Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Kali ini kita membahaskan tajuk Bagaimana kita boleh bahagia hidup bersama Allah. Yang dalam syariat disebut berkhalwat atau berdua-duaan dengan Allah swt. Ini topik yang kita perlukan kerana kebanyakan waktu kita , kita habiskan dengan berinteraksi dengan makhluk atau manusia. Waktu kita berinteraksi dengan Allah sedikit sekali.
Kita lebih banyak melayan hal-hal dengan manusia, membaca post-post mereka, komen itu dan ini, menonton di youtube, di tik tok dan sebagainya. Begitulah waktu kita habis terbuang-buang.
Inilah sebab yang terkadang menyebabkan hati kita jadi keras, susah untuk khusyu', susah terasa dengan ayat-ayat Allah swt, kerana terlalu banyak membicarakan mengenai manusia, mengomentari manusia, bicara tentang dunia dan lain-lain lagi, dan jarang berkhalwat dengan Allah swt.
Kerana itu ada pernyataan indah dari Abdullah bin Aun (66-151H) seorang ulama salaf, ia berkata ,
" Menyebut-nyebut manusia adalah penyakit, dan menyebut-nyebut Allah adalah ubat."
Al hafiz az Zahabi (673- 756H) ketika menukil kata-kata Abdullah bin Aun ini, beliau berkata,
" Demi Allah sungguh benar pernyataan beliau, dan yang menakjubkan dari kita dan dari kebodohan kita, bagaimana kita meninggalkan ubat ( zikir) dan kita masuk menerobos kedalam penyakit ( sibuk dengan manusia). "
Allah berfirman,
Firman Allah lagi,
Allah juga berfirman,
Iaitu dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Mengingati Allah iaitu berzikir itu satu amal yang besar.
Tetapi ini tidak mudah kecuali bagi orang yang diberi taufik oleh Allah. Faedah zikir sangat besar. Ia adalah ubat kepada penyakit yang menimpa hati kita. Tetapi kata az Zahabi,
" Tetapi tidak mudah melakukan nya kecuali dengan taufik , petunjuk dari Allah swt. Siapa yang selalu berdoa, ia melazimi mengetuk pintu, maka satu ketika pintu itu akan dibuka".
Ertinya kita sentiasalah berdoa agar selalu dan memaksa diri berzikir kepada Allah swt, lama-lama akan diberi taufik oleh Allah untuk mudah selalu ingat Allah swt.
Bicara tentang manusia
Di antara sebab kenapa kita sukar untuk khusyu' , malas beribadah, senang dengan maksiat, malas solat malam, menunda-nunda amal kebajikan, ialah kerana terlalu banyak bicara tentang manusia. Terutama di zaman ini. Content untuk kita lihat terlalu banyak di medsos. Sementara masa untuk khalwat dengan Allah sangat sedikit. Kalau kita buat kiraan masa waktu kita habiskan dimana, maka akan kita dapati masa bersama Allah sangat sedikit. Inilah kenapa hati kita tertimpa dengan sebahagian penyakit . Kata ulama salaf,
" Menyebut-nyebut hal-hal manusia adalah penyakit ".
Terjerumus dalam banyak penyakit
Para ulama mengingatkan akan hal ini, ketika seseorang sibuk membicarakan manusia , dia akan terjerumus kedalam banyak penyakit, dan jika ia banyak mengingat Allah, banyak berzikir kepada Allah, maka akan terhindar dari banyak penyakit ( hati).
As Sa'di (1889 - 1957M) pernah berkata , "Kalau tiada faedah berzikir kecuali dua ini sahaja, maka sungguh luar biasa ia. Pertama, dengan berzikir orang menjadi cinta kepada Allah. Ia membimbing seseorang untuk cinta kepada Allah. Kedua, ketika banyak berzikir maka ia terhalang dari ghibah dan namimàh, dan perkataan-perkataan yang merosak agamanya."
Hal ini selari dengan apa yang dikatakan oleh imam ibnu Qayyim r.h , "Bahawasanya dengan banyak berzikir seseorang terhindar dari banyak penyakit akibat banyak menyebut hal manusia." Katanya, "Banyak berzikir menyebabkan seseorang tidak sempat untuk ghibah, namimah, tidak sempat untuk berkata kotor, berdusta, berkata yang buruk, kerana manusia pasti berkata-kata. Jika ia tak disibukkan lisannya kepada berzikir , menyebut nama Allah, perintah- perintah Allah, maka ia akan berbicara hal-hal haram tersebut." Baik secara lisan ataupun tulisan. Tidak ada manusia yang duduk diam saja.
"Dan tak mungkin selamat dari ini semua kecuali dengan berzikir kepada Allah swt. Apa yang kita saksikan dan apa yang kita cuba, bukti akan kebenaran hal ini. Siapa yang biasakan diri berzikir kepada Allah maka ia telah menjaga lisannya dari perkataan yang batil atau yang sia-sia. Dan siapa yang lisannya kering dari berzikir kepada Allah swt maka lisannya akan di basahi dengan kebatilan, perkataan yang sia-sia atau yang keji. "
Satu renungan
Sebagai renungan kita, terutamanya di zaman ini, banyak kita berkomentar, membaca komen-komen orang, sehingga kita membuang-buang umur dengan membicarakan manusia dan kita lalai untuk berkhalwat dengan Allah, lalai untuk mengingat Allah swt . Akhirnya kita terjerumus dalam bermacam kesalahan dan kebatilan.
Kata as Sa'di r.h (1889-1957M) dalam sebahagian fatwanya,
" Dan waspadalah , jangan sibuk dengan manusia, dan jangan sibuk memeriksa kondisi mereka, dan jangan sibuk memeriksa aib mereka, kerana itulah dosa yang hadir dan jika ini dilakukan oleh ahli ilmu ( Ulama, du'at) maka dosanya lebih besar dari lainnya. Kerana selain mereka , menjadikan mereka sebagai uswah/ teladan . Kerana sibuk mengurus manusia akan menghilangkan banyak kemaslahatan .yang bermenafaat dan hanya membuang-buang waktu yang berharga dan menghilangkan indahnya ilmu dan cahaya ilmu. "
Renungi lagi
Ini mukadimah tentang pentingnya khalwat, kerana sibuk membicarakan manusia, urusan manusia , komen , membaca komen mereka, sebagaimana zaman sekarang. Itu hanya membuat hati menjadi keras. Itu semua penyakit dan kalau kita suka berbicara tentang manusia kita jadi ketagihan, menyukainya, ghimah, namimah, membaca aib orang lain, membongkar keburukan orang lain, dan sebagainya. Tanpa merasa satu jam , 2 jam kita habiskan. Setiap hari tanpa merasa itu mengotori hati kita sehingga untuk baca quran, zikir, solat malam tidak sempat. Tidak sempat berkhalwat dengan Allah.
Tak mungkin kita bahagia
Bagaimana kita akan bahagia? Kerana tidak mungkin kita bahagia kecuali bersama Allah. Yang ciptakan hati kita ialah Allah swt, yang menganugerah kebahagiaan ialah Allah swt.
Kerana itu ibnu Qayyim r.h dalam kitabnya, I'ddatus Sabirin wa Zakiratus Syakirin, beliau berkata ,
" Sesungguhnya dalam hati itu ada luka yang tidak ada yang boleh menyembuhkannya kecuali menuju kepada Allah swt. Dan ada keterasingan ( hati keras) dalam hati , tidak mungkin hilang kecuali bersama Allah dan khalwat denganNya. Dan juga dalam hati ada kesedihan, tidak boleh hilang kecuali dengan kegembiraan yang kita raih dengan mengenali Allah swt. dan jujur dalam ber- muamalah dengan Allah swt. Dan dalam hati ada kegelisahan yang tidak dapat menenangkannya kecuali berkumpul dengan Allah swt ( lari dari maksiat kepada Allah, menuju kepada taat kepada Allah swt) dan dalam hati ada api-api penyesalan, dan tidak dapat memadamkannya kecuali redha dengan keputusan Allah dan redha dengan perintah dan larangan Allah, dan dengan memeluk kesabaran sampai waktu bertemu dengan Allah swt. "
Semua itu dapat diatasi dengan berkhalwat dengan Allah swt. Tak mungkin akan bahagia kecuali dengan berkhalwat dengan Allah swt.
Ia ibadah yang agung
Dari sini kita tahu bahawa berkhalwat dengan Allah ialah ibadah yang agung. Dan faedahnya sangat luarbiasa yang kembali kepada sang hamba, di mana dia akan bahagia. Maka kalau seseorang rajin solat malam, kita tidak lihat kesedihan diwajahnya, hidupnya mungkin setengah mati, ekonomi nya mungkin sulit, mungkin ada masalah keluarga, tapi ia dapat menjalaninya dengan tenang, kenapa? Sebab ia berkhalwat dengan Allah.
Tapi ia gelisah
Sebahagian orang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan duniawi, tapi ia gelisah , tidàk tenteram , tidak tenang . Kenapa? Kerana dia mencari kebahagiaan bukan pada tempatnya. Dia mencari kebahagiaan dari manusia. Sehingga ia tidak rasa bahagia.
Bahagia itu sebagaimana yang diperkatakan oleh para ulama, tinggal kita mahu mempraktikkan nya atau tidak. Hendak bahagia itu mudah, iaitu banyak berkhalwat dengan Allah dan kurangi interaksi dengan manusia. Ertinya jangan ambil hal dengan aib manusia, jangan komen hal manusia. Sibukkan dengan baca quran , solat malam, dengan zikir kepada Allah, maka kebahagiaan akan datang sebagaimana dijelas kan oleh ibnu Qayyim tersebut. Kegelisahan anda tidak akan hilang kecuali dengan dekat kepada Allah swt.
Bermunajat
Oleh kerana itu, Muslim bin Yasar ( tabi'in) berkata , " Tidaklah seseorang berlazat-lazat seperti kelazatan bermunajat dengan Allah swt. "
Muhammad bin Yusuf berkata, "Siapa yang ingin nikmat (kebahagiaan) disegerakan maka hendaknya ia banyak bermunajat kepada Allah dalam khalwatnya. "
Lalu ibnu Taimiyyah berkata , "Di dunia itu ada syurga, siapa yang tidak masuk ke dalam kebahagiaan dunia , dia tidak akan dapat kebahagiaan di akhirat kelak. " Orang yang beriman yang sering mengingat Allah pasti bahagia. Ini diucapkan oleh seorang ulama yang bukan hidup dalam kenyamanan atau dalam kemewahan. Ia hidup dalam penjara berulang-ulang, dimusuhi oleh banyak orang, yang dituduh dengan yang tidak-tidak tapi katanya orang beriman itu memiliki
syurga yang ia bawa di hatinya.
Kata ibmu Taimiyyah r.h " Apa yang dilakukan oleh musuhku kepada ku , (dipenjara berulang-kali hingga 8 kali) tapi syurgaku ada di hatiku. "
Maka sebahagian salaf mengatakan ,
" Seandainya para raja, para pangeran tahu nikmat yang kami rasakan tentu mereka akan memerangi kami untuk merampas kebahagiaan tersebut."
Jangan anda sangka kebahagiaan dimiliki oleh orang yang mempunyai jawatan tinggi sahaja , tidak. Kebahagiaan boleh dimiliki oleh siapa saja. Caranya dengan khalwat dengan Allah. Siapa yang ingin nikmat disegera kan, sisihkan waktu untuk ber- munajat kepada Allah dalam khalwatnya, dalam kesendirian bersama Allah swt.
Dilakukan oleh para anbia'
Khalwat , dilakukan oleh para anbia', seperti nabi Muhammad s.a.w sebelum beliau diangkat sebagai seorang nabi. Apa beliau lakukan? Beliau berkhalwat di gua hira' kerana beliau ingin dekat
dengan Allah tapi ia tidak tahu caranya. Kerana belum ada wahyu ketika itu.
Maka disebut oleh Aishah rha, "Maka nabi pun dibuat suka dengan khalwat lalu dia pergi berkhalwat di gua Hira' "
Baginda selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab jahiliyah yang pada saat itu sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Ketika itu Mekah berada di puncak kemaksiatan. Hingga dalam hadis nabi bersabda,
“Allāh Subhānahu wa Ta’āla melihat kepada penduduk bumi, lalu Allāh murka kepada orang Arab dan orang ‘ajam (non arab) kecuali yang tersisa dari Ahli Kitab.”
(HR Muslim no 2865)
Bila nabi rasa muak dengan segala maksiat, kezaliman dan dosa-dosa tersebut, maka nabi pergi berkhalwat untuk mendekatkan diri dengan Allah dan menghindari semua kerosakan tersebut. Bila bekalnya habis , beliau kembali kemudian datang lagi.
Sampai akhirnya turun ayat kepada nabi s.aw , baru Allah ajarkan bagaimana berkhalwat yang benar. Maka di antara surah-surah yang pertama kali turun kepada nabi s.a.w adalah surah al Muzammil.
Allah suruh nabi solat malam, setengah malam, lebih atau kurang daripadanya. Inilah khalwat yang benar. Dengan itu, selepas itu nabi tidak lagi pergi ke gua Hira' kerana sudah ada cara yang betul. Ini di awal-awal dakwah sebelum turun bermacam-macam syariat.
Rasulullah s.a.w disuruh berkhalwat kerana dalam khalwat itu banyak faedahnya. Kerana beliau menghadapi bermacam ujian dan cubaan yang akan datang. Dan khalwat ini disyariat kan sejak awal Islam. Ada juga yang mengatakan para sahabat pada awal Islam diwajibkan khalwat selama setahun . Setelah itu baru kembali hukumnya sunat.
Kebiasaan para anbia'
Maksudnya, ibadah khalwat, solat malam, adalah kebiasaan para anbia'. Meraka bermunajat kepada Allah swt. Kata nabi , "Sebaik-baik solat ialah solat nabi Daud , beliau tidur setengah malam, kemudian solat sepertiga malam, kemudian ia tidur lagi seperenam malam. "
Lihatlah nabi Musa a.s ketika ia dipanggil untuk bermunajat kepada Allah. Ia datang segera untuk
bertemu Allah. Firman Allah,
Nabi Musa lebih segera datang bermunajat kerana ingin mendapat redha dari Allah. Sampai kata sebahagian ulama ketika bermunajat ia merasa kelazatan yang luar biasa sehingga ia ingin bertemu dengan Allah swt. Tetapi itu berlaku di akhirat nanti sahaja.. Kelazatan yang terbaik ialah memandang wajah Allah swt.
Demikian juga Allah menyebut- kan, nabi Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya,,
"Dan aku meninggalkan kalian dàn meninggalkan sembahan-sembahan kalian selain Allah dan aku berdoa kepada rabbku , semoga doaku diterima oleh Allah."
Nabi Ibrahim meninggalkan sembahan selain Allah supaya dapat berkhalwat kepada Allah. Nabi Zakaria pula ia ada mihrab tempat ia beribadah kepada Allah.
Mendatangkan kebahagiaan
Bahawasanya berkhalwat atau bermunajat kepada Allah itu mendatangkan kebahagiaan. Kita boleh meraih kebahagiaan dengan beberapa sebab, seperti bersama isteri, bersama anak-anak, atau bersama teman-teman. Tetapi bahagia yang paling lazat ialah bersama Allah swt. Dan jika tidak ada kebahagiaan bersama Allah, maka kebahagiaan yang lain jadi rosak. Maka fokuslah supaya dapat bersama dengan Allah. Maka paksa diri supaya ada waktunya untuk kita berkhalwat dengan Allah.
Keutamaan khalwat
Di antara dalil keutamaan khalwat lagi ialah, nabi bersabda,
"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
(1) Pemimpin yang adil,
(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,
(4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,
(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’,
(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta
(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.”
(Sahih Bukhari, Hadis no 620)
Ini sama seperti dijelaskan oleh ibnu Hajar rh. ketika menafsir hadis ini,
" Iaitu ketika seseorang bersendirian berzikir kepada Allah kemudian ia menangis, iaitu dia mengingat Allah dengan hati nya atau dengan lisannya bersendirian maka ia jauh daripada riak. Ia merenungkan dosa-dosanya, mengingat keagungan Allah, mengingat hari kiamat, bagaimana dengan dosa-dosanya, lalu ia pun menangis. Maka ini adalah ibadah yang agung, menyebabkan akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat kelak. "
Berpisah kerana Allah
Di antara yang menakjubkan, kata alim ulama , di antara tujuh golongan tersebut, nabi mengatakan ,
"Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah."
Bertemu kerana Allah itu seperti contohnya, sama-sama pergi ke masjid, sama-sama ke pengajian , sama-sama membantu anak yatim, kerana urusan dakwah, atau urusan akhirat. Tapi apa makna berpisah kerana Allah?
Ada beberapa tafsiran di antaranya, mereka berpisah kerana mereka masing-masing ingin berkhalwat kepada Allah. Kerana jika bersama dengan kawan, bila masa ingin berkhalwat dengan Allah? Maka mereka pun harus berpisah kerana Allah. Sehingga masing-masing dapat berkhalwat, berzikir kepada Allah dalam kesendiriannya. Maka jika makna berpisah kerana Allah ialah ini , maka khalwat kepada Allah adalah sebab ia di naungi oleh Allah nanti.
Keutamaan khalwat
Demikian dalil tentang keutaman khalwat, iaitu dari keumuman hadis ,
“Sesungguhnya Allah cinta kepada seorang hamba yang bertakwa, yang kaya hati ( qanaah) dan tersembunyi.”
(HR. Muslim)
Di antara makna "tersembunyi' itu ialah ia suka bersendirian , tidak suka menonjol/ tampil, iaitu yang berkhalwat kepada Allah. Allah suka hamba yang seperti ini. Ia bersendiri dengan Allah, dengan membaca quran, berzikir atau solat.
Dan lagi seorang sahabat pernah berkata,
Az Zubair bin Al ‘Awwam mengatakan, “Barangsiapa yang mampu menyembunyikan amalan sholihnya, maka lakukanlah.”
Di antara amalan soleh yang tersembunyi ialah semasa ia berkhalwat bersama Allah , samada ia berzikir atau baca quran atau solat secara sendirian, maka lakukanlah. Di antara amal yang disukai Allah ialah amalan yang disembunyikan. Di antara amal yang disembunyikan ialah amal semasa bersendirian atau semasa khalwat.
Apa makna khalwat?
Apa itu khalwat? Dàn apakah cara-caranya? Makna khalwat secara umum, iaitu seseorang bersendirian, menjauhkan diri dari pandangan manusia dan juga menjauhi dari berurusan dengan makhluk. Kemudian dalam kesendirian tersebut ia menampakkan kerendahannya, kehambaannya, kehinaannya, keperluannya kepada Allah swt.
Atau ia menyampaikan kesedihannya , kegelisahannya kepada Allah. Atau ia mengingat keagungan Allah swt.
Intinya, ia bersendirian untuk mengingat Allah. Seperti dengan membca al quran, dengan solat, berzikir, berdoa , mencurahkan perasaan kepada Allah swt dan sebagainya. Itu semua dinamakan khalwat.
Ibnu Rajab al Hambali ketika membahas tentang iktikaf. Beliau berkata,
" Hakikat iktikaf, adalah memutuskan seluruh hubungan dengan makhluk kemudian menyambung hubungan dengan ALLah. " Itu juga hakikat khalwat.
Jenis-jenis khalwat
Khalwat terbahagi dua:
1. Khalwat hati
2. Khalwat jasad
Yang paling utama ialah khalwat hati. Iaitu selalu ingat kepada Allah. Bahkan khalwat hati, ia boleh ingat Allah walau di tengah ramai orang. Kerana hatinya sedang berkhalwat dengan Allah swt. Misalnya, ia kosongkan hatinya dari makhluk, ia hanya tawakkal kepada Allah. Atau di tengah kesulitan ia sabar dengan Allah. Ini khalwat hati.
Maka, di antara perkataan indah dari ibnu Hajar Asqalani r.h ketika membahas kata-kata 'Seseorang mengingat Allah dalam kesendiriannya maka ia pun menangis', beliau berkata,
" Ketika bersendirian ia jauh dari riyak." Kalau ia menangis tidak ada yang melihat. Dan lagi " hatinya fokus kepada Allah, meskipun ia di depan banyak orang.".
Ibnu Hajar mengatakan, "Seseorang boleh berkhalwat dengan hati meskipun di depan banyak orang, yang penting ia tidak fokus makhluk, ia fokus kepada Allah. " Jika orang sudah terbiasa, di mana pun ia boleh berkhalwat. Di lapangan terbang ia boleh baca quran. Ia berzikir dengan fokus. Ada masalah ia sabar, tawakkal, tidak takut kecuali kepada Allah. Ini khalwat hati, dan inilah yang paling utama.
Kedua, khalwat jasad. Khalwat ini mendukung, dengan kesendiriannya, ia mendukung khalwat hati. Iaitu ia menjauhkan diri dari pandangan manusia. Maka , itulah sebabnya disyariat kan solat malam. Sabda nabi,
Dari Abu Umamah R.A dari Rasulullah S.A.W bahawa Baginda bersabda yang maksudnya: “Hendaklah kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah kebiasaan amalan orang-orang soleh sebelum kalian, dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, menghapus keburukan, serta mencegah dosa.”
(Hadis Riwayat Tirmizi No: 3472) Status: Hasan Sahih
Ertinya bila bersendiri berkhalwat dengan Allah, ia tak berharap pujian manusia. Maka khalwat jasad juga penting kerana ia mendukung khalwat hati. Maka disyariatkan solat malam, beriktikaf dan yang lainnya.
Tetapi yang paling utama ialah khalwat hati. Khalwat jasad membantu khalwat hati.
Waktu-waktu khalwat
Adapun waktu-waktu khalwat yang boleh kita lakukan ialah seperti:
1. Malam hari
Ini adalah waktu khalwat yang boleh kita rutinkan setiap hari. Terutama sekali pada 1/3 malam terakhir seperti sabda nabi,
”Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Allah berfirman, ’Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, niscaya Aku kabulkan. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku, niscaya Aku penuhi. Dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku ampuni.”
(HR. Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 1808)
Allah yang maha kaya menawarkan kemuliaanNya, rahmatNya, berkatNya, kepada hamba-hambaNya yang bangun pada malam hari tersebut. Maka itu saatnya kita mencari peluang kepada Allah. Jika lama-lama maka akan terbiasa. Saat berkhalwat dengan Allah untuk mencari kebahagiaan. Tak usah panjang-panjang , setengah jam sudah cukup. Kita buangkan kebahagiaan tidur untuk mencari kebahagiaan hakiki.
Kemudian menangis kerana Allah. Dalam tangisan Allah kurniakan kebahagiaan . Kita tidak inginkan pujian orang kerana solat ini . Oleh itu jangan buat status di media sosal tentangnya . Hati-hati.
Tidak semesti solat malam. Baca quran juga boleh. Baca quran yang terbaik ialah dalam solat. Kerana dalam solat ia fokus dengan apa yang ia baca. Kata nabi ,
"Orang yang melakukan solat itu berarti berbisik-bisik yang bersifat dialog (munajat) terhadap TuhanNya.”
Dalam hadis qudsi Allah mengatakan,
“Allah berfirman: “Aku membahagi solat antara diriKu dan hambaKu menjadi dua. Untuk hambaKu apa yang dia minta.
Apabila hambaKu membaca: “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.”
Allah ta’ala berfirman – “HambaKu memujiKu.”
Apabila hambaKu membaca – “Arrahmani Rahim.”
Allah Ta’ala berfirman – “HambaKu mengulangi pujian untukKu.”
Apabila hambaKu membaca – “Maaliki yaumid diin.”
Allah berfirman – “HambaKu mengagungkanKu.” (Dalam riwayat lain, Allah berfirman; “HambaKu telah menyerahkan urusannya kepadaKu.”
Apabila hambaKu membaca – “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in.”
Allah berfirman – “Ini antara diriKu dan hambaKu dan untuk hambaKu sesuai apa yang dia minta.”
Apabila hambaKu membaca – “Ihdinas Siratal mustaqim sehingga akhir surah.”
Allah berfirman – “Ini adalah milik hambaKu dan untuk hambaKu sesuai yang dia minta.”
(HR Muslim)
Jadi orang yang sedang solat ia sedang bermunajat. 'Di depannya' ada Allah yang berinteraksi dengannya. Maka dia serius solat malam.
Maka , membaca quran yang terbaik ialah dalam solat. Jika tidak di dalam solat , bacaan quran yang terbaik ialah di malam hari kerana lebih khusyu'. Maka Allah mengatakan,
Pada waktu malam tidak ada kesibukan, maka kita benar-benar berkhalwat bersama Allah swt ketika itu . Nabi bersabda,
“Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaatku kepadanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.”
(Riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Ini menunjukkan ada keistimewaan membaca quran di malam hari. Dengan sebab itu al quran mohon syafaat untuk pembacanya. Jika seorang wanita yang tidak boleh solat, maka ia boleh baca quran dan berzikir. Kerana di 1/3 malam terakhir , membaca quran atau doa boleh dilakukan. Tidak semestinya solat sahaja. Ini perkara yang boleh dilakukan semasa khalwat. Nabi bersabda,
“Dari Abu Umamah R.A dari Rasulullah S.A.W bahawa Baginda bersabda yang maksudnya: “Hendaklah kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah kebiasaan amalan orang-orang soleh sebelum kalian, dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, menghapus keburukan, serta mencegah dosa.”
(Hadis Riwayat Tirmizi No: 3472) Status: Hasan Sahih)
Maka, jika anda berasa soleh tapi tidak solat malam maka perasaan anda di sangsikan. Tapi kalau anda solat malam, juga jangan perasan telah soleh.
Waktu istimewa
Kelazatan apa yang lebih lazat dari bermunajat di malam hari? Ia kebahagiaan yang disegerakan, ia kekuatan untuk menghadapi masalah di siang hari. Ia tempat kita menyampaikan keluh kesah kita kepada Allah. Ia tempat kita menaruh harapan kepada Allah. Allah sedang mencari-cari hambaNya, sedang kita pula tidur lena. Jika ketika itu kita yang ada di depan Allah, sedang orang lain tidur, bagaimana Allah tak perhatian kepada kita?
2. Setelah subuh sampai syuruk
Berzikir dari selesai solat subuh hingga syuruk ini dilakukan oleh nabi. Solat syuruk ada ulama khilaf mengenainya. Ada yang mengatakan ia hasan, ada mengatakan ia dhaif. Adapun solat dhuha itu disyariatkan. Tapi jika anda berzikir, baca quran dan berdoa selepas subuh hingga syuruk, kemudian solat dhuha itu tidak mengapa dan baik.
Tidak mengapa dilakukan oleh wanita juga . Berzikir , baca quran , atau selawat , sampai terbit matahari. Jika ada kewajipan yang lebih wajib maka utamakan yang wajib. Ini sunat, kalau bertentangan dengan yang wajib , utamakan yang wajib. Jika tidak ada kegiatan lepas subuh, beribadahlah . Itulah khalwat juga. Ada kebiasaan di Madinah, habis subuh, ada sebahagian mereka yang tidak keluar masjid hingga waktu syuruk. Itu memang berat bagi sebahagian orang.
3. Hari Jumaat selepas asar.
Di antara waktu yang baik untuk khalwat ialah selepas asar hari Jumaat. Ada hadis rasulullah s.a.w menyebut, ada waktu selepas asar hari Jumaat , doa seseorang makbul. Cuma ulama berkhilaf tentang bila waktu itu.
Pendapat pertama, ketika khatib naik mimbar hingga selesai solat. Terutama ketika dalam solat. Oleh itu sangat digalaklan berdoa dalam sujud dan sebelum salam solat Jumaat.
Pendapat kedua ialah selepas asar hingga maghrib. Di sebahagian negeri Arab selepas asar orang tidak keluar masjid . Mereka berdoa, baca quran, berzikir hingga maghrib . Ada orang yang selepas asar tidak keluar masjid hingga maghrib, sudah 40 tahun. Jika tidak ada kegiatan lebih baik begitu. Itu waktunya kita berkhalwat dengan Allah swt.
4. Waktu iktikaf (setahun sekali)
Iktikaf ialah khalwat yang dilakukan setahun sekali. Mereka rasa bahagia walaupun terpaksa meninggalkan kenyamanan hidup di rumah. Dengan baca quran, berzikir , pasti Allah beri kebahagiaan. Itu saatnya kita mem perbaiki hati setelah setahun kita bergelumang dengan berbagai penyakit hati. Sudah tentu kita mesti tinggalkan h/p jika tidak, khalwat itu tidak bermakna.
Kerana di sana kita melihat macam-macam, aurat terbuka , berita-berita politik , ghibah dan macam-macam lagi. Maknanya bermaksiat di dalam masjid di 10 malam terakhir ramadhan.
Kata ibnu Rajab, " Iktikaf ialah memutuskan semua hubungan dengan makhluk." Jika kita masih membuka h/p maka itu tidak memutuskan hubungan dengan makhluk. Sehingga hasil yang kita dapat hanya sedikit. Sepatutnya fokus kepada ibadah kecuali ada hal-hal yang darurat. Ini lah kelazatan yang luar biasa. Itulah khalwat yang benar.
Antara pengisian khalwat lagi ialah membaca al quran dengan tadabbur. Ini kenikmatan tersendiri. Baca quran , baca terjemahan. Allah turunkan al quran melalui jibril kepada nabi untuk siapa? Untuk kita. Al quran itu adalah petunjuk bagi kita tetapi kita tak mengambil menafaatnya, tidak menggalinya.
Tadabbur al quran
Kita membaca quran hanya untuk dapat pahala. Benar baca dapat pahala. Tapi tujuan paling utama ialah tadabbur dan menghayati alquran. Firman Allah,
Firman Allah lagi,
Dengan cara tadabbur itulah ia menambahkan iman dengan cepat. Iaitu mempelajari isi al quran tersebut. Maka mulailah baca quran dengan cara tadabbur. Baca perlahan-lahan , fahami dan amalkan. Kalau perlukan tafsir yang lanjut maka bertanya kepada yang tahu disamping boleh mencarinya di kitab-kitab dan internet.
Boleh juga kita mencari tafsir ayat yang kita baca di youtube. Sehingga kita nikmati dengan memahami apa yang kita baca.
Maka , inilah amalan jika masa berkhalwat. Oleh itu, semasa itu h/p dimatikan. Kerana khalwat itu berdua-duaan bersama Allah swt.
Membaca al quran dengan tadabbur benar-benar menambah keimanan. Allah memberitahu, antara ciri-ciri orang beriman ialah ,
Jika di baca ayat-ayat Allah maka bertambah keimanan mereka. Maka antara cara untuk memudahkan beriman dengan al quran ialah dengan tadabbur , bukan sekadar baca sahaja. Kerana kalau sekadar baca ia tidak mengubah apa-apa. Orang khawarij juga membaca quran. Tapi kata nabi s.a.w,
" Mereka itu membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka tidak akan melewati kerongkong mereka, dan mereka akan memecah agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya ” (Sahih Bukhari /5058 ).
Maka perlu tadabbur dalam membaca al quran.
Merenungi keagungan Allah
Yang terakhir tentang khalwat ialah merenung keagungan Allah. Bagaimana penciptaan Allah. Firman Allah,
Siapakah mereka orang yang berakal itu? Iaitu,
Maka renungkan keagungan langit, diri kita sendiri, bagaimana Allah ciptakan kita dari setitik air mani. Maka ini akan menambah keimanan kepada Allah swt. Luarbiasa , bagaimana ciptaan Allah swt. Ini antara bentuk khalwat iaitu merenung keagungan Allah dengan memikirkan agungnya ciptaanNya. Firman Allah,
Ini antara khalwat dengan Allah iaitu memikirkan agungnya ciptaan Allah. Maka itu akan semakin menambah iman kita kepada Nya.
Menyisihkan waktu
Jadi, hendaknya kita sama-sama menyisihkan waktu untuk berkhalwat dengan Allah swt. Dan kita harus paksa diri untuk melakukannya. Kerana itulah kunci kebahagiaan . Kita hidup di zaman yang banyak sekali ujian dan masalah. Sebagaimana kata imam Syafie r. h, " Sesungguhnya ujian-ujian zaman itu banyak, tidak terputus-putus " . Kita tidak mampu menghadapinya kecuali dengan berkhalwat bersama Allah swt.
Perlu diingatkan
Perlu diingatkan bahawa khalwat ini adalah yang mengikut syarak. Bukan khalwat ahli bid'ah, seperti khalwat di gua , atau dalam kelambu, tidak kena cahaya, tidak boleh makan kecuali nasi putih, tidak boleh bercakap dengan orang dan ada yang tidak buang air sampai seminggu . Ini semua khalwat sufiah yang tidak dilakukan oleh para sahabat nabi s.a.w. Sedangkan para sahabat itu lebih cinta agama dari kita semua.
Kalau khalwat di hutan 40 hari, bila masanya mereka solat berjemaah dan solat Jumaat? Bila masanya mereka mengurus anak isteri? Maka , bukan itu yang di maksudkan. Itu adalah khalwat ahli bid'ah atau ahli sufi sahaja.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
25/10/24
Ulasan
Catat Ulasan