Langkau ke kandungan utama

152) BAGAIMANA REFRESH IMAN?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum.



      Aqidah ahli sunnah wal jamaah menetapkan bahawa iman itu turun dan naik. Naik kerana ketaatan kepada Allah swt dan turunnya kerana bermaksiat kepada Allah swt. Setiap orang pasti merasakan imannya naik dan kadangkala imannya turun, misalnya ketika ia jauh dari al quran atau membuat maksiat.

         Oleh itu seseorang harus mem perbaharui imannya.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

     Abdullah bin 'Amr bin Al-'Āṣ -raḍiyallāhu 'anhumā- meriwayatkan, Rasulullah ﷺ bersabda,

   "Sungguh iman itu dapat lusuh di dalam dada salah satu di antara kalian, sebagaimana lusuhnya pakaian yang sudah usang. Maka, mohonlah kepada Allah agar memperbarui iman di dalam hati kalian."  
(Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Hakim)

     

         Ini isyarat bahawa Iman itu jika tidak diperhatikan ia akan usang. Iaitu jika tidak disiram ia akan usang.  Jadi, nabi suruh perbaharui iman. Ada juga dalil dalam al quran ,

Lihat surah an Nissa':  136,


       Bila Allah berkata  , " Hai orang-orang beriman, tetaplah kamu beriman kepada Allah....."

       Allah menyeru orang yang sudah beriman supaya terus beriman itu apa maksudnya? Maknanya ialah, Allah menyuruh kita menambah iman . Seperti apabila orang yang sedang makan maka kita kata, ' Makanlah lagi', maka itu bermakna kita suruh tambah makan lagi.

       Maka ayat ini adalah dalil bahawa iman itu perlu diperbaharui atau ditambah. Di dalam ayat di atas Allah suruh menambah iman  kepada Allah , kepada rasul dan  kepada al quran. 

      Ayat-ayat seperti ini ada banyak, seperti kata Allah,  dalam al Maidah :35,

     
       Sudah beriman , tapi Allah suruh bertaqwa lagi.  Ini bermakna Allah suruh tingkatkan lagi iman dan taqwa. Dan lagi Allah berfirman,

      'Hai orang-orang beriman bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa'.  Ayat ini menunjuk- kan bahawa taqwa itu bertingkat-tingkat dan kita disuruh mencapai taqwa semaksima mungkin. Inilah tugas kita di mukabumi ini, iaitu meningkatkan iman atau mem- perbaharui iman kita. 

      Oleh itu para salaf dahulu berkata dengan rakan mereka dengan katanya,
' Marilah kita duduk sebentar agar kita dapat menambah iman kita'.  Ini dalil bahawa menambah keimanan  adalah perkara yang dituntut.



Iman di zaman ini

      Terutama di zaman ini ada banyak perkara-perkara yang membuat iman kita cepat usang. Di antaranya kita jauh dari mengingati Allah swt, jauh dari membaca al quran, jarang mendengar pengajian, kita sibuk dengan dunia, sibuk dengan politik, berita kesihatan dan sebagainya. Tapi kita tidak sibuk dengan berita akhirat, mendengar cerita akhirat. Maka iman  kita akan semakin usang.

       Demikian juga di zaman ini kita banyak melihat maksiat  , lelaki melihat aurat wanita yang terbuka, yang tampil di medsos atau di layar kaca tanpa menutup aurat,   dan kita pula  melihat tanpa rasa bersalah, maka ini cepat membuat iman kita menjadi usang.

       Oleh itu disyariatkan seseorang memperbaharui imannya. Di mana,  umur kita ini semakin sedikit  sebenarnya iaitu masa untuk bertemu Allah swt. Tapi kita merasa umur kita bertambah setiap hari.  Walaupun sebenarnya umur kita makin sedikit. Maka kita harus berusaha supaya kita kembali kepada Allah dalam keadaan iman yang optimal.

       Jadi, bagaimanakah cara untuk memperbaharui iman kita? Maka,  secara umumnya ia ada dua hal, iaitu:

1) Menjalankan ketaatan.

 2) Menjauhkan maksiat.

         Semakin kita menjalankan ketaatan maka iman kita semakin naik. Dan makin malas kita melakukan  ketaatan maka iman kita semakin usang. 

         Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu".

   "Iman itu naik dan  turun. Ia bertambah dengan  ketaatan dan turun dengan  maksiat. "

       Contohnya dalam hal menundukkan pandangan dari yang  haram,   Allah nyatakan dalam surah anNur: 30,


          Dalam ayat ini Allah katakan jika seseorang menundukkan  pandangannya dari sesuatu yang haram dilihat,  maka hati nya akan lebih suci atau bersih.  Dan dalam ayat 35 pula Allah berkata,

 
       
       Kata ibnu  Qayyim, memahami ayat di atas bahawa sesiapa yang menunduk kan pandangannya  dari yang haram,  maka Allah beri cahaya dalam hatinya. Iaitu Allah tambah imannya. 

        Oleh itu jika kita terpandang kali pertama dengan tidak disengaja,  itu tak mengapa. Jika yang selepas itu kita elakkan mata kita darinya  maka Allah tambah iman kita. Itu lebih suci bagi hatinya. Ia akan lebih khusyu' dalam solat dan   bersemangat beribadah. 


Menjaga pandangan

       Oleh itu, menjaga pandangan adalah ketaatan yang luar biasa dan dipuji Allah. 

      Sebaliknya jika kita melepaskan pandangan, iman akan turun. Dan berbahaya jika dibiarkan terus menerus, kerana dari pandangan boleh merebak kearah seterusnya. Pandangan, kemudian lirikan , kemudian perbualan, kemudian pertemuan  dan seterusnya. Semuanya bermula dari pandangan. 

       Sehingga nabi s.a.w bersabda,

Jaminlah bagiku enam perkara, maka aku akan menjamin bagimu syurga;   Jujurlah jika kalian berbicara, tunaikanlah jika kalian berjanji, laksanakanlah jika kalian diamanahi, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan cegahlah tangan kalian.”

(Lihat as-silsilah as-shahihah, Syaikh albaani rahimahullah. No 1470)

        Nabi jamin sesiapa yang menjaga pandangan , nabi jamin syurga.

        Secara umum semua ketaatan yang kita lakukan menambah iman, dan semua kemaksiatan yang dibuat akan membuat iman menjadi usang. 


Bagaimana menambah iman?

      Apabila kita merasakan iman kita turun naik maka apa yang perlu kita lakukan?  Inilah perincian yang patut kita lakukan :

1. Banyakkan berzikir

        Zikir menambah iman kerana dengan zikir yang benar kita ingat Allah. Sehingga sebahagian salaf berkata,

   " Mengingat manusia itu penyakit, sedangkan mengingat Allah itu ubat hati."

      Mengingat manusia kadang boleh mendatangkan  hasad, marah, ghibah, namimah, dan macam-macam penyakit hati. 

      Dalam satu riwayat yang lemah, Rasulullah bersabda,

“Hendaklah kamu memperbaharui iman kamu. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah: Bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami? Rasulullah lantas menjelaskan: “Dengan memperbanyakkan menyebut (zikir) Lailaha illallah.” (HR Ahmad)

       Memperbaharui iman itu dengan memperbanyak zikir, terutama zikir tauhid lailahaillallah. Orang yang jauh dari zikrullah, hatinya cepat mati. Sabda nabi lagi,

     "Perumpamaan antara orang yang berzikir mengingat Allah dan orang yang tidak berzikir adalah seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati."   (HR al-Bukhari)

      Iaitu umpama hati yang mati dengan hati yang hidup. Amat besar pengaruh zikir itu.  Dan sabda nabi lagi,

     Yang bermaksud: “Perumpamaan rumah yang disebut nama ALLAH di dalamnya dengan rumah yang tidak disebut nama ALLAH di dalamnya adalah, seperti perumpamaan orang yang hidup dan orang yang mati.”

     Oleh itu jika kita mahu iman kita diperbaharui maka sisihkan waktu untuk kita berzikir.  Harus ada jadual untuk berzikir.  Misalnya zikir pagi dan  zikir petang, zikir sebelum tidur, zikir yang utama seperti sesudah solat, zikir mutlak bila saja masanya, 4 kalimah  yang disukai Allah, zikir muqayyad ( terikat dengan waktu tertentu)  , zikir tauhid dan istighfar.

Sabda nabi,

       "Beruntunglah bagi orang yang mendapatkan di dalam catatan amalnya istighfar yang banyak.” [H.R. Ibnu Majah No. 3808]
      
 dan selawat ke atas nabi s.a.w.

       Tetapi kata ibn Hajar, zikir yang paling afdhal ialah yang disebut dengan lidah  bersamaan dengan  hati kita , serta difahami maknanya dan dikerjakan dalamasa kita beribadah seperti dalam puasa, ketika berjihad  atau dalam solat.

    Seperti kita berzikir pagi seperti ini ,

      Semasa kita berzikir itu kita ingat maknanya sekali.  Contoh zikir di atas. Agama yang fitrah itu bermaksud agama tauhid. Kalimat ikhlas itu ialah kita hanya mentauhidkan Allah, tidak mem persekutukan Nya. Agama nabi Muhammad dan Ibrahim itu sama iaitu tidak mensyrikkan Allah. Itulah agama yang lurus.

        Jika kita berzikir dengan memahami maksudnya maka iman kita bertambah. Begitulah kita berzikir dengan lain-lain zikir. Masalahnya kita berzikir tanpa penghayatan. Ini menyebabkan tidak bertambah iman kita dan tidak memberi kesan. Oleh itu ia perlukan penghayatan. Dibaca dengan perlahan dan menghayati nya. 

      Jika kita berdoa sebelum tidur dengan doa ,


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي ، وَبِكَ أَرْفَعُهُ ، إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا ، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maka ingatkan juga maknanya  dan hayati maknanya  iaitu,

      "Ya Allah, dengan nama-Mu aku meletakkan lambungku. Dan dengan nama-Mu aku bangun darinya. Jika Engkau menahan ruhku, berilah rahmat kepadanya. Dan jika Engkau melepasnya, maka peliharalah sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang saleh.
 (HR. Bukhari no. 6320 dan Muslim no. 2714).

     Ini semua teori. Yang pentingnya kita praktikkan. Kita perlu ada jadual sendiri.  Jadualkan kegiatan ini kerana ia punca kebahagiaan kita.

       Zikir mutlak itu banyak. Boleh selawat.  Boleh berzikir seperti,

       Kata nabi,  terserah hendak dimula kan dari yang mana. Dan boleh juga istighfar, tahlil dan  sebagainya. Firman Allah dalam al Baqarah:152,

      Iaitu Allah akan ingat seseorang yang berzikir kepada Nya dengan perhatian yang spesifik. Menyebut nama Allah itu ubat hati sedangkan  menyebut manusia itu menimbulkan  penyakit. 


2) Membaca al quran.

       Ini benar-benar menambah keimanan. Sebahagian  kita jauh dari al quran. Maka semakin kita jauh dari al quran, iman kita semakin rendah, semakin sengsara.  Maka Allah ada berfirman,

    
    Kata ulama, bila al quran diturun- kan bukan  untuk mendatangkan sengsara, bermakna ia turun untuk membawa kebahagiaan.  Bahkan Allah berkata lagi,


 
       Allah turunkan al quran sebagai penawar penyakit hati dan juga fizikal, dan rahmat bagi yang membacanya. 

      Cuma cara membacanya perlu dengan tadabbur. Sekurang-kurang nya kita membaca terjemahannya maka wawasan akhirat kita akan bertambah. Kita, hari-hari mungkin membaca berita politik , berita ekonomi, kriminal, kesihatan , hiburan dan lain-lainnya, tetapi berita akhirat tidak kita baca. Bagaimana iman dapat diperbaharui bila al quran  tidak dibaca?

      Allah mencela orang yang jauh dari al quran,  dalam surah al Hadid:16,


   
    Di dalam ayat di atas Allah bertanya mengapa orang beriman belum mahu khusyu' hati mereka dengan mengingat Allah swt?  Iaitu dengan cara membaca al quran?  Dan Allah mengingatkan supaya  jangan  menjadi seperti ahli kitab sebelumnya  iaitu yahudi, setelah masa yang lama mereka jauh dari mentadabbur Taurat. Sehingga hati mereka menjadi keras. Dan  akhirnya mereka menjadi orang yang  fasiq.

        Allah juga berfirman, 


         
           Allah umpamakan orang yahudi yang tidak mentadabbur kitab Taurat seperti seekor kaldai yang membawa kitab-kitab. Ia tidak memberi  faedah kepadanya. 

        Maka cara mudah untuk memperbaharui iman ialah dengan membaca al quran dengan faham.  Sebab itu nabi pada 10 terakhir ramadhan  nabi s.a.w fokus membaca al quran. Pada masa itu beliau diajar oleh Jibril. Bila melalui ayat tentang syurga , neraka, dunia yang akan ditinggalkan, nikmat , azab, titian dan timbangan , itu semua meningkatkan iman baginda.

        Allah mengatakan, dalam surah Muhammad: 24,


   
         Jadi, cara paling mudah untuk tajdid iman ialah kita ambil al quran kita buat jadual membacanya, tidak mengapa sedikit tetapi setiap hari dibaca, membaca nya dengan cara tadabbur. Sekarang sudah banyak kuliah  tafsir di Youtube, cari saja ayat apa yang kita mahu, cari di youtube tafsir dari  pengajian tafsir. Jadi, kita boleh memahami ayat yang kita baca lalu dapat menghayatinya.

         Sangat berbeza jika membaca tanpa tahu maknanya dengan jika tahu makna nya dan  lebih baik dengan  tafsirnya. 

       Maka , siapa jauh dari al quran, imannya akan lemah, dan siapa yang dekat dengan  al quran  imannya akan naik.



3) Solat yang serius.

         Kita semua solat, tapi adakah kita serius dalam solat kita? Kalau kita  bersiap untuk solat,  berwudhu',  kemudian berjalan ke masjid, solat sunat, menunggu solat waktu bersama imam, maka solat kita akan berkualiti.  Kita tahu Allah melihat kita solat.  Jika faham makna apa yang dibaca,  dari situlah kita akan terasa  menafaat solat. 

       Mau tidak mau kita orang Islam harus solat. Namun effect dari solat itu kepada seseorang berbeza-beza. Yang solat dengan serius maka kata Allah    ,



         Sepatutnya solat kita dapat mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar? Jika tidak,  apa sebabnya?

        Kerana kita tidak solat dengan serius, sepatutnya anggaplah itu solat yang terakhir kita. Yakin bahawa Allah sedang melihat kita. Solat kita itu adalah perintah yang agung dari Allah kerana ia diperintah melalui isra' dan mikraj nabi kepada Allah.

     Oleh itu, jenis-jenis solat sunat sangat banyak. Ini semua akan menambahkan keimanan kita. Solat adalah ibadah yang amat dicintai Allah. Lihat kata Allah,



      Dengan sujud itu kita sedang membisikkan hati kita kepada Allah, berbicara dengan Allah. Maka sabda nabi s.a.w,

"Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya ….." (diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

     Dan dalam satu hadis qudsi, diterangkan bagaimana kita sedang berdialog dengan Allah. Memang kita tak dengar apa Allah kata. Tapi dari hadis itu, kita tahu bahawa kita sedang berkata-kata dengan Allah. Nabi bersabda dengan maksudnya,

“Aku (Allah)  membahagi solat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku”.

Ketika hamba itu mengucapkan “Alhamdulillahi­Rabbil ‘alamin”. Allah menjawab : “Hamba-Ku telah memuji-Ku”….
Ketika hamba itu mengucapkan “Ar-Rahmanir-Ra­him”, Allah menjawab : “Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku”.

Ketika hamba itu mengucapkan “Maliki yaumiddin”, Allah menjawab : “Hamba-Ku memuja-Ku”
Ketika hamba itu mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.
Ketika hamba itu mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”,

Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)
        
           Oleh itu , ketika kita solat, Allah memerhati kita dan Allah boleh menjawab kita . Maka dengan itu solat akan memberi kesan kepada hidup kita.

         Maka  solat yang khusyu' adalah salah satu cara paling mudah untuk memperbaharui iman.  Imam Ahmad sehari semalam solat 300 rakaat. Kerana cintanya kepada solat.

        Sehingga nabi s.a.w bersabda kepada Bilal,

 “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat .
(Riwayat Ahmad).
       
     Bagi nabi solat itu adalah kerehatan hati, bukan beban.  Sebab itu beliau meminta Bilal untuk memulakan solat.

     Kita ini diberi peluang untuk connect dengan Allah iaitu melalui solat. Rasulullah bila ada masalah, ia segera solat. Maka , solat adalah salah satu cara memperbaharui keimanan.



4) Hadiri majlis ilmu.

         Majlis ilmu adalah majlis yang mendatangkan kebahagiaan. Di sana turunnya keberkatan dari Allah. Hingga dikatakan oleh nabi,

      Disebutkan dalam Sahih Bukhari,  malaikat mencari-cari majlis zikir atau majlis ilmu, tiba-tiba ada seseorang hadir ke satu majlis ilmu. Tapi ternyata dia bukan berniat untuk menuntut ilmu. Maka malaikat berkata, " Ya, Allah, ada si fulan  ini datang tapi bukan kerana menuntut ilmu". Maka Allah jawab, " Sesiapa yang hadir dalam majlis ilmu, ia tak akan sengsara. Bahkan ia akan  diberkati juga." 

     Maka, hadirlah menuntut ilmu, bawa anak isteri ke masjid walau hanya beberapa minit antara maghrib dan isyak. Inilah antara hal yang menambah keimanan kita.

     Kerana setiap ilmu, teutama ilmu yang sahih dari quran dan hadis  ,  yang kita pelajari akan  menambah wawasan. Dan ilmu keimanan bertambah dengan wawasan. Wawasan tentang akhirat, tentang iman kepada Allah dan kepada malaikat dan sebagainya. Ini menambah keimanan.



5) Merenungi hal-hal akhirat.

    Di antaranya lagi yang meningkat kan iman , iaitu mengingat kematian. Rasulullah bersabda,

       "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bila doamu akan terkabul."
(HR: Thabrani)

     Lawan kepada mengingat kematian ialah mengingat dunia. Mengingat dunia membuat hati semakin  keras untuk beramal soleh. Bayangkan  setiap kali bertemu dengan seseorang,  yang akan dibincang kan ialah tentang kemewahan, barang-barang baru, jalan ke sana jalan  ke sini, bisnes dan sebagainya. Bicara dunia terus. Maka hati akan lekat dengan dunia.

       Maka dikatakan  , dunia dan akhirat itu satu pasangan yang saling cemburuan. Siapa yang banyak bicara dunia, akhiratnya menjauh. Siapa yang banyak bicara akhirat, dunianya akan menjauh.. 
         
       Jika kita bicara dunia siang dan malam, bagaimana  hati tidak kering?  Maka untuk menghidupkan hati kita kembali ialah dengan ingat akhirat, ingat kematian. Bagaimana kalau kita dimatikan  sekarang, bagaimana malaikat bertanya soalan-soalan?. Bagaimana keadaan kita  bila kita dihisab oleh Allah swt?

        Kalau kita sering mengingat hari akhirat , ianya  membuat iman kita bertambah.  Sebab itu Ali bin Abi Talib r.a  berkata,

          "  Taqwa adalah takut kepada Allah,  mengamalkan al quran ,  merasa cukup walaupun sedikit dan  bersiap untuk hari kematian."

      Yang membuat hati kita kacau sekarang ialah  kerana kita hanya melihat duniawi. Melihat banyaknya orang yang mempamerkan kemewahannya, rumahtangga nya, melancong sana sini, semuanya dunia. Begitu juga para artis yang menjadikan dunia sebagai kebanggaannya.

        Kita ingin bertemu teman yang mengingatkan kita tentang akhirat. Bila kita leka dengan dunia, dia menarik kita. Bukan  malah makin membawa kita kepada dunia. 

       Nanti di akhirat boleh kah kita menjawab di depan Allah mengapa kah kita belanja ini dan itu, pergi sana, buat itu dan ini?   Kalau tidak,  maka berhentilah. 

      Ketika tuntunan kita hanya dunia, dunia, dunia,  maka iman kita akan  menurun. Kita lupa bahawa kita bakal mati. Seorang tua yang terus semangat dengan  dunia, dia lupa dia bakal mati.

       Dahulu dikatakan di kota Madinah, jika mereka sudah berumur 40 tahun, mereka akan fokus kepada ibadah dan  mengurangkan hal-hal dunia. Tetapi kita terbalik. Umur 4o tahun baru mula kejar dunia. Dunia tidak mengapa, tapi jangan dunia terus. Ingat akhirat. Berapa tabungan kita di akhirat kelak? 

       Jika dibuka buku catatan amalan kita apakah isinya? Adakah banyak istighfar atau baca quran atau silaturrahim?  Jika isinya hiburan sahaja, drama korea, pertandingan  bolasepak dan sukan,  artis dan lain-lain , maka itu memberatkan timbangan dosa sahaja.

      Kita pasti tidak mahu bila buku  itu dibuka nanti yang ada hanyalah dunia sahaja. Tentu kita tidak mahu. Maka sekarang masih ada kesempatan untuk kita perbaiki diri. 

       Caranya dengan sentiasa  ingat akhirat.  Di antaranya dengan  ziarah kubur. Sabda nabi s.a.w,

      "Aku pernah melarang kalian berziarah kubur. Sekarang telah diizinkan untuk Muhammad menziarahi makam ibunya. Maka berziarahlah kerana berziarah kubur itu dapat mengingatkan dengan akhirat" (HR. Tirmidzi).

       Ambillah pelajaran  dari orang yang telah pergi sebelum kita. Dipanggil oleh Allah swt. Termasuk orang yang dekat dengan  kita. Mungkin mereka lebih mulia dari kita.

        Bila kita mahu ingat akhirat?  Di penghujung malam, kita duduk sambil berzikir,  sampai kita menangis. Itulah kebahagiaan, hidup kita tenteram. Dan iman kita bertambah dengan  cepat.



6) Jauhi maksiat besar ataupun kecil.

       Jangan ambil mudah dengan dosa-dosa kecil. Seboleh mungkin kita tinggalkan dosa-dosa  kecil. Kalau tidak mampu, maka kita istighfar banyak-banyak. Dosa itu semua membuat iman  kita merosot dan  usang.

        Maka jangan  ambil mudah apa saja maksiat. Jangan  sesekali bercakap bohong dan sebagainya. Jika kita tinggalkan  maksiat dan dosa , otomatik iman kita akan bertambah dan menjadi baru kembali.

        Semoga bermenafaat.




Dari kuliah Dr Firanda ,
Klang.
25/2/24

         
      

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem