Langkau ke kandungan utama

170) ADAKAH DALIL NABI MEMIMPIN DOA DAN ZIKIR BERJEMAAH?

Bismillah.
Assalamu'alaikum, 


Pertanyaan:

         Mengenai hadis Tsauban, yang berbunyi,
      " Seseorang yang menjadi imam tidak boleh  mengkhusus untuk dirinya dalam sebuah doa tanpa menyertakan orang lain. Jika tetap melakukannya bermakna ia mengkhianati mereka".

      Pertanyaannya, bagaimanakah kedudukan kesahihan hadis ini? Dan sebahagian orang menjadikan hadis ini  sebagai dalil wajibnya doa berjemaah selepas solat. 


Dr. Dasman menjawab:

         Pertama , hadis ini sabit dari nabi s.a.w.  dan untuk perhatian bagi yang bertanya,  bahawa hadis ini telah disampaikan oleh nabi s.a.w . Dan  nabi adalah sebaik-baik imam solat kita. Beliau selama hidupnya telah menjadi imam solat berjemaah baik solat fardhu atau  solat Jumaat atau solat lain-lainnya. 

     Tentu kita tertanya-tanya  apa makna hadis ini menurut nabi sendiri? Maka jawabannya adalah dalam praktik/ amalan nabi sendiri. Yang dalam hadisnya nabi bersabda,

     “Shalatlah kalian (dengan cara) sebagaimana kalian melihatku shalat.” (HR. Bukhari) [HR. Bukhari, no. 628 dan Ahmad, 34:157-158)

      Baik posisi beliau sebagai imam atau munfarid* iaitu semasa beliau solat sunat.      Maka tata cara solatnya rata-ratanya sama antara solat fardhu dan solat sunat. 

        Ketika beliau menjadi imam, adakah kita mendapati beliau memimpin doa bersama? Atau memimpin zikir bersama?  Maka dari sekian banyak hadis mengenai solat nabi s.a.w, yang mana hadis-hadis  ini sudah dikumpulkan oleh para ulama seperti  As Sunan al Jawabi',  atau memang yang khusus tematik mengenai sifat solat nabi s.a.w.  Bahkan syeikh al Albani menulis 3 jilid mengenai sifat solat nabi s.a.w.  Saya tidak melihat sebuah kitab sifat solat nabi yang selengkap ini dengan takhrij nya sekali.


Memimpin doa

      Maka tidak ditemukan yang nabi memimpin doa dan zikir bersama apabila selesai solat. Jadi,  apa makna mengkhianati itu tadi, wallahu'alam. Dari apa yang saya baca iaitu bila ia berdoa yang harusnya bersama lalu dia mengkhususkan doa itu kepada  dirinya sendiri, maka itu  dia telah berkhianat. 

       Misalnya ketika beliau berdoa qunut, atau khatib membaca doa . Bererti ia berkhianat jika mengkhususkan doa  kepada dirinya sahaja. Atau dia sama sekali tidak mendoakan kaum muslimin dan muslimat. Bererti  dia mementingkan  diri sendiri. 

      Oleh itu dengan menjadikan hadis ini sebagai dalil untuk memimpin doa berjemaah adalah tidak benar. Sebab tidak ada tafsir seperti ini dari nabi s.a.w.  Sedangkan solat telah diwajibkan pada 3  tahun sebelum  Hijrah , dan solat berjemaah yang aman selama 10 tahun di Madinah. Bermakna nabi solat fardhu berjemaah berapa kali di Madinah? Iaitu lebih kurang 5 × 360 x10 = 18000 kali solat berjemaah. 

      Dengan sebanyak itu solat nabi,  tidak ada riwayat yang nabi memipin doa bersama selepas solat fardhu. Maknanya apa yang ditafsir oleh orang tidak sesuai dengan apa yang ditafsir oleh nabi. Sedangkan  yang paling faham sabda nabi ialah beliau sendiri. Maka jika ada orang yang memahami seperti itu maka harus ia ukur dari nabi s.a.w.


Nabi diganti

        Kedua ,  apabila nabi wafat, beliau diganti oleh Abu Bakar r.a sebagai imam,  sampai beliau wafat pula. Tidak ada juga riwayat yang beliau memimpin zikir dan doa selepas solat fardhu. Selepas itu datang pula Umar, Uthman dan Ali r.a, juga tak ditemukan riwayat begitu. 

       Rasanya tidak beradab jika kita mengatakan mereka tidak faham hadis itu. Nabi tak memahami seperti itu, para sahabat bahkan imam yang 4 pun tak faham seperti itu. Oleh itu, hadis ini tidak boleh dijadikan dalil untuk imam memimpin doa selepas solàt fardhu. 

      Adapun dua hadis  lain yang digunakan sebagai dalil zikir bersama misalnya, hadis riwayat Ibn Abbas,

    "Tidaklah kami mengetahui selesainya solat Rasulullah SAW melainkan (dengan kami mendengar) takbir dari beliau dengan menguatkan suaranya”  
(HR: Bukhari)

            
          Ini juga hadis dari nabi yang perlu difahami. Bahawa takbir yang dilakukan nabi itu  terdengar juga oleh para sahabat yang lain. Abu bakar ada, Umar ada, Uthman dan Ali pun ada. Adakah mereka jadikan itu dalil untuk zikir berjemaah atau doa bersama?          
     Kalau tidak, adakah berkemungkinan mereka tak faham sebaliknya kita yang faham? Ini tak mungkin. Atau pun mereka faham tapi tak melakukannya? Ini juga nauzubillah. Mereka adalah sebaik-baik manusia selepas rasulullah s.a.w. Atau ia hanya sunat lalu ditinggalkan saja? Ini juga tak benar sebab mereka lebih bersemangat mengerjakan yang sunat , bahkan  kitalah yang sering mengabaikan yang sunat-sunat. 



Tidak faham hadis

         Oleh itu, memahami hadis tersebut bukan   begitu. Kerana mustahil khulafa arrasyidin tidak faham hadis ini. Maka mengatakan ini dasar untuk zikir dan doa bersama juga tidak kena, kerana ia tak dilakukan  oleh nabi dan para sahabat. 

      Kemudian ada lafzah yang disebut oleh imam Al Miqa'i dalam kitab  nya Inaratul Fikri Fi zikrima Was sabitu mina Zikr yang dikhususkan tentang zikir.  Beliau ialah murid kepada imam Ibnu Hajar  , mengatakan bahawa ia tidak menemukan syarah hadis yang memberi maksud tentang hadis dari ibnu Abbas itu, bahawa itu ialah zikir selepas solat fardhu biasa. 

        Oleh itu mesti difahami bahawa  nabi mengangkat suara dengan takbir itu ialah  ketika solat khauf iaitu sedang berperang. Kerana yang masyhur apa yang dibaca selepas solat ialah ,


         Tidak ada selepas solat nabi terus bertakbir. Maka, para pensyarah hadis, menyatakan hadis tersebut bukan lafaz zikir nabi dalam kondisi normal tetapi dalam kondisi  perang. Takbir itu bertujuan menakutkan para musuh. 


Fatwa imam Syafie

     Adapun fatwa yang disebut oleh imam Syafie dalam kitab-kitabnya , yang diriwayatkan oleh murid-muridnya  bahawa beliau berkata,
     " Dianjurkan imam menguatkan suara dengan zikir selepas solat fardhu supaya orang ramai dapat belajar ."  

        Menguatkan suara bukan bererti berjemaah.  Seperti nabi bertalbiah menguatkan suara tetapi nabi tidak memimpin talbiah. Jadi ada beza antara "sama-sama berzikir dengan zikir bersama'.  Sama-sama  mengangkat suara itu tak dihalang. Itu ada riwayatnya. Tetapi berzikir dengan  dipimpin itu tidak ada riwayatnya.

      Malahan kata-kata  imam Syafie tidak salah. Mungkin kita yang tak memahami kata-katanya. Pertama , perkataan yustahabbu  digunakan oleh imam  Syafie biasanya bila sesuatu itu dalilnya tidak sorih. Kedua  , jika sunnah yang sabit dalam masalah itu, maka beliau menggunakan perkataan yustahannu. 

      Beliau juga mengatakan bila orang sudah faham zikir itu, maka beliau tinggalkan suara yang nyaring itu. Tapi sekarang makin lama seolah-olah makin tak faham, malahan jika meninggalkan  (suara kuat) dianggap melanggar mazhab imam Syafie. Kata imam Syafie, dikuatkan supaya orang belajar . Bila sudah faham bacaannya, bilangannya, maka sesudah itu ditinggalkan. Ertinya tak dikuatkan lagi. 


Salah memahami

      Tetapi sekarang yang difahami orang , mazhab Syafie mesti zikir berjemaah. Ini salah dalam memahami perkataan imam Syafie. Orang yang pertama dalam mazhab Syafie yang mengisytihar- kan  menguatkan zikir ini ialah Abu Abdillah Azzubaili. Sehingga sekarang diikuti orang kemudian , sedang kan imam Syafie tidak begitu. 

      Setiap hadis harus kita tanyakan kepada tuan punya hadis itu bila itu hadis qauli. Dan ditanya bagaimana? Iaitu dengan melihat praktik beliau sendiri dan para sahabat yang merupakan muridnya yang terdekat. Ternyata mereka tak memahaminya seperti itu tetapi dibelakangan orang memahami dengan cara yang tidak sama dengan perbuatan para sahabat. 

     Dalil lain ada banyak lagi . Misalnya bila Allah berfirman,

 

    Ini pendekatan nahu pula. Tidak semesti perintah jamak mesti dilakukan  bersama-sama. 

       Kalau anda seorang guru berkata kepada murid-muridnya  , "Semua isi ujian dengan baik" . Maknanya  bukan nya isi ujian secara bersama, tetapi guru berkata kepada murid yang ramai. Bukan jawab secara bersama. 

      Jadi,  ada sesetengah orang mengambil nahu seperti di atas sebagai dalil untuk doa dan zikir secara berjemaah. Ini berlaku kepada orang yang kurang memahami bahasa.


Teguran nabi

     Kemudian, dalam peristiwa yang lain dilaporkan dalam sebuah hadis, nabi menemui beberapa orang  sahabat yang sedang berkumpul berzikir bersama. Lalu nabi bertanya , apa yang kalian lakukan? Mereka menjawab, kami berzikir mengingati Allah. Ini juga menunjukkan adalah keliru dalam menjadikannya  dalil zikir berjemaah. Sebab jika nabi bersetuju dengan  apa yang dilakukan pasti nabi tak akan  bertanya lagi. Kerana bila nabi sudah mendengar, dia takkan bertanya lagi. Tapi ini nabi bertanya pula apa yang mereka lakukan. Walau pun itu hadis sahih, tetapi tidak tepat dalam mengambilnya sebagai dalil.


Kefahaman salaf

     Di sinilah pentingnya mengembalikan kefahaman sunnah sebagaimana salafussoleh  memahaminya. Kerana mereka diajar secara langsung oleh nabi s.a.w.   Kalau tidak, maka akan lahir banyak pemahaman yang berbeza-beza. Maka sebab  itu ibnu Abbas r.a, Abu Said Alkhudri dan ibnu Umar  berkata,

    " Bila kalian didebat orang dengan ayat alquran, silakan jawab dengan sunnah nabi s.a.w"

       Sunnah itu ada qauli, ada fi'ili dan ada takriri. Jika tidak ada dalam 3 ini maka itu bukan sunnah nabi. Mungkin sunnah selain nabi s.a.w. Kerana nabi bukan saja mengeluarkan statement tetapi nabi juga sebagai eksekutor atau melaksanakan apa yang ia sampaikan. Kecuali beberapa hal yang dilarang melakukannya oleh Allah  dan itu sedikit sekali. 

      Dengan itu kita mohon dikurniakan Allah pemahaman yang sahih dan dikuatkan untuk  istiqamah.


Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Dr. Dasman.
Padang Jawa.
5/6/24

          
       




* Shalat munfarid adalah shalat yang dilakukan sendirian tanpa imam dan tanpa makmum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...