Langkau ke kandungan utama

198) APAKAH DAMPAK KEPADA MAKSIAT ?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


        Kita akan membahas tentang dampak  (  kesan yang ketara sama ada positif atau negatif)   dosa maksiat terhadap hidup kita.  Ia diambil dari kitab 'Addaa' wa Ad Dawa'  atau Jawabul Kaafi karya imam ibnu Qayyim r.h. (691- 751H)  di mana beliau membuat satu fasal yang sangat luarbiasa  bertajuk Diantara Bahaya Maksiat Terhadap Hamba berkait Dengan Dunia dan Akhiratnya. Yang dipelajarinya dari imam Ibnu Taimiyah.  Yang beliau datangkan faedah-faedah yang belum pernah ditulis orang sebelumnya.

        Hakikatnya,   tiada siapa yang dapat lepas dari maksiat. Lebih-lebih lagi di zaman medsos ini , kita terdedah dengan bermacam-macam  maksiat. Baik maksiat mata,  maksiat telinga , maksiat lisan dan tulisan  dan  juga maksiat hati. Setiap dosa samada yang kecil atau yang besar  ianya bahaya dan  mempunyai dampaknya atau akibatnya. 

     Terkadang orang memandang dosa besar saja yang bahaya. Dosa-dosa kecil juga bahaya dan  setiap dosa ada dampaknya.  Lebih-lebih lagi jika dosa kecil itu dibuat berulang-ulang . Maka
Ibnu Batthal ( wafat 449H) mengatakan,

الْمُحَقَّرَاتُ إِذَا كَثُرَتْ صَارَتْ كِبَارًا مَعَ الْإِصْرَار

      “Sesuatu dosa yang dianggap remeh boleh menjadi dosa besar, ditambah lagi jika terus menerus melakukannya."
(Dari Fathul Bari, 11:30)

     Dosa kecil yang dibuat berulang-ulang akan membinasakan seseorang.

Kata ibnu Qayyim r.h,

       "Maksiat-maksiat itu ada dampak yang buruk yang tercela, yang memberi mudharat kepada hati (iman) , kepada agama, kepada badan, dunia dan akhirat. Yang tidak tahu seluruh dampaknya kecuali Allah swt. "

      " Demikian juga maksiat-maksiat mempunyai hukuman-hukuman yang ditimpakan kepada pelakunya baik secara syariat atau kenyataan secara kadar (kauni) , secara sunatullah, yang segera atau diakhirkan , di mana yang tahu semuanya hanya Allah swt."

     Dampak maksiat itu sangat banyak. Tetapi yang tahu semua- nya hanya Allah swt. Antara dampak atau akibat dari sesuatu dosa ialah:



1. Terhalang dari ilmu

      Pelaku maksiat terhalang dari ilmu yang bermenafaat.  Kalau ia ada ilmu tapi jadi tak bermenafaat. Kalau ia hindari dari maksiat, ilmunya akan jadi bermenafaat. Kerana ilmu (quran dan hadis) ialah cahaya yang Allah lemparkan dalam hati seseorang.  Dan maksiat memadamkan cahaya tersebut. Ketika imam Syafie r.h berguru dengan imam Malik lalu ia duduk di depannya, maka imam Malik takjub dengan imam Syafie r.h. Kerana luar biasa cerdasnya seakan-akan cerdasnya itu keluar menyala-menyala. Umurnya 7 tahun ia hafal al quran, 10 tahun  ia hafal kitab Muwatta'. Bagaimana sang guru tak terpesona dengan sang murid?

      Kerana kecerdasan yang tinggi dan pemahamannya yang sempurna , maka imam Malik berkata kepadanya, " Wahai pemuda,  aku melihat bahawa Allah telah melemparkan  dalam hatimu ada cahaya. Maka jangan kau padamkan  cahaya itu dengan kegelapan maksiat atau kau akan  terjebak dalam kegelapan  dimana para penuntut ilmu mencari cahaya mereka. "

       Penuntut ilmu itu di dalam cahaya. Sedangkan pelaku maksiat ia dalam kegelapan. Berkata Syafie, " Aku mengeluh keadaanku kepada guruku al Waqi'(129 - 197H) tentang buruknya hafalanku, maka dia arahkan aku meninggalkan maksiat".  Lalu Waqi' berkata,   'Ilmu itu kemuliaan dan ia tak diberi kepada pelaku maksiat.' Dampak atau akibat yang ke-2,

 
2. Terhalang dari rezeki

        Rezeki itu berrkaitan dengan rezeki badan atau agama atau dengan hati. Seperti kesihatan, atau makrifat kepada Allah atau kesabaran atau tawakkalnya kepada Allah dan lain -lain .  Nabi s.a.w bersabda,

    "Sesungguhnya seorang lelaki itu akan terhalang daripada rezekinya disebabkan oleh dosa yang menimpanya. "
[Riwayat Ibn Majah (4022) dan Ahmad (22438).]

       Hadis ini sanadnya lemah tetapi maknanya benar kerana kata ibnu Qayyim, " Taqwa itu sebab datangnya kekayaan maka maksiat itu sebab datangnya kemiskinan." Seperti firman Allah,

  
        
         Jadi, ini rezeki umum, samada rezeki harta , wang atau yang berkait dengan agama seperti sabar, tawakkal dan  lain-lain.  Seperti sabda nabi s.a.w,

      "Siapa yang sungguh-sungguh berusaha untuk bersabar maka Allah akan memudahkan kesabaran baginya. Dan tidaklah seseorang dianugerahkan (oleh Allah Subhanahu wa ta'ala) pemberian yang lebih baik dan lebih luas (keutamaannya) daripada (sifat) sabar.” (HR Al Bukhari)

       Sabar itu rezeki dari Allah swt. 
Jika orang sering bermaksiat maka rezeki-rezeki tersebut terhalang darinya. 

      Jika kita sudah berusaha dan berusaha , rezeki dari segi material tidak bertambah, kehidupan  makin susah, tapi kita tidak sabar , maka itu adalah kerana kurangnya taqwa. Antara ciri orang bertaqwa ia diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Ada rezeki yang kita tahu dan ada rezeki yang kita tidak persangkakan. Orang yang bertaqwa dia mendapat rezeki dari kedua-duanya. Kerana itu janji dari Allah swt. Rezeki itu banyak seperti kebahagiaan, ilmu dan sebagainya. Dampak atau akibat yang ke-3,

     
3. Terasa jauh antaranya dengan Allah swt.

     Bagi pelaku maksiat akan ada rasa keterasingan antaranya dengan Allah swt. Tidak ada rasa keterasingan lebih dari keterasingan ini. Kerananya ia akan menderita dan tidak ada apa yang dapat mengubatinya. Kalau dia mendapat semua nikmat dunia seperti harta, wang, jawatan , wanita dan sebagainya, itu semua tidak dapat menutup rasa keterasingan tersebut. 

     Namun ini tidak dapat dirasakan kecuali bagi orang yang hati nuraninya masih hidup. Ia akan merasakan  keterasingan atau jauhnya ia dari Allah bila berbuat dosa. 

      'Adapun mayat bila ia dilukai,  ia tak merasa sakit'.   Iaitu orang yang hatinya sudah mati ia tidak merasakannya. Tetapi bagi orang yang masih ada iman, kemudian ia terjerumus dalam maksiat, ia pasti merasakan  perasaan tersebut. Ada ketakutan,  kekhuatiran, ketidak- nyamanan dalam hati, tidak lazat beribadah, tidak suka solat di masjid , tidak suka ikut pengajian, akibat maksiat yang ia lakukan.

Kata ibnu Qayyim lagi, 

   " Seandainya orang berakal sedar dan mengerti bahawa maksiat itu hanya menyebabkan ia jadi tidak dekat dengan Allah saja, maka sudah cukup baginya untuk meninggalkan maksiat."  
Dampak atau akibat yang ke-4,


4. Keterasingan dengan manusia (terutama yang bertaqwa)

     Maksiat yang ia buat menyebab- kan ia rasa tidak nyaman, tidak tenteram duduk bersama orang bertaqwa. 

Kata ibnu Qayyim,
    " Keterasingan hati yang ia rasa dengan orang, terutama orang-orang soleh di kalangan  mereka. Kerana hati mereka tidak selari. Sesungguhnya hati pelaku maksiat tidak nyaman dengan hati orang yang soleh. "   Kerana kedua-duanya ada perbezaan yang sangat jauh.

     " Semakin besar maksiatnya maka semakin rasa tidak nyaman duduk dengan mereka dan bermajlis dengan  mereka". 

    Kerana yang seorang cenderung berbicara tentang akhirat sedang seorang lagi cenderung bicara maksiat. Dan akhirnya ia terhalang dari mendapat keberkahan dari orang-orang soleh.

Bahkan, 

      "  Dia semakin dekat dengan golongan syaitan sebagaimana ia semakin jauh dari golongan Allah. Dan keterasingan itu semakin kuat dan kukuh sehingga keterasingan itu berlaku antara ia dengan orang yang dekat seperti isterinya, anaknya, kerabatnya, bahkan dengan jiwanya sendiri."

Berkata Fudhail bin Iyadh r.h (107- 187H),

   “Apabila aku berbuat dosa maka aku mengetahui akibatnya dari tingkah laku keledai dan pembantuku.” — Fudhail bin Iyadh [Hilyatul Auliya’: 8/109]

        Jadi, maksiat membuatkan hubungan yang tidak nyaman dengan manusia, gelisah bila duduk bersama orang soleh, bahkan sehingga kepada pasangan dan anak-anaknya. Hidup yang tidak bahagia. Dampak atau akibat yang ke-5,



 5.  Kegiatan menjadi susah

Kata ibnu Qayyim r.h,

         " Tidaklah ia membuat kegiatan kecuali tertutup pintunya, atau ia boleh tetapi sulit, banyak halangan-halangannya. Sebaliknya siapa yang bertaqwa ,  Allah mudahkan urusannya. Sungguh menakjubkan.  Jalan-jalan menuju kebaikan sulit semuanya, kemudian dia tak tahu sebabnya apa."

    Kenapa ? Kerana ia bermaksiat. "Dan dia semakin menuju kepada perkara yang lebih mempersulitkan dirinya. "

      Maka, jika anda sering berasa sulit , banyakkan istighfar. Kadang nazarnya ditolak, pastilah ada maksiatnya. 

     Ketika orang mahu membuat kebaikan , jalannya tertutup, pintu tertutup semua. Itu semua kerana diri kalian sendiri. Firman Allah ,

     
     Oleh itu banyakkan beristighfar dan bertaubat , maka jalan-jalan akan terbuka. Dampak atau akibat yang ke-6,



6. Ada kegelapan di dalam hati

Kata ibnu Qayyim r.h,
       " Ia , pelaku maksiat itu mendapati dalam hatinya ada kegelapan yang hakiki. Ia merasa kegelapan  itu seperti ia duduk dalam kegelapan yang gelap gelita. Maka jadilah kegelapan dalam hatinya seperti kegelapan yang nyata di depan matanya. Kerana ketaatan itu cahaya dan kemaksiatan adalah kegelapan. Semakin besar kegelapan  itu maka makin besar kebimbangannya, kebingungannya.     Sehingga ia mudah terjerumus kedalam bid'ah, kesesatan, dan perkara-perkara yang membinasakan tapi ia tidak menyedarinya.  Seperti orang buta yang keluar berjalan sendiri  di tengah malam yang gelap ."

     Orang yang sangat bermaksiat hatinya jadi gelap. Sebab itu ia tak tahu membezakan mana yang baik mana yang buruk. Ia ada kecenderungan membuat bid'ah, mengikut kesesatan, mengikut hawa nafsu sehingga menjerumus kedalam  perkara yang membinasa- kan dalam keadaan ia tak sedar. Dampak atau akibat yang ke-7,



7. Membuat lemah hati dan badan

 Kata ibnu Qayyim r.h ,
     "Maksiat membuat hati menjadi lemah dan badan juga menjadi lemah. Adapun hati menjadi lemah ia perkara yang jelas, diketahui semua orang, sehingga terus menerus maksiat melemahkan hatinya  hingga iman lepas dari dirinya. "

      Bila seseorang bermaksiat kepada Allah, ia  mula bersangka buruk kepada Allah, mulai tidak sabar,  mulai malas ibadah, mulai malas baca quran, terus hati itu lemah dan lemah, jika tidak ditolong oleh Allah  hatinya  boleh mati.  Jika tidak kafir. Ulama berkata,    'Maksiat itu pengantar kepada kekufuran.'

      Bagaiamana badan lemah gara-gara maksiat?

Kata ibnu Qayyim, 
    " Adapun maksiat menjadikan lemah badan, kerana seseorang mukmin kekuatannya dari hatinya.  Semakin kuat hatinya semakin kuat jasadnya. Adapun orang yang berdosa meskipun badannya kuat , tapi ketika ia memerlukan badan tersebut maka kekuatan badannya akan berkhianat kepadanya ."

     Perhatikan kekuatan Rom dan Parsi,  tidak diragukan kekuatan mereka, bagaimana kekuatan mereka berkhianat kepada mereka ketika mereka memerlukannya?  Mereka kalah kepada ahlul iman, para sahabat, padahal badan para sahabat lemah, kuda-kuda mereka juga lemah, persiapan mereka juga lemah, tetapi para sahabat dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan iman (hati) mereka. "

      Ini bukan cakap kosong, orang yang hatinya kuat boleh mengalah- kan orang yang fizikalnya kuat. Dengan hati yang kuat  membuat fizikal mereka kuat. Sedangkan bilangan musuh berlipat ganda, tapi mereka menang. Bila ditanya kepada Kalid bin Walid r.a, 'Dengan siapa kau datang?' Jawabnya, 'Aku datang dengan satu kaum yang mencintai kematian sebagaimana kalian mencintai kehidupan. '

     Benar, iman yang kuat membuat tubuh juga menjadi kuat.  Para ulama kita, mereka bukan olahragawan, tapi mereka kuat. Ke sana ke mari, sampai ada umur yang panjang tetapi tidak pikun. Kerana Allah beri mereka hati yang kuat. Sehingga diberi kekuatan  badan oleh Allah swt.  Dampak atau akibat ke-8,


8.  Terhalang dari ketaatan

 Kata ibnu Qayyim r.h lagi,
     " Tidak ada dampak buruk dari maksiat kecuali maksiat itu menghalangi satu ketaatan, berlanjut kepada ketaatan-ketaatan yang lain juga terhalang. "

     Misalnya, menonton filem korea. Ia menontonnya 6o minit sekali. Seandainya 60 minit itu ia gunakan untuk  baca quran, bermakna ia juga terhalang dari maksiat , sebaliknya  menonton itu menghalangnya dari suatu ketaatan. Maka ini sudah cukup untuk ia menghindari maksiat itu kerana maksiat itu menghalang ia dari ketaatan yang harusnya ia lakukan  di waktu tersebut. 

      Yang jadi masslah, bukan hanya satu ketaatan yang terhalang tetapi ada effect domino. Ada ketaatan-ketaatan  lain yang terhalang gara-gara satu maksiat. 

     " Maka bagi orang yang berakal, dengan  cuma satu ketaatan yang terhalang sudah cukup untuk dia meninggalkan  maksiat." Kerana ketaatan ini luarbiasa dampaknya di dunia dan di akhirat . Dan  dia perlukan ketaatan  tersebut ketika ia sangat  memerlukan pahala kebaikan di akhirat kelak. Tetapi ternyata ketaatan tersebut tidak ia lakukan. 

    " Sesungguhnya maksiat menghalang seseorang melakukan ketaatan yang seharusnya dia lakukan. Sungguh cukuplah bagi pelaku maksiat dia dihukum terhalang dari ketaatan dan  ia juga menanggung akibat kerana tidak melakukan ketaatan tersebut."

    " Dan juga ia menghalangi manusia melakukan  ketaatan  yang lain, dan ketaatan yang ketiga, keempat, kelima gara-gara satu maksiat. "

      Orang yang membaca quran, kerana ia membaca mengenai sedekah, atau silaturfahim, akhirnya ia melakukan  ketaatan yang lain. Mungkin malamnya ia solat malam kerana siang tadi ia membaca al quran. 

      Cuba ia melakukan  maksiat, ia tidur,  ia tak solat malam, subuh lewat, pagi-pagi bangun hati jadi kering, lupa silaturrahim, lupa sedekah. Ini contoh dengan satu maksiat, boleh menghalangi dari ketaatan-ketaatan yang lain. 

     " Gara-gara satu dosa , terputus darinya rantai ketaatan  yang panjang. Setiap kebaikan  yang terhalang darinya lebih baik dari sunja seisjnya. "

      Gara-gara menonton korea, ia tidak mengerjakan  solat  malam. Sedangkan solat malam itu lebih baik dari dunia dan seisinya. Solat qabliah subuh, solat subuh di masjid yang ia terhalang, itu lebih baik dari dunia seisinya. Apalagi kalau solat berjemaah, zikir selepas subuh, solat dhuha,  semua itu tertinggal gara-gara ia bermaksiat. 
Betapa banyak ganjaran  yang hilang darinya.

      " Maka pahala luput darinya , ia harus memikul dosa , dan kemudian hukuman semakin  bertumpuk kepadanya. Seperti seorang yang makan  satu racun,  ia jadi sakit. Gara-gara ia sakit ia tak boleh makan  makanan yang enak-enak dan yang baik-baik sekian lama."

     Ketika ia bermaksiat ia terhalang dari kebaikan-kebaikan yang lain, Allah membuat ia terhalang kepada kebaikan  yang lain gara-gara satu maksiat yang ia lakukan, bagaimana kalau bermacam-macam maksiat ia lakukan? 

      Hassan al Basri (21- 110 H)  berkata  ,

"Di antara balasan  kebaikan ialah dapat kebaikan yang seterusnya."

      Seseorang yang membuat kebaikan  maka Allah bukakan kepada kebaikan yang lainnya. 

     " Hukuman terhadap keburukan, ialah keburukan  yang selanjutnya ia lakukan. Seseorang jika tidak menyibukkan hatinya untuk kebaikan maka  hatinya akan menyibukkannya kepada kebatilan."

 Inilah yang dikatakan,
        ' Waktu itu seperti pedang, kalau kau tak patahkan  pedang tersebut,  pedang itu akan menebasmu'

        Ertinya, waktu,  kalau kau tidak gunakan  untuk kebaikan, maka kau akan gunakan  untuk keburukan.  Dia akan  menyebabkanmu membuat kemaksiatan. 

        Maka,  dalam hidup ini kita berusaha membuat jadual yang menjebak kita kepada  kebaikan-kebaikan.  Jika tidak, mengelamun, buang masa,  akhirnya berbuat sesuatu yang akhirnya terjerumus kepada maksiat. Cuba, seseorang yang menonton  maksiat setengah jam, satu jam, hatinya sebelum menonton itu dengan  hatinya selepas menonton itu pasti sudah berubah. Ada kesenjangan dengan Allah, ada ketidaknyamanan dengan Allah. Itu contoh dampak secara langsung .

       Cuba pula baca quran, check hatinya selepas membaca quran, pasti ada kebahagiaan. Pasti. Itu dampak langsung ketaatan yang ia rasakan seketika itu juga. Dampak atau akibat yang ke-9,



9.  Pendek umur dan  dihilangkan keberkahan umur.

Kata ibnu Qayyim r.h lagi,
      " Maksiat memendekkan umur dan menghilangkan keberkahan- nya. Sebagaimana kebajikan dan  ketaqwaaan menambah umur,  maka maksiat dan kefajiran mengurangkan umur. "

     Para ulama berselisih pendapat  apa maksudnya maksiat mengurangi umur itu. Pendapat sebahagian ulama, maksudnya, bukan umurnya berkurang tetapi keberkahannya hilang. Hidupnya hilang, tidak ada nilainya , untuk keluarganya, untuk dirinya , untuk imannya  , umurnya habis begitu saja. Buat jalan-jalan,   buat menonton, buat ber picnic yang tidak ada nilainya. Anak-anak  tidak merasa keberadaan bapanya, keberadaan ibunya, orang tua tak merasa keberkahan anaknya. Habis umurnya dengan maksiat. Jadi, itu maksud berkurangnya umur.  Ini sebahagian dari dampak maksiat.

     Menurut sebahagian ulama lain, umurnya berkurang secara hakikat. Sebagaimana rezeki berkurang secara hakikat. Kerana Allah membuat sebab-sebab yang boleh  menambah umur,  rezeki dan menambah keberkahan. Jadi, ketika ia maksiat itu mengurangi  semua itu. Bila rezekinya berkurang maka umurnya juga  berkurang dan keberkahan juga berkurang. 

       Sebagaimana umur boleh bertambah  dengan sebab, maka umur juga boleh berkurang dengan sebab.  Rezeki, ajal, penderitaan , kebahagiaan,   kesihatan, miskin kaya semuanya dengan takdir Allah.Tetapi Allah mentakdirkannya dengan sebab-sebab  yang menimbulkan akibat. Benar semua sudah takdir tapi Allah juga menjadikan  sebab yang menimbul kan akibat.

     Berkata kelompok yang ketiga, bahawa dampak dari maksiat yang menghilangkan umur, kerana hakikat kehidupan  ialah kehidupan hakiki.  Bukan kehidupan badan. Oleh itu Allah menjadikan orang kafir itu seperti mayat, bukan orang hidup. Kerana yang Allah tinjau ialah hatinya, bukan  jasadnya. Kehidupan yang sesungguhnya ialah kehidupan hati, dan umur manusia ialah sepanjang hayatnya.  Maka kehidupan sesungguhnya jika hatinya bersama Allah. Jika hatinya tidak bersama Allah bererti ia tidak bersama dengan umurnya.

      Seakan-akan ibnu Qayyim mengatakan kehidupan sebenar itu ialah kehidupan  hati.  Hati yang hidup ialah hati yang bersama Allah. Dan orang yang membuat maksiat itu hatinya sedang mati. Orang yang melakukan maksiat maka hidupnya semakin  pendek kerana kehidupan  hatinya  banyak digunakan  untuk bermaksiat kepada Allah.

       Maka dengan  demikian, kebajikan,  ketaqwaan, ketaatan, menambah umur iaitu dalam waktu-waktu yang digunakan  untuk bertaqwa kepada Allah. Itulah hakikat kehidupan  manusia. Dan tidak ada umur bagi manusia kecuali dalam rangka  ketaatan. Kalau bukan untuk ketaatan bererti ia sedang mati. 

      Ketahuilah,   kesimpulannya jika seseorang hamba  berpaling dari Allah maka ia sibuk dengan maksiat. Maka akan hilang  , pergi dan  sia-sia hari-hari kehidupannya. Kehidupan yang sesungguhnya telah hilang. Hari-hari yang hilang tersebut akan dia rasakan dampak buruknya pada hari kiamat kelak tatkala ia berkata,  
    "Seandainya dulu aku beramal soleh ketika di dunia  " 


      Oleh itu, seseorang berusaha untuk menghemat-hemat umurnya untuk ketaqwaan kepada Allah swt. Jika umurnya habis dengan kemaksiatan  maka sesungguhnya dia telah mengurangi kehidupannya yang hakiki kerana kehidupan hakiki ialah kehidupan hati yang bersama Allah swt.  

       Sudah berapa banyak umur yang telah kita buang? Yang tidak ada menafaatnya, bahkan itu bukan kehidupan yang sesungguhnya. Masalah nya zaman ini ialah medsos. Dengan fb nya, whatsaap nya, youtube nya, tiktok nya, berjam-jam setiap hari. Akhirnya kita melihat yang tak perlu, kita melihat maksiat,  kita komen sana komen sini,  kita membuang-buang umur yang akan kita kesali di akhirat kelak. Dampak atau akibat yang ke-10,



10.  Maksiat menimbulkan maksiat-maksiat lain yang sepertinya.


Kata ibnu Qayyim r.h,
     " Sesungguhnya maksiat yang dilakukan oleh seorang hamba, menanamkan  dalam hatinya maksiat-maksiat yang sepertinya. Sebahagian maksiat melahirkan maksiat yang lain."

      " Sampai sulit bagi seorang hamba untuk meninggalkan maksiat tersebut atau keluar dari maksiat tersebut. "  Maknanya sudah kecanduan. Dia sudah tertawan dengan maksiat tersebut. Ia jadi tawanan. Kerana maksiat nya sudah bertumpuk-tumpuk dan saling bermunculan antara satu dengan yang lain.

     " Dan sebaliknya membuat nya semakin mudah melakukan  maksiat tersebut sebagaimana perkataan sebahagian salaf,
    ' Sesungguhnya di antara hukuman  kepada perbuatan maksiat ialah maksiat yang berikutnya. Di antara balasan  kebajikan ialah kebajikan yang selanjutnya'.   

        Kalau ia bermain muzik adakah ia bermain muzik saja? Tidak. Mungkin ia disko-disko  , meniru-niru orang kafir  ,  bersama wanita-wanita, syahwat  dan kemudian dan kemudian....Itu sering sekali terjadi, artis-artis seperti itu. Mereka menghibur orang , sedang dia sendiri tidak bahagia.  Dadah, keluarga kucar-kacir, khamr, zina,   tiada kebahagiaan  dan seterusnya. 
       
     " Jika seorang hamba melaku- kan kebaikan, maka kebaikan lain di sisinya berkata,  'Aku juga kebaikan, lakukan kebaikan itu'. "

     Ini dampak kepada melakukan kebaikan. Jikalau kita melakukan kebaikan, kebaikan lain pun menarik kita kepadanya. Kalau ia melakukan kebaikan,   kebaikan yang lain juga berkata, ' Lakukan  aku juga.' Kemudian kebaikan  yang ketiga,   ke empat dan seterusnya. Maka keuntungan  yang ia dapat ialah  pahala yang berlipat ganda. Maka kebaikannya bertumpuk- tumpuk atau  bertambah-tambah. 
     
     "Namun sebaliknya jika ia di sisi keburukan, maka maksiat yang lain memanggil untuk dilakukan. Akhirnya bertumpuk-tumpuk maksiat dari yang satu dengan  yang lainnya. "

    " Sampaikan, bila seorang yang baik bila ia meninggalkan satu kebajikan,  dia akan  merasa sesak, dengan katanya,  mengapa aku tak melakukan kebaikan itu? "

     Ertinya ia sudah kecanduan dengan kebaikan. Kalau ia tak solat malam, ia mengeluh mengapa aku tinggalkan?  Kenapa tidur semula? Kenapa aku tak bersedekah hari ini?   Kenapa aku tak solat dhuha hari ini?   Dia merasa sesak di dadanya.

     " Dia merasa bumi ini sempit baginya, bila dia yang biasa membuat kebajikan kemudian  ia tak melakukannya.  Dan dia merasa dirinya seperti ikan  yang lepas dari air. Sampai ia kembali kepada air tersebut. Bila ia sudah melakukan kebajikan ia kembali tenang,  seperti ikan  yang kembali ke dalam air."

Sebaliknya,

      " Kalau pelaku maksiat yang terbiasa melakukan  maksiat, ketika diajak melakukan  ketaatan maka dadanya menjadi sempit  dan sulit. Semua jalan kebajikan tertutup  sampai ia melakukan  maksiat lagi. Sampai banyak  pelaku maksiat , ketika ia melakukan  maksiat,  bukan  kerana ia mendapat kelazatan lagi cuma bila ia tak bermaksiat ia menderita."

      " Sebagaimana ada di antara mereka melakukan  maksiat mengaku, dia berkata , 'Satu gelas bir aku minum untuk kelazatan, satu gelas lagi untuk pengubatan, kalau tidak minum aku tersiksa.' "

     Samalah seperti orang yang merokok, dadah, filem porno dan sebagainya. Bila ia tak dapat dadah, ia bukan  untuk kelazatan lagi tapi ia akan sakit kalau tak dapat.  Seperti ada yang hilang. Ia sudah kecanduan. Itulah  dampak- nya bila sudah sampai tahap seperti itu. 

    " Sentiasa seorang hamba berusaha walau sulit menjalankan  ketaatan, tapi ia jalani  sampai ia terbiasa, hingga kemudian ia cinta kepada ketaatan  tersebut"

      Mula-mula ia malas membaca quran  tapi bila ia biasakan buat, ia cinta quran,  ingin  tadabbur dan  ingin menghafal. 

    " Sampai ia mengutamakan ketaatan  tersebut lebih daripada kenikmatan-kenikmatan  yang lain. Sampai Allah, dengan kasih sayangNya  menghantar malaikat  untuk mendorongnya. Buat dia segera melakukan ketaatan. Membuatnya gelisah jika belum melakukannya. "

     Ia gelisah , sudah jam berapa ini ia ingin  bangun malam?   Ada malaikat yang buat dia risau supaya ia membuat kebajikan.

Sebaliknya 

   " Seseorang yang sentiasa melakukan  maksiat sampai cinta  kepada maksiat tersebut , sampai ia mendahulukan  maksiat atas segalanya".  

     Ia tidak peduli,   apakah itu berdampak  kepada isterinya, keluarganya, ekonominya, atau kesihatannya,  ia tak peduli kerana ia sudah jatuh cinta dengan maksiat tersebut,   ia sudah kecanduan."

        " Sampai Allah mengirim kepadanya syaitan- syaitan yang menggiringnya buat dia gelisah  jika ia tak bermaksiat. Sehingga ia harus bermaksiat. "  
Dampak atau akibat yang ke-11,


      
11. Menjadikan hati lemah

Kata ibnu Qayyim r.h,
       " Maksiat menyebabkan hati (keinginan) menjadi lemah untuk melakukan kebajikan. Adapun keinginan  bermaksiat semakin besar.  Keinginan taubat semakin lemah dan lemah sampai keinginan taubat hilang sama sekali.  Kalau seandainya hatinya mati setengah, itu sudah sulit untuk bertaubat kepada Allah swt. Seperti taubatnya kazzabin ( pendusta agama) .    Bagaimana kalau mati seluruhnya?  Bagaimana ia ingin bertaubat sedangkan hatinya ingin bermaksiat, berazam dan masih rindu dengan maksiat. Dan bertekad melakukannya . Inilah penyakit yang paling bahaya yang membawa kepada kebinasaan."

      Hati-hati,   kerana orang yang bermaksiat dan lupa untuk  bertaubat , kalau  ia mati maka ke mana perginya dia?  Dampak atau akibat yang ke-12,




12.  Menyebabkan ia tidak memandang maksiat itu buruk.

      Orang beriman melihat maksiat itu buruk. Tetapi  , kata ibnu Qayyim r.h,

   "Gara-gara seseorang  sering bermaksiat membuat hatinya tidak memandang buruk kemaksiatan. Jadilah maksiat itu tradisinya atau kebiasaannya. Sehingga ia tidak memandang maksiat yang ia buat itu buruk.  Begitu juga maksiat yang dibuat oleh orang lain, ia tak merasa itu buruk.  "

     Misalnya ia menonton filem korea yang perempuannya buka aurat. Bila anaknya pun buka aurat ia rasa biasa saja. Itu baru melihat maksiat, tanpa mengingkari. Bagaimana jika ia sendiri melakukan ? Lama-lama ia biasa, lama-lama  ia tak memandang itu buruk. 

     " Bahkan bila orang tahu dia membuat maksiat, ia santai-santai saja. Tidak ada rasa malu. "

     Zaman sekarang orang melakukan  maksiat tetap menjadi tokoh. Tetap jadi bintang kerana masyarakatnya seperti itu. 

      " Hal seperti ini pada sisi pembesar tukang maksiat itu adalah puncak dan kesempurnaan kelazatan.  Sampai ada diantara mereka  yang membanggakan  kemaksiatan,  bahkan ia bercerita maksiat yang orang lain tak lakukan. Katanya, 'Tahukah kalian , aku melakukan maksiat  begini dan begini.' Dengan bangganya. ' Aku sudah keluarkan  wang untuk  kesana dan  kesana. Ia merasa bangga di depan  teman-teman duduknya bahkan antara mereka cerita 40 tahun  dulu pun  dia banggakan, padahal dia sudah tua, lemah tapi masih bangga dengan maksiat yang ia lakukan  dahulu."

     Jadi, bila maksiat sudah masuk dalam hati seseorang , ia bangga dengan  maksiat tersebut. Hatinya benar-benar telah rosak. Malu hilang. Ia tak memandang maksiat itu buruk lagi. Bahkan  ia membanggakan  maksiat yang ia lakukan. Kalau ia tak bertaubat maka binasalah dia. 

     " Kelompok  manusia seperti ini tidak akan  selamat, tidak akan diampuni Allah. Akan tertutup baginya pintu taubat. Bila seseorang dari mereka mati tanpa taubat , sebagaimana nabi s.a.w bersabda,

   Dari Salim bin Abdullah, dia berkata, Aku mendengar Abu Hurairah radhiyallahu’ anhu bercerita bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,

    ‘Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakan- nya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata, ‘Hai Fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.”
[ HR Bukhari: 6069]



 Berfikir 1000 kali 

       Inilah beberapa dampak dari berbuat maksiat. Ia seharusnya sudah cukup buat kita berfikir 1000 kali ketika ingin membuat maksiat. Terlalu banyak keburukan yang kita rasakan di dunia terlebih lagi di akhirat kelak.

     Intinya, kebahagian dengan maksiat itu adalah  kebahagiaan yang semu . Ingin bahagia jangan  bermaksiat. 

Kata ibnu Qayyim r.h ,

   "Siapa yang menyelisihi  hawa   nafsunya  ( keburukan) maka menjadikan  seorang hamba berada di kedudukan yang tinggi.  Kalau ia bersumpah bersama Allah, Allah akan kabulkan sumpahnya  maka Allah akan  memenuhi keperluan -keperluanya berlipat kali ganda berbanding dengan  kesenangan hawa nafsu tadi yang ia tinggalkan. "

      Misalnya, orang yang tak menjaga pandangannya, semua dia lihat. Ia hanya dapat melihat tidak lebih dari itu. Akhirnya ia melihat isterinya jelek padahal sebelum itu ia nampak baik. Tapi gara-gara tidak menjaga pandangan, akhirnya nampak jelek isterinya. Siapa yang menderita? Dirinya sendiri.  Di dunia belum lagi  di akhirat. 

       Seandainya ia melawan hawa nafsunya ini, Allah akan buat kebahagiaan yang lain yang lebih banyak. Dengan  dia melawan hawa nafsunya. Dan banyak lagi dampak atau akibat bermaksiat itu yang tidak dapat ditulis semuanya di sini.

   

 
Semoga bermenafaat.


Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
17/9/2024

       

       


 


     

       


    


       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...