Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,
Kita mempelajari kitab Aqidatus salaf wa Ahlul Hadis oleh Imam Ismail bin Abdul Rahman as Sabuni ( 373 - 446H ) di mana beliau menjelaskan alasan beliau menulis kitab ini. Kitab yang kecil, kerana kitab assalaf itu tidak panjang-panjang. Kitabnya pendek-pendek tapi isinya padat-padat.
Kalau kitab akidah mutaakhirin, debatnya dan jawabannya panjang-panjang , maka kitabnya panjang-panjang. Dan masing-masing tentu ingin menegakkan pendapat dan keinginannya.
Manhaj yang sahih
Di sinilah perlunya kita kembali kepada manhaj yang sahih yang dijelaskan langsung oleh Allah swt. dan nabi kita s.a.w serta dipraktikkan oleh para sahabatnya r.hm. Iaitu seperti di jelaskan dalam surah An Nissa' :59
Bila berselisih dalam sesuatu masalah agama , maka kembali -kan kepada Allah dan rasulNya jika benar anda beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Tentang pokok-pokok agama
Dan di dalam kitab ini dibahas- kan beberapa bab tentang usuluddin, tentang pokok-pokok agama, yang menjadi pegangan generasi terdahulu yang terdiri daripada imam-imam dan ulama kaum muslimin dan salafussoleh.
Dan berdasarkan pokok-pokok inilah mereka menyampaikan hidayah, dan mendakwahkannya kepada seluruh manusia di setiap waktu. Dan mengingatkan serta melarang umat dari hal-hal yang bertentangan dengannya atau bertolak belakang dengannya, yang tidak sesuai dengan akidah orang-orang beriman, yang membenarkan semua yang datang dari Allah dan rasul s.a.w. dan orang-orang yang bertaqwa yang taat perintah Allah dan sentiasa menjauhi larangan Allah swt.
Dengan demikian juga mereka membangun loyaliti. Loyal kepada yang berkeyakinan yang sahih dan kurang loyal kepada orang-orang Islam yang berkeyakinan tidak sahih. Ini sesuatu yang sifatnya fitrah.
Fitrah yang selamat
Di mana orang yang masih selamat fitrahnya, ia cenderung kepada ahlul fitrah. Sedangkan ahlul syubhat akan cenderung kepada ahlul syubhat pula. Dan ahlul syahwat akan cenderung kepada asy syahwat pula.
Kita cenderung ke mana? Kalau cenderung kepada ahli syubhat, mengajinya bukan ditempat yang selalu mengedepankan quran dan sunnah menurut pemahaman salafussoleh. Bagi ahli syubhat walaupun sudah sepakat assalaf dalam sesuatu hal, mereka masih berusaha mencari debat-debat alkhalaf yang panjang.
Betul, kalau berdebat memang panjang-panjang, tapi kalau berkeyakinan maka ia pendek-pendek sahaja.
Kitab ulama dulu
Maka, kitab-kitab ulama dulu pendek-pendek sahaja. Bukan akalnya pendek, tapi pemahaman nya panjang sedangkan lisannya tak panjang. Kalau kita , lisan panjang, pemahaman pendek. Maka banyak cerita.. apalagi lain yang dicerita lain yang dibuat. Lain kata Allah, lain kata rasul , lain pula yang diyakini. Inilah masalahnya.
Atas dasar ini, ( mengetahui yang hak dan yang batil) ahlul hak tak pernah takut didebat , tak pernah takut disalahkan. Maka semboyan kita iaitu ' Sila salahkan, tapi dengan dalil '. Tapi kalau ahlul batil iaitu orang yang salah ia selalu takut disalahkan. Maka semboyannya mereka ' Jangan suka menyalahkan. '
Tiada siapa yang suka menyalah kan , bahkan orang lebih suka membenar kan supaya tak banyak cerita. Bila berkata Allah kita benarkan, berkata rasul kita benarkan dan ijmak ulama kita benarkan. Iaitu mengikutinya.
Contohnya, ketika menuju ke Masjid Haram , kemudian ziarah ke kubur nabi, lalu ziarah itu sudah sampai baru diniatkan. Kerana musafir untuk ziarah kuburan itu tak disyariatkan. Iaitu dari hadis nabi s.a.w bersabda,
"Dan jangan mengencangkan pelana (melakukan perjalanan jauh) kecuali untuk mengunjungi tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsha, dan Masjidku (Masjid Nabawi),"
(HR Bukhari).
Iaitu perjalanan untuk maksud ibadah. Dengan itu ada orang mengatakan kita melarang ziarah kubur. Bukan. Cuma melakukan perjalanan khusus ziarah kubur tak disyariatkan. Ia bukan amalan orang yang agamanya dipuji nabi s.a.w.
Jadi, bila rasul s.a.w melarang begitu, kita benarkan kata-kata rasul itu dengan mengikutinya.
Jika ada dalil
Bukan kita suka menyalahkan sesuatu. Tetapi tidak perlu takut disalahkan jika ada dalilnya. Seperti orang yang menjawab ujian dengan betul. Tidak ada kerisauan untuk disalah- kan. Bahkan kalau disalahkan oleh cikgunya, ia siap berdepan dengannya. Cuma jika ada sedikit kesilapan ia mengakuinya dan memperbaikinya serta minta jangan dikurangkan markahnya.
Maka Allah juga begitu dengan kita. Kata nabi s.a.w,
"Apabila seorang hakim melakukan hukum lalu dia ber- ijtihad dan kemudiannya dia benar maka untuknya dua ganjaran pahala. Sekiranya beliau menghakimi dan berijtihad, kemudian dia tersilap maka baginya satu pahala.”
[Riwayat al-Bukhari (7352) dan Muslim (1716)]
Waktu ujian bukankah dia sudah belajar , memahami dan menghafal? Lalu dia berijtihad tentang jawapannya. Maka kalau salah markahnya tetap ada, jangan dikurangi.
Maka ahlul sunnah itu tak takut disalahkan. Tapi ahlul batil katanya 'jangan sekali-kali menyalahkan' , sebab apa? Sebab dia ragu sebenarnya, ini benar, itupun benar baginya. Itu bukan tanda hebat, tapi keràna tak tahu membezakan mana yang hak mana yang batil. Padahal Allah sudah perintahkan kita supaya membezakan yang hak dan yang batil. Maka, sebab itu diturunkan al quran dan diutus nabi untuk menjelaskan mana yang hak, mana yang batil. Allah jelaskan dalam surah al Baqarah,
Maka, jika kenal sunnah, anda tahu mana bid'ah. Jika tak kenal sunnah maka akan rasa takut disalahkan. Tapi bagi ahli hak dia tidak takut, kerana kata Allah,
Setiap yang dari Allah itu benar, sebab itu jangan ragu-ragu dan takut.
Tetapi, orang yang dijalan yang benar ia mungkin ada salah, tapi jangan dikurangi nilainya atau pahalanya kerana ia sudah berusaha untuk berada di jalan yang benar. Maka jangan kerana kesalahannya ia direndahkan. Ada orang berzina di zaman nabi, maka adakah bermakna dakwah nabi tak berhasil? Ada juga lain-lain lagi kesalahan zaman nabi seperti perkelahian, sehingga melibatkan muhajirin dan ansar.
Tetapi itu bukan tanda tak berhasilnya dakwah tetapi sebagai jalan untuk mengingatkan akan kesalahan itu, seperti kata nabi, "Kita ini bersaudara maka jangan lagi berperangai seperti jahiliyah".
Sedang kita, jika ustaz itu salahnya satu , kita tak mengaji dengannya seumur hidup. Apalagi kesalahan itu belum tentu benar atau hanya mendengar-dengar sahaja. Hanya mendengar khabar buruk yang belum tentu sahih.
Bukan maksum
Oleh itu orang yang di jalan yang benar mungkin ada salahnya sebab ia bukan maksum. Siapa yang ingat seseorang itu maksum , ia telah berkeyakinan dengan keyakinan yang salah.
Oleh itu , ahlul hak, ia membid'ah kan yang bid'ah dengan dasar ilmu yang ia tahu. Bahkan ada bid'ah yang menyebabkan kafir.
Maka imam Ibnu Hajar r.h dan imam lain-lainnya membahagi bid'ah itu dua:
1. Bid'ah mufassiqah
2. Bid'ah mukaffirah.
Dua macam bid'ah
Iaitu bid'ah yang membuat seseorang itu fasiq atau yang membuat seseorang itu kafir. Bukan kita suka mengkafirkan, bukan. Ia kafir bila dikafirkan oleh Allah swt. Contohnya, bid'ah orang-orang Ahmadiah. Ia mengaku Islam tetapi berkeyakinan ada nabi lagi selepas nabi Muhammad s.a.w. Ijmak ulama mengatakan mereka yang berkeyakinan begitu ia kafir.
Orang yahudi dan nasrani sesat kerana bid'ah juga. Apa bid'ah orang yahudi? Iaitu mengangkat Uzair sebagai anak Allah. Dan nasrani mengangkat Nabi Isa sebagai anak tuhan. Akhirnya dengan bid'ah itu mereka terkeluar dari Islam.
Jadi, ada bid'ah yang membuat orang terkeluar dari Islam. Dan ada bid'ah yang menyebabkan orang hanya berdosa. Fasiq ertinya keluar dari ketaatan seperti bid'ah-bid'ah yang dilakukan kaum muslimin. Dan bid'ah itu ada bertingkat-bertingkat. Ada yang ringan ada yang berat. Misalnya orang syiah, ada bid'ah mereka yang ringan dan kelas berat hingga terkeluar dari Islam . Di antaranya, meyakini Ali bin Abi Talib itu titisan tuhan. Ini kafir.
Jadi ada bid'ah yang membawa kepada kafir, ada yang membawa kepada fasiq. Yang jelas tidak ada bid'ah yang membawa kepada soleh atau yang baik( hasanah). Maka menurut ahlul hadis , tidak ada bid'ah yang mensolehkan seseorang dan tidak ada bid'ah hasanah.
Kedua-dua bid'ah itu berdosa, cuma bid'ah mukaffirah itu yang tidak memberi harapan orang itu masuk kesyurga kecuali dengan bertaubat sebelum wafatnya.
Jauhi bid'ah
Oleh itu jika ada yang membid'ah kan, itu perkara biasa. Bahkan imamnya umat Islam iaitu nabi s.a.w mengatakan 'jauhi bid'ah'. Nabi tidak menghukum seseorang itu ahli bid'ah di zaman nabi kerana di zaman itu tidak ada ahli bid'ah. Jika ada di zaman nabi maka sudah digolongkan yang mana bid'ah hasanah yang mana bid'ah dhalalah. Yang ada zaman nabi ialah muslim dan ghairu muslim. Tidak ada ahli bid'ah.
Maka ulama seperti ibnu Hajar r.h mengatakan bid'ah itu ialah, 'Meyakini sesuatu dalam agama yang tidak ada di zaman nabi s.a.w'. Yang ada di zaman nabi itu bukan bid'ah. Tidak ada bid'ah di zaman nabi yang ada ialah kesalahan yang diperbaiki oleh nabi atau perkara-perkara yang di ikrarkan oleh nabi s.a.w.
Maka jika ada orang mengata- kan sahabat membuat bid'ah di zaman nabi, lalu nabi melegalkan, ini kenyataan yang salah.
Para pensyarah hadis, bila mereka mensyarahkan mengenai hadis Bilal bin Rabah, mereka tak menyebutkan itu sebagai bid'ah. Cuma dikatakan di zaman nabi boleh saja para sahabat melaku- kan sesuatu yang belum diketahui ilmunya dari nabi s.a.w, lalu mereka berijtihad. Seperti dikatakan oleh imam Syafie dalam kitab Ar Risalah.
Namun ijtihad itu mesti diketahui oleh nabi kerana wahyu masih turun. Jika direkomendasi maka itu taqrir namanya , manakala yang tak direkomendasi mesti ditinggalkan selama-lamanya.
Ijtihad
Para sahabat boleh berijtihad di zaman nabi jika ilmunya belum diketahui. Bila dalam kitab tidak ada , dalam sunnah pun tidak maka sahabat berijtihad.
Seperti hadis Muaz ketika akan dihantar ke Yaman,
"Dengan apakah kamu akan berhukum ? Maka Muaz menjawab: Aku akan berhukum dengan apa yang terdapat di dalam Kitabullah. Baginda bersabda: Sekiranya ia tidak terdapat di dalam Kitabullah ? Maka jawab Muaz: Aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda bertanya lagi: Sekiranya tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah S.A.W ? Jawab Muaz: Aku akan berijtihad dengan pendapatku. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan taufiq kepada utusan Rasulullah S.A.W."
Riwayat al-Tirmizi (1327)
Dan bila nabi berpesan kepada pemimpin perang yang nabi tidak ikut bersama, supaya berijtihad tetapi jangan disandarkan kepada Allah dan rasul, kerana itu ijtihad mereka. Tetapi ijtihad itu mesti dilaporkan kepada nabi. Atau Allah beritakan kepada nabi lalu Allah dan rasul memberi hukum. Kalau boleh, didiamkan , kalau tak boleh maka dijelaskan. Maka itu bukan bid'ah namanya.
Jadi kata-kata bahawa di zaman nabi 'Para sahabat berbuat bid'ah lalu nabi legalkan,' perkataan begini tidak ada dalam tafsiran salafussoleh. Bahkan ini pula adalah bid'ah yang baru pula dizaman ini. Tidak dipanggil bid'ah kerana nabi yang akan memutus- kan hukum perkara tersebut samada diterima atau ditinggalkan.
Kemudian
Kata as Sabuni r.hm,
" Kemudian dengan akidah yang mereka ambil dari kitab dan sunnah, yang diyakini oleh salafussoleh dan para imam yang muktamad. "
"Mereka mendapatkan untuk diri mereka dan untuk orang-orang yang mereka dakwahi keberkatan akidah itu ( keyakinan yang kukuh tak mudah digoyangkan. Dan berbuah amal yang soleh. )"
Akidah yang sahih
Maka boleh dilihat orang yang akidahnya sahihah makà biasanya ibadahnya cenderung ke amal yang sahih. Siapa yang akidahnya al quran dan sunnah, pasti ibadahnya mengikut alquran dan sunnah.
Sebaliknya siapa yang akidahnya cenderung kepada hawa , keinginan dan perasaan, maka akidahnya juga banyak mengikut keinginan dan perasaan.
Contohnya, menjelang bulan ramadhan, orang buat kenduri masuk puasa, ziarah kubur, Balimau kasai ( mandi suci) dan lain-lain. Maka kita tanya kan adakah nabi membuat ritual balimau kasai dan yang lain-lain itu? Kalau tidak ada, maaf saya tak ikut. Maka selesai lah persoalan. Walau orang menganggapnya baik.
Menjadi ukuran
Jika baik menjadi ukuran, maka zina pun baik bila suka sama suka. Kalau menurut aturan baik, maka itu pun baik. Tapi ahli sunnah ikutannya jelas, adakah ada dalam quran? Dalam sunnah? Atau dalam ijmak ulama? Kalau tidak ada maka tinggalkan.
Kalau tidak ikut ritual mereka dikatakan tak bermasyarakat. Sedangkan kita ke masjid untuk solat, turut menyumbang. Tapi anda tak tahlil. Jawab , 'Saya tahlil tiap pagi dan petang tetapi tidak berjemaah'. Anda tak yasinan? Jawab, 'Saya baca yasin setiap hari yang saya mahu'. Anda tak selawatan? Jawab , 'Saya selawat setiap hari dalam solat dan luar solat.' Tapi tidak mengikut ritual seperti anda? Sebab apa? Sebab saya tak temukan ia di dalam sunnah nabi s.a.w. atau sunnah khulafa arrashidin.
Bukan dalil
Bukan asalkan baik, asalkan setuju maka ia dianggap baik diamalkan. Bukan. Asal baik bukan dalil. Dalilnya ialah al quran dan sunnah. Kemudian dalil ijmak dan kias.
Kalau ada dalil balimau kasai kita pun mahu , mandi sungai kan kah seronok? Tapi jka tidak ada dalilnya baik secara tekstual atau makna maka tinggalkan . Rekomendasi dari orang atau anggapan baik bukan dalil . Ambil yang baik, buruknya dibuang. Bukan itu dalilnya. Sebab baik menurut sebahagian orang tetapi buruk menurut sebahagian yang lain. Yang menentukan baik dan buruk dalam amal itu ialah alquran dan as sunnah serta dalil-dalil yang muktamad .
Telah mendapat pahalanya
Kata as Sabuni r.hm lagi,
" Dan para salaf itu telah mendapatkan (pahala) apa yang mereka yakini di alam sana."
Dimana kita tahu mereka mendapat pahala itu? Sebab Allah telah berkata, dalam surah at Taubah,
Kata imam as Sabuni r.h lagi,
" Demikian juga pahala kerana mereka berpegang teguh kepada- nya. Dan pahala menunjukkan hamba Allah kepada akidah yang benar Demikian juga mereka menggiring, mengajak manusia meyakini kepada hal tersebut. Maka aku beristikharah memohon taufik dan pilihan yang benar kepada Allah. Dan aku tuliskan/ tetapkan dalam juz kecil ini apa yang mudah aku tuliskan secara ringkas."
"Dengan harapan orang-orang yang berfikir dan orang-orang yang mahu mengamati mendapat menafaatnya. Semoga Allah merealisasikan apa yang kita sangka ini. Dan Allah besar kan bagi kita kurniaNya dengan memberi atau mengurniakan taufik untuk menepati kebenaran hidayah dan petunjuk dan istiqamah diatas jalan hidayah dan jalan kebenaran dengan kurnia dari Allah. Yang diyakini oleh ashabul hadis (orang2 yang mengamalkan hadis)."
Ada orang yang ahli hadis tapi tak mengamalkan hadisnya. Yang diamalkan ialah apa yang sesuai dengan apa ada di fikirannya. Kalau sesuai dengan fikiran ia terima, kalau tidak, ia akan mengambil jalan lain yang tidak disebutkan dalam hadis nabi.
Hadis bernilai tinggi
Maka sebagaimana mereka mudah berpaling, apalagi amalannya juga mudah berpaling. Oleh itu bagi ahlul hadis yang sesungguhnya, hadis itu bernilai tinggi di matanya. Sehingga setiap perintah ia usaha laksanakan . Dan larangan ia usaha jauhi.
Berbeza bagi orang yang biasa bertakwil, katanya ini cuma sunat, kenapa dipaksakan? Atau inikan cuma makruh kenapa keras sekali mengharamkan? Semuanya tak boleh semuanya mesti wajib. Ini kerana cara pandang yang berbeza.
Ahlul hadis memandang hadis itu sesuatu yang lebih berharga dari perkataan manusia.Itulah sebabnya imam Ahmad mengatakan, hadis dhaif lebih berharga dari pendapat siapa pun. Padahal hadis dhaif tak diamalkan. Tapi andainya dibandingkan hadis dhaif dengan pendapat, maka hadis dhaif lebih tinggi nilainya. Bererti pendapat manusia lebih rendah nilainya dari hadis dhaif atau hadis lemah.
Pendapat sendiri
Tapi hari ini ramai orang yang menggunakan pendapatnya walaupun ada hadis sahih, walau pun ia pakar hadis. Kerana manhaj yang tak sama dari ahlul hadis.
Analoginya, seperti air bersih yang masuk ke bejana yang bersih, hasilnya air itu bersih. Tapi jika air bersih masuk ke bejana yang kotor atau syubhat maka keluar air syubhat. Jika air bersih dimasuk- kan sedikit tahi ia jadi air najis. Air bersih dimasukkan air tebu ia jadi air tebu, manis dan boleh diminum.
Maka jika ada campuran, yang dominan ialah campuran itu. Hadis nabi jika masuk ke fikiran yang syubhat hasilnya akan syubhat. Walaupun hafiz 30 juz, walaupun hafal hadis-hadis nabi, kerana cara memahami nya, iaitu dia masuk keacuan yang bukan dipakai oleh nabi s.a.w. Akhirnya dengan hadis orang boleh tersesat. Dengan ayat orang boleh tersesat. Apa sebabnya?
Bukan mengikut quran dan hadis
Kerana yang diikuti hakikatnya bukan quran dan hadis, cuma bermukakan dengan quran dan hadis. Orang syiah, sesat pakai al quran atau tidak? Pakai. Ia memutarkan makna ayat al quran mengikut kehendaknya, contohnya,
'Kamu adalah umat yang terbaik', ditukar oleh syiah menjadi imam yang terbaik. Iaitu imam yang 12.
Oleh itu, bila orang mentakwil dengan merubah makna boleh merosak al quran dan sunnah. Katanya ia tak menolak quran dan sunnah. Betul tak menolak tetapi menafsirnya mengikut pendapat sendiri. Mana yang lebih tahu tafsir al quran, Allah atau kita sendiri? Mana yang lebih faham? Allah atau orang lain ?
Mentafsir al quran
Maka carikan tafsirnya dari quran dan hadis. Menafsir dengan hadis pun menggunakan fikiran tapi fikiran yang sihat. Kerana Allah menafsir perkataanNya dengan perkataanNya atau perkataan nabiNya s.a.w.
Jika orang menafsir quran dengan pendapat Plato atau Socrates, ia mengguna akal juga tapi akal yang ada syubhatnya. Maka yang keluar ialah syubhat juga.
Maka sebab itu ketika nabi s.a.w berdakwah, disuruh oleh Allah mensucikan mereka,
Mensucikan mereka dari apa? Dari keyakinan-keyakinan jahiliyah, keinginan dan hawa jahiliyah. Baru selepas itu di ajarkan isi al kitab iaitu al quran,
Sebab itu, quran bagi orang beriman, ia jadi taufik dan hidayah. Tapi bagi yang tidak yakin dan tidak beriman justeru kadang-kadang boleh jadi sumber kesesatan . Sebab itu, walaupun ada quran ia boleh mengucapkan selamat hari natal. Pakai hadis tapi boleh menjadikan Islam dan kristian sama. Cuma hadisnya masuk kefikiran orang yang tercemar sehingga hasilnya menjadi syubhat.
Seperti , jika masak nasi basi campur 10 pot nasi elok dalam rice cooker apa akan jadi? Semuanya jadi basi
Nabi suruh jauhkan
Sebab itu nabi menyuruh jauhi fikiran yang berasal dari zaman jahiliyah. Kerana falsafah yunani itu kuno maka jangan digunakan falsafah kuno kerana kita berada di zaman wahyu. Maka pakailah wahyu yang Allah turunkan dan yang nabi ajarkan.
Semoga Allah kurniakan taufik, jalan kebenaran, istiqamah dan seperti kata kita tadi, kita siap diluruskan , bila ada yang salah sampaikan , silakan, kerana yang kita mahu adalah jalan yang jelas dan terang. Kita menerima apa saja dalil yang memakai kefahaman salafussoleh. Bukan dengan menafsir ilmu dengan fikiran dan pendapat.
Oleh itu jangan takut kalau diluruskan dengan ilmu. Kerana kata nabi,
"Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat".
[HR : al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499 (Kitab Sifat Kiamat)]
Semoga Allah berkati anda di hari ini dengan ilmu yang bermenafaat, amal yang soleh serta rezeki yang berkat.
Dari kuliah Ust. Dr. Dasman.
Klang.
7/9/24
Ulasan
Catat Ulasan