Langkau ke kandungan utama

243) APA UBAT STRESS, KEGELISAHAN DAN KESEDIHAN?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


       Di antara pengubatan bagi penyakit-penyakit hati seperti stress, kesedihan, bimbang, takut dan lain-lain ,  juga penyakit-penyakit badan,  adalah kuatnya hati atau qalbu. Iaitu hati yang tidak gelisah dan tidak terbawa-bawa dengan khayalan-khayalan atau kekhuatiran-kekhuatiran yang berlebihan, yang selalu menimpa qalbu seseorang.

     Kalau seseorang terkena musibah atau takdir buruk, kemudian ia berfikir macam-macam, kalau begini, begini, dan begini,  banyak fikiran-fikiran yang masuk ke dalam hatinya . Maka jangan dia terbawa-bawa.   Hatinya harus kuat, harus beriman kepada takdir.,  harus redha kepada keputusan Allah swt, harus banyak mengingat Allah swt. Beriman bahawa semua keputusan adalah dalam tangan Allah swt. 

    Bila saja seseorang pasrah kepada khayalan-khayalan yang masuk dalam dirinya, atau khuatir yang berlebihan, maka ini akan menimbulkan dampak / kesan  yang buruk. Akan menimbulkan kekhuatiran , penyakit semakin parah, menimbulkan kemarahan, kegelisahan, sebab-sebab yang akan menimbulkan  kesedihan, maka ini hendaklah dihindari.  Jangan terbawa-bawa.



Khayalan

     Bila saja terkena sesuatu, katanya nanti jadi begini, begini dan begini. Iaitu dia biarkan hatinya terbawa dengan khayalan tersebut. Kalau dibiarkan hati begitu, ia akan menjerumuskan dia dalam kesedihan dan kegelisahan.  Penyakit-penyakit hati menimpanya bahkan akan berpengaruh kepada tubuhnya.  Akhirnya stress dan menimbulkan dampak / kesan yang buruk. 



Kesihatan tubuh

     Oleh itu, tak diragukan bahawa qalbu itu berpengaruh kepada kesihatan tubuh. Rasulullah s.a.w sudah mengatakan,

 "Ketahuilah, sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya; jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, ia adalah hati (qalb)."
[ HR: Bukhari, Muslim]

     Maka, pemikiran itu punya pengaruh kepada kesihatan. Doktor pun mengatakan demikian . Bahawasanya terlampau banyak stres akhirnya mengakibatkan gula cepat naik,   kolesterol semakin tinggi, metabolisma tidak lancar dan ini membawa kepada penyakit hati dan penyakit badan. 

     Maka seseorang harus menguat kan dirinya, menguatkan hatinya. Bagaimana?


Tawakkal dan husnuzzan

     Dengan tawakkal kepada Allah, dengan husnuzzan/ sangka baik kepada Allah, sehingga bila dia menghadapi musibah tersebut, kalau dia sakit maka berubatlah,  tanpa ia fikir kalau begini jadi begini, begini.   Terlalu banyak kekhuatiran . 

    Cukup dia tingkatkan imannya. Apa yang penting dia solat dan  dia beribadah. 

    Ada seorang ibu yang terkena kanser, bila ditanya apa yang ia fikirkan.  Katanya ia khuatir , kalau ia meninggal ia ngeri sebab takut jikalau masih ada maksiat yang belum diampuni,  tidak solat, tidak berbakti kepada orang tua, tidak berbakti kepada suami , takut kalau meninggal dalam keadaan demikian. Maka jauhi maksiat, solatlah, berbaktilah, selebihnya serah kepada Allah .

    Jadi tingkatkan iman dan husnuzzan  kepada Allah.  Sandarkan hati kepada Allah. Jangan terlalu memikirkan  kalau begini, kalau begini. Itu yang membuat orang terkadang jatuh. Terutama wanita , mudah sekali jadi seperti itu.  Ada masalah, nanti jadi begini, begini, khuatir berlebihan, menangis melulu atau sedih melulu. Membayangkan  macam-macam , akhirnya suuzzan/ sangka buruk  kepada orang bermacam-macam.  Akhirnya,  diri sendiri menderita. Bila ia menderita, penyakitnya semakin bertambah, semakin jauh pula dari Allah.

    Seandainya dia lari kepada Allah , kemudian berdoa, solat malam itu terbaik. Tapi banyak orang bila terkena masalah, ia fikir macam-macam dan dia biarkan qalbunya mengalir bersama fikiran tersebut, khuatir berlebihan, suuzzan, jauh dari  Allah .

    Akhirnya untuk hilangkan stress ia dengar muziklah, menonton filemlah, makan anginlah,  tetapi bahkan penyakit semakin parah. 

    Oleh itu diantara sebab utama seseorang cepat sembuh dari penyakit hatinya, stressnya, kegelisahan  dan kesedihannya,  jangan biarkan hati terbawa kepada fikiran negatif tersebut. Sebaliknya tawakkal kepada Allah, serahkan kepada Allah, berdoa kepada Allah, terima apa pun keputusan Allah. Maka ini sangat diperlukan.



Kata Syeikh Sa'adi,

    "Apabila hati seseorang itu bergantung penuh kepada Allah, bertawakkal kepada-Nya, maka dia tidak akan dikacaukan oleh lintasan-lintasan fikiran dan bayangan-bayangan khayalan. Bahkan, dia akan merasa tenang, yakin dan teguh hati."

   Ini sesuai dengan tafsiran ayat 65:3,

           Dimana dia tidak terbawa-bawa dengan  fikirannya, dia berharap kepada Allah,  dia berserah kepada Allah ,  maka akan pergi darinya kesedihan-kesedihan  dan kegelisahan tersebut. Allah cukupkan hatinya. 
     
    Hilanglah penyakit-penyakit hatinya, penyakit-penyakit fikiran nya,  dan penyakit-penyakit badannya. Banyak orang terkena penyakit seperti kencing manis, penyakit bahaya , kanser, terkadang disuruh santai, disuruh ingat Allah, disuruh baca quran, dan pengaruhnya ada. Iaitu penyakitnya semakin  membaik.  

  "Dan bila ia bertawakkal kepada Allah  hatinya semakin kuat, nafasnya semakin lapang, dan tak mungkin dapat kita ungkapkan dengan kata-kata, rahsianya apa?  Tawakkal dan kembali kepada Allah swt. "

Katanya lagi,

     " Betapa banyak hospital dipenuhi dengan penyakit-penyakit waham, penyakit-penyakit khayalan,  kekhuatiran, penyakit fikiran seperti stress. Dan betapa banyak waham, kekhuatiran dan khayalan mempengaruhi orang yang tadinya kuat, tetapi terpengaruh dengan fikiran yang tidak-tidak. Akhirnya dia pun jatuh  kepada kesedihan, kemarahan dan sebagainya. Apalagi  orang yang lemah, begitu terkena fikiran yang tidak-tidak,  lalu ia tersungkur jatuh. Kenapa?

      Kerana kurang tawakkal, kurang husnuzzan kepada Allah. 

    Betapa banyak orang seperti ini akhirnya menjadi pandir atau gila kerana terbawa-bawa dengan fikiran tesebut. Dengan itu banyak orang masuk ke rumah sakit jiwa kerana jiwanya terganggu. Kenapa?

    Kerana emosinya terbawa-bawa, hatinya dibiarkan  terbawa mengalir bersama kekhuatiran-kekhuatiran yang berlebihan tersebut. 

   Dan orang yang selamat ialah orang yang Allah selamatkan. Allah berikan taufik dan bimbingan kepadanya untuk melawan nafsunya sehingga dia dapat sebab-sebab yang bermenafaat untuk menguatkan  qalbunya. Yang dapat menolak dan mengusir kegelisahannya . Allah berfirman dalam 65: 2,

      

       Iaitu Allah akan mencukupkan  baginya semua perkara yang ia hadapi baik perkara dunia ataupun perkara agamanya.  Tapi ini perkara ghaib,  yang memerlukan keimanan dan kepercayaan. Tanpa iman ia takkan merasakan jalan keluar tersebut. 

     Maka jangan terlalu bersedih, iaitu dengan tidak memikirkan yang bukan-bukan. Tawakkal kepada Allah, sudah.  Serahkan  urusan kepada Allah.

Doa tawakkal

    Contohnya ,  kita keluar rumah. Kita tak tahu apa ada di depan kita, apa yang akan kita hadapi, bagaimana petegangan kita, bagaiman untung rugi kita , kita tak tahu. Oleh itu bila keluar rumah  kita baca doa,

       Ini ucapan tawakkal. Maka, selepas itu   malaikat pun menjawab,
"Engkau telah diberi petunjuk, dicukupkan, dan dilindungi (dari gangguan syaitan).’

    Maka syaitan berkata kepada syaitan lain:
   ‘Apa urusanmu dengan seorang hamba yang telah diberi petunjuk, dicukupkan, dan dilindungi?’"
[ HR: Abu Daud dan Tarmizi]

    Maknanya, syaitan putus asa dari mengganggu atau menyesatkan orang yang bertawakkal kepada Allah.



Cukup imani saja

     Oleh itu jangan terlalu memikirkan nanti begini, nanti jadi apa.  Cukup imani saja , pasrah dan katakan, 

   "Tidak sekali-kali akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kami."
[Al quran 9:51]

    Selesai urusan. Tawakkal kepada Allah. Ini akan menghilangkan banyak masalah , ini akan mengangkat banyak kegelisahan dan kesedihan  dari diri seseorang.

Firman Allah dalam ali Imran: 159,
   

Tawakkal menjadikan azam itu teguh dan tidak goyah.


Tak akan mengganggu

   Syaikh Abdurrahman as-Sa'di menyebut:

  "Orang yang bertawakkal hatinya akan tenang, tidak gelisah, dan tidak dikuasai oleh waswas dan gangguan syaitan."

    Kejadian-kejadian yang menimpanya tidak akan mengganggunya.  Itu adalah kelemahan dan kekhuatiran yang tidak ada hakikatnya. Kalaupun terjadi , hadapi dengan tenang dan tawakkal kepada Allah. 

    Allah akan  menjaga orang yang tawakkal kepada Allah. Ini janji Allah dan tenanglah dengan janji Allah ini. Bila bertawakkal akan hilanglah kegelisahan dan kesedihan. Maka kesulitan yang dia hadapi akan bertukar menjadi mudah. Kesedihan akan menjadi kegembiraan,  kekhuatiran akan menjadi ketenteraman. Maka mohonlah kepada Allah supaya dapat bertawakkal kepada Allah.


     Dan berdoa kepada Allah swt agar diberi hati yang kuat dengan bertawakkal dengan tawakkal yang sempurna. Sesiapa yang tawakkal dengan  tawakkal yang sempurna, Allah akan jauhkan ia dari segala keburukan.



Kesimpulan

    Intinya, jika ada masalah ,  sesudah bertindak maka tawakkallah , serahkan  kepada Allah. Kuatkan hati, redha dengan keputusan Allah, pasrah dan jangan terlalu banyak fikiran . Apa yang terjadi katakan ,

[Alquran 9:51]
   
        Apa yang menimpa memang sudah dicatat  oleh Allah. Lantas, apa mahu dibimbangkan. Jalani saja. Namanya musibah,  ia tetap akan  datang silih berganti.


Semoga bermenafaat.




Dari kuliah: Dr. Firanda.
Klang.
17/5/25

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...