Langkau ke kandungan utama

156) APAKAH TENTATIF RAMADHAN MENURUT NABI S.A.W?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,




       Allah swt mengurniakan kepada kita begitu banyak nikmat. Yang kita selalu nampak ialah nikmat rezeki, nikmat sihat, makan dan minum dan sebagainya, tetapi jangan kita lupa nikmat terbesar salah satu nya kepada kita ialah nikmat Ramadhan. Allah beri nikmat ini kepada umat Muhammad iaitu nikmat ramadhan. 

         Sebab itu ia satu-satunya bulan yang disebut dalam al quran.  Bulan-bulan  lain tidak disebut. Kerana apa? Kerana ia satu nikmat yang besar. Bila tiba cukup bulan, kita gembira sebab gaji nak masuk. Tapi kenapa bila ramadhan nak sampai kita tak rasa seronok?  Firman Allah, 


        Bila al quran itu petunjuk bagi orang yang  beriman kepadanya dan Allah turunkan pada bulan ramadhan, itu menunjukkan  bahawa bulan  ramadhan itu satu bulan yang berkat. Sebab itu ramadhan itu dipanggil  ramadhan al mubarak. Bulan lain tak disebut mubarak. Kenapa ? Kerana ramadhan itu bulan yang penuh berkat. Maksud berkat ialah kebaikan yang berpanjangan lagi kekal. Tanda bulan ini berkat ialah Allah wajibkan berpuasa pada bulan ini.  Firman Allah swt,


         Oleh itu ramadhan adalah satu bulan khusus untuk kita menjadi orang bertaqwa. Kerana taqwa adalah bekalan yang hendak kita bawa selepas mati.  Seperti kata Allah,


          Kalau kita nak cari ikan dan daging kita cari di pasar. Di mana kita nak cari taqwa?  Iaitu antaranya di bulan ramadhan. Di bulan inilah kita dapat meraih pahala dengan sebanyak-banyaknya berbanding bulan-bulan yang lain. 
           
          Jadi, apakah tentatif atau sillibus yang nabi s.a.w tunjukkan kepada umatnya untuk dapat taqwa ini?  Para sahabat mengikut tentatif ini, maka mereka dapat taqwa dan dijanjikan syurga. Untuk dapat taqwa mesti ada ilmunya. 

        Manusia dalam kehidupannya tidak lepas dari tiga keadaan. Iaitu:

1.  Orang yang Allah beri niknat. Iaitu berdasarkan ayat,

2. Orang yang Allah murkai, 


3. Dan orang yang sesat,  kedua-duanya berdasarkan ayat,
         
      Yang pertama , orang yang diberi nikmat. Nikmat apa? Iaitu nikmat ilmu dan amal.  Inilah para sahabat nabi.

     Adapun orang yang dimurkai itu ialah orang yang Allah beri ilmu tetapi tidak ia beramal dengannya.  Inilah kelompok yahudi. Mereka tahu bermacam-macam kisah kenabian.  Ia ada ilmu tapi ia tak beramal dengan apa yang ia tahu. Inilah orang yang ingkar. Dengar tapi ingkar.  Terbalik dengan para sahabat, 'Kami dengar dan kami patuh'. 

          Yang ketiga ialah orang yang sesat.  Mereka tiada ilmu tapi nak beramal. Nak masuk bulan ramadhan buat tahlil. Inilah orang beramal tapi tanpa ilmu. Seperti orang nasrani, apa yang paderinya kata dia ikut saja. Tak kira betul atau salah. 

     Begitu juga kita. Bila masuk saja bulan ramadhan , kita tak  terlepas dari termasuk dalam salah satu kelompok tersebut. 

         Jadi kita lihat apakah tentatif yang nabi s.a.w ajarkan kita bila masuk bulan ramadhan supaya kita bertaqwa. Inilah amalan para sahabat nabi dahulu. Rasulullah s.a.w sudah tunjukkan jalannya , hanya perlu copy dan paste sahaja. Jangan kita copy dan edit. Atau kita cipta amalan baru. Jikalau kita edit atau innovasi agama maka jadilah kita antara dua golongan  sesat tadi. 

        Allah berfirman,


            Bila Allah sebut 'Wahai orang-orang beriman'  itu maksudnya  selepas itu ada ayat perintah atau ayat larangan yang Allah suruh  kita ikut. Dalam ayat ini Allah fardhukan atau wajibkan kepada orang beriman . Oleh itu tidak boleh tanpa sebab seseorang tidak berpuasa.

          Nabi s.a.w pernah bermimpi dibawa menaiki satu bukit yang tinggi. Di atas bukit itu nabi mendengar  orang yang menjerit dengan  kuat, dan merobek mulut ketepi , sedang kakinya tergantung ke atas,  Bila nabi bertanya siapakah yang menjerit itu?  Mereka lah orang yang tidak puasa ramadhan.



Tentatif ramadhan

         Kita mulakan tentaif atau sillibus ini dari:

1) Bangun malam

        Kita bangun ini untuk bersahur. Bila bangun saja hendaklah baca doa. Dengan doa ini,


         Selepas berdoa, ambillah wudhu' dan ketiga solatlah 2 rakaat.  Inilah yang nabi s.a.w ajar.

          Kenapa harus buat perkara ini?  Kerana ianya berdasarkan satu hadis yang bermaksud,

        “Syaitan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian ketika dia tidur dengan tiga tali ikatan dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu syaitan akan mengatakan: Malam masih panjang, maka tidurlah dengan nyenyak.
 Jika dia bangun dan berzikir mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan. Kemudian jika ia berwuduk maka lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mendirikan solat, lepaslah ikatan terakhir.
 Di pagi harinya dia akan bersemangat dan segar yang mententeramkan jiwa. Namun bila dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya jiwanya jadi kotor (merasa tidak segar) dan menjadi malas" 

(Riwayat al-Bukhari, 1074)

          Setiap orang yang tidur akan diikat oleh syaitan dengan tiga ikatan. Bila bangun dan berdoa maka terbuka satu ikatan. Bila ia ambil qushu selepaa ith  twrbuka lagi ikatan . Bila ia teruskan dengan solat 2 rakaat, maka terbukalah ikatan  ketiga. Jika tidak lakukan ketiga-tiga  ini maka ia bangun dalam keadaan letih  dan malas. Jika ia lakukan , ia akan segar dan ceria.

         Ini bukan di reka oleh pakar motivasi,  ini adalah apa yang nabi s.a.w ajarkan.

2)  Bersahur

        Sahur itu waktunya lebih baik bila menjelang subuh. Boleh makan hinggalah azan subuh dikumandangkan. 

       Sebelum  bersahur atau selepas bersahur jangan  tinggalkan  dua doa ini. 
Pertama,

         Allah kata sifat orang yang benar ialah yang beristighfar di waktu sahur. Seperti ayat diatas. Inilah waktu terbaik untuk berdoa kepada Allah swt. 

Doa yang kedua pula ialah,

      Ini antara sifat ibadurrahman iaitu bila waktu mereka solat malam, mereka berdoa dengan  doa diatas. Iaitu memohon dijauhkan dari azab neraka jahannam yang mengerikan itu.

       Jangan tinggal dua doa ini kerana matlamat ramadhan ialah muttaqin. Sebab apa nak bertaqwa? Sebab nak jauh dari azab neraka.

       Selepas itu barulah bersahur.  Nabi bersabda,

     "Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah kurma (tamar)”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

       Oleh itu cuba jangan tinggal makan kurma. Pasti ada berkatnya bila nabi kata begitu.  

      Sahur ini untuk kita berpuasa di siang hari, manakala qailulah pula untuk kita berjaga di malam hari.


3)  Solat subuh berjemaah.

        Sebelum itu bila azan  dilaungkan hendaklah menjawabnya seperti yang dimaklumi. Dan berniatlah di dalam hati untuk menahan segala perkara yang membatalkan puasa kita. Dan perkara yang mengurangkan pahala.

       Selepas azan, bacalah salawat kemudian doa selepas azan.

Kemudian  bacalah,

      Ini sedikit berbeza dengan yang kita baca dalam zikir pagi-petang.  Dan apa kelebihannya jika dibaca? Iaitu diampunkan dosa-dosa kita.  Inilah tujuan sebenar kita puasa bulan ramadhan iaitu mendapat keampunan Allah.  Inilah masanya peluang kita untuk lepas dari azab api neraka dengan mendapat keampunan Allah dengan mengikut sillibus ramadhan ini.

       Selepas itu berdoalah dengan doa yang baik, samada untuk dunia atau akhirat kita kerana doa antara azan dan iqamah itu tidak ditolak. 

Sabda nabi s.a.w,

      “Bermula doa yang tidak ditolak ialah antara  azan dan iqamah.” (Hadith Tirmizi)
  

        Selepas itu solatlah solat sunat fajar. Jangan  ditinggal kerana nabi tak pernah tinggal dan  sabda nabi s.a.w,

      "Dua rakaat sebelum salat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya." (HR Muslim) 

        Selepas itu barulah solat subuh berjemaah. 


    
  4)    Zikir pagi

        Selepas solat subuh, duduklah dan baca zikir pagi. Kemudian bacalah al quran.  Bila syuruk sudah sampai tunggulah 20 minit selepas itu dan tunaikan solat isyrak 2 rakaat. Pahalanya seperti orang yang buat haji dan umrah yang sempurna. 

       Anas bin Malik meriwayatkan hadis nabi yang bermaksud,

       "Barangsiapa mengerjakan solat subuh berjemaah kemudian duduk dia berzikir kepada Allah sehingga matahari telah terbit kemudian dia kerjakan pula solat sunat sebanyak dua rakaat nescaya adalah baginya seperti pahala mengerjakan haji dan umrah dengan sempurna. Dengan sempurna.” 
(Hadith hasan riwayat Imam Tirmidzi)
         
 
5)  Bekerja

           Selepas itu keluarlah bekerja bagi yang bekerja. Sebab puasa tak meng- halang kita dari bekerja.   Bila ada waktu rehat, buatlah solat dhuha 2 rakaat, atau sebanyak-banyaknya 8 rakaat. 

       Kerana nabi bersabda ,

       Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda :

       “Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha”
( Hadis Riwayat Muslim )

Dan juga hadis yang bermaksud,

      "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

    
6) Tilawah al quran dan  bersedekah

              
     Jangan ada sehari pun  dalam bulan ini kita tidak tilawah al quran dan  tanpa sedekah.   Pastikan , walau sibuk macamanapun, bacalah al quran. 

Allah swt berfirman,

     
        Menurut Ibnu Katsir dalam tafsirnya, Allah SWT memuji bulan Ramadan di antara bulan-bulan lainnya. Sebab, Dia telah memilihnya sebagai bulan yang padanya diturunkan Al-Qur'an yang agung.

       Seorang muslim dianjurkan membaca Al-Qur'an di bulan turunnya kitab ini. 

         Dan jangan lupa sedekah setiap hari walau rm1 . Setiap sedekah digandakan 700.

Firman Allah yang bermaksud,

       "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai serratus biji. Allah melipatganda kan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 261)

     Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah dibulan Ramadan. Perkara ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya:

      “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” 



      Kemudian   tidurlah sebentar sebelum zuhur atau selepasnya kerana ia akan menguatkan kita untuk qiyam ramadhan nanti. Qailulah ini untuk orang yang akan qiamullail, seperti bersahur itu untuk orang yang berpuasa. Sabda nabi s.a.w ,

     ” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”
[Riwayat Al-Tabarani (28)]

Sabda nabi s.a.w lagi,

     "Kuatkan puasa di siang hari dengan makan sahur dan qailulah untuk bangun malam.”
[Riwayat Ibnu Majah (1693)]



7)  Solat berjemaah.

       Bukan saja pahalanya besar tetapi tanda kita bukan  munafik.

Allah berfirman,


"Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka" [Surah al-Nisa’ 102]


      Berkata Imam al-Khatib as-Syarbini rahimahullah: “Perintah ini (solat berjemaah) diturunkan ketika waktu perang, maka sudah semestinya lebih utama dilakukan ketika dalam keadaan aman" (Rujuk Mughni al-Muhtaj)

      Antara amalan yang dijanjikan gandaan pahala untuk kita kumpul sebagai bekal akhirat ialah solat berjemaah.

      Sabda Rasulullah saw:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
"Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat" (HR Muslim)

     Solat berjemaah bagi kaum lelaki adalah di masjid dan merupakan suatu perkara yang dituntut di sisi syarak. Terdapat banyak nas yang menunjukkan kepada anjuran perbuatan tersebut.

      Antaranya sabda Rasulullah saw:
مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

     "Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran" (HR Ibnu Majah)

       Lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini.


8)  Zikir pagi dan petang

        Sebab kebanyakan  dalam zikir ini ialah istighfar. Allah menganjurkan zikir kepada Nya pada waktu pagi dan petang. Dalilnya di surah Ali Imran: 41,


Antara bacaan zikir pagi-petang ialah,





9)  Doa sebelum berbuka

       Inilah antara masa yang tak ditolak doanya. Walaupun dalam  bahasa melayu. Ia juga satu ibadat. Baik doa masalah dunia atau pun masalah akhirat.

Sabda nabi s.a.w,

     "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)


10)  Berbuka

        Pastikan berbuka dengan tamar.  
Rasulullah SAW juga bersabda,

    “Apabila diantara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”. (Hadis, Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).

       Seterusnya, Anas bin Malik meriwayat kan bahawa,
      “Rasulullah SAW biasa berbuka puasa sebelum sembahyang maghrib dengan ruthob (kurma basah), jika tidak ada ruthob, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air”. (Hadis, Imam Abu Daud, 2356).

      Kalau boleh beri makan orang berbuka puasa. Kita akan  dapat pahala sama macam dia yang berpuasa. Zaid ibn Khalid al Juhani meriwayatkan hadis dari rasulullah s.a.w  yang bermaksud,

      "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Riwayat al-Tirmidzi: 807)

       Tidak semestinya makanan yang banyak, cukup sebijj kurma atau segelas susu pun sudah mendapat pahala tersebut.

        Selepas berbuka ringan,   bacalah doa ini,



        Dengan doa ini kita akui ada pahala bagi kita. Tetapi berapa kadarnya hanya Allah yang tahu. Bergantung kepada amalan kita  dan  apa-apa  yang mengurangkan  pahala kita. Jauhi sebarang maksiat, samada maksiat lisan atau maksiat mata atau maksiat pendengaran. Kerana itu akan mengurang kan pahala puasa kita.



11)   Qiyam ramadhan

          Kita sebut tarawih. Tetapi dalam hadis disebut qiyam  Ramadhan.  Tarawih hendaklah sampai habis bersama imam. 

        Abu Dzar meriwayatkan bahawa 
Rasulullah s.a.w bersabda,
     " Barang siapa menunaikan qiyam bersama imam (berjamaah) sampai selesai, maka ditulis pahala shalat malam semalam suntuk". 
(HR Imam Ahmad, at-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh al-Albani).


       Hadis ini dalil disyariatkannya qiyam Ramadhan dengan berjamaah. Sesiapa yang terputus bersama imam, tidak dapat pahala tersebut. Atau tidak witir bersama imam hingga habis, juga tidak dapat pahala itu.  Tunggulah hingga imam bangun baru kita beredar.

      Inilah antara tentatif sepanjang bulan ramadhan. Jikalau dapat buat semua ini, insyaallah bila  keluar ramadhan kita akan dapat taqwa. Jika tidak, tidaklah akan dapat taqwa. 

        Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Ust. Yob.
Klang.
11/3/24
            
       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem