesti ia teruskan solat malamnya walaupun 3 rakaat witir.


Hari bergembira

        Ada orang kata bahawa 1 syawal itu hari bergembira. Jadi macamana kah itu?


     Kata salafussoleh, Bisyru al Hafi,  "Orang yang paling buruk perangainya ialah yang kenal hak Allah hanya di bulan ramadhan, manakala orang yang soleh ialah yang beribadah sepanjang tahun."

      Ia pergi ke rumah Allah  pada bulan ramadhan saja. Buka quran hanya pada bulan  ramadhan. Habis ramadhan ia pun berhenti. Itulah orang yang paling buruk perangainya. 

        Tetapi orang yang soleh ia bersungguh-sungguh  beribadah sepanjang tahun bukan dalam  bulan ramadhan  saja. Jadi, muhasabah lah diri kita. 

      Kata ibnu Rajab al Hambali, " Ada sebahagian orang soleh menzahirkan kesedihan di hari aidilfitri."  Orang bertanya padanya, " Hari ini hari berseronok dan gembira. " Jawabnya  , aku ini seorang yang diperintahkan  puasa oleh Allah, tapi aku tidak tahu adakah puasaku diterima atau tidak ,   jadi bagaimana aku hendak bergembira?".

        Memang selama-lamanya kita tidak tahu samada puasa kita diterima atau tidak, kecuali selepas mati. Itulah masa kita akan bergembira iaitu bila ditunjukkan tempat kita yang indah nanti.

     Seorang salafussoleh bernama Wahab bin al War'd melihat orang bergembira di hari raya. Lalu ia berkata  " Jika mereka itu tahu puasa mereka diterima, maka bukan itu caranya dia berbuat, tapi ia akan menambah rasa syukurnya. Tapi jika dia tahu puasanya tak diterima , perbuatan mereka itu tidak langsung menunjukkan rasa takutnya ia."  

     Jadi, bagaimanakah seharusnya kita berhari raya? Iaitu tidaklah perlu kita bergembira sangat kerana kita tak tahu hakikat sebenar puasa kita.


Allah mencela.

      Kita melihat ramai orang datang masjid kerana hendak berbuka puasa. Tetapi selepas ramadhan tidaklah seramai itu yang datang. Allah mencela perbuatan itu dalam surah Al hajj: 11,


       Di sini Allah mencela orang yang  sembah Allah sendiri kenapa? Sebab ia menyembah Allah bila ada keuntungan duniawi, jika tidak ada, ia tak mahu sembah Allah lagi. Iaitu bila lepas raya sudah tak datang sebab tiada lagi makanan. Ini Allah cela.

        Pada zaman nabi,  rasulullah , Abu Bakar dan Umar datang ke rumah seorang sahabat. Sahabat itu menjamu mereka dengan jamuan yang sedap. Selepas makan rasulullah berkata dengan membaca ayat quran,

         Iaitu nabi berkata bahawa tadi mereka lapar, kemudian dapat makan di rumah seorang ansar. Tapi ingat, nikmat itu akan disoal oleh Allah  nanti. Iaitu mereka jadi takut sebab akan  disoal bila dapat sebarang  nikmat . Tapi kita , bila dapat nikmat jadi gembira. Jadi ingat, setiap nikmat akan ditanya, walaupun semangkuk bubur lambuk.


Selepas ramadhan.

     Jadi apa yang perlu kita buat selepas ramadhan? Iaitu;

1.  Kena banyakkan istighfar. 

      Jika dalam bulan puasa kita dapat beramal dengan baik, kurang buat dosa, lalu kita istighfar banyak, maka selepas ramadhan kita  melalui hidup  yang penuh macam jenisnya, lagilah kita perlu banyak istighfar. 

2.  Kena teruskan apa-apa amalan kita di bulan ramadhan. 

    Jangan jadi orang yang dicela oleh Allah tadi kerana beribadah kerana ada keuntungan duniawi. Kalau dulu dia beramal sekarang tidak itu tanda ia tak suka beribadah sebenarnya. Allah puji orang beriman yang  ia istiqamah. Sebab nak kekalkan amalan itu yang paling susah. Kalau kita khatam 2 kali bulan ramadhan, tak semestinya khatam 2 kali juga bulan syawal.  Cukuplah dengan sekali iaitu perbezaan yang tidak banyak sangat. Sebab imam Syafie khatam 3o kali bulan  ramadhan tapi bulan lain tidaklah sampai 3o kali. 

      Jadi, yang paling payah ialah nak kekalkan ibadah. Janganlah kita buat habis-habisan di  bulan  ramadhan, bulan lain tinggal terus. Ingat pesan nabi,

      “Sungguh ada seorang hamba yang menurut pandangan orang banyak mengamalkan amalan penghuni syurga, namun berakhir menjadi penghuni neraka. Sebaliknya ada seorang hamba yang menurut pandangan orang melakukan amalan-amalan penduduk neraka, namun berakhir dengan menjadi penghuni syurga. Sungguh amalan itu dilihat di akhirnya.” (HR. Bukhari, no. 6493)

    Kita pulun qiamulail pada satu masa, tetapi kita tak mati waktu itu. Kita  mati waktu kita tinggalkan qiamulail. Itu yang kita takut, dan supaya kita sentiasa istiqamah. Kita tak tahu bila kita mati. Oleh itu teruskan amal kita kalau tak sebanyak bulan ramadhan, sebahagian pun sudah cukup. Jaga solat jemaaah, jaga solat sunat 12 rakaat, jaga zikir pagi petang , jaga saf pertama, dan jaga baca quran. 

       Sebenarnya bulan ramadhan dan bulan lain sama saja 24 jam satu hari tapi kenapa kita tak dapat buat seperti bulan ramadhan?


3. Istiqamah solat malam.

     Jangan tinggal walaupun satu malam. Sebenarnya selepas isyak, sudah bermula waktu solat malam. Kita boleh mula solat malam seperti solat witir selepas itu dan boleh tidur.  Kalau kita boleh bangun awal untuk solat tahajjud itu lagi bagus. Jika kita boleh jaga solat jemaah isyak dan jemaah subuh di masjid, sebenarnya kita telah dapat pahala solat sepanjang malam. 



4. Teruskan sedekah.

      Ini sifat utama orang bertaqwa iaitu berinfak. Dalilnya ,

        Allah suruh kita bersegera jadi orang bertaqwa.  Apa sifat  utama orang bertaqwa?  Iaitu,


      Iaitu yang berinfak ketika senang dan susah. Bukan ketika bulan ramadhan saja. Lihat juga surah al Lail:  
       
       

       Di sini juga Allah sebut sifat utama orang bertaqwa ialah infak. Kenapa infak ini sifat iutama?

       Sebab duit, harta adalah benda yang orang paling sayang. Jadi Allah nak uji dengan benda itu. Maka orang yang lepas dengan ujian itu ia orang bertaqwa. Kenapa orang bertaqwa mudah untuk infak? Sebab dia tahu dia akan  dapat ganjaran di akhirat yang lebih baik lagi. 
        
     Jadi, teruskan infak. Dan infak yang paling disukai Allah ialah yang dapat membuat gembira orang yang susah.  Itulah tanda puasa kita diterima oleh Allah. 
        
    Kata ulama, tanda puasa kita diterima iaitu  selepas  itu kita akan buat kebaikan yang baru. 

      Janganlah jadi seperti dulu kita buat amalan ahli syurga, kemudian kita tinggalkan, dan buat pula amalan  ahli neraka. Tiba-tiba kita mati waktu itu,  alangkah ruginya.

Open house

      Open house bukanlah sunnah nabi. Kalau benar kita mahu menggembirakan  orang, siapa yang patut kita gembirakan ? Iaitu orang yang susah. Bukan menggembirakan  orang yang sudah senang.  Tapi open house sudah jadi budaya. Sedangkan dulu tidak ada open house. Lagi teruk ia dibuat sepanjang syawal dan bersambung selepas syawal.
     
      Kita boleh bergembira di hari raya tapi jangan melampau sehingga meninggal kan amalan-amalan  kita di bulan  ramadhan dulu.


Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Ust. AMAR.
8/4/24
Klang. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...