Bismillah.
Assalamualaikum,
Apabila nabi Musa a.s merasa ia lebih tahu atau lebih berilmu, maka Allah menegurnya. Kerana sifat merasa lebih itu tidak patut ada pada orang beriman. Kerana merasa lebih mulia itu asalnya sifat syaitan , dan merasa lebih kaya itu itu sifat Qarun yang sombong . Jadi merasa lebih mulia, lebih kaya , lebih pandai itu sifat buruk yang bermula dari syaitan
Dan juga jika Allah mengambil anak kita semasa ia kecil, Allah akan gantikan dengan anak yang lebih baik.
Sebab itu bila Musa a.s merasa lebih alim, Allah suruh dia belajar merendah diri kepada orang yang lebih rendah taraf darinya. Iaitu Khidir. Jadi, orang seperti kita lebih-lebih lagi perlu belajar untuk membaiki akhlak kita.
Tanda kita rasa kita sudah pandai ialah kita tak mahu belajar.
Khidir bukanlah orang kaya, berpangkat, atau bangsawan. Ia hanya seorang hamba Allah yang biasa saja.
Apa kelebihan Khidir?
Lihat surah al kahfi:65 ,
Iaitu ia bersifat rahmat dan dapat ilmu dari sisi Allah iaitu ilmu laduni. Rahmat itu bermaksud perasaan belas kasihan sesama makhluk Allah. Kenapa Allah sebut rahmat dulu daripada ilmu? Mana lebih penting?
Di sekolah , di universiti, kita diajar ilmu. Tapi rahmat tak di ajar. Sedangkan ilmu itu bertujuan supaya kita ada rahmat kepada orang lain. Sebenarnya jika kita tidak ada rahmat kepada orang atau makhluk lain, ilmu kita tiada faedah. Iaitu ilmu yang tak bermenafaat. Berapa banyak orang yang ilmunya banyak , sijil pun banyak tapi tak pernah bantu orang miskin dan yatim. Ilmu yang sebenar ialah yang melahirkan rahmat.
Sebab itu tiga hal yang Khidir buat, bocorkan kapal, bunuh anak kecil dan baiki tembok anak yatim itu kerana apa ? Kerana rahmatnya kepada orang lain.
Adakah masa kita belajar di sekolah , di universiti dulu ada bantu orang miskin atau anak yatim? Tiada. Sebab apa? Sebab kita tak diajar rahmat kepada orang lain. Tapi lebih rahmat kepada diri sendiri. Bila sudah bergaji besar, banyak duit, lagi tak peduli anak yatim .
Sebab itu makin ramai orang berilmu, makin ramai orang belajar di masjid, dan sebagainya, makin terbiar orang miskin dan anak yatim. Kenapa masih ada orang miskin? Padahal universiti banyak di Malaysia? Sebab kita lebih menjaga kepentingan diri sendiri.
Tapi akhlak orang Islam yang paling baik ada di negara orang bulan Islam. Tiada orang miskin, tiada rumah yang nak roboh, dan tiada orang meminta-minta. Kalau hilang wallet, esok orang hantar balik. Bukan di negara Islam. Dimana ? Iaitu New zealand. Sebab apa? Sebab kita tak belajar untuk merahmati orang lain.
Sebab itulah pelacur yang beri anjing minum itu, ia layak masuk syurga sebab ilmu yang banyak atau sebab rahmat? Sebab rahmatnya kepada anjing yang kehausan . Allah mensyukuri wanita itu dan Allah ampunkan dosa nya sebab rahmatnya kepada binatang. Ilmunya tak ada apa pun.
Sebab itu Khidir mengajar subjek rahmat ini kepada nabi Musa. Iaitu:
1. Bocorkan kapal itu rahmat kepada orang miskin
2. Bunuh anak kecil itu rahmat kepada anak itu dan dua ibubapanya.
3. Baiki tembok itu kerana rahmat kepada anak yatim.
Tiga hal ini dibuat oleh Khidir tanpa mengira bangsa dan agama. Sebab orang miskin itu Allah tak beritahu agama apa. Tapi kini kadang orang Islam kita, sesama islam pun tiada rahmat.
Nabi Musa membantah Khidir membunuh budak itu, itu sangat mungkar katanya. Sebelum itu beliau sudah bocorkan kapal itu pun satu mungkar. Tapi ini melibatkan nyawa , maka itu lagi mungkar. Lalu Khidir ingatkan Musa a.s bahawa dia telah berjanji untuk sabar sehingga ia beritahu sebabnya.
Selepas itu Musa a.s meminta maaf. Pengajarannya, jika orang yang lebih tinggi tarafnya jika meminta maaf , itu satu kemuliaan. Bukan kelemahan. Antara penyakit kita ialah mudah buat salah tapi payah mohon maaf. Nilai orang yang mulia itu sentiasa merendah diri.
Ilmu laduni ialah ilmu yang datang terus dari Allah. Ia adalah ilmu rahsia syariat. Musa tahu ilmu syariat. Tapi Khidir tahu ilmu rahsia syariat. Musa tahu bunuh budak berdosa. Tapi Khidir tahu rahsia bunuh budak itu iaitu untuk selamatkan dia.
Apa maksud mereka berdua berjalan? Maksudnya ialah proses pembelajaran mesti dengan praktikal. Bukan dalam kelas sahaja. Kita belajar 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, dan 4 tahun di universiti. Kadang solat pun tak betul? Kenapa? Sebab tiada praktikal. Tengok langit tapi tiada rasa kebesaran Allah. Tapi Allah kata dalam al mulk, 'Tengoklah langit berkali-kali hingga rasa kebesaran Allah.' Ada cikgu ajar macam itu di sekolah? Tiada. Yang ada apa? Bila stess pergi tengok wayang...
Mulia di sisi Allah
Mereka berdua orang yang mulia, kerja untuk tolong orang, tapi bila minta sedikit makanan , ditolak oleh semua penduduk kampung. Apa pengajarannya?
Iaitu:
1. Orang yang hampir dengan Allah sentiasa diuji
2. Jangan rasa kecil hati jika tak dimuliakan walau kita berpangkat besar.
3. Biar hina di sisi manusia jangan hina disisi Allah.
Dulu ada seorang penyanyi perempuan di Mesir bertaubat .. Dari dimuliakan , diberikan duit yang banyak, akhirnya tak dipedulikan orang. Bila ditanya orang adakah ia menyesal?
Jawabnya, ' Dulu aku mulia di sisi manusia, orang hormat, jemput, bagi duit, tapi masa itu aku hina di sisi tuhan dan penduduk langit, sekarang aku nak jadi mulia di sisi Allah dan penduduk langit walau hina di sisi manusia.'.
Itu tanda orang beriman. Jangan cari kemuliaan di sisi manusia, buang masa dan menjauhkan kita dari sisi Allah. Sebab itu orang mulia kadang Allah buatkan ia dihina oleh manusia.
Kenapa penduduk kampung tak beri makan kepada Musa a.s dan Khidir? Kerana orang kampung itu orang yang tidak beriman. Nabi berkata ' Jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka muliakan tetamu.' Tapi penduduk kampung itu langsung tidak memberi walau sedikit pun makanan.
Khidir membaiki tembok
Kemudian Khidir membaiki satu tembok yang hampir roboh di kampung itu. Di bawahnya ada harta anak yatim. Khidir tetap membaiki tembok itu walau penduduk kampung mengabaikannya. Kerana itu satu amal jariah. Apalagi dia tahu tembok itu kepunyaan anak yatim
Itulah akhlak orang yang hebat. Walau dipulau tapi tetap ia memberi bantuan.
Apa dalil menolong anak yatim itu amalan mulia? Lihat kata Allah dalam surah al fajr:15,
Allah sendiri yang jawab dalam ayat seterusnya ,
Allah sendiri nafikan bahawa nikmat bukan tanda Allah muliakan seseorang, tapi sebagai ujian. Walaupun dapat tapi ia tidak menjadi mulia jika ia tak memberi makan kepada anak yatim dan menolong orang miskin. Jadi bila ada harta, simpan saja tak menolong anak yatim, maka kita tak mulia di sisi Allah.
Sebab itu Khidir baiki tembok itu dengan tangannya sendiri sebab ia mahu jadi mulia dengan membantu anak yatim.
Tambahan pula , orang beriman yang beramal soleh , ia dapat ganjaran yang tidak putus. Jadi tidak akan rugi orang yang beramal.
Kenapa Khidir tidak meminta upah atas kerjanya membaiki tembok? Kerana ia mahu pahala yang tidak putus dan kekal. Kalau upah orang beri, sekejap saja sudah habis. Orang al abrar tidak mengharap upah walau ucapan terima kasih atas amal soleh yang dibuatnya. Lihat al insan: 9,
Apa akhir kisah Musa a.s ?
Musa akhirnya berpisah dengan Khidir, sebab apa? Sebab nabi Musa tidak sabar dan banyak komen. Bila banyak komen, itu tanda perpisahan akan berlaku. Jadi , pengajaran bagi suami isteri, jangan banyak komen, nanti ada yang bosan. Banyakkan bersabar dan bahasa yang lembut.
Akhirnya Musa a.s dan Khidir berpisah. Sebabnya Musa tidak sabar dan suka membantah perbuatannya. Sebenarnya , tidak sabar adalah masalah besar dalam hidup.
Dan sebenarnya sabar akan membawa kita ke syurga. Lihat al insan: 12,
Allah nak beri syurga dan segala keindahannya kepada orang yang sabar. Walaupun ia memberi makan kepada anak yatim, tapi kesabarannya yang Allah pandang. Kenapa?
Kerana kalau tidak sabar , manusia tidak mampu untuk solat, baca quran , beri makan anak yatim dan sebagainya.
Sebab perbuatan Khidir
Khidir memberi penjelasan kepada nabi Musa mengapa ia melakukan tiga hal yang janggal tersebut:
Kapal itu milik orang miskin. Ia dibocorkan kerana jika tidak, ia akan dirampas oleh raja. Jadi tujuan dibocorkan, supaya ia rosak dan tidak dirampas. Ini damat menyelamatkan kapal orang miskin itu.
Allah yang perintah kan berbuat begitu. tapi Khidir kata ia yang bocorkan, apa pengajarannya? Iaitu setiap yang buruk itu jangan disandarkan kepada Allah, sebagai satu adab. Sama juga jika kita miskin, jangan kata ' Allah yang bagi aku miskin.'
Ayat ini juga menjadi dalil bahawa pemimpin selalunya payah nak adil kepada rakyat. Selalu mengambil hak rakyat, baik dulu mahupun sekarang.
Allah muliakan orang miskin itu dengan hantar Musa dan Khidir menyelamat kapalnya. Tapi raja sebaliknya , zalim kepadanya.
Orang miskin itu Allah tak sebut dia beriman atau tidak. Jika tidak beriman kenapa Musa dan Khidir bantu juga? Sebab, ahli tafsir mengatakan walaupun ia miskin ia menjaga maruahnya dengan berkerja , tidak meminta-minta, tidak mencuri atau menipu. Jadi, Allah jaga dia dengan berikan pertolongan . Walaupun bocor kena dibaiki tetapi itu lebih baik daripada kapalnya dirampas dan mata pencariannya hilang. Allah bagi musibah yang kecil untuk mangelakkan musibah yang lebih besar.
Pengajarannya ialah, kadang kita ditimpa musibah, itu mungkin Allah nak elakkan kita dari musibah yang lebih besar. Berbaik sangka dengan Allah.
2. Membunuh anak kecil.
Lihat al Kahfi:80,
Memang ada di kalangan kita, ibubapa yang mengikut apa saja kehendak anak . Sebenarnya dengan cara itu, anak itu sedang merosakkan ibu bapanya.
Jadi jika Khidir bunuh budak itu, tiga orang akan selamat iaitu budak itu , ibu dan bapanya. Budak itu selamat sebab ia mati kecil. Jika tidak, ketiga-tiganya akan syirik dan masuk neraka.
Pengajarannya, kadang Allah nak selamatkan anak kita , Dia matikan anak itu semasa kecil. Mungkin jika besar ia akan rosak aqidah dan akhlaknya. Jadi Allah matikan dia. Dan juga kalau anak kita mati kecil , kita takkan disoal apa-apa nanti.
Kenapa perlu bunuh?
Tapi kenapa Allah suruh bunuh, tidak ada jalan lainkah? Jawapannnya ada dalam ayat al Baqarah:191 ,
Makna fitnah dalam ayat ini ialah syirik kepada Allah. Jadi, jika budak itu terus hidup, Allah tahu ia akan jadi syirik dan membawa ibubapanya juga syirikkan Allah . Itu lebih bahaya. Maka bunuh menyelamatkan ketiga-tiga mereka.
Tapi kita tidak boleh buat kerja membunuh seperti Khidir tersebut. Kerana ia berbuat itu bukan dari kehendaknya sendiri tetapi itu wahyu dari Allah. Cuma kita mengambil pengajaran darinya sahaja.
Sekarang, berapa ramai ibubapa menghidupkan anaknya, tetapi anaknya syirik dia biarkan. Bukankan itu lebih zalim kepada anaknya?
Dan juga jika Allah mengambil anak kita semasa ia kecil, Allah akan gantikan dengan anak yang lebih baik.
3. Sebab membaiki tembok.
Lihat al Kahfi:82,
Anak yatim ialah anak yang belum baligh yang kematian bapanya. Bukan kematian ibu. Jika ibu mati, ayah ada , bukan anak yatim.
Di bawah tembok itu tersimpan harta anak yatim. Jika dibiarkan akan dicuri oleh orang kampung itu. Sebab itu Khidir baiki tembok untuk menutup harta itu.
Ini menujukkan bahawa membantu anak yatim dan orang miskin itu kerja yang mulia yang Allah suka. Kalau kita belajar saja, hingga pandai tapi tiada rahmat kepada orang miskin dan anak yatim, maka ilmu itu tak bermrnafaat.
Jika tembok untuk harta saja kita kena betulkan, jika tembok akidah seseorang itu akan tumbang , lagi kita kena betulkan , itu lebih penting.
Kenapa Allah rahmat kepada anak yatim tersebut?
Kerana bapanya seorang yang soleh. Pengajaranya apa? Iaitu jika kita hendak anak-anak kita selamat dunia dan akhirat, kita sendiri kena jadi orang soleh.
.
Sekarang kita nak jaga anak anak dengan cari duit banyak-banyak. Tapi Allah jaga , dengan sebab bapanya soleh. Bukan dengan rezeki. Kata Abdullah b Masud bila ia bangun malam mengerjakan solat malam, " Demi engkau anakku aku bangun malam' , lalu dia membaca ayat
Tapi kita terbalik. Kita nak anak selamat, bukan bangun malam tapi kita kerja siang malam. Berapa ramai orang buang masa , buang umur dengan alasan nak jaga anak tapi tak jaga solat. Allah takkan jaga dia.
Sebaliknya tingkatkan ilmu , jaga solat, banyakkan zikir dan banyak baca quran. Kemudian cakap seperti ibnu Masud , ' Demi kerana engkau anakku ayah beramal ..' Tidak lagi seperti sebelum ini kita kata ' Demi kerana engkau anakku, ayah bekerjaa keras '.
Kesimpulan
Dengan sebab ibubapa beriman dan beramal soleh maka Allah rahmat dan jaga anak seseorang itu. Allah selamatkan mereka di dunia dan akhirat. Dan orang miskin yang menjaga maruah dengan tidak meminta-minta dan mencuri, maka Allah rahmat dan jaga dia dari keburukan- keburukan dan Allah bantu dia dalam urusannya.
Padang Jawa.
18/9/23
Ulasan
Catat Ulasan