Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Tidak ada yang ragu bahawa kita ini hidup di zaman yang penuh fitnah. Samada fitnah syahwat mahupun fitnah syubhat. Dengan adanya medsos dan internet, seluruh syubhat yang sebelumnya tersembunyi , kini makin terungkap. Yang tadinya pemikiran-pemikiran menyimpang tertutup kini semakin kelihatan. Kerana setiap orang yang memiliki pemikiran ia pasti berusaha mencari pengikut dan berusaha mengungkapkannya di depan public.
Di zaman sekarang banyak pemikiran-pemikiran yang liar mengenai masalah akidah. Mulai dari firqah-firqah yang menyimpang dan dari aliran-aliran yang menyimpang. Dan hal itu sangat banyak dalam dunia Islam.
Pemikiran yang menyimpang
Jika kita bercakap tentang pemikiran menyimpang ianya banyak sekali, seperti liberalisma, sekularisma, komunisma, pluralisma dan banyak lagi.
Belum lagi akidah yang sesat seperti wahdatul wujud, sufi yang ekstrem, para penolak sifat-sifat Allah swt, yang mengatakan adanya nur Muhammad, dan banyak lagi baik di tanah air mahupun di luar negeri. Dan semuanya terungkap sekarang dengan adanya medsos.
Kalau dulu kita membaca buku-buku tentang keanehan orang sufi, sekarang kita lihat dengan nyata di youtube dan internet . Ada yang menganggap orang gila sebagai wali . Ada yang berzikir sambil loncat-loncat , sambil joget-joget, ada yang mengaku bertemu nabi Khidir sambil membawa proposal menjadi wali. SubhanaLLah, aneh sekali.
Sehingga ada yang mengatakan siapa yang menyembah nabi Isa a.s, bahawa nabi Isa itu ada roh ketuhanan, maka siapa yang menyembahnya ia bertauhid. Ada juga yang mengatakan roh bukan makhluk, dan semakin liar lagi.
Akidah ahli sunnah wal jamaah
Oleh kerana itu, kita berusaha untuk mempertahankan akidah di atas akidah ahlu sunnah wal jamaah.
Belum lagi fikiran falsafah yang masuk theologi yang diambil dari pemikiran yunani. Pemikiran muktazilah yang belum selesai malah dikembang kan lagi oleh orang zaman sekarang. Ada yang mengatakan azab kubur tidak ada, ada yang mengatakan azab neraka tidak kekal. Banyak orang yang berbicara. Maka pemikiran yang menyimpang tidak habis-habisnya.
Belum lagi kelompok-kelompok yang mengatakan siapa yang tidak berbaiat dengan imamnya maka ia kafir. Dan pemikiran-pemikiran akidah yang menyimpang itu terus berkembang dan tumbuh.
Maka kita berusaha untuk menyelamatkan diri kita dan keluarga kita. Jangan terpedaya dengan banyaknya orang yang menyimpang. Firman Allah swt,
Memegang kebenaran
Oleh kerana itu seseorang harus berusaha memegang pada kebenaran. Sebagaimana dikatakan oleh seorang sahabat nabi r.a,
'Jamaah itu bersama kebenaran meskipun kau bersendirian'.
Kita renungkan bagaimana perubahan agama ahli kitab, bani Yahudi. Kemudian menjadi nasraniah, kemudian terjadi penyimpangan besar-besaran, sampai hanya tinggal segelintir orang yang berada diatas tauhid. Maka dalam sahih Muslim diberitahu keadaan sebelum nabi diutus, nabi s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya Allah melihat kepada penghuni bumi lalu Dia murka kepada mereka semua, baik Arab maupun non-Arab, kecuali sisa dari Ahli Kitab."
[Hadis Sahih Muslim no. 2865]
Dalam konteks hadis ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan keadaan dunia sebelum diutusnya beliau sebagai nabi. Saat itu, umat manusia telah jauh dari petunjuk Allah, dalam kesesatan dan kemaksiatan, kecuali sebagian kecil dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) yang masih berpegang pada kebenaran.
Salman al Farisi semasa dalam perjalanan mencari iman, mencari hidayah maka ia bertemu dengan satu pendeta yang bercakap benar, katanya pergilah kepada pendeta fulan, pendeta fulan . Ternyata hanya ada segelintir yang masih di atas tauhid. Di antaranya ialah Warqah bin Naufal yang tidak melakukan syirik.
Maksudnya, sekian banyak nasara dan yahudi rosak, rosak, berubah , berubah sehingga melakukan kesyirikan sampai akhirnya merubah masalah ketuhanan, dari Allah swt itu Esa kepada triniti. Dan khilaf lagi adakah nabi Isa itu tuhan atau tidak. Bagaimana dengan bonda Mariam dan rohul quddus? Khilaf yang panjang diantara mereka sehingga tinggal sedikit yang mentauhidkan Allah swt.
Akidah yang benar
Oleh kerana itu ketika orang berbicara tentang akidah dia harus berakidah dengan akidah yang benar dan jangan terpedaya dengan jumlah yang banyak. Belum tentu yang banyak itu benar. Kerana kebenaran itu di atas dalil.
Pada kali ini kita akan menyebut berkenaan barometer/ alat mengukur akidah yang benar supaya kita ada landasan apabila kita berakidah. Supaya kita tidak sembarang berakidah dan supaya kita berakidah dengan apa yang diperintah oleh Allah dan rasulNya.
Rukun iman
Sebagaimana kita ketahui, pembahasan akidah secara umum ialah rukun iman. Iaitu
"Engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, dan engkau beriman kepada takdir, yang baik maupun yang buruk."
(HR. Muslim, no. 8)
Seorang mukmin harus beriman dengan 6 rukun iman ini. Namun kenyataannnya ada yang benar dan ada yang menyimpang dari 6 rukun iman ini. Terkait dengan iman kepada Allah banyak penyimpangannya. Yang berbuat syirik kepada Allah swt, baik dari sudut uluhiyah, atau rubbubiyah atau asma wa sifat Allah, banyak kaum muslimin terjerumus dalam penyimpangan iman kepada Allah .
Demikian juga beriman kepada malaikat ada menyimpangan , kepada kitab suci, dan seterusnya. Ini sudah dibantah oleh banyak para ulama.
Ramai orang mengaku bila ia beriman dengan rukun iman maka imannya sudah benar. Tetapi kadang-kadang imannya tercampur dengan pemikiran-pemikiran yang keliru. Oleh itu agar kita dapat menjaga akidah kita supaya ia
sentiasa benar maka kita harus ada barometer tentang akidah yang benar itu seperti apa.
Maka di sini kami kumpulkan beberapa ciri tentang akidah yang benar. Iaitu:
1. Akidah yang bersumber dari al Quran dan Sunnah.
Kerana akidah ialah berbicara tentang yang ghaib maka informasi tentang hal tersebut yang valid hanya dari al quran dan sunnah. Kerana yang ghaib susah dimasuki oleh kias dan hampir-hampir tiada kias. Kerana ketika mengkias sesuatu yang terlihat maka muncullah kias. Tetapi ketika mahu mengkias tentang hal yang ghaib, maka tidak mungkin kita mengkias kannya dengan benda yang kita lihat. Kerana ada perbezaan yang besar antara perkara yang ghaib dengan perkara yang nampak. Sehingga bila akal tidak mampu bermain dengan hal ini, kerana pintu kias tertutup kepada hal yang ghaib, maka tidak ada cara mengetahui hal yang ghaib kecuali informasi dari sumber yang valid, iaitu al quran dan sunnah.
Sebab kalau kita berhadapan benda yang nampak kita boleh tahu dengan penelitian, pengalaman, ujikaji, tapi kalau hal yang ghaib bagaimana? Tidak ada cara mengetahui yang ghaib kecuali dari informasi. Dan yang memberi informasi yang valid cuma dua iaitu al quran dan as sunnah.
Alam ghaib
Bila orang menggunakan akalnya untuk masuk ke alam ghaib, ia pasti akan keliru. Iaitu jika tidak dibimbing dengan al quran dan sunnah. Itulah yang sering terjadi kepada orang-orang falsafah dan orang-orang Yunani . Ketika mereka mula berbicara tentang tuhan maka timbul khilaf yang banyak di antara mereka . Kenapa? Kerana mereka cuba masuk ke alam ghaib yang akal bulan ranahnya. Kalau mereka berbicara tentang sosiologi, tentang ekonomi , biologi , fizik, kimia, matematik, maka itu okay kerana akal masuk ke situ. Tetapi bila berbicara tentang Allah, tentang malaikat, dan hal-hal yang ghaib maka akal bukan ranahnya.
Batas akal
Al imam Syafie berkata;
" Sesungguhnya akal itu mempunyai batas yang jika telah sampai ke batasnya, ia akan berhenti sebagaimana penglihatan mempunyai batas."
Mata ini mempunyai keterbatas- an, akal juga begitu. Di antara yang bukan ranah atau bidang bagi akal ialah perkara ghaib. Akal tidak mampu sampai ke sana.
Maka untuk tahu hal-hal yang ghaib apalagi tentang sifat-sifat Allah, tentang malaikat, Allah saja yang lebih tahu tentangnya. Maka seluruh informasi yang datang dari al quran dan sunnah , tugas kita ialah membenarkan , mengakui. Apakah akal kita dapat memikirkannya atau tidak , tak jadi masalah. Bila saja ada informasi dari Allah dan Rasul tentang keimanan maka kita terima.
Sumber akidah
Oleh itu, tentang masalah akidah, sumbernya dari al quran dan sunnah dan tentunya dengan ijmak para salaf. Sebab itu bila ditanya ibnu Taimiyah dari mana ia mengambil akidah , katanya ,
'Aku mengambil akidah dari Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta pemahaman para sahabat, tabi’in, dan generasi Salafus Shalih.'
Ia sangat menekankan penting- nya kembali kepada dalil-dalil yang sahih dan meninggalkan taklid buta terhadap falsafah atau pendapat yang menyimpang dari manhaj salaf.
Oleh itu nabi Yusuf a.s ketika menegur orang yang melakukan kesyirikan seperti dalam quran 12:40,
Nabi Yusuf a.s mengkritik orang yang menyembah selain ALLah itu kerana mereka tidak ada dalilnya.
Dua keyakinan
Oleh itu keyakinan yang tersebar dalam masyarakat boleh kita klasifikasikan kepada dua jenis. Pertama, keyakinan yang ada dalilnya, dan kedua , keyakinan yang tidak ada dalilnya. Tentu kita mengikuti yang ada dalilnya.
Maka semua keyakinan yang bukan dari al quran dan sunnah jangan diyakini. Kerana kita ini dituntut untuk beramal. Dan amal kita akan dihisab oleh Allah ada 3 jenis amal . Amal jawarih seperti zakat , puasa, haji dan lain-lain. Amal lisan seperti zikir, baca al quran.
Dan ada amal hati iaitu seperti akidah. Sebagaimana kita tidak boleh sembarangan beribadah dengan tubuh kita , kita tak beribadah dengan apa yang tak diajar oleh nabi, maka apalagi bab akidah.
Kita tidak berakidah kecuali ia diajarkan dari al quran dan sunnah. Kalau bukan dari kedua-duanya jangan diikut. Kita tidak mahu mati dengan akidah yang tidak ada dalilnya. Nabi Yusuf mencela orang menyembah berhala dengan katanya, ' Allah tidak menurunkan satu keteranganpun tentang nama-nama ( berhala) itu'
Tanya dalil
Apa pun akidah yang diungkap kan dalam internet atau di mana saja, tanyakan dulu, ada dalilnya atau tidak? Kalau tidak ada, mohon maaf saya tidak percaya. Dalil harus sahih dan valid.
Kerana orang sekarang itu liar. Berkata inilah, berkata itulah, dan ada saja pengikutnya. Seperti meyakini ada wali gila. Banyak yang percaya. Pelajar-pelajar pondok minta berkah dari wali gila tersebut. Apakah ada dalilnya wali kerana sangat hebatnya jadi gila? Adakah sesiapa yang lebih hebat dari kewalian Abu Bakar r.a? Atau kesolehan Umar r.a? Atau ketaqwaan para sahabat? Ada kah para sahabat yang gila kerana sangat hebatnya mereka? Tidak ada.
Tapi zaman sekarang orang gila dikatakan wali. Yang gila yang mana? Yang wali itukah atau yang mengatakan ia wali? Tapi ada saja pengikutnya.
Kemudian ada di internet, katanya ia baru berjalan di Sidratul Muntaha. Ada juga pengikutnya. Aneh.
Tidak usah diikuti
Oleh kerana itu semua akidah yang tidak ada dalil tidak usah diikuti. Dan haram diyakini. Kita tidak dituntut untuk meyakini sesuatu yang tidak ada dalilnya. Sebagaimana kita beribadah mengikut dalil , begitu juga berakidah juga mesti mengikut dalil.
Maka ciri pertama akidah yang benar ia mesti bersumber dari al quran dan as sunnah. Selain itu jangan percaya. Apalagi jika pakai analogi, logika, kias , itu semua tidak ada.
2. Mengikut akidah para salaf
Akidah salaf itu diriwayatkan dengan bersanad. Contohnya kitab al Qadr oleh ibn Wahab wafat 197H, Usulussunnah oleh al Humaini wafat 115H, al Iman oleh abu Ubaid bin Kassim wafat 224H, al Iman oleh ibn abi Syaibah wafat 235H, Iktiqad oleh imam Bukhari wafat 256H , Radd 'alal Jahmiah wa zanadiqah oleh imam Ahmad wafat 241H , Usulussunnah karya imam Ahmad , As Sunnah oleh Abdullah bin imam Ahmad wafat 290H dan banyak lagi yang diriwayatkan secara bersanad. Sehingga bila kita katakan Allah itu begini, al quran itu begini, semua ada sanadnya.
Kata imam Bukhari, aku bertemu lebih 1000 ulama semuanya mengatakan amal itu sebahagian dari iman , kerana dia ingin membantah puak murjiah yang mengatakan amal bukan sebahagian dari iman. Imam Bukhari berdalil dari lebih 1000 ulama yang ia temui.
Bersanad
Alhamdulillah, akidah salaf itu bersanad dan dapat dibuktikan dengan autentik sampai kepada ulama salaf. Seperti buku imam Bukhari, Khalqu Af'al al ibad. Kita boleh membaca bagaimana akidah imam Bukhari yang menulis buku tersebut yang menyelisihi akidah banyak orang zaman sekarang.
Adapun ahli bid'ah yang akidahnya menyimpang mereka takkan menemukan salaf mereka. Mana sanad mereka yang mengatakan wali orang gila? Siapa salaf yang mengatakan begitu? Atau yang mengatakan boleh pergi ke sidratul muntaha?
Ada pula yang mengatakan ia sudah Israk mikraj berkali-kali. Ada pula habib yang mengatakan siapa yang hidup di zamannya, dosa-dosanya diampuni. Bahkan katanya siapa yang hidup di zamannya akan masuk syurga tanpa hisab. Siapa yang membuat haulnya walau tak hidup di zaman nya, semoga masuk syurga tanpa hisab.
Sedangkan yang hidup zaman nabi saja belum tentu diampuni. Adakah semua yang hidup zaman nabi masuk syurga tanpa hisab? Tapi siapa hidup zaman habib tertentu ia masuk syurga tanpa hisab. Enak sekali? Adakah dalil dari quran mahu pun sunnah?
Foto para habib
Dipasang pula foto-foto para habib, katanya itu penolak syaitan. Umar r.a memang ditakuti oleh syaitan. Tapi habib, fotonya saja sudah ditakuti syaitan. Tanyakan, wali kamu itu ditakuti syaitan mana dalilnya?
Sedangkan Rasulullah s.a.w hanya berkata tentang Umar r.a bukan sahabat yang lainnya. Sabda nabi s.a.w,
"Wahai Ibn al-Khattab, demi Allah! Tidaklah engkau menempuh suatu jalan, melainkan syaitan akan menempuh jalan lain selain jalanmu."
(Sahih al-Bukhari & Muslim)
Itu rasulullah berbicara tentang Umar yang dijamin syurga sahaja, bukan tentang semua sahabat. Padahal para sahabat semuanya wali-wali Allah swt. Tapi syeikh zaman ini bukan cuma badannya, tapi bayangnya pun syaitan takut? Bahkan fotonya saja syaitan takut.
Akhirnya foto habib, foto syeikh jadi azimat. Mahu selamat pasang foto mereka. Khurafat tersebar ditengah masyarakat , tapi tidak ada yang menegur. Sampai ada orang mengaku rasulullah keluar dari kubur mencium lututnya, itupun ada orang membenarkan nya. Adakah dia lebih mulia dari nabi? Tanyakan, semasa hidup nabi adakah nabi pernah mencium lutut orang lain? Bahkan ada sahabat yang ingin sujud kepada nabi tapi nabi larang. Tapi ada wali sekarang yang nabi s.a.w sendiri cium lututnya! Ghuluw!
Tanyakan mana dalilnya nabi keluar dari kubur dan berjalan? Mintakan satu saja dalil dari para salaf. Katanya kubur nabi bergoyang, nabi keluar dan berjalan di Surabaya. Tapi yang mempercayai nya jutaan orang. Jika tidak ada yang mengingkari, mahu dibawa kemana akidah umat ini? Tanyakan , jika benar, mana sanadnya? Jangan serban saja yang ada sanad. Sanad akidah lebih penting dari sanad pakai serban.
Jika nabi keluar dari kubur, pada zaman sahabat kenapa nabi tak keluar? Padahal diwaktu itu terjadi peristiwa yang besar. Yang para sahabat bingung nak menyelesaikannya. Dan ada 9 isteri yang nabi tinggalkan, tidak ada sekali pun nabi keluar dan bertemu mereka. Sampai anak yang nabi s.a.w cintai, Fatimah yang nabi tinggalkan, nabi tak pernah keluar bertemu dengannya. Tapi di zaman sekarang nabi keluar cium lutut kamu. Nabi seakan-akan rendah. Kamu siapa?
Maka akidahnya yang begitu di mana sanadnya? Imam ibn Jauzi dalam kitab Tablis lblis mengata- kan,
' Sebahagian orang ketika membahas wujudnya Allah, mereka membuat kaedah dengan ilmu kalam yang mengatakan adanya jauhar dan a'rad. '
Iaitu istilah-istilah baru. Kalau kamu mahu tahu tuhan ada, kamu kena tahu apa jauhar, apa a'rad.
' Lalu tanyakan adakah Abu Bakar dan Umar r.a tahu tentang jauhar dan a'rad? Tentu tidak. Kerana jika ada, tentu perkataan itu pernah disebut oleh para sahabat dulu. '
Islam itu mudah
Islam itu mudah. Orang badwi masuk islam juga nabi terima. Tapi kata ahli kalam kalau kamu nak kenal Allah kamu harus tahu jauhar dan a'rad. Kalau tidak , imanmu bermasalah. Kamu beriman dengan iman taqlid dan itu iman yang bermasalah.
Sedangkan Abu Bakar dan Umar r.a pun tidak tahu jauhar dan a'rad, maka redhalah dengan akidah Abu Bakar dan Umar r.a.
Jika mereka lurutkan akidah mereka, maka akan sampai kepada falsafah dan muktazikah. Sahabat dan tabiin mana yang belajar akidah seperti itu?
3) Berasal dari salaf dan bersih dari falsafah dan ilmu kalam
Iaitu akidah yang benar itu yang tidak tercampur dengan falsafah dan ilmu kalam Yunani. Kerana Islam sudah utuh tanpa perlu ilmu tersebut. Nabi s.a.w dan para sahabat tak pernah berbicara pasal ilmu falsafah sama sekali. Dan para sahabat itu sudah dapat iman yang sempurna tanpa tahu apa itu ilmu kalam.
Ilmu kalam
Maka, imam Syafie sangat keras sikapnya kepada orang yang belajar ilmu kalam. Katanya
" Hukumku terhadap ahli kalam ialah agar mereka dipukul dengan pelepah tamar dan kasut, dan diarak keliling kabilah serta kaum, sambil dikatakan: Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan al-Kitab dan as-Sunnah lalu mengambil ilmu kalam.”
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Manaqib al-Syafi‘i, 1/462)
Katanya lagi , jika orang bermaksiat dengan seluruh maksiat kecuali syirik lebih aku sukai daripada terkena ilmu kalam.
Iaitu ilmu yang membuat orang bimbang tentang akidahnya , tentang tuhan. Semua ini tak dikenali oleh para sahabat atau para tabiin. Tapi mereka beriman dengan sempurna dan berjihad dengan jiwa raga mereka. Mereka boleh bersedekah dengan seluruh harta mereka. Tanpa mereka mengetahui perkataan Aristotles , Plato dan lainnya.
Oleh itu jika belajar akidah dengan ilmu kalam , tak usah belajar. Itu salah. Bagi ahli kalam , kewajipan awal bagi mukallaf ada 7 pendapat yang khilaf. Ada yang mengatakan nadhar (pengamatan),
ada yang mengatakan sebahagian dari pengamatan, ada mengatakan kehendak untuk mengamati, ada yang mengatakan keraguan, dan macam-macam lagi. Mereka khilaf apa yang wajib pertama bagi orang yang mahu masuk Islam.
Kalau kita mudah. Masuk Islam dengan mengucapkan,
Dahulu ramai orang Arab Badwi masuk Islam. Tapi rasulullah s.a.w tak membebankan mereka supaya berfikir seperti itu. Malahan pendapat itu dibantah oleh ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari walau pun itu dalil bagi orang-orang Ashairah. Kerana ini membuat orang rumit untuk masuk syurga. Dan kalau begitu caranya maka ramai orang masuk neraka jahannam.
Kerana tak mengerti. Kalau tak tahu tuhan itu ada, kamu tak boleh taqlid . Kalau mahu taqlid kamu harus tahu kaedah tadi. Iaitu teori mengatakan tuhan itu ada maka harus belajar apa maksud nadhr dan lain-lainnya.
Padahal masuk Islam cukup dengan mengucap dua kalimah syahadah, selesai. Orang Badwi yang akalnya kurang cerdas pun diterima Islamnya.
Asalnya ilmu akidah itu tidak rumit. Bila ia menjadi rumit? Iaitu selepas adanya ilmu kalam. Begini, begini, begini, susah sekali. Ambil dan bacalah buku Ashairah, susah. Sehingga dai-dai mereka pun tidak faham apa yang ditulis oleh ulama mereka tentang akidah mereka.
Adapun akidah ahlusunnah itu mudah. Begini, dalilnya ini. Alquran dan sunnah.
Kita ahli sunnah wal jamaah akidahnya mudah. Allah berkata-kata, dengan suara yang didengar oleh nabi Musa a.s. Al quran ini firman Allah. Disampaikan dari Allah kepada nabi Muhammad melalui Jibril. Lalu dibaca oleh nabi s.a.w. Al quran itu firman Allah.
Kalau ahli kalam, ia rumit. Katanya Allah tidak bersuara, tidak berkata-kata, tidak dengan huruf, tidak dengan bahasa. Allah berkata dengan kalam nafsi sejak azali . Ia tak berubah. Kalam nafsi itu ialah ungkapan jiwa yang tidak berubah-ubah sampai hari kiamat. Kerana Allah itu harus statik , kata mereka. Al quran kata mereka bukan firman Allah, al quran ini makhluk. Tapi orang mengikutinya pun tak faham maksud mereka.
Al quran ini firman Allah. Mereka salah di sini. Di mana Allah berbicara dengan topik yang Ia kehendaki dan dengan suara yang didengar oleh nabi Muhammad s.a.w dan nabi Musa a.s. Tapi kata mereka Allah tak pernah berkata-kata. Allah memahamkannya kepada nabi Musa. Kenapa?
Kerana kata mereka Allah itu harus statik, harus begini, begini mengikut falsafah Aristotles. Maksudnya akidah ahli kalam itu rumit, akidah ahli sunnah mudah. Allah mahu berkata kepada Adam atau Musa a.s, apa masalahnya? Itu kehendak Allah. Terserah kepada Allah. Sudah, selesai.
4) Akidah yang bersih dan murni tidak tercampur dengan ajaran-ajaran agama lain.
Jika tadi akidah yang benar itu tidak tercampur dengan falsafah yunani dan lainnya, demikian juga akidah yang benar tidak tercampur dengan sisa-sisa ajaran agama lain.
Sebahagian ulama menjelas kan akidah wahdatul wujud itu berkait dengan falsafah Plato. Yang mempunyai teori bersatu kembali kepada ilahi. Banyak akidah sufi yang manusia bersatu dengan Tuhan itu diambil dari falsafah yunani.
Demikian juga akidah kita tidak boleh tercampur dengan agama lain. Akidah Islam itu akidah yang murni tidak perlu tercampur dengan akidah agama lain. Oleh kerana di tanah air ini ada agama hindu , buddha dan lain-lain, maka tidak boleh kita masukkan sisa agama itu kedalam Islam. Seperti khurafat-khurafat, tatayyur-tatayyur dari agama lain tidak boleh dimasukkan ke dalam Islam.
Mandi bunga
Jika ada kereta baru harus dimandikan dengan bunga, dari mana dalilnya? Kemudian ditaruh telur. Kalau pecah satu, bahaya. Harus pecah kedua-duanya. Dari mana dalilnya? Ini sisa keyakinan umat terdahulu.
Seperti juga sesajian-sajian dan roh bergentayangan. Ada seorang pendeta hindu menulis dalam bukunya yang ia bangga adat-adatnya masih diamalkan oleh orang Islam.
Maka, akidah yang benar harus bersih dari sisa-sisa agama pagan, agama sebelumnya, agama penyembah berhala, tidak ada keyakinan roh bergentayangan, tidak ada mantera-mantera, itu semua harus ditinggalkan. Dan masih banyak sisa-sisa, khurafat-khurafat ada dalam masyarakat.
Dulu ada seorang penjual bakso. Ia setiap petang membeli gula-gula berwarna-warni untuk dibuat sesajian atau tangkal supaya laris.
Roh bergentayangan
Dalam Islam bila seseorang mati roh nya masuk ke alam barzakh. Ia tak mampu keluar lagi. Tidak ada roh yang bergentayangan. Roh bergentayangan itu bukan dari akidah Islam. Itu ada dalam agama lain tapi dipakai oleh sesetengah orang Islam. Kadang ia menyedia kan kopi dan kuih. Katanya itu untuk roh yang balik. Keyakinan ini dari mana datang nya?
Ataupun dipanggil roh balik oleh seseorang untuk ditanya apa-apa warisannya. Ini bukan dari akidah Islam. Ini semua kekacauan dalam berakidah.
Kemudian ada feng shui. Atau ada angka yang sial, ada angka keberuntungan. Contohnya no 4 itu sial. Ini semua diambil dari agama lain.
Akidah yang murni
Akidah Islam itu murni. Iman para sahabat hebat. Buktinya mereka sanggup korban seluruh jiwa dan harta demi Islam. Iman mereka tak perlu di campur dengan keyakinan-kayakinan dari agama lain, cukup dengan al quran dan sunnah. Agama kita sudah sempurna mengapa mengambil keyakinan dari agama lain?
5) Diyakini secara keseluruhan.
.
Akidah harus komprehensif. Bukan beriman sebahagian dan tidak beriman sebahagian yang lain. Firman Allah dalam 2:85,
Allah mencela orang yang beriman hanya sebahagian dari isi kitab sahaja. Yang lainnya tidak diimani. Iman yang benar harus komprehensif. Beriman kepada semua rukun iman.
Iman ikut nafsu
Jangan seseorang beriman dengan apa yang sesuai dengan nafsunya sahaja. Yang tak sesuai ia tak mahu beriman. Jangan juga ia beriman kepada yang masuk akalnya, yang tak masuk akal ia tak mahu beriman. Kita beriman kepada apa saja yang disampaikan oleh Allah dan rasulNya. Apakah ia sesuai dengan nafsu atau tidak, tetap beriman. Apakah akal kita boleh menangkapnya atau tidak, tetap beriman. Tidak semua syarat akidah harus masuk akal. Kerana banyak hal yang tak mampu kita renungkan. Allah sebut sifat-sifat Nya. Kita tak boleh bayangkan sifat Allah . Allah berbicara tentang malaikat,
Hati malaikat adakah sama seperti hati manusia? Yang hati kita ada darah, kolesterol, oksigen dan sebagainya. Tapi hati malaikat tentu tiada itu semua sebab ia dicipta dari cahaya. Tentang malaikat saja kita tak dapat fikir bagaimana, kerana akal kita tak sampai. Tapi tidak bererti bila akal kita tak sampai , kita tak beriman kepada hal itu. Jangan pula hanya pilih yang masuk akal saja yang kena beriman kepadanya. Kita tak sampai tapi mungkin ada orang lain dapat menerima.
Oleh itu, beriman itu secara keseluruhan bukan sebahagian saja. Bahaya jika beriman separuh sahaja. Apa saja dari Allah dan Rasul harus diimani. Jika itu valid maka kita terima dan yakini.
6) Akidah yang membuahkan amal soleh
Belajar akidah bukan sekadar wacana pemikiran . Tapi akidah tersebut harus membuahkan amal soleh. Apa faedahnya akidah yang kuat tapi amal tidak ada? Ini disebut oleh Nabi s.a.w dalam banyak dalil, seperti,
"Tidak akan pernah berkumpul sifat kedekut dan iman dalam hati seorang hamba selama-lamanya"
[HR: Imam An-Nasa’i dalam Sunan Al-Kubra, dan dinilai sahih oleh al-Albani.]
Kalau iman seseorang itu baik pasti ia tidak kedekut. Kalau ia kedekut bererti imannya bermasalah iaitu ia ragu tentang hari kiamat, hari pembalasan dan ragu bahawa sedekahnya akan diganti di dunia lagi.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi,
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
[ HR: Bukhari Muslim]
Maka , kalau ada orang mulutnya ringan saja berkata keji, suka menuduh itu ini, maka imannya kepada hari akhirat kurang. Dia tidak takut kepada Allah. Sebab apa? Sebab keyakinannya kurang.
Jika orang benar-benar beriman kepada hari akhirat, dia tidak berkata-kata kecuali yang baik.
Iman dan amal soleh
Oleh itu, hasil daripada akidah yang benar ialah adanya amal soleh. Lihatlah para sahabat yang amal solehnya hebat. Sabda nabi s.a.w,
"Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu dengan jelas, sebagaimana kamu melihat bulan pada malam purnama. Kamu tidak akan mengalami kesesakan dalam melihat-Nya."
[HR: Bukhari, Muslim]
Kemudian sambung nabi lagi,
"Maka jika kamu mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum terbit matahari (Subuh) dan sebelum terbenamnya (Asar), maka lakukanlah.”
Lihatlah rasulullah s.a.w mengaitkan iman melihat Allah dengan amal soleh iaitu solat.
Begitu juga jika seseorang faham masalah takdir dengan keyakinan yang benar, bahawa semua yang Allah lakukan atau takdirkan , pasti ada hikmahnya , maka dia akan sabar dengan musibah-musibah yang ia alami. Tidaklah seseorang jadi tidak sabar dengan musibah kecuali kerana imannya kepada takdir kurang.
Malas beribadah
Oleh itu, iman yang benar justeru akan mengajak orang beramal soleh. Menjadi penyabar, menjadi pemberani, menjadi dermawan, rajin ibadah, dan sebagainya. Itulah akidah yang benar. Jika ada akidah yang membuat orang malas beribadah, bahkan berkata, keyakinanku sudah sampai maka sudah tidak perlu lagi solat, itu sudah pasti akidah yang sesat.
Atau akidah yang mengajar seseorang untuk bersandar kepada gurunya. Katanya yang penting saya sudah kenal guru, saya sudah cium tangan guru, saya akan dapat syafaatnya. Lalu dia malas beramal, lantas meletakkan keselamatannya kepada manusia lain. Ini pasti akidah yang sesat.
Dan sebahagian ahli sufi ada seperti itu. Dia menjanjikan syurga jika dekat dengannya.
Para sahabat dulu mereka beramal dengan luarbiasa. Suatu ketika Rabi'ah membantu rasulullah s.a.w,
Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami berkata:
"Aku biasa bermalam bersama Rasulullah SAW dan menyediakan air wudhu’ dan keperluan baginda. Maka baginda bersabda: 'Mintalah (apa yang engkau inginkan).'
Aku berkata: 'Aku minta agar dapat menemani engkau di syurga.'
Baginda bersabda: 'Adakah permintaan lain?'
Aku menjawab: 'Itulah permintaan aku.'
Baginda bersabda:
'Bantulah aku untuk (membantu) dirimu dengan banyak sujud (yakni solat).'"
[HR: Muslim (489)]
Syurga dan amal soleh
Di sini Allah mengaitkan masuk syurga dengan amal soleh. Allah tambah lagi dengan firman Nya,
Dan lagi,
Maka jika ada ajaran yang akidahnya membuat orang malas beribadah, atau meninggalkan amal lalu bergantung kepada ketuanya, maka itu akidah yang sesat. Seperti ia mengatakan , aku murid sekian-sekian orang, atau anak si fulan, si fulan , maka aku akan selamat dan aman kelak di akhirat. Itu akidah yang tidak benar.
Justeru dengan akidah yang benar, para sahabat sangat banyak ibadahnya, kuat pengorbanannya, sedekahnya, kasih sayangnya dan sebagainya.
7) Jangan ragu dengan akidah kita
Maka supaya kita tidak ragu dengan akidah ahlu sunnah wal jamaah, hendaklah terus belajar, dengan dalilnya kita akan yakin apa yang kita pelajari.
Tinggalkan debat
Dan tinggalkan perdebatan. Akidah kita bukan untuk diperdebat. Ketika orang datang kepada imam Malik, katanya, Hai imam Malik mari kita berdebat. Jawabnya, tunggu dulu, kita berdebat, kalau saya menang kau ikut saya? Kalau kau menang , saya ikut kamu. Kalau ada orang ketiga datang dan dia menang, adakah kita ikut dia? Begitukah akidah?
Akidah bukan untuk diperdebat kan. Akidah bukan menang secara logik. Sudah ada dalil hadis contohnya, maka selesai.
Saya tidak perlukan debat. Anda dengan keraguan anda, saya sudah yakin dengan apa yang saya yakini. Sudah.
Jauhi syubhat
Dan juga jangan sekali-kali dekat kepada syubhat. Jika orang itu bermasalah akidahnya, kita pun cuba masuk ingin tahu apa masalahnya, tak usah. Bahkan jangan menontonnya sama sekali.
Kalau anda terkena syubhat angkara mendengar yang syubhat, iman anda boleh jadi ditarik oleh Allah swt.
Kalau kita sudah yakin dengan akidah kita , cukup. Tenang dan tenteram. Jangan berdebat, jauhkan syubhat. Akidah itu jelas dari al quran dan sunnah dan perkataan salaf. Inilah akidah yang diyakini oleh imam Bukhari, imam Syafie, imam Malik, imam Abu Hanifah, Sufian at Tsauri dan para sahabat. Cukup.
Imam Zahabi
Seperti imam Zahabi menulis dalam bukunya, Al uluw lil Aliyyil Ghaffar, wafat 748H, dia mengatakan, ada ratusan ulama mengatakan Allah di atas, noktah. Ada dalil, ada al quran , hadis ada dan ulama pun ratusan mengatakannya. Selesai. Tidak perlu debat-debat.
Kalau kita debat, kita menang secara logik. Boleh jadi menang, boleh jadi kalah. Jadi cukup katakan, ini informasi dari hadis sahih, dari al quran, dan ulama sepakat, maka selesai. Tidak perlu berdebat lagi.
Kesimpulan
Dengan barometer yang dijelaskan di atas kita boleh menyimak keyakinan yang kita pegang.
Jika keyakinan kita bukan bersumber dari al quran dan sunnah, atau tidak sama dengan fahaman salaf, atau bersumber dari falsafah, atau diambil dari agama lain, atau diyakini sebahagian sahaja, atau keyakinan yang tidak mendorong kepada amal, atau ia membuatkan kita ragu, maka itulah tanda atau alamat keyakinan yang kita pegang itu menyimpang atau tidak benar. Boleh periksa diri sendiri.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah: Dr. Firanda.
Klang.
14/5/25
Ulasan
Catat Ulasan