Langkau ke kandungan utama

238) APAKAH METHOD PENDALILAN YANG BATHIL?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


        Sekarang kita berada di zaman ledakan informasi, yang tersebar luas. Dan orang yang ingin berbicara sangat banyak, yang mana masing-masing kagum dengan pendapatnya sendiri. Sehingga tanpa ragu apa saja yang ada di benaknya segera ingin dilontarkan,  dituliskan agar dibaca oleh orang lain. Bahkan  dia sedih jika yang membacanya hanya sedikit. Kerana masing-masing kagum dengan pemikirannya. 

        Itu berlaku dalam semua bidang ilmu , baik ilmu dunia mahupun   ilmu agama. 

     Oleh kerana banyak pembicara dalam bidang agama, yang terkadang ia memang berhak untuk berbicara, dan banyak juga yang tidak berhak untuk berbicara, berlagak seperti lagaknya orang alim , yang banyak antara mereka  tidak mempunyai pendidikan agama yang selayaknya.  Maka dengan sebab itu kita harus ada filter untuk memilih supaya dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang salah. Kita harus selektif mendengar informasi yang masuk kepada kita,  baik yang kita kehendaki mahupun yang tidak kita kehendaki.

       Di zaman dahulu, zaman imam Malik, imam  Rabiah guru imam Malik r.h , ada seseorang bertemu dengan imam Rabiah dan mendapati ia dalam keadaan menangis. Katanya mengapa tuan menangis?  Adakah tuan terkena musibah?
     Jawab imam Rabiah r h, Tidak , bukan  kerana musibah. Akan tetapi ada orang yang meminta fatwa dari orang yang tiada ilmu. Sungguh orang yang berfatwa itu lebih layak dipenjara dari pencuri. 
   
     Iaitu orang berkata hal agama tanpa ilmu,  tanpa dalil,  hanya mengikut perasaannya, ikut akalnya, ikut katanya, berani komentar, berani menjawab, dan lain-lain   berkaitan masalah agama.  Maka kata imam Rabiah r.h, dia lebih layak dipenjara dari pencuri. Kenapa?

    Kerana  pencuri melakukan kesalahan, tapi orang ini melakukan kesalahan yang lebih besar. Kerana ia  berkaitan masalah agama, iaitu  masalah akhirat kaum muslimin. 

Masalah agama

    Tapi justeru orang lebih berani berbicara masalah agama berbanding masalah dunia. Tidak semua orang  berani bicara masalah fizik, kimia atau medis melainkan oleh orang yang pakar. Tapi dalam masalah agama semua orang mahu berbicara. Samada yang pakar atau tidak, semua ingin berbicara dan  kagum dengan pendapatnya. 

    Oleh kerana itu di zaman ini terutamanya orang awam, harus selektif , harus ada barometer untuk memilah-milih. Kalau ia dapati ada para dai yang mengajak manusia dan masyarakat kepada al quran dan sunnah, maka itu insya Allah para dai yang benar. 

     Kerana Islam memang dibangun di atas quran dan sunnah.  Dengan dalil yang sahih. Tapi kalau ia dapati ada dai yang mengajak meremehkan  quran,  sunnah atau pemahaman salaf , maka harus waspada. Kerana orang yang menyeru  meninggalkan  quran dan  sunnah, meninggalkan fahaman salaf, mereka sedang mengikis Islam sedikit demi sedikit . Ingin menjauhkan kaum muslimin dari pendalilan yang benar. 

    Maka di  kesempatan kali ini kita akan   membahas sekitar 20 cara atau method pendalilan yang keliru dalam beragama.   Adapun pendalilan syari'i sudah dibahas oleh para  ulama dalam kitab-kitab usul mereka. Bahawasanya pendalilan itu ialah quran, hadis , ijmak , kias dan ada pendalilan yang diperselisihkan,   yang di bahas oleh ulama fiqh seperti marsalah mursalih, istihsan, amal ahli madinah, istishab dan sebagainya. 

     Tapi pendalilan yang ingin dibahas ini adalah pendalilan yang bathil. Yang tak disebut oleh ulama dalam buku- buku fiqh mereka. Tak disebut oleh fuqaha dan ahli usul. Hanya disebut dalam buku-buku sufiah misalnya, atau buku  yang bukan  pendalilan syarii.  

    Maka inilah 20 pendalilan yang bathil :

1. Dalil dengan majoriti
        Mereka berkata jika majoriti orang berbuat begitu maka itulah kebenaran. Jika kita kata  ini tiada dalilnya, tiada sunnahnya, maka  jawabnya , semua orang melakukan demikian. Banyak hal seperti ini. Tatkala sifat manusia yang lemah mereka terikut dengan bilangan yang banyak. Bila semua lingkungannya  melakukan demikian , maka air akan  mengalir mengikut arah air yang mengalir 
Susah untuk anti main stream. 
  
    Ini kenyataan manusia hingga ia mudah berdalil dengan perbuatan banyak orang . Padahal Allah swt berfirman dalam surah al An'am: 116,

        Seperti kenyataan sekarang antara muslim dengan non-muslim maka non-muslim lebih banyak. Maka kata iblis,

       Oleh kerana itu dalam al quran Allah mencela kebanyakan pendapat majoriti. Kerana kebenaran bukan berada pada majoriti atau minoriti. Boleh jadi kebenaran bersama majoriti dan boleh jadi juga kebenaran  bersama minoriti. Ia bulan dalil yang merajihkan, yang menguatkan. 

    Maka orang yang berdalilkan kepada majoriti itu mengelirukan. Apalagi majoriti itu orang awam. Bahkan kalau kita buka buku usul fiqh tidak ada method  pentarjihan dalam perkara agama, diambil pendapat majoriti. Tidak ada.

    Di zaman  salaf, ada disebutkan bahawa 'perkataan ini dipegang oleh kebanyakan  salaf , hanya diperselisih oleh sebahagian kecil dari mereka' ,  itu mungkin. Tapi kalau kita berdalil kepada majoriti orang awam, maka itu bukan  dalil. Tidak ada sebegitu dalam buku-buku fiqh,  seperti ini pendapat yang benar, pendapat jumhur ulama. Itu bukan dalil pentarjihan pendapat yang benar. 

       Di sebut bahawa sebahagian para nabi a.s  yang berdakwah di mana pengikutnya hanya sedikit. Ada dua orang,  ada seorang,  ada yang tiada langsung. Lihat nabi Ibrahim a.s, ia sendirian. Satu negeri memusuhinya termasuk ayahnya. Hingga raja ingin membakarnya. Begitu juga ashabul kahfi, mereka 7 orang.  Sedangkan satu negeri semuanya kafir. 
   
    Oleh itu tidak boleh berdalil dengan majoriti.  Seperti misalnya kebanyakan orang tidak pakai jilbab, kebanyakan orang dengar muzik, dan maksiat-maksiat yang lain. Oleh kerana itu tidak boleh berdalil dengan kebanyakan  orang.  Tetapi dengan melihat dalil, samada ada dalilnya atau tidak. 


2. Berdalil dengan mimpi
       
      Dalam buku usul fiqh manapun tidak ada method berdalil dengan mimpi.   Mimpi itu hanya penguat sesuatu jika sudah ada dalilnya. Tapi menjadikan mimpi sebagai dalil pembenaran  atau menimbulkan satu ibadah yang baru maka itu tidak ada disebut dalam buku fiqh sama sekali.

     Mimpi itu ada 3 keadaannya. Pertama , perbuatan jiwa iaitu perbuatan atau perbualannya sebelum tidur terbawa  dalam mimpi. Kedua , godaan syaitan dalam mimpi. Membuat seseorang takut dan  sebagainya. Ketiga khabar gembira dari Allah. 

    Kalau pun kita mimpi berkaitan masalah fiqh yang kita bahas misalnya  , itu juga perlu penafsiran kerana kebanyakan mimpi datang dalam bentuk yang perlu penafsiran. Seperti yang ada dalam hadis-hadis.  Sebagaimana nabi Yusuf a.s menafsir mimpi sang raja pada masa itu. Seperti 7 lembu gemuk dimakan  oleh 7 lembu kurus. Ini perlu penafsiran. Ia tidak datang terus begitu. Ia datang dalam bentuk isyarat-isyarat yang perlu ditafsirkan. 
       
    Kemudian, tafsir itu terkadang benar terkadang salah. Seperti kisah Abu Bakar menafsirkan mimpi seseorang  dan akhirnya ia berkata kepada rasulullah s.a.w,

  "Kemudian Abu Bakar RA pun meminta pembenaran kepada Rasulullah SAW apakah takwilan mimpinya benar atau tidak. Nabi SAW membenarkan sebahagiannya dan menyalahkan sebahagian yang lain. "Demi Allah ya Rasulullah, tolong beritahukanlah kepadaku takwil mana yang salah?" pinta Abu Bakar. Nabi SAW mengingatkan, "Janganlah engkau bersumpah," (HR Bukhari).

     Jadi disini penafsiran Abu Bakar r. a bukan semuanya betul. Bayangkan,  itu penafsiran Abu Bakar, apalagi jika orang seperti kita yang menafsirkannya?
   
    Jadi, ini menunjukkan bahawa mimpi bukanlah menjadi dalil tapi ia hanya sebagai penguat  bagi sesuatu yang sudah berlaku. Ia bukan lah sebagai dalil yang tersendiri .

      Begitu juga imam Nawawi r.h pernah menyatakàn jika seseorang bermimpi bertemu rasulullah s.a.w lalu rasulullah menyatakan esok puasa atau esok hari raya, maka yang dipegang bukanlah kata-kata rasulullah di alam mimpi tetapi kata rasulullah di alam nyata iaitu ,

    “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu,maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.

(Riwayat Imam Muslim)
      
     Inilah yang lebih kuat iaitu perkataan nabi semasa beliau hidup.  Itu sekiranya ia benar ketemu nabi dalam mimpi. Jika benar ia bertemu, maka di depannya ada dua, pertama , sabda nabi di alam mimpi dan kedua, sabda nabi  semasa ia hidup. Tentu kalau kita merajihkan,  lebih kuat sabda nabi semasa ia hidup seperti hadis di atas tadi. Maka lebih patut berpegang kepada sabda nabi semasa ia hidup berbanding berpegang kepada mimpi.

    Seperti juga jika ia bermimpi nabi menyuruh menceraikan isterinya.  Lihat dulu, apakah  hukum yang diwasiatkan nabi bila berhadapan dengan keadaan seperti itu.  Tidak boleh terus mengikut mimpi walaupun mimpi nabi.

     Apalagi mimpi tersebut menimbulkan ibadah-ibadah yang baru. Seperti katanya aku dapat ijazah zikir ini dari nabi dalam mimpi. Ini tidak benar , kenapa? Sebab Allah swt sudah berfirman,

          Iaitu, agama Islam telah sempurna sewaktu nabi s.a.w wafat. Jika ada lagi ajaran-ajaran agama yang nabi transfer melalui  mimpi , bererti agama Islam belum sempurna kerana ia perlu disempurnakan melalui mimpi.  Lalu ada zikir baru, ibadat baru  solat baru maka ini tidak benar kerana agama sudah sempurna. 

    Tapi sayangnya,  ramai orang mengambil mimpi sebagai dalil sedangkan itu tidak benar. Kerana tidak boleh mengadakan  ibadah yang  baru.

      Kalau kita mimpi rasulullah s.a.w lalu katanya , 'berdakwahlah kamu, bacalah al quran, berbaktilah kepada ibu bapa' , itu tiada masalah. Kerana itu memang disuruh oleh nabi. Ia hanya sebagai penguat sahaja. 

    Tapi jika mimpi nabi lalu menyuruh mengadakan ibadah baru, maka itu musibah. Ini dilakukan  oleh sebahagian  orang.

     Satu kesalahan juga bila seseorang menafsirkan ayàt al quran dengan  mimpi. Tafsir adalah ayat dengan ayat, ayat dengan hadis, tafsir dari para salaf atau tafsir secara bahasa. Adapun tafsir dengan mimpi tidak ada digunakan. Ia terkeluar dari method tafsir yang benar. 

      Seperti kata ibnu Arabi yang bermimpi  nabi lalu ia bukukan , lalu katanya , nabi menyuruh menyebar- kannya.  Ternyata antara isinya ialah firaun masuk syurga, dan apa yang dikatakan  firaun  itu tuhan yang mati itu benar. Ini tentulah mimpi yang merepek.  Bukan nabi yang datang kepadanya, tapi syaitan yang datang.


3. Berdalil dengan nenek-moyang
         Ini dilakukan oleh kaum dahulu seperti kaum nabi Ibrahim a.s atau yang sebelumnya seperti nabi Hud a.s. , nabi Soleh a.s, nabi Nuh a.s dan lain-lain.   Semua mereka mengingkari nabi - nabi tersebut  hinggalah ke nabi  Muhammad s.a.w dengan alasan mengikut pegangan nenek moyang mereka. 

    Firman Allah,


      Berdalil dengan nenek moyang dengan mengikut tradisi mereka. Adakah nenek moyang itu maksum? Jika maksum maka boleh diambil dalilnya, tapi mereka tidak maksum. Kemudian nenek moyang banyak, nenek moyang kami, nenek moyang awak, nenek moyang si fulan, jadi nenek moyang siapa yang hendak diikuti?  Apalagi ada suku-suku, ada kabilah. Jika di nusantara ini saja ada berapa banyak etnik, belum di seluruh dunia lagi. Masing-masing ada nenek moyang. Jadi nenek moyang siapa yang dijadikan dalil? 

      Kalau tradisi nenek moyang yang sesuai dengan quran  dan  sunnah boleh dipegang. Kalau nenek moyang yang keliru maka tidak boleh dipegang. Apalagi nenek moyang kita masih lagi tersisa dari adat-adat  agama hindu, agama buddha atau nasrani. Maka tidak boleh kita ikuti.  

    Oleh itu adalah satu kesalahan berdalil dengan nenek moyang atau tradisi yang dipegang oleh sebahagian orang , kemudian diyakini ,  kerana itu adalah pendalilan  yang keliru kerana tidak ada dalam al quran membolehkan berdalil dengan tradisi nenek moyang. 


4.  Harta yang banyak sebagai dalil
     Sebahagian orang terpukau,  dengan  menjadikan harta yang banyak sebagai barometer kebenaran. Lihat si fulan hartanya banyak, diberi kemewahan oleh Allah , itu tanda  kebenarannya, katanya. Tapi si fulan yang lain ia berdakwah tauhid tapi miskin.

       Harta bukanlah dalil kebenaran. Allah berfirman ,


        Orang yang diberi harta tadi sombong dengan kekayaan dan anak-anaknya.   Lalu kata Allah ,

      Allah yang memberi harta dan menahannya kepada siapa yang Dia kehendaki.  Dan sesungguhnya,

     Jadi, orang berdalil dengan harta ini sudah ada sejak turun-temurun. Orang-orang kafir di zaman nabi terdahulu membawa dalil dengan harta mereka yang banyak. Seperti di zaman nabi Nuh, kata orang kafir, jika kau mahu kami beriman, usirlah orang-orang  miskin di dekat kamu.  Itu juga kata orang Quraisy kepada nabi, 'ya Muhammad jikalau kamu mahu kami beriman, tinggalkan yang miskin-miskin  tersebut.  '

       Mereka merasa mereka benar kerana memiliki harta yang  banyak. Itu tidak benar. Allah memberi harta baik kepada orang beriman atau pun orang kafir. Firman Allah swt,

       Oleh itu tiada pendalilan bahawa yang memiliki harta banyak itulah memiliki kebenaran. Kalau harta banyak itu ukuran kebenaran, Qarun memiliki harta yang lebih banyak. Tapi ia kena azab oleh Allah di dunia lagi. 

      Ketika suatu hari,   Umar r.a menangis  melihat nabi s.a.w yang tidur di atas tikar yang kasar  sedangkan para raja hidup megah di dunia .  Maka nabi s.a.w  bertanya, mengapa engkau menangis?

   Umar bin Khattab RA menjawab, "Demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahwa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemauannya di dunia (mewah dan kaya),"

     "Sementara engkau adalah Rasulullah SAW (utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat yang seperti ini (sangat sederhana)," lanjut Umar bin Khattab.

   Setelah itu , Rasulullah SAW bertanya lagi, "Tidakkah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?"

   Umar bin Khattab menjawab lagi, "Tentu, wahai rasul."

"Memang demikianlah adanya," kata Rasulullah SAW. (HR Ahmad)

      Jadi, kemewahan, darjat dan kehebatan  bukanlah ukuran kebenaran. Kebenaran ialah al quran , sunnah dan dalil. Bukan tubuh yang hebat dan rupa yang cantik. Firman Allah swt,

      Begitu juga negara  yang besar bukan ukuran ia di pihak yang benar. Di dunia Allah tugaskan kita untuk berdakwah. Kadang Allah berikan dunia, kadang Allah berikan ujian. Para anbia' ada yang kaya seperti nabi Sulaiman a.s dan nabi Daud a.s. Tapi kebanyakannya tidak kaya. Lihatlah Musa a.s terpaksa lari dari firaun.

    Oleh itu berdalil dengan orang yang hidup nyawan, diberi harta, bererti ia benar?. Tidak. Itu bukan dalil. 

    Para anbia' dahulu banyak yang mengikutinya adalah orang miskin. Seperti nabi Nuh a.s. kaumnya yang kafir berkata kepadanya,


    Yang menjadi pengikut nabi Nuh a.s ialah orang-orang miskin dari kalangan kaumnya. Hingga dengan itu kaumnya menuduh Nuh a.s itu pendusta iaitu bukan ahli kebenaran.  Tapi Allah mengangkat nabi Nuh a.s sebagai orang yang benar.

     Jadi, kemewahan, kekayaan, kemajuan teknologi bukanlah ukuran kebenaran. 


5.  Berdalil dengan keberhasilan
      Contohnya , ada orang berdakwah dengan muzik, ada joget-joget, akhirnya orang yang terlibat masuk Islam. Apakah dengan  orang masuk Islam itu, maka dakwah dengan muzik atau joget-joget dibenarkan dalam Islam?  Tidak. 

    Keberhasilan sesuatu tidak menunjukkan cara digunakan mesti benar. Misalnya, orang berubat dengan dukun lalu sembuh. Adakah perdukunan itu benar? Tidak. Itu satu kekufuran. 

       Ada orang berubat dengan khamar, daging babi atau apa-apa yang haram.   Adakah dengan sembuhnya dia, yang haram itu jadi halal? Tidak.
       
    Ada juga orang berdakwah dengan cerita bohong . Orang tertarik, orang menangis,  hingga masuk Islam. Ini tidak dibenarkan. 

   Dahulu ada orang berdusta atas nama nabi s.a.w  Lalu diingatkan jangan berdusta dengan nama nabi s.a.w. Sabda nabi s.a w,

    Dari al-Mughirah Radhiyallahu anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,           “Sesungguhnya berdusta atasku tidak sama seperti berdusta atas orang yang lain. Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka”.

(Sahih Riwayat al-Bukhari, 1229)

      Tapi mereka menjawab, Kami berdusta demi nabi s.a.w. seperti membuat hadis palsu tentang keutamaan pergi ke masjid. Adakah cara begitu benar? Jawabnya, tidak, walaupun ia berhasil menarik orang ke masjid. 

      Yang menjadi ikutan kita ialah quran dan sunnah bukan keberhasilan.  Allah tidak menerima cara yang salah atau penipuan untuk mendakwahi manusia supaya dekat kepada Nya. 



6.  Berdalil dengan kesalahan sebahagian ulama.
      Ulama tidak maksum. Ia memiliki kesalahan.  Atau sesetengah ulama memiliki pendapat yang ganjil. Misalnya dalam satu masalah,  kebanyakan ulama berpendapat dengan satu pendapat tapi ada beberapa orang pula yang berpendapat yang menyelisihinya. Ini terjadi di zaman sahabat, tabiin   hingga sekarang. Kesalahan yang ganjil.

     Seperti ibnu Umar r a bila ia berwudhu ia memasukkan air ke matanya. Apakah kita ikuti pendapat ini? Tidak. Ini ijtihadnya tapi salah. Kebaikannya banyak, ribuan, ia terkenal dalam mengikut sunnah nabi. Tapi dalam hal ini beliau salah. Maka ia tak diikuti. 

   Banyak lagi pendapat yang ganjil seperti bolehnya mut'ah,  boleh menyetubuhi isteri dari dubur,  dan sebagainya .

      Misalnya lagi ibnu Hazm menyelisihi empat mazhab. Empat mazhab menghukum muzik haram tapi ibnu Hazm menyelisihinya. Ia mendhaifkan  hadis sahih Bukhari yang diakui semua ulama. Hingga ibnu Hazm menghalalkan muzik. 
Sedangkan muzik yang harus hanya setakat duff yang dimainkan oleh anak-anak di masa perkahwinan atau hari raya.

     Walau pun kita kata ada ulama mengatakan  sekian-sekian, tapi bukanlah semua khilaf ulama itu khilaf yang muktabar. Jika ianya pendapat yang ganjii dan lemah, maka tidak boleh diikuti. 

     Oleh itu pendapat ulama yang salah tidak boleh dijadikan dalil kepada kebenaran. Kalau kita ber- jumpa dengan pendapat-pendapat ganjil ini,  kita katakan bahawa  mereka tidak maksum dan kita doakan kesalahan  mereka diampuni. 


7.  Berdalil dengan akal
         Akal bukan barometer untuk mengukur kebenaran.  Kata imam Malik r.h,  Sungguh  khabarkan padaku akal siapa yang patut  dijadikan dalil selain quran dan sunnah?

     Seandainya akal itu hanya satu mungkin boleh dijadikan dalil. Tapi akal ada bermacam-macam. IQ saja berbeza-beza  apalagi akal. Adakah akal orang Arab atau orang Eropah atau orang Asia? Atau akal para sahabat atau akal ahli falsafah? 

    Oleh kerana orang menjadikan akal sebagai dalil, mereka pun berselisih. Lihatlah Jahmiah, muktazilah  , Ashairah , mereka bersepakat akal didahulukan  bila bertentangan dengan dalil. Tetapi dalam memahami asma wa sifat, mereka sendiri pun  berselisih . Kerana apa? Kerana akal jahmiah tidak sama dengan muktazilah dan akal muktazilah tidak sama dengan Ashairah. 

      Akal adalah satu pancaindera yang memerlukan pengarahan. Wahyu adalah cahaya yang memandu akal tersebut. Kata ulama, akal  adalah mata, wahyu adalah cahaya. Kalau tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat. Maka akal perlukan wahyu, sedangkan tanpa wahyu akal tidak dapat berfungsi dengan baik.
      
    Ada sebahagian hal menurut satu pendapat ulama  tidak masuk akal tapi ditafsir secara logik oleh ulama yang lain. Banyak orang mengatakan tidak mungkin Allah di atas, tidak logik. Tapi ramai ulama menerangkannya  secara logik. 
   
     Ada mengatakan Allah tidak di mana-mana tidak logik. Ada pula mengatakan Allah ada dimana-mana pula tidak logik. Mereka berusaha menolak sesuatu yang menurut mereka tak masuk akal, tapi jatuh kesuatu yang tak masuk akal pula. 

     Oleh itu menjadikan akal sebagai dalil kebenaran adalah ditolak.



8.  Berdalil dengan hadis dhaif
       Hadis dhaif boleh digunakan dalam beberapa hal terutama dalam fadhail amal. Dengan syarat tidak diyakini itu dari nabi s.a.w,  kedua,  amalnya sudah ada. Misalnya solat dhuha. Hadis solat dhuha sudah ada.  Kemudian didatangkan  hadis dhaif tentang keutamaan solat dhuha. Ini boleh.  Ketiga,   ia bukanlah lah dhaif jiddan atau sangat  dhaif.  Dan apabila di pakai hendaklah menyatakan kedudukan dhaifnya itu.

    Adapun menggunakan  hadis dhaif untuk satu amalan  baru maka tidak boleh. Apalagi hadisnya mungkar atau maudhu'. Bukan saja tidak digunakan untuk amalan  baru tapi akidah baru. Seperti meyakini adanya nur Muhammad. Seperti katanya nur Muhammad sudah ada sejak zaman nabi Adam a.s. Ini semua hadis palsu. Kata hadis itu, 'Kalau bukan kerana kau nur Muhammad, tidak Aku ciptakan  dunia ini'. Ini hadis palsu.

      Jadi , tidak boleh menjadikan  hadis dhaif apalagi hadis palsu sebagai sumber pendalilan. 

      Juga hadis dhaif boleh dipakai dalam sirah nabi. Iaitu jika dipakai hadis-hadis sahih saja, maka ada mata rantai yang terputus. Bila ada hadis dhaif yang menerangkan,  menggabungkan antara dua mata rantai yang terputus, maka ulama membolehkan. 

   Intinya untuk membuat hukum baru atau akidah baru, hadis dhaif tak boleh digunakan. 


9.  Berdalil si fulan  adalah wali
      Sebahagian masyarakat menyangka orang yang dipanggil wali itu maksum,  tidak berbuat salah. Sehingga apa saja yang ia kerjakan itu benar. Dia begini , dia begitu semuanya benar. Ini satu kekeliruan.

    Wali bukan maksum . Ia boleh jadi betul boleh jadi salah. Yang maksum hanya nabi. Adapun selain nabi s.a.w boleh membuat salah.      
Kata imam Malik,
   "Seluruh manusia perkataannya boleh ditolak atau diterima kecuali penghuni kubur ini (Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam ). “
Yakni perkataan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam seluruhnya harus diterima apabila telah valid bahwasanya hal tersebut adalah perkataan beliau Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam.
(Fathul Majid hal 404)

      Ada siapa ragu imam Syafie itu wali Allah?    Tapi adakah semua muridnya taqlid kepadanya? Tidak. Bahkan  muridnya Al Muzani, menyelisihi imam Syafie dalam banyak hal. Bahkan muridnya sendiri imam Ahmad, berlainan  pendapat hingga membawa mazhab yang baru.

    Siapa yang ragu bahawa imam Malik adalah wali Allah? Tapi muridnya sendiri,  imam Syafie tidak mengikut beberapa pendapat imam Malik.  Bahkan imam Syafie ada mazhab sendiri.

    Jadi, bukan  syarat bahawa wali Allah pasti benar semuanya. Contohnya, Umar r.a, ia seorang wali  hingga ia boleh memberi arahan  kepada pasukan yang sedang berperang  dari jarak yang jauh. Dan jika syaitan berjumpa Umar,  ia pasti lari. Siapa yang mengatakan  Umar r.a  bukan wali?

   Tapi Umar beberapa kali salah ketika di hadapan nabi s.a.w dan di hadapan Abu Bakar r.a.  Jika Umar boleh salah,  apalagi wali-wali sekarang?

    Jadi,  tidak benar jika kita berdalil dia wali maka semua yang dilakukannya semua benar.  Itu salah.  


10.  Berdalil dengan perkataan falsafah.
       Sebahagian orang dalam masalah asma wa sifat, mereka mengambil pendapat ahli falsafah seperti Aristotles. Dan mengambil pendapat itu sebagai satu kepastian hukum yang absolute. 

     Tapi kita katakan siapa yang membenarkan  pendapat ahli falsafah sebagai satu yang absolute?  Yang benar adalah quran dan sunnah dan  akal harus tunduk kepada al quran dan sunnah. Ada sebahagian  ulama bila bercakap bab agama , mengambil pendapat Aristotles. Aristotles seorang kafir ia buka  muslim.  Bagaimana pendapat nya dijadikan dalil di depan  quran dan sunnah?



11.  Berdalil dengan istilah syarie padahal ia bukan syarie.
       Ia laris di kalangan orang awam. Dikatakannya sesuatu itu syarie. Contoh, mengebom  sana sini itu jihad. Balai polis dibom, orang solat jumaat di bom, orang yang tidak bersalah dibom, dengan nama jihad. Adakah benar seperti itu jihad?

     Dinamakan  dengan jihad tapi sebenarnya bukan. Terpedaya dengan istilah. 

     Dahulu iblis semasa menggoda Adam ia menamakan satu  pokok itu dengan nama syajaratul khuldi atau pohon keabadian. Allah tidak menamakannya pohon keabadian. Iblis yang meletak nama pohon itu untuk menarik Adam dan Hawa yang akhirnya mereka makan buahnya. 

     Begitu juga sebahagian  orang menanamakan sesuatu yang bukan syarie dengan nama syarie. Contohnya,  bunga riba sebagai berkongsi hasil. Ketundukan kepada imam-imam bathil sebagai baiat.   Ada pula yang mengatakan muzik dengan muzik islami.  Semuanya mereka namakan dengan nama Islam.

      Adakah dengan nama islami dapat melegalkan sesuatu yang bukan  syarie? Tidak. Yang menjadikan pegangan adalah hakikàt bukan  nama sesuatu itu.  Maka jangan terpedaya dengan label-label yang dipasang orang.



12. Selamatnya seseorang menjadi dalil
      Misalnya seseorang menyeru kepada kemungkaran, atau bid'ah atau dosa, kemudian terjadi gempabumi tapi dia selamat. Orang mengatakan itu menunjukkan  ia orang yang benar.  Kalau dia salah tentu ia sudah mati.

      Sebenarnya , tidak begitu. Betapa ramai orang kafir ketika datang musibah ia terselamat? Adakah akidahnya benar?  Allah terkadang menyelamatkan orang kafir seperti firman Allah,

       
     
      Allah yang selamatkan mereka. Walaupun selepas itu mereka berbuat syirik lagi. Begitu juga Allah beri kesihatan kepada orang kafir. Itu berkaitan dengan rubbubiah Allah. Allah yang memberi makan  , memberi kehidupan. Tapi bukanlah bila orang kafir itu jaguh dalam sesuatu bidang atau ia selamat dari musibah menunjukkan ia benar. 

    Ada juga orang mengatakan  dalam satu kebakaran satu kedai itu tidak terbakar kerana ada foto kiyai fulàn. Sedang kan  kedai lain yang ada foto turut terbakar. Jangan mengatakan  tidak terbakar kerana ada foto sifulan, kerana akhirnya syirik kerana bertabarruk dengan   foto kiyai. 


14.  Mencampur kebenaran dengan kebatilan agar laris
         Ini dilakukan oleh sebahagian orang. Contohnya berdakwah dengan muzik.  Tentunya orang jadi suka bila dakwah dicampur dengan muzik.  Ini mencampur kebenaran dengan kebathilan. Firman Allah, 

        Maka, seseorang yang mahu menyampaikan kebenaran maka sampaikan secara murni tanpa mencampuradukkan dengan kebathilan.  Kerana ahli bid'ah itu mencampurkan kebenaran dengan kebathilan agar laris. 
     


15.   Berdalil dengan  imam mazhab.
         Seperti katanya, imam Syafie mengatakan demikian. Kita katakan,  ya imam Syafie alim besar, tapi ia tidak maksum. Bukan bererti bila  beliau menyatakan pendapat demikian maka yang menyelisihinya semuanya salah. 

       Imam Syafie tidak mengajarkan demikian. Tidak ada satu pun imam mazhab yang mengajarkan taqlid. Kenyataannya imam Syafie adalah murid imam Malik. Tapi imam Syafie tidak mengikut semua pendapat imam Malik.  Begitu juga imam Ahmad murid kepad imam Syafie, tapi ia tak mengikuti semua pendapat imam Syafie. Mereka semua tidak mengajar supaya taqlid kepada mereka tetapi yang wajib ditaqlidi ialah kepada nabi s.a.w.

      
16.  Berdalil dengan sebahagian ayat.
       Iaitu berdalil dengan sebahagian ayat dan ayat yang seterusnya dipotong. Ini sering dilakukan oleh orang-orang liberal. Para ulama mengibarat kan seperti seorang pemabuk yang tidak mahu solat lalu katanya Allah telah berfirman,

       Ia berhenti di situ padahal ayat itu ada selanjutnya iaitu,

      Tapi bahagian ini dipotong, ia hanya membaca ' celaka bagi orang solat'. Ini sering dilakukan oleh orang-orang liberal iaitu potong-potong ayat. Ini banyak ada di dalam buku-buku mereka. 
      
      Contoh lagi ialah mereka ingin membenarkan kata-kata orang Nasrani.  Katanya Allah berfirman,

            Mereka hanya mengambil ayat ' Wahai ahli kitab, marilah berpegang kepada satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu.' Berhenti di situ.

    Mereka berkata, ini dalil  Allah menyuruh cari titik persamaan bukan cari titik perbezaan. Itu sebab kita liberal , katanya.

      Kita katakan, cuba lanjutkan ayat itu, jangan dipotong-potong. Iaitu ayat seterusnya ,

      Apa perkataan sama yang Allah suruh kita  seru orang nasrani kepada kita? Iaitu tauhid yakni tidak menyembah selain Allah. Jangan berbuat syirik kepada Allah. 

      Tapi orang liberal mengambil sepotong ayat dijadikan dalil  dan meninggalkan  ayat seterusnya. Seperti katanya tadi, ' Orang yang solat itu celaka'. Tanpa dia mengambil ayat seterusnya iaitu   'Orang yang lalai dalam solatnya.  '

       Mereka juga mengatakan  tidak boleh memaksa orang beragama, masing-masing semuanya benar. Meraka menggunakan dalil dari surah al Kahfi: 29,

        Kata mereka , Allah beri kebebasan samada mahu beriman atau kufur. Tak perlu berdakwah kepada Islam  kerana itu hak asasi manusia, dan hak yang paling kuat ialah hak asasi berakidah. 

       Tapi katakan , sila lanjutkan ayatnya . Apa kata Allah lagi? Iaitu,

       Iaitu Allah sediakan bagi orang zalim iaini orang kafir itu neraka. 

     Sebenarnya sewaktu Allah berkata '  Barangsiapa yang hendak beriman silakan beriman dan barangsiapa yang hendak kufur silakan kufur'  itu adalah satu ancaman kepada manusia. Bukan memberi kebebasan.  Ini uslub dalam kaedah tafsir.

       Contohnya lagi katanya nabi Sulaiman a.s menyebarkan salam, menyebarkan rahmat seperti dalam suratnya kepada ratu Balqis dalam surah an Naml: 30

      Kata puak liberal, lihatlah Nabi Sulaiman , dia menyebar salam dan rahmat kepada manusia. Tidak ada paksaan dan terroris.

   Kita katakan , sila lanjutkan  ayat itu , apa isi surat nabi Sulaiman seterusnya? Iaitu,

      Ternyata nabi Sulaiman berkata  jangan sombong kepada nya dan datanglah secara berserah diri kepada Islam. Tapi puak liberal yang belajar dari orang kafir ternyata tidak mahu memahami. 



17.  Berdalil dengan ayat mutasyabihat.
      Iaitu berdalil dengan ayat mutasyabihat lalu menjatuhkan ayat muhkam. 

     Misalnya, di dalam al quran ada banyak ayat muhkam seperti Allah bersemayam di atas arasy atau di atas. 

DALIL DARI AL-QURAN YANG MENYATAKAN ALLAH DIATAS ARSY IAITU :

Al-A'raf ayat 54 
Yunus ayat 3 
Ar-Ra'd ayat 2 
Thoha ayat 5 
Al-Furqan ayat 59 
As-Sajdah ayat 4 
Al-Hadid ayat 4 
Fathir ayat 10 
Asy-Syura ayat 51 
An-Nahl ayat 50 
Ali Imran ayat 55 
An-Nisaa ayat 158 
Al-Anbiya ayat 19 
Al-An'am ayat 3 
Al-Mulk ayat 16 
Al-Baqarah ayat 255 
Saba' ayat 23 
Al-Ma'arij ayat 4 

   Tetapi mereka menggunakan satu ayat mutasyabihat untuk menjatuhkan semua ayat-ayat diatas. Iaitu ayat,

      Mereka mengambil satu ayat  untuk mentakwil  semua ayat muhkam tadi. Ini cara pendalilan yang keliru.  Seharusnya ayat mutasyabihat iaitu yang tidak difahami dengan baik, dikembali- kan kepada ayat yang jelas. Lihat apa kata Allah,

      Allah sengaja turunkan ayat yang jelas dan ayat-ayat yang kurang jelas. Kenapa?  Iaitu untuk menguji manusia. Di mana orang yang ada penyakit dalam hatinya akan lebih suka mengikuti ayat mutasyabihat. 

    Sepatutnya yang mutasyabihat kita bawa kepada yang muhkam. Bukan yang muhkam kita tutup dengan ayat mutasyabihat. 

      Seperti kata orang nasrani yang memegang ayat seperti,

    Mereka mengatakan tuhan itu banyak kerana Allah menggunakan perkataan kami.  Sebab itu tuhan mereka ada banyak.

      Kita katakan, ayat yang menunjukkan Allah itu esa banyak, seperti ayat, 
     
    Dan banyak lagi ayat yang jelas. Kenapa berdalil dengan ayat mutasyabihat?    Itulah cara pendalilan yang keliru.  Sepatutnya ayat mutasyabihat ditafsir dengan ayat yang muhkam, bukannya ayat muhkam di tafsir dengan ayat mutasyabihat.



18.  Berdalil dengan sebahagian ayat dan meninggalkan ayat yang lain.
       Seperti khawarij dan murjiah. Orang-orang  khawarij mudah mengkafirkan kaum muslimin. Mereka berdalil dengan ayat,

        Dia mengatalan siapa yang menghukum mengikut hukum Allah maka ia kafir. Dia tidak mengambil ayat lain dan hadis yang menyatakan itu bukan kafir mutlak. 

    Begitu juga mereka mengatakan kafir kerana mengikut hadis ini,

Daripada Abu Hurairah RA. Bahawa Nabi S.A.W bersabda, 
   “Tidaklah seorang penzina itu berzina sedangkan dia dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedangkan dia dalam keadaan dia beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak dalam keadaan dia beriman”.”

[Riwayat Bukhari (5578) dan Muslim (100)]

    Bererti orang yang berzina, mencuri dan  minum arak itu kafir, kata mereka.   Sedangkan dalil-dalil lain banyak.

   Pendapat yang tepat di sisi ahli tahqiq berkenaan hadis ini adalah seseorang itu tidak akan melakukan maksiat dalam keadaan imannya sempurna. Untuk itu, maksud penafian di dalam hadith ini adalah menafikan kesempurnaan iman pelaku maksiat itu. 

   Selain itu, hadith ini melarang keras orang yang melakukan dosa besar dan menakutkan mereka akan balasan yang akan dikenakan disebabkan perbuatan tersebut serta ancaman akan hilangnya iman  ketika mereka melakukan dosa itu.

    Jangan kita melihat satu dalil dan meninggalkan sisi yang lain. Ternyata nabi s.a.w tak mengkafirkan orang berzina, minum khamr dan mencuri. Bahkan nabi menegakkan hukum had keatas mereka, supaya itu dapat menggugurkan dosa mereka. Nabi tak mengkafirkannya. Orang yang bersalah didoakan dan disolatkan oleh nabi s.a.w dan para sahabat. Sedangkan orang kafir tidak boleh disolatkan. 

   Adapun pendapat Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah bahwa pelaku dosa besar,  selama dia tidak meyakini kehalalan dosa tersebut, dia tahu dan yakin bahwa itu haram tapi dia mengikuti hawa nafsu, maka dia fasik belum kafir. Dan di hari kiamat nanti dia di bawah kehendak Allah. Jika Allah kehendaki Allah akan maafkan dia, dan jika Allah kehendaki Allah akan azab dia.

   Dalil Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang pertama adalah firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ…

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni yang lebih rendah dari syirik bagi siapa yang Allah kehendaki…” (QS. An-Nisa'[4]: 48)

    Di sini Allah mengatakan bahawa untuk dosa yang lebih rendah dari kesyirikan maka itu di bawah kehendak Allah. Jika Allah kehendaki Allah akan azab dia, dan jika Allah kehendaki Allah  maafkan dia.      

      Jadi,  mereka melihat satu sisi dan melupakan sebahagian  yang lain. Seharusnya melihat dalil secara komprehensif dahulu baru di tafsirkan. Bukan berkeyakinan dulu baru kemudian mencari dalil yang selari dengan keyakinannya. 

    
18.  Hanya berdalil dengan hadis mutawatir    
    Ini dilakukan oleh orang-orang muktazilah dan  diikuti oleh sebahagian ahli bid'ah yang lain. 
Mereka  mengatakan , kami dalam bab akidah hanya berdalil dengan hadis mutawatir. 

   Ini tidak benar dan tidak pernah diajarkan oleh nabi s.a.w .  Betapa banyak para sahabat yang mengajarkan akidah yang tidak mutawatir. Ketika nabi mengutus Muaz bin Jabal r.a ke Yaman, nabi mengutusnya seorang diri.  Mutawatir itu maksudnya harus dibawa oleh 10 orang atau lebih. Hadisnya mesti diriwayatkan oleh 10 orang , ini tidak benar. 

    Hadis mutawatir dalam islam hanya sedikit. Ahli sunnah tak membezakan antara mutawatir dengan ahad kecuali dalam masalah tarjih. Selagi ia hadis yang sahih maka ia dijadikan dalil dalam urusan akidah atau urusan ibadah.

      Orang-orang  liberal juga menggunakan alasan hadis tidak murawatir dalam hujah mereka.  Apabila saja tidak sesuai dengan pendapat mereka, mereka memberi alasan itu hadis yang ahad.  Ini cara berdalil yang salah.



19.  Berdalil dengan pengalaman.
          Misalnya seseorang dikejar anjing lalu ia membaca ayat kursi. Kemudian anjing itu berhenti mengejarnya. Jadi, dia ingat itu dalil ayat kursi itu satu syariat yang boleh menghalau anjing.  Padahal itu hanya pengalamannya sendiri sahaja.  Itu tidak boleh menjadi dalil.

     Kalau pengalaman, para dukun, para nenek moyang , orang yang berdoa kepada ahli kubur juga ada pengalaman. Ia berdoa di kubur langsung termakbul. Atau ada orang berdoa di gereja  langsung termakbul. Jadi, boleh kah itu dalil boleh berdoa dikubur dan di gereja?

      Doa termakbul dengan banyak sebab. Mungkin hatinya ketika itu benar-benar dekat kepada Allah atau itu hanya satu istidraj.  Maka pengalaman tidak boleh dijadikan dalil dalam syariat. 


20.  Berdalil dengan pendapat orang yang lebih  tua / senior
     Tidak ada pentarjihan dari sisi senioriti . Orang tua kita hormati . Senior itu ada dua. Pertama, senior dari sisi ilmu. Walaupun dia masih muda tapi ia seorang yang berilmu maka ia dianggap senior  atau kibar dari sisi ilmu.  Kedua, senior dari sisi umur. Orang tua memiliki keberkahan , kenapa?  Kerana meskipun ilmunya kurang, tapi ia punya banyak pengalaman. Dia lebih hikmah , lebih bijak dan sebagainya. Apalagi kalau ia ulama.

     Tetapi tidak boleh kita mentarjih sesuatu pendapat dengan mengatakan ini pendapat senior. Tidak ada cara seperti itu dalam usul fiqh mana pun.  Seperti katanya, pendapat imam Malik lebih diambil dari pendapat imam Syafie kerana imam Malik lebih tua. 
    
     Kalau begitu imam Syafie sentiasa akan kalah. Apa lagi dengan imam Abu Hanifah?   Tetapi tidak ada pentarjihan  seperti itu. 

    Sabda nabi,

    “Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami.”
[Sunan Tirmizi, No: 1919.]

      Orang tua harus dihormati kerana mereka lebih banyak ibadahnya, lebih lama sabarnya dalam menuntut ilmu  dan berdakwah dan  lebih banyak jasanya kepada Islam. Kalau ada kesalahan tidaklah patut kita merendahkannya. 

   Tetapi dalam hal pentarjihan tidak semestinya  dipakai mengikut senioriti.  Yang muda tak semesti- nya tidak dipakai pendapatnya. 

     "Laut yang besar tak semestinya lebih baik dari sungai yang kecil. Kerana ada ikan  di sungai yang tidak ada di laut yang besar."

    Kesimpulannya, tidak ada dalam usul  fiqh mengatakan, dia lebih muda maka tidak dipakai pendapatnya berbanding dengan pendapat orang yang lebih tua. 


      Inilah 20 argument yang tidak boleh dijadikan cara pendalilan dalam masalah-masalah agama.  Maka jangan kita gunakan cara tersebut sebagai dalil kerana ia salah dan keliru.



Semoga bermenafaat.





Dari kuliah Dr. Firanda.
24/4/25
Klang




       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...