Langkau ke kandungan utama

300) ADAKAH ASALKAN BENDA BAIK, BOLEH DIBUAT?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,





Benda Baik...

   Sesetengah orang bila membuat perkara ibadah yang nabi tak pernah contohkan, dia akan berkata, " Benda baik, apa salahnya..."

  Kalau seseorang berkata, “Buat benda baik apa salahnya, walau Nabi tak buat,” sebenarnya ia boleh membawa kepada perbuatan bid‘ah, iaitu perkara baru dalam agama. Iaitu sesuatu yang tidak diajar atau dicontohkan oleh Nabi ﷺ. 

    Dalam Islam, bukan semua yang kita “nampak baik” boleh terus dianggap diterima — amal ibadah khususnya, mesti ada dalil atau contoh daripada al quran atau hadith.

Dalilnya jelas, Nabi ﷺ bersabda:

Barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini (agama) yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.”
(HR. Bukhari & Muslim)



Dan sabda baginda lagi:

  “Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (bid‘ah), dan setiap bid‘ah itu sesat.”
(HR. Muslim)

     Kita tidaklah lebih tahu atau lebih berilmu  daripada nabi , maka mengapa kita membuat ritual ibadah berlainan dari nabi?



Kenapa tak boleh buat “apa saja” selagi niat baik?

    Kerana dalam urusan ibadah (bukan perkara kehidupan)  hanya Allah yang berhak menentukan apa yang Ia terima. Kita tidak lebih tahu daripada Nabi ﷺ tentang cara mendekatkan diri kepada Allah. 

    Jika semua orang buat “apa saja yang nampak baik”, agama akan bercampur aduk , agama akan tercemar dan akhirnya rosak. Seperti yang berlaku kepada agama Yahudi dan Nasrani.

    Kalau perkara muamalah (urusan kehidupan), bukan ibadah, maka asalkan tidak bertentangan dengan syariat, ia diharuskan — contohnya guna telefon, naik kereta, dan sebagainya. Tetapi dalam bab ibadah, mesti ada dalil dari al quran atau hadith.  Jika tidak ada dalil, maka harus berhenti.

   Jadi, secara mudahnya, jika sesuatu itu urusan ibadah, maka  mesti ikut contoh perbuatan Nabi, tak boleh tambah sendiri walau nampak baik.

   Tetapi kalau urusan kehidupan, ianya  harus selagi tidak melanggar syarak. Iaitu selagi ia tidak mengandungi perkara haram.


Supaya lebih jelas.

    Supaya lebih jelas, maka suka  saya jelaskan dengan contoh praktikal supaya mudah difahami.


1.  Contoh dalam ibadah 

Contoh 1: 
    Zikir berjemaah selepas solat dengan suara kuat serentak. Nampak macam baik (ingat Allah beramai-ramai).

   Tapi Nabi ﷺ tidak ajar sahabat berzikir serentak kuat-kuat secara tetap begitu. 

    Maka ia termasuk amalan baru (bid‘ah), kerana ia menambah cara ibadah tanpa contoh dari Nabi ﷺ.



Contoh 2:
     Solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib secara berjemaah. Ia kelihatan baik iaitu bersolat.
Jika individu solat sunat sebelum Maghrib memang ada hadisnya (HR. Bukhari).

   Tetapi kalau dibuat berjemaah , itu bid‘ah, sebab Nabi tidak pernah mengajarnya berjemaah untuk solat sunat itu.  



Contoh 3: 
    Sambut Maulid Nabi dengan upacara khusus dan keyakinan ia ibadah yang berpahala khas.  Seperti berarak di jalanraya dan sebagainya.  Kalau setakat ceramah mengingati kelahiran nabi serta sejarah nabi itu dipanggil majlis ilmu. Itu tak mengapa.

    Kita tahu, cinta kepada Nabi itu wajib. Tetapi menetapkan upacara tertentu (macam ritual tahunan) yang Nabi dan para sahabat tak buat, termasuk perkara baru dalam agama.  Apalagi memasang logo-logo tertentu sebagai simbol cinta nabi.  Maka, itu tak pernah dibuat oleh para sahabat atau tabiin.  Sedangkan merekalah orang yang paling cinta nabi sehingga nyawa jadi taruhan. 





2. Contoh dalam muamalah (urusan kehidupan)

Contoh 1: 

   Guna mikrofon azan.
Nabi tak buat, tapi ini hanyalah alat bantu sahaja, bukan ibadah .

   Maka hukumnya harus, sebab ia bertujuan hanya menyampaikan suara, bukan menambah cara ibadah.



Contoh 2:
   Sekolah Islam guna komputer, papan putih atau slide.

    Perkara ini memang Nabi tak buat, tapi ini cuma cara belajar, atau alat pembelajaran,  bukan ritual ibadah.

   Maka hukumnya  harus, selagi tidak melanggar hukum syarak.




Kesimpulan:

    Dalam bab Ibadah kita  tak boleh tambah ritual baru walaupun  niatnya baik. Yang sudah dibuat oleh nabi  sudah cukup sempurna tambahan pula kita tidaklah ada hak keatas cara mendekatkan diri kepada Allah, melainkan apa yang diajarkan nabi sahaja.

   Dalam bab Muamalah atau kehidupan seharian, seperti pakai kereta, komputer dan sebagainya, ianya boleh atau harus dibuat selagi tidak termasuk benda-benda haram. 


Semoga bermenafaat dan sila sampaikan kepada orang lain.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...