Bismillah.
Maka di sini Allah melarang membuat tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kita tahu yang mencipta langit dan memberi rezeki hanyalah Allah.
3) Ia dosa yang terbesar.
Assalamu'alaikum,
Jika kita sudah mempelajari apa kepentingan tauhid dan apa makna tauhid, maka mempelajari lawan kepada tauhid itu akan menambah kefahaman kita kepada tauhid. Lawan kepada tauhid ialah syirik.
Seperti kata pepatah, " Bila mengenal lawan , segala perkara menjadi semakin jelas." Dengan mengenal syirik maka kita lebih faham lagi mengenai tauhid. Dengan mengenal bid'ah kita lebih faham tentang sunnah. Oleh kerana itu untuk kita lebih mengenal tauhid maka kita mesti mengenal apa itu syirik dan jenis-jenisnya. Bila kita mempelajari syirik secara terperinci maka kita akan mengenal tauhid secara terperinci pula. Adapun mempelajarinya secara kasar sahaja, maka kurang menafaatnya terutamanya di zaman kita ini.
Masyarakat kita, kalau ditanya tentang syirik , tidak ada yang suka dengan syirik. Tetapi ramai di antara mereka yang terjerumus ke dalam kesyirikan. Kenapa? Kerana mereka tidak mempelajari contoh-contoh syirik secara detail. Maka perlu bagi kita memahami syirik secara detail, dan perlu memahami tauhid secara detail.
Kepentingan mempelajari syirik
Apa kah kepentingan untuk kita mempelajari bab syirik? Diantaranya ialah:
1) Dengannya dapat lebih memahami tauhid
Kerana jika kita mempelajari bab tauhid sahaja, tidak mempelajari lawannya iaitu syirik, seolah-olah ada sesuatu yang tergantung. Dengan mempelajari hal-hal syirik, kita lebih faham apa itu tauhid.
2) Ia dosa yang pertama diperingatkan oleh Allah s.w.t
Nabi s.a.w diangkat menjadi nabi dengan surah Iqra'. Dan nabi diangkat menjadi rasul dengan surah al Muddatsir. Di sini rasul diperintahkan untuk berdakwah. Lihat surah al Muddatsir,
Perbuatan dosa maka tinggalkan, inilah larangan yang pertama dari Allah. Dan dosa yang utama ialah penyembahan berhala iaitu syirik kepada Allah. Belum ada waktu itu larangan minum khamr, larangan berzina, yang ada pada masa itu ialah larangan berbuat syirik.
Begitu juga dalam surah al Baqarah:21 dan 22,
Maka di sini Allah melarang membuat tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kita tahu yang mencipta langit dan memberi rezeki hanyalah Allah.
Maka, dosa yang pertama dilarang oleh Allah ialah syirik. Inilah tujuan dakwah para nabi yang pertama.
3) Ia dosa yang terbesar.
Di zaman jahiliah, banyak kemungkaran yang ada, seperti minum khamr, berzina, membunuh anak-anak, peperangan dan sebagainya. Tetapi dosa yang pertama Allah larang ialah kesyirikan.
Memperkenalkan masyarakat mengenai keburukan-keburukan.
Allah berfirman dalam surah al An'am:151,
Dalam ayat ini Allah perintah- kan nabi Muhammad s.a.w membacakan kepada manusia apa yang dilarang Allah melakukannya. Yang pertama Allah sebutkan ialah jangan berbuat syirik kepada Allah. Baru kemudian disebut dosa-dosa yang lain.
Ini bermakna syirik adalah dosa yang terbesar melebihi dosa membunuh, berzina, minum khamr dan lain-lainnya.
Kenapa syirik dosa terbesar?
Kenapa syirik merupaka dosa yang paling besar berbanding lain-lain dosa? Sebabnya ialah:
1) Bertentangan dengan tujuan penciptaan
Kerana ia bertentangan dengan tujuan kita diciptakan. Kita diciptakan untuk semata-mata menyembah Allah bukan kepada yang lain. Seperti yang Allah beritahu dalam surah az Zariyat:56,
Kita dicipta untuk menyembah Allah. Menyembah itu adalah tauhid kepada Allah. Jika manusia itu mensyirikkan Allah maka itu bertentangan dengan tujuan diciptanya manusia. Inilah menyebabkan syirik adalah dosa terbesar.
2) Dosa-dosa yang lain terkait dengan manusia. Syirik terkait dengan Allah.
Seperti mencuri, berzina, membunuh, menipu, maka ia terkait dengan manusia. Tetapi syirik ia terkait dengan hak utama Allah. Iaitu ditauhidkan Allah.
“Dari sahabat Mu’adz bin Jabal berkata, aku dibonceng oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di atas keledai namanya ‘Ufair, maka Rasulullah bertanya:
‘Wahai Mu’adz! Tahukah kamu apa hak Allah atas hamba-Nya dan apa hak hamba atas Allah?’
Aku menjawab, ‘Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.’
Rasulullah bersabda: ‘Hak Allah yang harus dipenuhi hamba-Nya adalah hendaknya mereka meyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun. Sedangkan hak hamba dari Allah adalah bahwa Allah tidak akan menyiksanya bagi siapa yang tidak menyekutukanNya.’
(HR: Bukhari dan Muslim)
Yang menciptakan alam semesta ini adalah Allah. Menciptakan kita, ibu kita, bapa kita, yang mencipta air mani pun Allah. Rezeki kita pun Allah yang beri. Tidak ada benda lain yang ada sumbangsih dalam mencipta kita. Maka yang berhak disembah hanyalah Allah.
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata:
“Ada seorang laki-laki berkata: ‘Wahai Rasulullah, dosa apa yang paling besar di sisi Allah?’ Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘Kamu menyeru tandingan untuk Allah sementara Allah yang telah menciptakan kamu.’
(HR: Muslim)
Analoginya, seorang anak dibesarkan, dijaga, disekolahkan, diberi belanja sehingga ia menjadi manusia oleh kedua ibubapanya. Tiba-tiba bila ia berjaya , ia berbakti kepada orang lain. Adakah patut?
Syirik ini terkait dengan hak Allah. Sedangkan dosa lain terkait dengan manusia. Sebab itu dosa syirik tidak diampunkan.
3) Tidak ada kelazatan di sebalik menyembah selain Allah.
Jika minum khamr ada kelazatannya. Begitu juga berzina, atau mencuri. Maksiat semua ada enaknya. Kalau syirik apa kelazatannya? Apa enaknya meminta-minta kepada ahli kubur? Tidak ada syahwat atau kelazatannya. Hanya sekadar kebodohan. Maka sebab itu syirik itu tidak ada alasan untuk melakukannya, berbanding dosa-dosa yang lain.
4) Dosa syirik tidak diampunkan
Kalau seseorang tahu orang berzina, atau mencuri , orang akan marah. Tapi jika melihat orang pergi ke dukun, atau memakai azimat , memohon kepada orang mati, tidak ada yang marah. Dibiarkan saja . Tidak ada ghairah untuk melarangnya. Padahal ia adalah penyakit yang paling bahaya kepada kaum muslimin.
Ini menunjukkan barometer orang Islam itu tidak lulus. Kerana apa? Kerana ia tidak belajar. Jika ia belajar maka ia akan tahu bahaya syirik itu. Maka kebencian kepada syirik itulah yang paling utama berbanding dosa-dosa lain.
Ada dua keadaan orang yang berbuat syirik:
1) Ia bertaubat sebelum wafat.
Maka ini diampuni. Seperti firman Allah dalam surah az zumar:53,
Iaitu Allah mengampuni semua dosanya bila ia kembali bertaubat kepada Allah. Jika dosa orang yang bertaubat dari syirik itu tak diampuni maka tidak ada orang yang dinamakan mualaf itu. Kerana dia sebelumnya telah melakukan perbuatan syirik.
Oleh itu jika ia bertaubat sebelum wafat maka ia diampuni Allah swt.
2) Wafat sebelum bertaubat
Yang dimaksudkan di sini ialah bertaubat dari dosa syirik akbar bukan syirik kecil. Semua dosa walaupun ia meninggal dalam keadaan belum bertaubat, ada kemungkinan ia diampuni Allah.
Contohnya, orang yang berzina atau hisap dadah atau merompak atau bunuh diri lalu ia meninggal. Tidak sempat bertaubat. Orang begini tidak boleh kita kata pasti masuk neraka. Tidak. Ianya terserah kepada Allah, boleh saja Allah ampuni atau boleh Allah azab. Dalil menunjukkan ada yang diampuni dan ada yang diazab.
Tetapi jika meninggal dalam keadaan syirik ia tidak akan diampuni. Allah berfirman di surah an Nissa':48,
Ini menunjukkan orang yang berbuat syirik hingga ia meninggal, ia tidak Allah ampunkan. Dan dosa selain syirik ada yang Allah ampuni dan ada yang Allah azab.
5) Dosa syirik menggugurkan semua amal solehnya .
Firman Allah swt,
Iaitu bila berbuat syirik, maka segala pahala amal soleh seseorang akan hilang seperti debu diterbangkan angin.
Satu Persoalan
Jika seorang muslim contohnya, sudah beramal soleh selama 50 tahun, seperti ia berhaji, umrah , sedekah ,solat, infak dan sebagainya. Tiba-tiba ia terjerumus dalam syirik akbar, seperti ia menjadi kristian atau berdoa kepada roh-roh . Selepas beberapa lama kemudian ia bertaubat.
Adakah semasa ia melakukan syirik akbar (kemudian ia bertaubat) itu pahalanya semua gugur? Dalam hal ini ulama' ada dua pendapat:
1) Dari mazhab Maliki.
Iaitu semua amalannya gugur. Jika ia bertaubat maka ia bermula dari kosong semula. Kerana Allah berfirman,
2) Pendapat mazhab Syafi'i.
Jika wafat dalam keadaan tidak bertaubat maka gugur seluruh amalan nya. Kekal di dalam neraka.
Adapun jika ia bertaubat maka tidak gugur pahala amalannya. Imam Syafi'i membawa dalil dari al Baqarah: 217,
Di sini Imam Syafi'i mengatakan jika ia murtad ( syirik) dan mati dalam keadaan itu, iaitu dalam kafir, maka amalnya akan hilang, akan gugur. Adapun jika ia tidak mati dalam keadaan kafir iaitu ia sempat bertaubat maka amalnya tidak gugur. Sebab ayat di atas hanya mengatakan mati dalam keadaan kafir. Jadi, sebaliknya mati dalam keadaan bertaubat , maka amalnya tidak gugur.
Apa faedah dua pendapat ini?
Katakan ada seorang yang Islam sejak lahir, kemudian pada umurnya 45 ia pergi haji. Tiba-tiba pada umur 60 tahun ia murtad. Selang tak berapa lama kemudian ia kembali Islam. Bila ia Islam semula adakah ia wajib haji sekali lagi?
Menurut imam Malik, wajib ia haji sekali lagi. Sebab amalnya semua sudah gugur. Ada pun menurut imam Syafi'i ia tidak wajib haji sebab amal nya tidak gugur bila ia sudah bertaubat. Hajinya dulu diterima kembali bila ia bertaubat.
Secara dalil , pendapat imam Syafi'i lebih kuat. Apa sebabnya? Sebab seorang kafir yang ada membuat maksiat dan ada membuat kebaikan, bila ia masuk Islam, gugur semua dosanya dan kebaikannya dibawa bersama sebagai amalan soleh. Lihat sabda nabi,
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam R.A, katanya:
Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apa pandangan tuan terhadap perbuatan-perbuatan baik yang saya lakukan sewaktu masa Jahiliyyah seperti sedekah, membebaskan hamba atau menyambung silaturrahim. Adakah padanya terdapat ganjaran pahala? Maka Nabi SAW menjawab,
أَسْلَمْتَ عَلَى مَا سَلَفَ مِنْ خَيْرٍ
Maksudnya: “Engkau telah masuk Islam beserta semua kebaikanmu yang dahulu.”
[Riwayat al-Bukhari (1436) dan Muslim (123)]
Seperti juga isi surat nabi kepada Heraklius,
" Dari Muhammad hamba Allah dan utusanNya kepada Heraclius penguasa Romawi. Salam sejahtera bagi orang yang mengikuti petunjuk. Masuk Islamlah, niscaya kamu selamat. Masuk Islamlah, niscaya Allah memberimu pahala dua kali lipat. Jika kamu berpaling, kamu akan menanggung dosa orang-orang Romawi."
Maksud dua kali lipat itu ialah pahala ia masuk Islam dan kedua pahala semua kebaikan yang ia buat semasa ia masih musyrik. Kebaikan itu semua dikira sebagai amal soleh. Sedangkan segala maksiatnya di gugurkan.
Jadi , masalah kita , dia tadi sudah seorang muslim kemudian ia murtad dan kemudian ia kembali muslim. Maka ia lebih utama lagi dikembalilan kebaikan nya yang ia buat dulu semasa ia masih Islam. Kerana jika orang kafir pun boleh mendapat pahala nya , maka orang Islam lebih patut mendapatkan pahalanya kembali.
Yang menjadi masalah ialah orang yang melakukan kesyirikan, ia tidak bertaubat. Sungguh mengerikan kerana ia akan kekal di dalam neraka. Tidak akan keluar darinya.
Manakala orang muslim meskipun ia melakukan maksiat, satu masa ia akan dikeluarkan dari neraka.
Ada satu kisah yang diceritakan oleh syeikh Abdul Razzak,
Ada seorang yang pergi berjalan-jalan ke negara kafir, kemudian ia ditemani oleh seorang guide . Mereka pergi ke suatu kelab malam dan minum khamr. Disitu pun ada orang Arab minum khamr juga. Lalu mereka berkata, semoga Allah mengampuni kami. Tapi guide orang Nasrani itu pun berkata , semoga Tuhan juga mengampuni saya.
Tapi orang arab itu berkata, bahawa kamu orang Nasrani takkan diampuni kerana kamu kafir, kami masih beriman boleh diampuni. Dengan sebab itu orang nasrani itu berfikir kenapa ia tak boleh diampuni? Apa sebabnya?
Akhirnya ia belajar mengenai Islam, dan akhirnya ia masuk Islam .
Definisi syirik
Makna syirik dari segi bahasa ialah sekutu. Adapun dari sudut istilah ialah mensekutukan Allah dengan selain Allah.
Keadaan seseorang itu dari segi bahasa ada 3 kemungkinan, iaitu:
1. Hanya menyembah Allah
Ini dipanggil tauhid.
2. Hanya menyembah selain Allah
Ini dipanggil kafir.
3. Menyembah Allah dan selain Allah.
Ini dipanggil mensyirikkan Allah. Atau musyrikin. Inilah keadaan musyrikin Mekah zaman jahiliah.
Syirik menurut istilah ialah menyama kan selain Allah dengan Allah pada perkara-perkara kekhususan Allah. Contoh , kita kata ada yang boleh mencipta selain Allah. Ini syirik kerana hanya Allah yang boleh mecipta sesuatu. Atau kalau kita kata ada zat lain yang berhak disembah, ini bererti syirik kerana yang layak disembah hanya Allah. Atau ada orang mengatakan ia tahu hal-hal ghaib maka ia syirik kerana yang tahu perkara ghaib hanya Allah. Sebab itu kekhususan Allah.
Kekhususan Allah itu banyak. Dia maha Pencipta, Dia mengetahui yang ghaib, Dia saja yang berhak disembah. Siapa yang meyakini ada zat lain selain Allah, yang menyamai dengan urusan-urusan Allah maka ia terjerumus dalam kesyirikan. Inilah definisi kesyirikan yang luas.
Pembahagian syirik
Syirik boleh dibahagikan mengikut:
1) Besar atau kecilnya
Ini terbahagi dua iaitu syirik akbar dan syirik asyghar/ kecil. Syirik akbar mengeluarkan orang dari islam. Syirik kecil tidak mengeluarkan orang dari Islam.
Syirik akbar menggugurkan seluruh amal soleh. Syirik kecil hanya menggugur amal yang terlibat.
Contohnya ada orang mengerja kan haji, umrah , sedekah dan lain-lain.Tetapi ia memohon doa kepada mayat. 'Embah fulan tolong aku ya embah'. Iaitu minta kepada roh. Ini syirik akbar. Atau ia berkata, ' Hai syeikh Abdul Kadir Jailani bantulah aku ya syeikh'. Ini syirik akbar kerana memohon kepada selain Allah. Maka segala amalnya gugur dan ia murtad. Kerana ia melakukan syirik akbar.
Serupa juga jika ia meminta kepada nabi Isa. Maka ia melakukan syirik akbar, ia murtad dan amalannya gugur semua.
Adapun syirik kecil, misalnya riak. Ia bersedekah sebab nak dapat pujian. Ia ambol foto dan diupload di facebook dengan niat hendakkan pujian. Ketika itu dia tetap muslim, tetapi pahala sedekahnya gugur. Bukan pahala seluruh amalannya gugur. Sebab ini adalah syirik kecil. Yang tidak mengeluarkan orang dari Islam.
Lagi perbezaan kedua jenis syirik ini ialah biasanya syirik akbar itu terkait dengan tujuan yang zatnya sendiri syirik. Adapun syirik kecil hanyalah perantara.
Contoh syirik akbar ialah seperti menyembelih binatang untuk jin . Ini syirik akbar kerana menyembelih itu ibadah. Maka bila ia menujukan ibadah sembelihan nya kepada selain Allah maka itu syirik akbar.
Begitu juga berdoa. Berdoa ialah ibadah. Bila ia berdoa kepada selain Allah maka itu syirik akbar.
Tetapi syirik kecil ia tak menujukan ibadahnya kepada selain Allah. Ia cuma minta perhatian manusia seperti riak. Riak itu bukan ibadah . Dia hanya minta pujian dari manusia bukan menujukan ibadahnya kepada manusia. Ia masih beribadah kepada Allah tetapi ingin dipuji oleh manusia.
Begitu juga pakai azimat itu syirik kecil. Kerana ia meyakini itu sebagai sebab kepada keselamatan contohnya. Ia cuma dijadikan alat atau media baginya mencapai tujuan. Tetapi berubah kepada syirik akbar jika ia percaya azimat boleh memberi keselamatan atau menjaganya dan sebagainya.
Syirik kecil biasanya adalah sebagai medium atau perantara manakala syirik besar ia menujukan ibadahnya kepada zat itu sendiri.
2) Yang jelas (jali) atau tersembunyi (khafi)
Ini pula terbahagi dua iaitu syirik jali dan syirik khafi. Yang jelas (jali) seperti menyembelih kepada selain Allah. Atau bersumpah dengan nama selain Allah. Atau memakai azimat. Sebab ia nampak atau kelihatan. Ia boleh jadi syirik akbar dan boleh jadi syirik kecil.
Syirik khafi pula ialah yang tak kelihatan, seperti takut kepada selain Allah. Seperti takut tak dapat rezeki kalau tak membuat sesajian kepada jin dan lain-lain. Ini syirik akbar.
Contoh lain syirik khafi lagi seperti riak. Riak itu dalam hati tapi ia syirik kecil. Atau beramal soleh demi mendapat dunia. Ia buat sesuatu kalau dapat imbuhan , kalau tidak maka ia tak mahu lakukan . Ini syirik kecil. Ujub juga syirik yang tersembunyi.
3) Tempat kesyirikan
Ini pula terbahagi tiga iaitu syirik niat, kedua syirik lafaz dan ketiga syirik tubuh.
Syirik niat itu seperti riak, ujub. Syirik lafaz ialah seperti bersumpah dengan selain nama Allah. Atau menyandarkan nikmat kepada selain Allah. Contohnya dia berkata, 'Kalau bukan kerana doktor, aku sudah mati'. Ini tidak boleh. Ini syirik kecil.
Syirik tubuh ialah yang melibatkan perbuatan seperti menyembelih atau sujud atau atau berdoa kepada selain Allah.
4) Syirik yang ditinjau dari lawannya.
Apa lawan syirik? Iaitu tauhid. Maka syirik yang ditinjau dari lawannya iaitu yang berkaitan dengan:
a) Rububiah.
Tauhid rububiah ialah mengakui Allah mencipta alam semesta, memiliki alam semesta dan mengatur alam semesta ini.
Dalam hal ini, jika seseorang meyakini bahawa tuhan itu bukan esa, seperti mengatakan tuhan ada dua seperti majusi yang ada tuhan api dan tuhan kegelapan. Yang mengatakan tuhan itu tiga seperti kristian. Tiga dalam satu. Ini semua syirik dari sudut rububiah.
Ada juga yang meyakini tidak ada tuhan iaitu aties. Aties pun ada macam-macam. Ada yang mengatakan tuhan tidak ada. Ada juga mengatakan tuhan ada kemudian ia mati. Ada juga yang mengatakan tuhan mencipta alam, kemudian dia diam seperti orang yang membuat jam kemudian dia biarkan jam itu jalan sendiri. Tugas tuhan sudah selesai , selepas itu dia nongkrong (duduk melepak). Itu semua bentuk-bentuk aties.
Ada juga pendapat syirik ahli falsafah dalam bab rububiah ini. Ia mengatakan alam ini azali. Alam dan tuhan sama-sama ada bukan tuhan dulu ada baru alam ada. Ia sama-sama ada , tidak menciptakan antara satu sama lain.
Inilah syirik rububiah kerana mengatakan alam ini tidak ada pencipta. Padahal kita tahu semua alam semesta adalah ciptaan Allah. Ini seperti falsafah yunani , Farabi dan ibnu Sina.
Kemudian ada juga yang meyakini ada orang yang di beri hak autonomi untuk mengatur sebahagian alam. Ini pun syirik akbar. Seperti meyakini nyoro Kidul menjaga , mengatur laut selatan. Siapa yang memberi izin? Katanya Allah yang beri. Padahal tidak ada sesiapa yang diberi izin oleh Allah berbuat begitu.
Malaikat maut, malaikat gunung , malaikat laut menjalankan tugasnya atas perintah Allah. Tidak ada sesiapa manusia atau jin yang lain diberi tugas seperti menjaga gunung Merapi dan lain-lain. Bila gunung itu mahu meletus, dibuat sesajian kepada jin yang menjaga gunung supaya berhenti meletus. Ini syirik akbar.
.
Seperti juga dikalangan sufi ekstrim yang mengatakan syeikh Abdul Kadir Jailani telah diberi 'kun' oleh Allah swt. Bila ia mahu sesuatu ia cukup berkata 'kun' maka jadi kun fayakun , jadilah benda itu. Ini tidak ada. Padahal nabi pun tak diberi kun. Kalau ada, dia akan kata 'Hai Abu Jahal jadilah lalat". Tapi tidak ada. Nabi terpaksa berperang dengan susah payah. Nabi pun tidak diberi kun , bagaimana Abdul Kadir Jailani mendapat kun?
Ada juga pendapat bahawa bila wali mencapai tahap qutub ia boleh mengawal dunia ini. Ini lah syirik akbar.
Ada juga mengatakan 'kalian kena hormat wali fulan yang menjaga kota kita ialah wali fulan". Ini pun syirik akbar. Yang menjaga kita Allah sahaja. Wali-wali nak menjaga dirinya saja tidak mampu, ia tidak menjaga dirinya dari mati. Bagaimana kita meminta kepada orang yang tak mampu menjaga diri sendiri? Orang pun pergi meminta dark kuburnya, membuat sesajian, memukul gendang di kuburnya. Sehingga hati orang itu bukan kepada Allah tetapi ke penghuni kubur yang tak mampu berbuat apa-apa pun. Ini syirik akbar.
Meyakini kemakmuran , keamanan sesuatu kota itu dengan mayat. Sedangkan mayat itu menjaga diri sendiri pun tidak mampu. Mandi kita mandikan, solat kita solatkan, masuk kekubur kita yang memasukkan. Ia tidak mampu. Tapi ia mampu pula menjaga kota kita. Otak letak dimana?
Memang kesyirikan itu tak masuk akal. Menyembah lembu, meminta kepada orang mati , itu semua tak masuk akal. Bila masuk dunia sufi saja otak akan jadi mandul!
Kata imam Syafi'i ,
Di dalam kitab itu, Imam As Syafi’i menyatakan,
“Kalau seandainya seorang laki-laki mengamalkan tasawwuf di awal siang, maka tidak sampai kepadanya dhuhur kecuali ia menjadi hamqa (kekurangan akal).”
(Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)
Kalau dia mengatakan wali itu telah mendapat izin dari Allah untuk menjaga satu kota, kita katakan , tunjukkan surat izinnya. Nanti dia akan kata, pergi jumpa dengan jin sekian-sekian. Inilah kata-kata yang tak ada dasar dari quran dan hadis.
Inilah syirik akbar. Lebih bahaya dari berzina , dari merompak atau membunuh.
b) Asma wa sifat Allah.
Tauhid ini ialah kita mengakui bahawa Allah sahaja memiliki sifat yang sempurna dan tidak ada sesiapa yang menyamai sifat Allah yang sempurna itu.
Syirik yang berkaitan dengan hal ini seperti meyakini selain Allah ada sifat yang sama seperti Allah. Contohnya mengatakan tangan kita seperti tangan Allah. Ini dipanggil mujassimah.
Misalnya lagi, istiwa Allah sama seperti istiwa kita. Atau nuzul Allah sama seperti nuzul kita. Ini semua syirik akbar.
Ada orang menuduh ibn Taimiyah menunjukkan Allah itu turun seperti ia turun dari mimbar. Padahal waktu yang dikatakan itu dia ada di dalam penjara. Orang kalau sudah benci apa cerita pun boleh direka.
Ada juga yang menyatakan ia tahu hal-hal yang ghaib. Ini syirik akbar kerana Allah berfirman,
Nabi pun tahu perkara ghaib hanya sedikit sebagai tanda ia seorang nabi. Selain nabi dan rasul tidak ada yang tahu ilmu ghaib.
.c) Uluhiah Allah.
Tauhid ini menerangkan tentang hanya Allah yang wajib disembah, iaitu beribadah hanya kepadaNya. Tidak ada lain-lain zat yang boleh disembah melainkan Allah sahaja. Oleb itu ulama' mengatakan sesiapa yang percaya dukun dapat meramal masa depan dan percaya kepadanya ,maka ia telah kafir. Kenapa? Kerana dia menyamakan dukun sama dengan Allah dalam mengetahui hal-hal yang ghaib. Padahal yang cuma tahu masa depan hanya Allah.
Tidak boleh juga kita kata Muhammad s.a.w tahu semua perkara ghaib. Yang beliau tahu cuma apa yang diberitahu Allah sahaja. Seperti firman Allah,
Ketika ada seorang pemuda bersyair katanya,
" Di tengah-tengah kita ada seorang nabi yang mengetahui apa berlaku esok",
Maka nabi marah, katanya nabi tidak tahu apa yang terjadi esok.
Dan semua nabi-nabi begitu. Contoh nya kisah nabi Yaakob. Nabi Yusuf hilang tapi nabi Yaakob tidak tahu kemana. Maka ia menangis. Nabi Sulaiman tidak tahu di mana ratu Balqis, yang tahu ialah burung hud-hud.
Ketika kalung Aishah r.ha hilang, nabi tidak tahu di mana. Mereka mencari hingga subuh. Akhirnya jumpa ditindih unta. Jangankan masa depan, kalung hilang pun nabi tak tahu.
Oleh kerana jika ada puji-pujian yang berlebihan kepada nabi seperti kata ahli syair ini,
" Di antara kedermawanan mu wahai Rasulullah ialah dunia dan akhirat,
Dan di antara ilmu mu hai Muhammad ialah ilmu lauh mahfuz"
Syair ini tidak benar. Walau kita cinta kepada nabi melebihi dua ibubapa kita, tapi jangan berlebih-lebihan. Yang tahu perkara ghaib hanya Allah.
Oleh itu, syirik dari sudut uluhiah ini ialah dengan beribadah kepada selain Allah seperti berdoa kepada selain Allah, bernazar kepada selain Allah, seperti katanya, ' Embah, kalah saya lulus , saya akan beri makan kepada anak yatim.' Sepatutnya bernazar hanya kepada Allah buka makhluk.
Contoh lagi, menyembelih untuk jin supaya rumahnya tak diganggu. Seperti menyembelih 3 ekor ayam hitam, darah nya di bubuh keliling rumah. Ini syirik akbar. Sepatutnya kita menyembelih untuk Allah seperti akikah, qorban dan haji.
Walaupun berdoa hingga menangis kepada wali. Wali tak dapat menolong apa-apa. Nabi Muhammad saja berdoa kepada Allah di dalam perang . Ia sendiri tak dapat menghalang musuhnya. Inikan pula wali.
Semoga Allah mewafatkan kita di dalam tauhid dan dijauhkan dari kesyirikan.
Dari kuliah Dr. Firanda,
Klang.
1/2/24
Ulasan
Catat Ulasan