Langkau ke kandungan utama

463) APA 6 AKHLAK YANG PATUT DIAJAR KEPADA ANAK-ANAK?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,




Dunia Yang Canggih

   Di dunia yang semakin canggih dimana anak-anak  lebih akrab dengan skrin daripada hati nurani,  tugas kita sebagai ibubapa bukan sekadar memastikan mereka pandai, tetapi memastikan mereka tidak kehilangan arah moralnya. 

   Kepandaian boleh diajar di sekolah. Tetapi moral mesti diajar di rumah. Dan jika di rumah gagal menanamnya jangan salahkan dunia jika anak membesar tanpa hati nurani nanti.


   Berikut 6 hal moral paling asas yang wajib diajar terus-menerus kepada anak kerana ia menjadi akar kepada akhlak lain dalam hidup:


1. Kejujuran

Sabda nabi s.a.w,

   “Sesungguhnya kebenaran (kejujuran) membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa ke syurga…”
(HR: Bukhari, Muslim)


    Maksud jujur secara ringkas ialah:

   Berkata benar, berbuat benar, dan tidak menyembunyikan kebenaran walaupun ia tidak menguntungkan diri sendiri.

   Oleh itu ajarkan anak supaya ia tahu bahawa:

-  berkata benar walaupun sukar

-  mengaku salah tanpa takut

-  tidak menipu untuk mendapatkan kesenangan


Kenapa jujur  penting?

   Kerana tanpa kejujuran, hubungan manusia akan runtuh—dalam keluarga, sekolah, kerja, dan masa depan mereka sendiri.

    Jangan hanya menghukum ketika dia berbohong, tapi fahami dulu kenapa mereka takut berkata jujur.  Kerana anak yang takut berkata  jujur seringkali dibentuk oleh ibubapa yang  terlalu mudah marah.



2. Tanggungjawab

  "Setiap orang yang dipimpin adalah amanah. Setiap orang yang amanah akan dimintai pertanggungjawaban.”
(HR: Muslim)

    Maksud tanggungjawab secara ringkas ialah:

   Melakukan tugas yang diberikan dengan amanah, serta berani memikul akibat perbuatan sendiri tanpa menyalahkan orang lain.


Oleh itu,  ajarkan anak:

-   bertanggungjawab terhadap kerja mereka

-  menjaga barang sendiri

-   menyiapkan apa yang mereka mulakan

-   mengakui kesilapan dan memperbaikinya


Kenapa bertanggungjawab itu penting?

    Kerana Ia membentuk karakter yang boleh dipercayai, disiplin dan matang.

   Anak harus belajar bertanggung- jawab jika ia benar melakukannya, bukan mencari  alasan. Kerana anak yang berani mengakui kesalahannya akan membesar menjadi pemimpin  yang boleh dipercayai.




3. Menghormat (respect) orang lain tanpa melihat siapa dia


    Tanamkan  nilai bahawa semua orang patut dihormati. 

Hadis Nabi ﷺ – Riwayat Abu Dawud

 “Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang paling mulia adalah yang paling lemah lembut terhadap orang lain.”

     Maksud rasa hormat secara ringkas ialah:

   Melayan orang dengan adab, menjaga kata dan tindakan, serta mengakui nilai dan hak orang lain.


   Tiga arah rasa hormat yang penting:

-   hormat kepada ibu bapa dan orang tua

-   hormat kepada rakan, guru, dan perbezaan orang lain

-   hormat kepada diri sendiri (maruah dan batas)


Kenapa rasa hormat penting?

    Kerana rasa hormat melahirkan hubungan yang damai dan matang, dan mencegah anak dari menjadi kasar, egois atau meremehkan orang.




4. Empati dan belas kasihan

Hadis Nabi ﷺ – Riwayat Bukhari dan Muslim

 “Orang yang tidak penyayang terhadap sesama manusia, Allah tidak akan menyayanginya.”


   Maksud empati ialah kemampuan merasai dan memahami perasaan orang lain, seolah-olah berada di tempat mereka.

  Maksud belas kasihan pula ialah dorongan hati untuk membantu, menenangkan, atau meringankan kesusahan orang lain setelah memahami perasaan mereka.

   Oleh itu , ajarkan anak untuk:

-  memahami perasaan orang lain

-   tidak menyakiti hati orang lain

-  membantu yang lemah

-  bertimbang rasa ketika bercakap atau bertindak


Kenapa ianya  penting?

   Kerana anak yang berempati lebih mudah bergaul, kurang melakukan buli, dan membesar dengan hati yang lembut.




5. Kawalan diri (self-control)

Hadis Nabi ﷺ – Riwayat Abu Dawud & Tirmizi

 “Orang kuat bukanlah yang pandai bergusti, tetapi orang kuat adalah yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”


   Maksud kawal diri secara ringkas ialah:

   Mampu mengawal emosi, kata-kata, dan tindakan supaya tidak bertindak ikut kemarahan atau tanpa fikir panjang.

   Ini termasuklah dalam hal:

-   mengawal marah

-   sabar menunggu giliran

-   tidak bertindak ikut emosi

-   boleh menahan diri daripada keinginan yang salah


Kenapa kawal diri itu penting?

   Kerana anak yang boleh mengawal diri sendiri akan lebih berjaya secara akademik, sosial, dan emosi suatu hari nanti.



6.   Meminta maaf dan memaafkan

Surah An Nissa 4:109,

 “Dan mohonlah ampunlah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


    Ajarkan anak   bahawa meminta maaf bukan tanda kalah,   tapi tanda besar hati.  Dan memaafkan  bukan bererti melupakan kesalahan tetapi melepaskan beban di dada.

   Kerana hati yang penuh dendam tidak akan rasa tenang walau  secerdas apapun otaknya. 



Ringkasnya

6 hal moral/ akhlak yang utama:

1. Kejujuran

2. Tanggungjawab

3. Hormat

4. Empati

5. Kawalan diri

6. Memaafkan


   Anak yang mempunyai moral yang kuat tidak akan terbawa oleh arus zaman. Ia mungkin hidup di tengah keburukan tapi tetap tahu batas mana yang boleh dan mana yang tidak. 

   Jadi , jangan bosan menasihati dan menegur dengan lembut  dan menjadi teladan . Kerana anak tidak akan selalu  mendengar kata-kata kita tetapi akan selalu meniru apa yang kita lakukan. Moral bukan tentang hafalan nilai baik  tetapi tentang  kebiasaan kecil yang diulang setiap  hari di dalam rumah. 



   Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain.





Padang Jawa.
1/12/2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...