Langkau ke kandungan utama

125) APA ISI SURAT NABI SULAIMAN KEPADA RATU BALQIS?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



       Setelah nabi Sulaiman a.s mendapati seekor burung hud-hud tiada dalam perbarisan, maka nabi Sulaiman tertanya-tanya ke mana ia pergi.

       Burung hud-hud pun memberitahu nabi Sulaiman a.s sebab ia tidak hadir dalam perbarisan tenteranya ialah kerana ia telah melihat satu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita, dan  mereka semua  menyembah selain Allah     iaitu menyembah matahari. Jadi, bila nabi Sulaiman mendengarnya, beliau mahu pastikan adakah ia benar atau tidak.

        Maka nabi Sulaiman pun perintahkan burung hud-hud  untuk tindakan selanjutnya seperti dalam firman Allah dalam surah an Naml: 28 dibawah,
        
       Nabi sulaiman mengarahkan burung hud-hud membawa surat nabi Sulaiman  kepada ketua kaum itu iaitu  ratu Balqis. Iaitu untuk mendapat kepastian hal yang sebenar.  Hal itu adalah antara syirik dan tauhid,  bukan masalah rakyat tak cukup makan. Jadi, itu adalah perkara utama dan besar yang  perlu tindakan segera. Dakwah kepada tauhid kena segera. 

Antara syirik dan lapar

       Jika kita tanya antara syirik dan lapar mana lebih bahaya?  Syirik. Tapi bila kita jumpa orang lapar dengan orang  yang tak solat mana kita beri bantuan dulu? Yang lapar. Padahal yang tak solat lebih utama dibantu iaitu dengan ilmu.
       
        Orang lapar jika ia beriman kalau kita tak bantu, dia mati masuk syurga. Tapi jika orang kenyang tapi syirik, kalau ia mati akan masuk neraka. Dan kita mungkin berdosa.

      Oleh itu, nabi Sulaiman walaupun ia raja, ada kerajaan besar, tapi ia ingat bahawa tugas utamanya bukan raja tapi pendakwah. Perbuatan syirik mesti segera dihapuskan. Apa dalil bahawa dakwah mesti disegerakan? Lihat  surah Yasin: 20,
       Perkataan yas'aa  itu menunjukkan segera.

      Oleh itu  nabi sulaiman bersegera ,  tanpa berlengah menghantar surat kepada ratu Balqis.  Burung yang sama membawa berita itu dulu dan ia juga yang diarah oleh  nabi Sulaiman supaya mencampakkan surat itu kepada ratu Balqis. Ini menunjukkan kerja dakwah mesti lah  diberi kepada  orang yang tahu selok belok mad'u.

         Sebab itu semasa Rasulullah s.a.w hendak menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman , nabi beritahu bahawa yang ia nak jumpa nanti ialah ahli kitab, bukan calang-calang orang.  Jadi,  ia kena ada ilmu.  Oleh itu sebagai pendakwah penting untuk tahu keadaan mad'u itu. Adakah ia berilmu atau jahil? Apa pegangannya, apa kebiasannya dan sebagainya. Jadi kena tahu itu semua.

     Kemudian sesudah itu,  nabi Sulaiman memerintahkan  hud-hud berpaling dan perhatikan dari jauh apa tindakan ratu Balqis. Pengajaran nya ialah  , dakwah kena secara berdepan dan kena lihat apa respon  mad'u selepas dakwah disampaikan. Apa yang berlaku selepas itu  apa yang mereka bincang dan apa keputusan mereka. Itulah dakwah.

      Sebab itu dakwah di facebook atau whatsapp tidak berapa berkesan kerana kita tidak tahu apa respon orang, adakah ia baca atau macamana. Dakwah yang paling berkesan ialah secara berdepan.

      Balqis orang kaya. Dan nabi Sulaiman berdakwah kepadanya.


Antara simiskin dan sikaya

       Tapi dalam  situasi yang lain ada orang kaya ,  ada orang miskin. Yang mana kita  perlu dahulukan dari segi dakwah? Lihat surah Abasa,
        Semasa  nabi sedang berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraish yang masih kafir, lalu, di waktu yang sama datang seorang miskin, buta dan seorang kepada nabi. Kemudian apa yang berlaku?

         Iaitu nabi memalingkan muka dari orang miskin lagi buta itu. Nabi fikir jika pembesar itu masuk Islam, pengikutnya pun akan masuk. Islam akan  kuat. Bukan bermaksud nabi tak suka orang miskin.

      Kerana ianya pembesar , kaya dan ada nama, maka nabi layan mereka walaupun belum tentu keikhlasan nya  , lalu Allah  tegur sikap nabi dalam ayat dibawah,

        Tapi Allah tetap tegur nabi,  dan bela orang miskin itu kerana ia memang mahu bersihkan jiwanya dan mengambil peringatan , kenapa nabi berpaling? Sedang kan jika orang kafir yang tidak ikhlas itu tidak mahu membersihkan dirinya  itu, maka itu bukan dosa bagi nabi. Sebaliknya,  orang miskin yang  bersegera dengan ikhlas datang untuk membersihkan dirinya dengan perasaan takut kepada tuhan. 


Pujian kepada penuntut ilmu dan pendakwah

        Di sini Allah memuji orang yang segera datang untuk mencari ilmu atau peringatan  walaupun ia miskin. Di dalam surah yasin:20 tadi, ada dinyatakan keutamaan  bersegera berdakwah, manakala ayat 8: Abasa ini pula tentang bersegera dalam mencari ilmu. Jadi , kedua-dua hal  ini kena disegerakan. Tapi masyarakat melayu  , tunggu pencen baru nak belajar itu pun hanya untuk menghabiskan masa. Jauh, jauh.

        Dan Allah puji lagi si miskin tadi kerana perasaan takutnya kepada Allah. Takut ini adalah hasil dari  ilmu yang  dipelajari. Jika seseorang  belajar,  tapi tiada rasa takut kepada Allah, maka  itu tanda ia  masih jahil lagi. Dalilnya surah Fathir:28,
        Iaitu orang yang berilmu, yang tahu dan sedar Allah itu melihatnya walaupun apapun perbuatannya. Dengan kesedaran itu ia takut kepada dosa dan azab Allah.


 Satu kesalahan       

        Apabila  orang kaya datang , maka nabi  layan,  walaupun belum tentu lagi mereka  ingin menyucikan hatinya dari kekufuran. Dan meninggalkan orang miskin yang ingin menyucikan jiwanya dengan ayat -ayat al quran. Maka itu satu kesalahan.  Seperti firman Allah di bawah,
           Daripada kisah ini ulama membuat satu kaedah  iaitu,

     ' Tidak boleh ditinggalkan perkara yang diketahui atau yang maklum , lalu diambil  perkara yang samar.'

        Dengan sebab itu kita tidak boleh  tinggalkan orang yang pasti kehendaknya kepada iman dan  amal, lalu mengambil orang yang samar-samar  niatnya.


Ilmu dan takutkan Allah

        Kalau kita perhatikan,  zaman nabi dulu , orang miskin  sangat  bersegera mencari ilmu dan takut kepada Allah. Tapi orang miskin zaman sekarang tidak sama. Tidak bersemangat mencari ilmu dan tidak pula takut kepada Allah. Kenapa?

      Kerana mereka tidak di didik dengan al quran .  Tetapi zaman nabi,  nabi yang mulia duduk bersama orang miskin lalu mereka terdidik dengan nabi. Tapi sekarang ada ustaz yang nak duduk bersama orang miskin?  Duduk dengan orang miskin apa dapat?

       Tapi hebatnya semangat dan  iman orang miskin zaman nabi dulu di rakamkan oleh Allah dalam surah at Taubah:98  ini,
        Mereka datang kepada nabi supaya nabi membawa mereka sama ke medan perang, tapi nabi terpaksa menolaknya kerana peralatan dan kenderaan yang  tidak mencukupi.  Lalu orang miskin itu menangis kesedihan  kerana tak dapat  ikut berperang. Itulah tahap iman mereka kepada syurga Allah.


Surat kepada ratu Balqis

     Berbalik kepada kisah nabi Sulaiman, maka  bila surat itu disampaikan kepada ratu Balqis, ratu itu mengambil dan membacanya. Lalu ia mengkhabarkan hal itu kepada pembesar-pembesarnya seperti dirakamkan di dalam surah An Naml: 29 ini,
         Dan didapatinya surat yang cantik itu dari seseorang yang bernama  Sulaiman yang tidak ada  apa-apa pangkat di pangkal namanya. Itu menunjukkan walaupun Sulaiman itu nabi dan raja, tetapi ia tetap merendah diri. Merendah diri sifat yang disukai Allah.  Seperti tertera di dalam ayat seterusnya,

           Dan didapatinya   surat itu bermula dengan   bismillah. Ini menandakan ini adalah  surat  dakwah kepada  Balqis. Ini membawa  pengajaran bahawa jika  kita nak mulakan  sesuatu maka  mulakan  dengan bismillah. Ini sesuai dengan hadis riwayat Abu Hurairah yang bermaksud,

“Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan ‘bismillahirrahmanir rahiim’, amalan tersebut terputus berkahnya.” 
(HR. Al-Khatib dalam Al-Jami’, dari jalur Ar-Rahawai dalam Al-Arba’in, As-Subki dalam tabaqathnya)

          Ia bermakna apa saja benda baik yang  tak dimulai dengan bismillah maka hilang berkatnya, atau kurang berkatnya. Oleh itu bila nak makan, nak pakai baju, nak maik kenderaan, nak baca quran, nak keluar rumah dan sebagainya , mulakan dengan bismillah. Allah beri berkat.

Isi surat

        Lalu apakah isi surat  Nabi sulaiman kepada ratu Balqis? Ada di dalam ayat 31 ini,
       Iaitu yang pertama, jangan sombong kepada nabi Sulaiman. Kenapa dakwah yang pertama ini ialah jangan sombong? Kerana sombong itu penghalang segala kebaikan.

Apa makna sombong?

         Sombong bermakna menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.  

         Dan isi surat seterusnya ialah  beliau menyuruh ratu Balqis  datang  kepadanya dalam keadaan berserah diri. Iaitu dengan berserah diri kepada Allah atau masuk Islam. Kata ulama, cara perkataan  nabi Sulaiman ini  menunjukkan bahawa kerajaan  nabi Sulaiman lebih kuat daripada kerajaan Balqis. 


Respon ratu Balqis

     Apa respon Balqis setelah membaca surat tersebut?  Baca ayat 42: an Naml ini,

         Setelah membacanya  maka Balqis meminta pandangan daripada pembesar-pembesarnya mengenai hal tersebut. Kerana ia mahu pembesar-pembesarnya  memberi pendapat. 

         Pengajaran dari ayat ini ialah jika orang kafir pun bermesyuarat sebelum membuat keputusan,  maka kita orang Islam lebih lagi kena buat mesyuarat sebelum mengambil sesuatu keputusan . Tapi kena faham bahawa orang islam buat mesyuarat bukan kerana ikut Balqis tapi ikut arahan Allah. Lihat surah as Syura:38 
         Dala. Ayat di atas Allah puji mereka kerana:
1. Menerima apa saja perintah dan larangan  Allah.
2. Mendirikan solat
3. Berrmesyuarat dalam setiap hal mereka.
4. Mereka sentiasa memberi infak.

       Ini bermaksud manusia yang terbaik ialah yang membuat hubungan dengan  Allah ( solat) dan membuat hubungan  dengan  manusia (infak). Ini juga sesuai dengan hadis nabi,

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).
 
         Iaitu orang yang bukan mementing kan  sirinya sahaja. Ia suka menolong, meringankan beban orang lain. Terutamanya kepada keluarganya sendiri dan  seterusnya orang lain.

Kesimpulan

         Daripada kisah nabi Sulaiman ini kita boleh membuat kesimpulan bahawa:

1. Kekayaan tidak menghalang seseorang membuat kerja dakwah
2. Tanda syukur dengan nikmat Allah ialah mengajak manusia lain kepada Allah.
3. Sombong penghalang besar dari menerima kebenaran.
4. Hubungan sesama manusia ialah dengan membawa keamanan kepada manusia.
5. Mencari ilmu syariat perlu disegerakan. 
6. Dakwah kepada tauhid mesti disegerakan.




Student Ust AMAR,
Padang Jawa & Klang.
12/11/23

      


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...