Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Berikut ini ada beberapa point yang boleh kita usahakan supaya hidup kita bahagia di dunia dan di akhirat. Agar dengan itu kita merasakan hidup ini lebih bermakna. Iaitu:
1) Mudahlah tersenyum
Inilah salah satu sifat nabi kita Muhammad s.a.w. Jarir bin Abdillah al Bajari r.a pernah berkata,
"Rasulullah tidak pernah melihat kepadaku sejak aku masuk islam, kecuali beliau tersenyum" (HR. Bukhari)
Nabi s.a.w adalah insan yang mudah tersenyum. Dalam hadits riwayat At-Tirmidzi juga disebutkan bahwa Aisyah r.ha. mengatakan, "Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah." (HR. At-Tirmidzi)
Latihlah diri kita agar mudah tersenyum dalam keadaan apa pun. Kerana jika kita mudah tersenyum maka banyak penyakit-penyakit hati akan hilang dàri diri kita. Nabi s.a.w mudah ter senyum dan menyuruh umatnya supaya mudah tersenyum. Sabdanya,
"Senyummu di hadapan saudaramu adalah (bernilai) sedekah bagimu" (HR. Tirmidzi)
Dan sabda nabi lagi,
"Janganlah engkau meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun hanya dengan bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri". (HR. Muslim)
Jadi, jangan kita meremehkan senyum kerana yang melarang kita meremeh kannya ialah nabi s.a.w. sendiri. Maka sesiapa yang melatih dirinya mudah tersenyum, maka hatinya akan berseri-seri. Kerana dia melawan penyakit yang ada dalam hatinya. Kalau orang susah senyum biasanya ia ada masalah dalam hatinya. Entah dia pemarah, entah dia sombong, entah dia angkuh atau entah dia ujub. Banyak penyakit dalam hatinya membuat ia susah tersenyum.
Dan sesetengah orang senyum nya dia pilih-pilih. Hanya tersenyum kepada orang tertentu. Dia hanya tersenyum kepada orang kaya misalnya. Dengan pegawai ia mudah senyum. Dengan tok ketua dia mudah senyum. Tapi kepada orang yang di bawahnya seperti buruh kasar, orang miskin , dia susah nak tersenyum. Sebahagian orang susah nak tersenyum kepada pemandunya. Sebahagian majikan wanita susah tersenyum kepada pembantunya. Kenapa?
Kerana ada keangkuhan dalam hatinya. Kalau kita mudah tersenyum kepada siapa saja, itu akan menolong kita membuang penyakit-penyakit dalam hati kita. Itu akan membawa kita bahagia dalam kehidupan. Oleh kerana itu, dalam satu hadis dhaif yang maknanya benar nabi bersabda ,
"Sesungguhnya kalian tidak mampu menarik hati manusia dengan harta kalian. Akan tetapi kalian boleh menarik hati mereka dengan wajah berseri dan akhlak yang mulia" (HR. Al Hakim)
Ertinya kita takkan mampu mengambil hati manusia dengan memberi harta atau wang. Berapa banyak wang yang kita ada? Wang kita tidak akan cukup. Tetapi kata nabi s.a.w kita boleh mengambil hati manusia dengan muka yang tersenyum dan akhlak yang mulia. Tak perlu keluar duit. Ketemu orang cukup senyum dan memberi salam.
Kenapa kita susah senyum? Pasti ada masalah di hati kita. Tak mungkin tidak. Entah kita ujub, entah kita angkuh atau entah kita suka merendahkan orang lain.
Seakan-akan senyum kita itu terlalu mahal untuk mereka.
Sesetengah orang dia merasa dia akan dihormati apabila ia marah-marah dan bermuka bengis. Nabi s.a w orang yang paling dihormati dan disegani, tapi beliau orang yang paling murah senyumnya. Jadi, tidak ada masalah kalau kita mudah tersenyum. Berlatihlah tersenyum di depan cermin demi menjalankan sunnah nabi ini. Maka ,
"Janganlah engkau meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun hanya dengan bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri". (HR. Muslim)
Jadi jangan kedekut untuk senyum . Kalau senyum sahaja kita sudah kedekut, apalagi dengan duit? Itu bahaya..
Kita mungkin senang senyum kepada orang kaya. Tapi senyumlah dengan orang di bawah anda, orang susah, dan orang yang masalah dengan anda. Lawan penyakit yang ada dalam diri kita. Kalau kita senyum, kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Ia rasa dihargai, dihormati. Maka tentu Allah akan memberi kebahagiaan kepada kita pula. 'Balasan itu sepadan dengan Amal'.
2) Mencari teman yang baik
Ini satu prinsip penting dalam kehidupan. Kerana kalau kita salah berteman, teman tersebut akan merubah jalan hidup kita. Teman tersebut boleh mengubah mindset atau cara berfikir kita. Boleh menukar tujuan hidup kita.
Maka seseorang harus berhati-hati memilih teman. Nabi s.a.w sendiri yang menyuruh kita berhati-hati memilih teman. Sabdanya,
“Seseorang itu mengikut agama temannya. Maka hendaknya salah seorang dari kalian melihat siapa temannya.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi).
Siapa yang jadi teman diskusinya, teman safarnya, teman grupnya. Maka kita harus memilih. Di hadapan kita ada banyak orang tapi kita harus memilih untuk dijadikàn teman . Bukan bermakna kita bermusuh dengan yang lain. Yang lain itu kita ramahi, kita senyumi, tapi untuk dijadikan teman yang kita bersamanya, tidak boleh sebarang orang. Tidak boleh.
Sebagaimana kata-kara pepatah Arab, ' Teman itu akan menggeret". Kerana bila kita berjalan dengan seseorang pasti ada proses sinkronisasi atau penyamaan. Adakah kita yang terpengaruh dengan dia, atau dia yang yang terpengaruh dengan kita. Kalau teman kita itu fikirannya duniawi , duniawi, kita pasti jadi sepertinya , mahu tidak mahu kita pasti terpengaruh. Sehingga fikiran kita duniawi. Kalau fikiran kita sudah duniawi, semua kita mahu duniakan. Bila berdakwah, kita fikir macamana dakwah kita jadi duit. Bila menulis buku agama, bagaimana boleh laku dan jadi duit. Buat yayasan agama, fikir bagaimana yayasan itu boleh jana duit. Semua duit, duit, duit. Sampai wang umat juga tergadai dan jadi milik nya. Waliya zubillah.
Hati-hati. Salah berteman akan merosak agama kita. Ustaz pun boleh rosak. Apalagi kita orang awam.
Tetapi, siapa teman yang baik? Para ulama mengatakan, bila kita duduk dengannya, berbual dengannya, berbahas dengannya, bila berpisah dengannya kita rasa iman kita bertambah. Itu teman yang bàik. Entah dia mengingatkan tentang akhirat, entah dia menegur kesalahan kita, entah dia mengingat tentang keimanan. Maka kita dekatlah dengan nya.
Tetapi jika kita bertemu dengan seseorang, yang bila bertemu, berbual atau berjalan dengannya, iman kita makin menurun , atau jadi cepat marah kepada isteri dan anak, malas solat ke masjid, jangan berteman dengan nya, maka tinggalkan dia. Itu barometer untuk menimbang teman yang baik dengan yang buruk. Setiap teman yang baik, bila kita duduk dengannya maka bertambàh iman kita, maka bertemanlah dengàn dia. Kalau duduk dengannya menjauhkan kita dari Allah taala, membuat selalu tenggelam dalam duniawi, maka tinggal kan dia.
Sabda nabi s.a.w,
Dari Abu Musa Al-Asy'ari -raḍiyallāhu 'anhu- secara marfū',
"Sesungguhnya perumpamaan orang yang bergaul dengan orang saleh dan orang jahat, bagaikan orang yang berteman dengan penjual minyak wangi dan pandai besi. Adapun penjual minyak wangi, bisa jadi memberi minyak kepadamu atau kamu membeli minyak darinya, atau paling tidak kamu mendapatkan aroma wangi darinya. Sedangkan pandai besi, mungkin ia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mendapatkan aroma tidak sedap darinya."
(Hadis sahih - Muttafaq 'alaih)
Iaitu teman yang baik pasti memberi kebaikan samada banyak atau sedikit kepada kita.
Allah sudah kisahkan peristiwa Ashabul kahfi dalam al quran sebagai pengajaran kepada kita. Beberapa orang pemuda soleh yang melarikan diri dari kezaliman , lalu Allah tidurkan 300 tahun lebih di dalam gua. Anjingnya selalu bersama mereka. Bila mereka bangun, anjing itu pun turut bangun. Inilah yang dikatakan anjing pun juga mendapat karomah seperti pemuda-pemuda tersebut. Gara-gara ia berteman dengan orang soleh, anjing pun mendapat berkatnya dan disebut dalam al quran hingga hari kiamat.
Jadi, kalau kita bergaul dengan orang soleh paling tidak, kita akan dapat menafaat. Maka jangan sembarang berteman. Betapa ramai orang yang berubah kehidupannya gara-gara teman yang salah. Isteri-isteri pun bila melihat suaminya berubah , ingatkan dia dengan siapa ia bergaul. Kalau ketemu teman yang baik, fikiran nya mula ke akhirat, jika ia kaya, ia sisihkan sebahagian hartanya untuk Islam.
Ibu-ibu juga harus hati-hati, jangan salah bergaul. Kalau ketemu dengan teman-temannya, kalau isi perbualan hanya ghibah, namimah dan curahan emosi, maka sudah. Tidak semua orang boleh kita jadikan teman. Kita kenal ramai orang tidak mengapa. Tapi untuk dijadikan teman yang rapat jangan sembarangan. Yang hanya kerjanya mencari kesalahan orang, maka tinggalkan saja. Sebelum agama kita menjadi rosak.
3) Hiduplah tanpa hutang
Di antara doa yang selalu nabi s.a.w baca ialah,
"Ya Allah!, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang”, lalu bertanya seseorang kepadanya; “Alangkah banyaknya doa engkau meminta jauh dari hutang?”, maka baginda menjawab; “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mungkiri.” (Riwayat al-Bukhari).
Bila berjanji untuk membayar hutangnya sekian-sekian masa, bila tidak jadi, dia membohongi orang yang menuntut hutang. Oleh itu, kata nabi,
" Jangan jadikan dirimu gelisah setelah tenteram. "
Iaitu hutang. Orang yang terlilit hutang hidupnya tidak tenteram. Apalagi bila sipemiutang terus-terusan menagih hutangnya. Apalagi jika hutang riba. Lebih parah lagi. Tambah lagi bila dia melihat harta benda orang disita kerana hutang. Akhirnya ia takut dan gelisah. Akhirnya gulanya naik, kolesterol naik. Kenapa? Kerana kekhuatiran bagi orang yang berhutang.
Sebahagian orang tak peduli dengan hutangnya. Dia berhutang lalu menipu sana dan sini. Ini orang yang tak beriman. Orang beriman pasti gelisah dengan hutangnya. Jikalau tidak, bermakna imannya tidak lengkap. Bagaimana ketika nabi ingin mensolatkan jenazah bertanya adakah ia ada hutang? Jika tiada, nabi solatkan. Jika ada, nabi tidak mahu mensolatkan.
Bagaimana kita tidak gelisah dengan hutang? Orang beriman pasti gelisah dengan hutang. Jika tidak, bermakna ia tak pedulikan akhiratnya. Kerana itu melibatkan hak orang.
Hidup ini tenteram jika tidak berhutang. Peniaga ada yang berhutang, ada yang tidak. Yang berhutang itu pasti gelisah kerana akan ditagih hutangnya. Yang tidak berhutang walau perniagaannya kecil-kecilan, hidupnya lebih tenteram.
Ibu-ibu janganlah menjadi sebab suami berhutang. Hiduplah dengan kemampuam yang ada. Janganlah berangan-angan hendak itu, hendak ini menyebabkan suami berhutang dan hidup dalam kegelisahan. Orang yang hidup sederhana tanpa hutang, ia hidup dengan nyaman.
Jika anda ada hutang, jangan menunda-nunda untuk membayarnya. Ini penyakit bagi sebahagian orang. Apabila ia dapat rezeki tetapi hutang tidak mahu dibayar, maka akan timbul syahwatnya untuk membeli barangan lain pula. Sedangkan sipemiutang sudah menagih-nagih. Kata nabi s.a.w,
“Menunda-nunda membayar hutang bagi orang yang mampu (membayar) adalah kezaliman,” (HR Bukhari).
Semakin lama dia menunda, dosanya terus berjalan. Dia ada wang tapi ia buat lain-lain hal. Tunda lagi, tunda hingga 2 tahun, maka dosanya selama 2 tahun terus berjalan.
Sebahagian orang tidak beradab yang mana ia menjadikan sipemiutang seperti mengemis-ngemis kepadanya. Seakan-akan yang berhutang itu yang membantu sipemiutang. Yang mana di zaman ini jika ada orang yang memberi hutang, yang tidak tahu duitnya kembali atau tidak, itu bererti dia orang baik. Maka perlu diingat jasa baiknya, jangan ditunda-tunda.
Oleh itu kalau boleh , hiduplah tanpa berhutang. Tetapi jika perlu berhutang, berhutanglah hanya untuk keperluan yang mendesak. Adapun setakat berhutang untuk nampak mewah, sudah ada handphone mahu handphone yang lebih mahal , apa perlunya? Jikalau ada duit tiada masalah , tapi jika berhutang apa perlunya?
4) Bantulah orang lain.
Kalau kita sering membantu orang lain, maka hidup kita dimudahkan oleh Allah. Tatkala ada masalah, datang solusi nya. Sabda nabi s.a.w,
"Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya”.
[HR Muslim: 2699, at-Turmudziy: 1930,)
Berkata asy-Syaikh Salim bin Ied al-Hilaliy hafizhohullah, “Pemberian pertolongan seorang hamba terhadap saudaranya itu dapat menyebabkan pertolongan Allah kepada hamba tersebut”.
Cuma ini perkara yang ghaib. Iaitu banyak kemudahan-kemudahan yang Allah berikan kepada anda mungkin kerana anda membantu orang lain. Tapi hendaklah niat membantu kerana Allah bukan kerana ingin disanjung atau lain-lainnya.
Hati keras
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah mengadu tentang hatinya yang keras. Lalu Rasulullah berpesan kepadanya:
“Sekiranya engkau ingin melembutkan hatimu, maka berilah makan pada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” [HR Ahmad]
Ertinya nabi menyuruh kita peduli kepada orang. Boleh saja misalnya bila ketemu orang miskin lalu ajak ia makan di rumah kita. Atau membawakan makanan kepadanya. Bertemu anak yatim kita usap-usap kepalanya. Dengan mengusap kepada anak yatim mengingatkan diri seseorang tentang kematian yang pasti akan datang menjemput. Lagi pula ia sudah tidak ada orang yang memberinya kasih sayang kerana sudah meninggal.
Banyak jalan untuk membantu orang lain yang dibuka oleh syariat. Sabda nabi,
“Setiap sendi seseorang mesti melakukan sedekah setiap hari ketika matahari terbit: untuk menilai dengan adil antara dua orang adalah sedekah. Untuk menolong seorang lelaki dengan tunggangannya, mengangkatnya ke atasnya atau mengangkat barang-barangnya ke atasnya, adalah sedekah. Dan perkataan yang baik adalah sedekah."
(HR Bukhari)
Kita berfikir dulu sebelum berkata supaya tak menyinggung hati orang lain, mengangkat barang ke motor seseorang atau apa saja yang baik adalah sedekah. Jadi, jalan untuk berbuat baik itu sangat banyak.
Semakin kita membantu orang lain semakin hidup kita lebih bermakna.
5) Qana'ah dan jangan suka membanding-banding dengan orang lain.
Nikmati apa yang Allah berikan kepada kita, kebetulan kita ada motor kapchai , cukupkan saja. Jangan melihat-lihat motor yang megah. Hingga akhirnya kita merasa sedih seakan-akan motor yang ada itu tidak ada nilainya. Padahal sebelumnya hanya ada basikal saja. Allah beri motor mungkin yang kurang bagus. Nikmati ia , jangan melihat-lihat yang indah-indah sehingga membuat kita tidak bahagia.
Diantara sebab kita tidak bahagia ialah hilang sifat qanaah dari diri kita. Bila saja kita qanaah, bersyukur dan menerima apa yang ada , maka kita akan bahagia. Imam Syafie pernah berkata,
" Sekiranya kau memiliki hati yang qanaah, kau dan raja dunia sama saja."
Ertinya, raja itu membina istana yang besar, memiliki harta yang banyak sebab dia ingin bahagia. Tetapi anda boleh bahagia terlebih dahulu dari sang raja bila anda merasa puas dengan apa pemberian Allah taala. Ingat, di dunia ini kita tidak selalu mencapai apa yang kita cita-citakan. Maka kita nikmati apa yang Allah berikan kepada kita. Kita jangan berfikir hanya orang kaya saja yang boleh bahagia.
Kita ini mengalami fasa-fasa dalam kehidupan. Dulu kita mungkin pernah miskin, tapi waktu itu kita bahagia. Mungkin akhirnya kita kaya dan kita bahagia juga. Jadi, jangan fikir hanya orang kaya saja yang bahagia. Betapa banyak orang kaya yang tidak bahagia. Kita mendengar mereka bercerai -berai, anak kena dadah, berfoya-foya dan macam-macam permasalahan yang mereka rasakan. Jadi, bila saja anda qanaah anda akan bahagia.
Semasa perang Khandak, di musim dingin lagi kekurangan makanan sampai mereka makan makanan dari minyak yang tengik, hingga para sahabat mengikat batu ke perut mereka, sementara musuh 10,000 orang hampir sampai, sedang mereka harus menggali parit dengan bersusah-payah berkilo-kilo panjangnya, maka nabi ingatkan para sahabat iaitu,
"Ya Allah! Tidak ada kehidupan selain kehidupan akhirat."
(Hadis sahih - Muttafaq 'alaih)
Jadi, kesusahan di dunia ini hanya sebentar. Akhirat itu menjadi tujuan kerana ia kekal abadi.
Kata syeikh Utsaimin , ini juga kita ucapkan bila kita melihat kemewahan, kekayaan atau kemegahan dunia seseorang. Kemewahan bukan tanda kebahagiaan. Ada orang rumahnya bak istana , tapi isterinya tiada , iaitu diambil orang. Jadi kekayaan bukan semestinya bahagia. Siapa pun kita , kita boleh bahagia jika kita ada sifat qanaah. Jika kita berfikir bahawa betapa banyaknya hisab orang yang kaya itu sedangkan aku hanya sedikit hisabnya, kita takkan merasa tamak untuk jadi seperti orang itu.
Begitu juga para ibu. Seorang suami tidak semestinya mampu membeli semua yang kita inginkan. Oleh itu hati-hati jangan salah pergaulan. Nanti semua yang dibeli oleh orang kita ingin juga sedangkan kemampuan tidak ada. Bahagia itu bila qanaah.
6) Kuatkan hubungan dengan Allah swt.
Ini sangat penting. Latih diri kita dalam kesendirian kita bersama Allah. Allah memberi bermacam-macam cara yang dapat membahagiakan kita. Seperti berbual dengan isteri, telefon anak-anak, video call anak-anak, bertemu dengan kawan lama, bertemu dalam majlis ilmu, semuanya ada kebahagiaan tersendiri. Tapi ada saatnya kita perlu mencari kebahagiaan dalam kesendirian. Maka ada disyariatkan ibadah-ibadah yang memerlukan kesendirian seperti iktikaf, solat malam , untuk berkhalwat kepada Allah. Nikmati itu semua, seperti hadis nabi,
Dari ‘Abdullah bin Salam radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Wahai manusia, tebarkanlah salam, berikanlah makanan, dan sholatlah pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, nescaya kalian pasti masuk syurga dengan selamat.”
(HR. Tirmidzi, ia mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih).
Jadi, ini harus ada waktu tersendiri. Nikmati juga waktu kita menimba ilmu. Iaitu waktu kita bersendirian membaca buku dengan secawan kopi dan coklat di sisi. Membaca buku bahagia, makan coklat juga bahagia. Tidak harus perlu mencarinya dalam kesibukan, dalam keramaian atau ribut dalam grup. Dengan sendirian juga boleh bahagia. Misalnya, bila safar sendirian semasa menunggu flight , kita baca quran atau baca buku. Itu juga kebahagiaan.
Oleh itu, satu tafsir dari sabda nabi s.a.w, tentang 7 golongan yang dinaungi Allah di akhirat nanti, salah satunya,
" 2 orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah".
Yang bertemu kerana Allah, kita faham. Iaitu ia bertemu kerana ada pengajian, kerana membantu fakir miskin, bersama membantu anak yatim misalnya, tapi apa pula maksud berpisah kerana Allah taala? Ada banyak tafsiran.
Di antaranya kita berpisah kerana ingin beribadah kepada Allah atau kita juga ingin meneruskan ibadah kepada Allah. Maka, masa untuk bertemu itu dipendek kan kerana ingin lagi membuat amal yang lain seperti solat, baca buku agama, atau menghisab diri sendiri atau perlu khalwat kepada Allah. Bila terus bersama tidaklah ada masa untuk bersendirian, untuk berkhalwat dengan Allah. Kerana ada masanya kita bersama dan ada masanya perlu bersendirian.
Oleh kerana itu ada orang yang boleh bahagia dengan bersendirian, itu luar biasa. Ia perlu dilatih. Dia merasa nyaman membaca buku misalnya, atau mendengar ceramah atau menulis blog, dia tak mahu diganggu orang.
Ada saat nya kita berinteraksi , ada masanya kita nyaman bersendiri. Iaitu bila kita mahu solat malam. Jika tidak solat malam , ada rasa bersalah, ada sesuatu yang kurang pada dirinya seolah-olah hari itu terasa hampa. Bagi sesiapa yang selalu solat malam dia akan merasakan hal tersebut.
Maka, haruslah kita melatih diri supaya enjoy dalam bersendiri. Tapi tak usah bila bangun malam ,anda selfie dan post ke media sosial pula. Cukuplah Allah yang tahu.
7) Sisihkan waktu untuk olahraga
Hidup kita ini bila menerima ujian, akan terasa berat. Salah satunya ujian sakit. Kalau sudah sakit maka semua akan susah. Bila di kelilingi oleh sakit, banyak tujuan-tujuan tidak tercapai. Misalnya, menulis buku tak selesai-selesai, nak hafal quran tak selesai-selesai , nak berbakti kepada orang tuanya tak mampu, ingin menjaga anak dengan baik tidak mampu, kerana kita sakit. Maka untuk dapat hidup sihat maka sisihkan waktu untuk olahraga atau senaman.
Olahraga itu banyak. Anda boleh main badminton , ping-pong , berbasikal dan sebagainya. Minimàl jalan kaki. Walau sesibuk mana tugas anda, sisihkan waktu untuk bersenam, atau apa-apa yang anda mampu lakukan. Ada orang yang berbadan besar tidak mampu berlari, maka cukup dengan berjalan.
Bila bersenam, darah berjalan lancar, dengan itu kita cepat berfikir , maka mudah kita menuntut ilmu. Kalau tidak, maka darah kurang lancar, jadi lembap fikiran, belajar tidak faham-faham. Jadi, minimal jalan kaki. Kalau boleh lebih dari itu , silakan. Maka supaya kita dapat bahagia jadualkan masa bersenam, paling tidak seminggu 2 kali.
Qaddarallah, kalau kita tidak sihat, boleh jadi akan menyusahkan orang lain. Orang terpaksa menyediakan apa yang perlu untuk kita . Boleh lah bertanya pakar untuk senaman yang paling baik untuk diri anda. Akal yang cerdas pada badan yang sihat
8) Miliki sifat al khafi
Al khafiy (suka menyembunyikan amalan); bermaksud tidak suka menonjolkan diri, tidak berambisi untuk tampil di depan orang banyak, atau untuk mendapatkan perhatian atau menjadi buah bibir orang.
Sa'ad bin Abi Waqqāṣ -raḍiyallāhu 'anhu- meriwayatkan secara marfū',
"Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, selalu merasa cukup, dan menyembunyikan (amalnya)."
(Hadis sahih - Diriwayatkan oleh Muslim)
Kalau kita tidak menyembunyikan amal atau suka menonjolkan diri , akhirnya kita jadi bahan untuk di komentari oleh orang. Dan tidak semua orang komen dengan adil. Terkadang orang mengkomen dengan hasad. Bila kita ikuti komentar tersebut, kita yang rasa susah sendiri.
Kalau kita tidak menonjol maka itu lebih baik. Kerana bila kita kurang dikenali kita dapat mengurus urusan peribadi, isteri dan anak-anak . Juga supaya dapat solat malam, dapat baca buku, dapat menambah hafalan dan sebagainya. Tapi kalau kita semakin terkenal maka itu semakin susah. Maka Allah suka hambanya bersifat al khafi.
Kalau anda ketua dalam satu-satu program pengajian, tidak perlu menonjol kan diri. Kalau orang tidak tahu itu lebih baik dan bahagia. Sesetengah orang seperti penceramah ia harus tampilkan diri. Itu tidak mengapa.
Realitinya terkenal itu tidak enak. Misalnya, jika pergi ke mall, masa yang ada hanya 10 minit. Selepas itu akan dikerumuni peminat-peminat.
Kalau kita tidak terkenal, kita akan lebih senang mengurus anak isteri. Tapi kalau anda harus tampil maka jaga diri, ikhlaskan kerana Allah. Bukan untuk riak, bukan ingin disanjung. Sungguh tidak enak menjadi pusat perhatian.
Namun, sekarang ini ramai orang membuat hal-hal yang aneh-aneh. Yang kemudian ia videokan, dengan tujuan mencari view sebanyak-banyaknya, pendeknya ia mencari duit dengan youtube. Sehingga ia bongkar seluruh privasinya. Banyak orang begitu. Dia pergi kemana-mana , dia shooting. Pergi dengan isterinya dia shooting. Apa saja dia shooting iaitu ia mencari duit dari youtube. Privasinya semua dibongkar, apakah enak hidup begitu?
Kita ini banyak menzalimi diri sendiri. Kita tidak ada waktu untuk orang tua kita. Waktu untuk anak, isteri, saudara mara kita, tidak ada. Kita hanya terpedaya dengan sanjungan orang , pujian orang. Ingat kata nabi,
" Allah cinta kepada orang tidak menonjolkan diri".
Ada juga kelakuan penderma-penderma yang kita lihat. Sesetengah nya ia suka menonjolkan diri, tapi sesetengahnya ia tak mahu dikenali. Sumbang sini 1000 sumbang sana 2000, tapi ia tak mahu diketahui. Ini baru menyumbang 300 mahu satu dunia tahu. Jadi kalau anda dapat supaya tidak tampil, itu lebih baik.
9) Lakukan kegiatan sosial.
Kalau anda ada waktu, lakukan kegiatan sosial berkesinambungan. Semampu diri sendiri, yang kita tahu kebolehan kita. Jangan terlalu banyak rencana yang di luar kemampuan. Misalnya kita buat 10 kegiatan sosial. Pergi sana, pergi sini hingga kita tak mampu mengurusnya dengan sempurna. Itu tak memberi makna.
Jika anda menguruskan seorang anak yatim sebaik-baiknya, itu syurga bagi anda kelak. Atau jika anda berbakti kepada dua orang tuamu, cukupkan keperluannya, uruskan makan minumnya, itu satu kegiatan sosial yang luar biasa.
Jadi kita harus ada satu kegiatan sosial yang jadi gawaian kita. Kita kerja cari dunia untuk itu, hingga berterusan. Tatkala kita kerja, maka niat kita selalu bagus. Contohnya kita bekerja lalu kita bersungguh-sungguh kerana ingin membiaya sekolah anak yatim yang kita jaga. Sehingga segala kegiatan kita jadi berpahala di sisi Allah. Kenapa? Kerana kita bekerja bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk satu tujuan sosial.
Sesetengah orang mendirikan rumah quran. Dia kontrak sana sini, bila dapat wang ia sumbang ke sekolah tersebut. Sehingga kerjanya selalu berkat dan berpahala. Setiap kali ia bersafar untuk kerjanya ia mendapat pahala. Kerana ada tujuan soaial yang ia niatkan.
Anda tidak payah pergi jauh. Cukup lah anda uruskan orang tuamu. Apa keperluannya. Anda bekerja sambil berdoa supaya dimudahkan urusan kerana ingin membahagiaka kedua orangtuamu.
Jadi, lakukanlah kegiatan sosial tetapi jangan terlalu banyak sehingga anda tidak fokus dan tidak berhasil.
10) Jangan busy body ( kepoh)
Sabda nabi s.a.w,
Dari Abū Hurairah radhiyallāhu ‘anhu, beliau berkata: Rasūlullāh shallallāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Di antara keelokan Islam seseorang adalah meninggalkan apa yang bukan urusannya.”
(HR Tirmidzi, ia berkata: “Hadits yang hasan.”)
Iaitu jika kita mahu agama kita elok sempurna , iman yang baik maka kata rasulullah s.a.w , tinggalkan apa yang bukan urusanmu. Lakukan yang memang urusan anda, yang bukan urusan anda tinggalkan.
Kita sekarang tinggal dalam zaman yang teringin nak tahu urusan orang. Kita tidak mahu tahu pun dikasi tahu ....
Misalnya kita buka youtube, ada benda yang kita mahu lihat dan ada benda yang kita tak mahu. Tiba-tiba kita klik benda yang kita tak mahu tahu , setidak-tidaknya15 minit masa kita terbuang di situ. Cuba masa itu kita guna untuk baca quran dan zikir bukankah lebih baik?
Kalau memang itu urusan anda, maka silakan. Maka itu bermenafaat, kata nabi,
"Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah. "
(HR: Muslim)
Perkataan beliau ini mencakup segala sesuatu yang bermanfaat baik dalam masalah agama atau urusan dunia.
Yang jadi masalah di zaman medsos ini, banyak hal yang bukan urusan kita kemudian kita ikuti. Berita artis misalnya, siapa dia? Apa masalahnya? Ternyata ia diceraikan oleh suaminya. Dan lagi dan lagi. Mengapa anda menonoton kisah artis tersebut , apa faedahnya buat anda? Kecuali ia kaum kerabat anda atau anda ingin menikahinya.
Akhirnya kita ini membuang-buang waktu kepada benda yang tak berguna. Itu membuat kita tidak bahagia.
Semakin anda tidak tahu urusan orang semakin anda bahagia. Bila kita tahu banyak urusan orang, maka banyak info masuk ke fikiran kita. Ini membuat hati kita bergejolak. Maka itu mempengaruhi cara fikir kita, dan mempengaruhi kebahagiaan kita.
Oleh itu , dengan kita tidak tahu urusan orang, itu lebih baik. Kalau Allah jadikan kita tidak tahu aib-aib orang itu lebih baik. Daripada kita tahu aib orang akhirnya kita membuat analisa sendiri. Ini akan mengotori hati kita.
Dalam hadis yang dhaif tapi makna nya benar, sabda nabi,
" Jangan kau ceritakan hal orang kepada ku, sesungguhnya aku ingin keluar dari rumah dalam kedaan hati yang bersih".
Kenapa? Kerana jika kita tahu urusan orang lain kita tidak bahagia. Tidak enak tahu banyak urusan orang lain.
Kalau orang bertanya , ingin tahu tak berita ini? Jawablah, saya tak ingin tahu. Cerita saja dengan orang lain.
Terkadang ada orang terpaksa mengambil tahu hal orang lain kerana itu tugasnya. Hal poligami misalnya. Tapi itu kerana menyelesaikan masalahnya. Itu tidak mengapa
Kalau tidak perlu tidak payah mengambil tahu hal orang lain, itu hanya menghabiskan usia. Buanglah apa yang tak bermenafaat. Anda orang bisnes silakan cari hal bisnes. Anda politikus, silakan cari berita politik. Anda bertugas keamaman negara silakan cari berita orang-orang yang tertentu contohnya.
Tetapi jika anda hanya takat sekolah rendah atau SPM pun cukup-cukup makan, berlagak macam politikus , menganalisa itu ini, cerca sana cerca sini. Berita nya dari mana ia dapat? Dari youtube dan dari facebook? Adakah beritanya sahih atau dhaif? Itu satu kebodohan.
Terkadang sebahagian ustaz pun buat analisa itu, ini sedangkan itu bukan bidangnya. Maka jadi bahan ketawaan. Oleh itu orang yang bahagia ia tidak ambil tahu urusan yang bukan urusannya.
Di sekeliling kita ada banyak perbicaraan tapi bukan semua melibat kan kita. Terutama para ibu. Kerana di kalangan mereka paling banyak tersebar kepoh ini. Intinya kalau kita tidak tahu sesuatu urusan lebih baik diam. Sebab itu Islam yg sempurna meninggalkan hal yang bukan urusannya. Fokuslah kepada yang bermenafaat buat kita.
11) Jangan peduli celaan orang.
Jangan pedulikan sangat celaan orang kepada kita. Kalau mahu dengar juga, carilah sisi positifnya dari celaan itu iaitu cari apa kesalahan yang ada pada kita dan kita baiki. Tapi jika kita sudah berusaha semaksima mungkin, maka tak usah lagi mendengar kata-kata mereka. Mendengar itu membuat kita sengsara.
Maka sebab itu, Syeikh Abdul Rahman Sa"adi berkata,
" Seseorang mendapat mudharat dari cercaan orang selama mana ia menggeluti cercaan tersebut."
Semakin seseorang mengikuti cercaan orang maka makin sengsara ia. Semakin ia abaikan semakin bahagia dia. Kalau kita peduli dan layan cercaan orang lalu kita jadi marah, selepas itu kita lepaskan kemarahan itu kepada isteri dan anak-anak kita , bukankah itu kesengsaraan?
Jadi, hati-hati. Kita memang tidak sempurna. Bila tidak sempurna kita takkan lepas dari cercaan orang. Jangankan kita, orang yang sempurna pun seperti nabi kita s.a.w pun orang mencercanya sampai sekarang. Bahkan Allah sendiri pun dicerca oleh hambaNya kaum yahudi. Katanya Allah itu fakir, Allah perlu bantuan dan Allah itu letih selepas mencipta bumi. Itu Allah , bagaimana dengan kita?
Jadi ingat, jika anda ingin bahagia jangan pedulikan kata-kata orang. Anda cari orang yang baik dengan anda yang bila anda berkata bahawa anda ini kekurangan , maka tolong di nasihati. Lalu ia menasihati dengan cara yang baik.
Adapun mendengar kata-kata orang ramai, kata-kata netizen itu membuang masa. Ingat kebahagiaan anda bukan di tangan netizen. Sebahagian orang hanya rasa bahagia bila dipuji oleh netizen. Mengapa peduli dengan netizen ? Anda berkata perkataan yang baik, sudah. Apa dipedulikan dengan komentar dan kata-kata netizen.
Jadi, kalau ada orang mencela, jangan pedulikan. Semakin anda peduli semakin anda sengsara.
12) Kurangi grup-grup whatsapp
Jika anda ada banyak grup tapi tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, maka tinggal kan. Cukup dengan beberapa grup yang memberi kebaikan kepada diri anda.
Masa kita sedikit, jangan habiskan dengan melayan grup-grup yang tidak berfaedah. Kalau kita ada banyak grup, masa kita akan terbuang sia-sia. Itu fenomena yang kita lihat. Fenomena tidak beradab. Tidak beradab kepada Allah, tidak beradab kepada pembicara, kepada isteri, kepada suami, dan kepada anak-anak Kenapa? Kerana banyaknya grup.
Suaminya balik kerumah, isteri sibuk melayan grup whatsapp. Ketawa sendiri di depan handphone tanpa mempeduli suaminya. Seseorang yang sedang berbual dengan ustaznya, ia melayan grup dalam masa sama, itu tidak beradab. Gara-gara grup yang terlalu banyak. Atau baru selesai solat, assalamualaikum, assalamualaikum terus buka whatsapp.
Left grup saja mana grup yang tak berfaedah atau faedah sedkit sangat. Kalau tidak , anda buang-buang masa , 30 minit , 1 jam, tak terasa terbuang.
13) Biasakan menolak jika tidak mampu.
Kata nabi,
" Jangan kau ucapkan satu perkatan yang menyebabkan kau minta maaf di kemudian hari".
Misalnya , kita diajak mengajar di suatu sekolah. Kita kata kita tak mampu. Tapi kerana rasa kasihan atau sebab lain kita pun masuk. Akhirnya banyak benda yang kita tak mampu lakukan. Maka kita jadi susah sendiri. Sepatutnya dari awal kita minta maaf tidak berupaya melakukan daripada kemudian hari kita minta maaf. Ini sama dalam hal apa pun.
Jadi, kalau anda tidak mahu atau tidak mampu katakan dari awal. Supaya tidaklah masalah menjadi besar di kemudian hari.
14) Mudah memaafkan
Orang yang bersalah kepada anda lalu ia minta maaf, maka maafkan. Latihlah diri untuk senang memaafkan. Dan orang yang paling patut kita maafkan ialah isteri kita atau suami, dan juga kaum kerabat kita. Pertengkaran dengan isteri itu maklum , namanya manusia. Tapi janganlah berpanjangan. Satu jam, dua jam sudah. Jangan sampai bergaduh hingga bersiri-siri, bersambung-sambung macam cerita drama.
Kalau ada orang maki-hamun, katalah mungkin dia tak tahu, atau dia orang tua, atau dia tak tahu keadaan kita dan tak mungkin kita dapat menjelaskannya. Sudah, maafkan saja. Kita tidur tenang.
Tapi kalau anda lawan kata-katanya , marah kepadanya, dendam kepadanya , maka nak tidur pun tak senang.
Oleh itu, kalau orang ada masalah dengan kita maka maafkan. Kita tidak sempurna dan dia pun tidak sempurna. Maka teruslah berbaik-baik. Sungguh tidak ada persahabatan yang sempurna kecuali di syurga. Kecewa ada, tapi maafkan. Hidup akan tenang , tidur pun tenang. ....
Apa kata Allah?
" Sesungguhnya hari kiamat akan tiba maka maafkanlah dengan kemaafan yang indah"
Kita semua akan mati. Adakah anda ingin membawa kemarahan anda ke alam barzakh? Untuk apa? Kita hidup ini penuh dengan cubaan, mana yang boleh kita lepaskan, kita lepaskan dengan memaafkan.
15) Jangan cari musuh
Kalau anda ketemu dengan orang yang anda tidak suka, sudah. Jangan jadikan ia teman dan jangan pula jadikan ia musuh. Ada orang dia tak suka seseorang dan tak berteman dengannya, tapi ia jadikan musuh kepada dirinya. Mulalah ia memburuk-burukkan orang tersebut lalu terdengar oleh orang itu. Maka jadilah pertengkaran dan pemusuhan. .
Anda tak serasi dengan dia, diam, assalamualaikum. Cukup sekadar kenal saja tak perlu lebih lanjut. Tak perlu sebarkan keburukan dia. Anda tak sesuai dengan nya , maka tinggalkan saja. Tidak semua orang yang tidak serasi dengan kita mesti jadi musuh. Kalau tiap orang yang tidak cocok dengan kita , kita musuhi maka hidup penuh penderitaan.
Itu saja antara point-point yang boleh anda perhatikan untuk kebahagiaan anda di dunia terlebih lagi di akhirat.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
19/5/24
Ulasan
Catat Ulasan