Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Apa maksud manhaj? Menurut Ibn Kathir rahimahullah manhaj ialah:
“ Manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”.
Bahawasanya manhaj ahlusunnah wal jamaah itu ialah ittiba' kepada kitabullah dan sunnah rasulullah s.a.w. Iaitu mengikut kitabullah dan sunnah rasul s.a.w.
Kalau mengikut , maka itu bermakna tak banyak bertanya. Kalau banyak tanya - menanya, biasanya jarang yang ikut. Kita boleh lihat secara langsung , kalau banyak berdebat tentang ayat dan hadis, hujung-hujungnya, kalau ayat perintah jatuh hukumnya sunat. Kalau sunat ditinggal tak mengapa.
Juga bila banyak berdebat tentang larangan nabi, akhirnya hukumnya hanya makruh. Kalau makruh , dibuat tak berdosa. Akhirnya perintah Allah dan rasul diabaikan dan larangan Allah dan rasul dilangkahi.
Oleh itu di waktu kita kembali kepada al quran dan sunnah atau mengikut manhaj ahli sunnah maka haruslah:
1) Tanpa banyak bertanya.
Kecuali untuk memahami ayat-ayat al quran dan hadis. Kalau sekadar untuk memuaskan keintelektualan kita, maka itu sangat kontras dengan manhaj as salafussoleh.
Ahli sunnah itu mengikut generasi yang dijamin dengan keredhaan Allah swt. Iaitu bila laporannya diterima, amalnya diterima dan dengan statusnya wajar tanpa pengecualian, maka itulah yang kita jadikan acuan dalam bermanhaj. Iaitu pemahaman ashabu rasulillah s.a.w. yang bermakna mengikuti para sahabat, yang sesuai dengan kemampuan kita.
2) Beransur-ansur memahami
Seperti dalam berilmu, kita dalami beransur-ansur, bukan langsung terus berilmu. Bukan orang boleh terus faham semuanya. Dan tidak ada orang terus hafal semua riwayat dari sahabat dan tabiin. Melainkan sedikit demi sedikit.
Pokoknya, bila ada perten- tangan pendapat, misalnya pemahaman Usman bin Affan r.a dengan pemahaman ustaz Dasman bin Yahya, pendapat yang bercanggah, maka jangan segan-segan kita tinggalkan pendapat ustaz Dasman , ambil pendapat Usman r.a. kerana Usman r.a gurunya ialah rasulullah s.a.w. Maka kalau hadis dari rasulullah lebih lagi kita dahulukan , dan jika dari al quran lebih lagi kita utamakan.
Jadi, beransur-ansur kita memahami manhaj salafussoleh.
3) Tidak berdebat panjang dengan ahli bid'ah.
Atau tidak duduk bersama mereka dengan tujuan mengambil ilmu. Tapi kalau tujuannya untuk berdakwah, maka itu wajib. Oleh itu kena bezakan. Bila seorang ustaz atau da'i duduk bersama ahli bid'ah maka jangan terus dikata. Kerana antara da'i, ulama, penuntut ilmu dan orang awam itu tidak sama. Kerana dulu nabi berdakwah di depan musyrikin, bersila, duduk di depan orang musyrik sedang yang tuanya beliau hormati. Jadi, harus kita bezakan ulama' dengan orang awam.
Kita mungkin berada di manhaj yang benar tapi mungkin tak ada brek. Seseorang mungkin ada manhaj yang benar, larinya kencang tapi tiada brek, hingga akhirnya melanggar dinding. Akhirnya kena ganti rugi besar, lalu merugikan dakwah .
Jadi, harus dibezakan ulama yang duduk untuk berdakwah dengan orang yang duduk untuk berdebat. Sebab imam Syafie juga pernah duduk dengan puak khawarij, tapi bezanya ialah untuk berdakwah. Sebab nabi dulu berdakwah dengan cara berdekat-dekat dan memanggil mereka dengan panggilan yang mulia.
Jadi harus dibezakan orang berilmu dengan yang belum berilmu , atau kapasiti untuk berdakwah dengan yang baru sampai tahap penuntut ilmu sahaja . Kerana kekurangan ilmu boleh menjadikan seseorang akan terjebak dalam kesalahan
4) Tidak terlalu membahas secara mendalam masalah akidah
Bila ada berita yang benar maka kita benarkan. Kalau meneliti berita melalui manhaj methodologi penelitian berita maka itu tak mengapa. Tapi kalau sudah masuk analogi-analogi, kias-kias, maka di sinilah lahirnya kesalahan ilmiah nanti.
Ini penting supaya bila kita mendengar berita dari Allah dan rasulullah s.a.w, maka kita dengarkan berita itu, bukan membuat analisa. Kerana berita ghaib tak mampu kita analisa. Urusan syurga, urusan neraka bolehkah dianalisa?
Maka, jika semakin dibahas masalah roh maka semakin merepek. Semakin kita bahas masalah takdir , maka hujung-hujungnya ialah ragu dengan takdir Allah. Semakin dibahas sifat-sifat Allah dengan analisa , semakin mengingkari sifat-sifat Allah.
Maka , assalaf, ashabul hadis, mereka tidak masuk dalam hal seperti itu.
5) Berusaha bersungguh-sungguh menjaga kesatuan umat.
Untuk menyatukan umat mesti di jalur yang resmi. Bukan di jalur yang sempit. Kalau terjadi sesuatu malapetaka, dikumpulkan manusia ditempat lapang atau sempit? Di jalur utama atau di jalur sempit?
Iaitu titik kumpul kita ialah kitab Allah dan sunnah rasul. Berkumpul kita di situ. Jangan kita sempitkan bahawa ahli sunnah itu akidahnya mesti Ashaari, feqah as Syafie, tasawuf nya al Ghazali. Akhirnya yang di luar itu semuanya salah. Adakah itu menyatukan umat?
Tidak mungkin bersatu. Sebab secara applikasinya tidak mungkin semua orang boleh dipaksa bermazhab Syafie. Tapi jika orang yang mengaku beriman kepada Allah, pasti mahu dipaksa supaya mengikut nabi.
Oleh itu tempat menyatukan umat itu mesti di jalur resmi atau di jalur utama. Jangan disempit-sempitkan. Kerana itu membuat orang sesak nafas. Tetapi jika di jalur nabi s.a.w di mana beliau berkata ,
“Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” (HR. Malik; Al-Hakim, Al-Baihaqi)
Dan sabda nabi lagi,
“Sungguh aku telah meninggalkan kalian diatas sesuatu seperti putih bersih, malamnya seperti siangnya, dan tidak ada yang menyimpang darinya kecuali orang yang binasa.” (HR. Ibnu Abi ‘Ashim dalam kitab Sunnah dengan sanad hasan)
Putih yang dimaksud dengan putih bersih ertinya ia adalah agama, millah dengan hujjah yang sangat terang-benderang, yang tidak ada padanya kesamaran. Maka itulah ajaran yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Di sini Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjelaskan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah meninggalkan kepada kita sesuatu yang putih bersih, masih murni, di atas hujjah-hujjah yang terang-benderang dan tidak ada padanya kesamaran. Malamnya bagaikan siangnya, artinya sudah jelas sekali. Tidak ada yang menyimpang darinya kecuali pasti binasa.
Jadi, menyatukan umat mestilah dengan kitabullah dan sunnah nabi s.a.w. Cuma dulu bila disebut sunnah, orang sudah faham seperti aslinya. Tapi sekarang jika disebut sunnah , banyak takwilnya. Oleh itu sekarang kita sebut kitabullah dan sunnah menurut pemahaman sahabat dan tabiin. Dan mereka yang mengikuti mereka dengan benar. Apa sebabnya? Sebab Allah telah menetapkan dalam al quran,
Ini lah manhaj yang dulu orang berjalan di atasnya . Dulu tidak perlu kitab-kitab lain. Cukup dengan al quran dan hadis. Cuma bila orang semakin lemah dalam memegang keduanya, semakin tidak merasa cukup dengan keduanya , maka banyak terjadi penyimpangan-penyimpangan. Di mana dakwah perlu memakai logika dan rasional, akhirnya terjadilah orang mempelajari akidah atau agama, mendekatkan- nya kepada rasionaliti kemudian yang sesuai dengan logika.
Akhirnya terjadilah perbezaaan methodologi antara salaf dengan khalaf. Yang dulu cukup dengan quran dan hadis tetapi yang kemudiannya tidak cukup dengan quran dan hadis. Dan diwarisilah cara berfikir yang sebahagian dari agama lain dan sebahagian dari fikiran yang tidak Islami tetapi kerana dikeluarkan oleh orang Islam maka dianggap pemikiran Islam. Inilah menjadi penyebab yang beriring dengan itu lahirlah kitab-kitab akidah yang ada sekarang.
Di zaman imam Syafie belum perlu adanya kitab akidah kerana akidah umat rata-rata masih bersih lagi. Cuma ada fatwa beliau yang menolak fahaman-fahaman yang mulai melencong seperti fatwanya kepada ahlul kalam. Katanya , hukum bagi ahli kalam ialah diconteng-conteng mukanya lalu diarak di pasar dan jalan-jalan dan katakan inilah orang yang meninggalkan kitabullah dan sunnah rasul dan mendahulukan pendapat dan hawanya.
Bererti imam Syafie sendiri sudah menolak ilmu kalam kerana ia melihat melencong nya umat akibat mengikut logika didahulu- kan dari al quran dan hadis nabi.
Sebab itu kita bahaskan bab ini kerana sekarang sebahagian besar umat lebih terpengaruh dengan pemikiran daripada ilmu pengetahuan. Mereka menganggap pemikiran itu ilmu dan ilmu (al quran dan hadis) itu suatu yang ketinggalan.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Us. Dasman
Klang.
25/6/24
Ulasan
Catat Ulasan