Langkau ke kandungan utama

141) BAGAIMANA MENCAPAI HUSNUL KHATIMAH?

Bismillah.
Assalamua'alaikum,

       

      Husnul khatimah adalah impian semua orang yang  beriman. Ia adalah kesimpulan  bagi kehidupan kita di dunia ini selama hidup kita berpuluh-puluh tahun ini. Sabda nabi sa.w,

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.” (HR. Bukhari, no. 6607)

       Ini bermaksud apa saja kebaikan atau keburukan yang kita lakukan  di dunia ini disimpulkan pada amalan kita yang terakhir. Jadi , semua orang soleh sentiasa memerhatikan hal ini. Kerana tidak ada orang  yang tahu apa kesudahan mereka. Tidak ada orang yang tahu takdir mereka yang tertulis di Lauh Mahfuz.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya,

Ibnu Abi Mulaikah berkata:
"Aku bertemu  dengan  30 sahabat Rasullah saw , semuanya bimbang berlaku nifaq pada diri mereka."



Rasa tidak selamat.

      Tidak ada seorang pun daripada 30 orang sahabat itu yang rasa selamat masuk ke syurga. Bahkan para sahabat seperti Umar r.a yang dijamin syurga pun masih takut kalau-kalau ia diazab oleh Allah taala. Sehingga apabila Umar r.a bertemu Huzaifah r.a , ia  bertanya samada namanya tersenarai dalam golongan orang munafik atau tidak.  Kerana Huzaifah adalah pemegang nama-nama para munafik yang diberi oleh nabi s.a.w.

        Itu para sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Allah swt. Bagaimana dengan kita yang tiada jaminan?

Kata ibnu Rajab ,
      Sufian  Atsauri amat gelisah dan khawatir akan amalan nya yang telah lalu,  beliau menangis sambil berkata,
" Aku bimbang jika aku tercatat sebagai orang yang derhaka",  kemudian beliau menangis lagi dan berkata, " Aku khawatir ketika  aku dekat  meninggal dunia, jika iman akah dicabut oleh Allah s.w.t. " 



Memikirkan kesudahan

          Orang soleh  sentiasa memikirkan kesudahan mereka . Dengan sebab itu mereka bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah swt. Kalau para sahabat dan ulama gelisah memikirkan nasib mereka, maka kita lebih-lebih lagi patut gelisah memikirkan  nasib kita nanti.  Bagaimana kurangnya amal kita dan banyaknya pelanggaran yang kita lakukan  di zaman media sosial yang penuh informasi ini, maka seharusnya kita lebih gelisah daripada mereka. 


Doa

      Mereka berdoa untuk mendapat kan husnul khatimah. Di antaranya yang Allah abadikan ialah doa nabi Yusuf a.s. Setelah ia melalui berbagai ujian, sehinggalah ia menjadi pembesar di Mesir. Ini doanya,



“Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.”

(Surah Yusuf Ayat 101.)


Kesimpulan kehidupan

       Kata-kata ini adalah kesimpulan dari kehidupannya selama itu. Oleh itu  ahli ulul albab yang Allah puji mereka dalam surah Ali Imran  juga berdoa ,


       Begitu juga para ahli sihir firaun yang kalah dan  bertaubat lantas  mereka beriman kepada nabi Musa, lalu di ancam hendak dibunuh  dan disalib  oleh Firaun, lalu mereka berdoa ,


       Ini semuanya adalah doa untuk husnul khatimah. Kerana itu Allah berfirman,

         Mati dalam keadaan Islam itulah husnul khatimah. Maka seseorang yang menjalani hidupnya  dengan amal soleh, jangan terpedaya dengan amal yang ia telah lakukan , dengan ilmunya, dengan  sedekahnya , dengan solat malamnya, dengan hafalannya, dengan pujian manusia atau dengan banyaknya followers. Itu semua tidak  mengharuskan kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Kenapa?

      Kerana kita tahu adakah amal-amal  kita selama ini ikhlas atau tidak? Apakah selamat dari ujub atau tidak? Diterima oleh Allah atau tidak? Kita tidak tahu. Kita hanya berusaha, berusaha dan berdoa supaya Allah menerimanya dan memaaf kan kesalahan kita. Kerana kita tidak tahu kesudahan kita. 



Maksud husnul khatimah

       Maksudnya iaitu kesudahan yang indah.      Iaitu orang yang meninggal dalam keadaan bertaqwa kepada Allah, dalam keadaan imannya yang baik, Islamnya baik, bukan dalam keadaan  bermaksiat kepada Allah swt. , bukan dalam keadaan melanggar perintah Allah swt.



        Anas bin Malik RA berkta , Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ فَقِيلَ: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ المَوْتِ

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal.

Para sahabat R.Anhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.

Riwayat al-Tirmidzi (2142), Ahmad (12055), Ibn Hibban (341) dan al-Hakim (1257)

        Inilah yang dikatakan oleh para alim ulama keadaan orang yang meninggal dalam husnul khatimah. Mereka akan merasakan kebahagiaan  ketika rohnya dicabut oleh malaikat. Maka sebab itu Allah berfirman,


"Allah mengukuhkan (iman) orang-orang beriman dengan perkataan yang kukuh dalam kehidupan dunia dan akhirat"

Kemudian  Allah berfirman, 

  
       Menjelang kematian orang yang beriman malaikat turun kepadanya dan berkata, ' Jangan takut dan jangan sedih  , bergembiralah dengan syurga yang Allah janjikan.'


Bertemu Allah

Nabi bersabda pula ,

 Dari Ubaidah bin Ash Shamit ra. dari Nabi SAW, baginda bersabda : 

"Barang siapa yang senang untuk bertemu dengan Allah, maka Allah senang untuk bertemu dengannya, dan barang siapa yang benci untuk bertemu dengan-Nya (Allah), maka Allah benci untuk bertemu dengannya". 

     Aisyah atau sebahagian isteri baginda berkata : "Sesungguhnya kami tidak senang dengan  kematian". Baginda bersabda : "Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila kedatangan maut (mati) diberi khabar gembira dengan keredhaan dan kemurahan Allah, sehingga tidak ada sesuatu yang lebih disukai dari pada apa yang dihadapinya, maka ia senang bertemu dengan Allah dan Allah senang bertemu dengannya. "

     "Dan sesungguhnya orang-orang kafir, apabila kedatangan maut diberi khabar gembira dengan azab dan seksaan Allah, maka tidak ada sesuatu yang lebih dibenci dari pada apa yang dihadapinya. Ia tidak senang bertemu dengan Allah dan Allah tidak senang bertemu dengannya". 

(Hadis Riwayat Bukhari) - Hadis Qudsi.

        Inilah  dalil bahawa  orang beriman yang sedang wafat akan diberikan khabar gembira oleh malaikat. 



Mencapai husnul khatimah


         Meskipun kita tidak tahu bagaimana kesudahan kita, tetapi Allah memberitahu melalui al quran dan  lisan nabi s.a.w ,  langkah-langkah untuk mendapatkan husnul khatimah. Secara umumnya beramal soleh membawa kepada husnul khatimah. Secara khususnya ialah dengan:

1) Bertaqwa kepada Allah

        Bertaqwa kepada Allah bila dan di mana saja. Allah menggandingkan taqwa dengan husnul khatimah seperti di ayat ini, 

        
        Di antara kesulitan yang dihadapi oleh orang beriman ialah ketika menghadapi maut. Pada kematian itu ada sakarat. Itu bukan mudah. Pada ketika itu syaitan datang dengan segala kekuatan nya untuk menggelincirkan manusia di penghujung hayatnya. 


       Ada seorang anak  bercerita bahawa ayahnya  suka bermaksiat, berzina sana, berzina sini, tidak pernah solat, tidak pernah puasa, akhirnya ayah nya terkena kanser lalu ditemani oleh anaknya. 

         Satu hari menjelang ia meninggal , ia meminta mushaf kepada anaknya. Anaknya sungguh bahagia dan berdoa supaya ayahnya sedar di penghujung hayatnya. Bila ayahnya mendapat mushaf itu  ia mengumpulkan  ludahnya dan meludahi mushaf tersebut.  Katanya bahawa ia kafir kepada mushaf itu dan terus ia meninggal  dunia. 

       Dia sudah melakukan  segala maksiat di masa hidupnya. Pun begitu syaitan tetap tegar menggodanya di penghujung hayatnya. Maka bukan  semua orang dapat kuat di penghujung hayatnya dan itu sangat sulit. 

       Namun,  jika seseorang bertaqwa kepada Allah swt, Allah akan beri solusi kepadanya. Bukankah Allah sudah berfirman ,

       Siapa yang bertaqwa kepada Allah , Allah akan beri solusi kepada masalah nya.  Kemudian firman Allah lagi ,

         Allah akan mudahkan urusan orang yang bertaqwa  ketika kehidupannya , apalagi ketika   sakaratul mautnya. Itu bukan  hal yang mudah. Ia nya berat kerana ianya adalah  kesimpulan samada kita akan  ke neraka atau ke syurga. Kerana amalan itu tergantung pada akhirnya. 

       Maka jika seseorang melatih dirinya bertaqwa samada ketika beramai-ramai atau ketika sendirian , maka di penghujung hidupnya Allah mudahkan ia menghadapi sakaratul maut. 

     Imam ibnu Katsir menyebutkan  satu kaedah iaitu:

"Jagalah Islam kalian dalam keadaan sihat dan dalam  keadaan selamat kalian, agar kalian wafat dalam keadaan Islam."

 Kemudian katanya lagi,
" Sesungguhnya al Karim telah  menjalankan sunnahNya atau tradisiNya  , iaitu barangsiapa yang hidup dalam sesuatu kebiasaan, maka ia akan mati dalam kebiasaan tersebut. "

     Dan   barangsiapa yang wafat dalam keadaan  kebiasaannya itu ,  maka ia akan dibangkitkan  dalam keadaaan tersebut.  Ini adalah kaedah yang berlaku dalam kehidupan seseorang manusia. Maka seseorang yang biasa melakukan  maksiat maka sulit baginya untuk meraih husnul khatimah  jika ia tidak bertaubat.

        Kita pun biasa mendengar cerita orang yang selalu  bermain judi,  yang mati dalam keadaan memegang daun  kad judinya, keras tangannya memegang daun terup. 

           Ada orang sedang berzina, mati dalam keadaan berzina, ada orang mati dalam kadaan minum arak  ,ada orang yang mati dalam keadaan bernyanyi dan berjoget. Ada orang yang disuruh mengucap lailahaillallah ia tak boleh, yang diucapkannya ialah nyanyian-nyanyian. .

       Oleh itu, jadikan lah taqwa itu seperti satu pakaian. Firman Allah,


      Dan jadikan  taqwa itu bekal kita yang terbaik,

        Jadikan  taqwa itu seperti kita berpakaian. Kita menutup seluruh tubuh kita dengan pakaian ketaqwaan.  Maknanya, orang yang bertaqwa bukan hanya ketika berkata-kata,  tetapi ia bertaqwa dalam penglihatannya, pendengarannya dan dalam hatinya juga sentiasa ia bertaqwa. Iaitu ia menutup semua perbuatannya dengan taqwa. Nescaya ia wafat dalam keadaan  husnul khatimah. 

    
2) Sentiasa mengingat kematian

       Kita tak suka ingat mati kerana bila mengingat kematian maka kita rasa  kenikmatan kita berkurang.  Nabi s.a.w  bersabda,

ﺃَﻛْﺜِﺮُﻭﺍ ﺫِﻛْﺮَ ﻫَﺎﺫِﻡِ ﺍﻟﻠَّﺬَّﺍﺕِ ‏ ﻳَﻌْﻨِﻰ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕَ

“Perbanyaklah mengingat pemutus kelazatan, iaitu kematian” (HR. Tirmidzi).

        Ada masanya kita berbual- bual, ketawa tetapi perbanyakkan mengingat kematian. Kerana kalau seseorang banyak mengingat kematian maka ia akan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapati saat tersebut. Maka orang yang seperti itu adalah orang yang paling cerdas. Kata nabi s.a.w   yang demikian sebagai orang cerdas.

 “Orang cerdas adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah mati.” (HR at-Tirmidzi).

        Kita sering  lalai kerana kita lupa kan hari kematian. Bila kita lupa kematian akibatnya  maka kita akan:

1. Menunda-nunda taubat
       Bila   bermaksiat, dia tangguhkan taubat.   Kerana ia tidak rasa bakal mati. Atau dia rasa ia mesti sempat bertaubat nanti


2. Meninggalkan  sikap cukup.
          Ia berusaha mencari dunia sebanyak- banyaknya , ia  tidak pernah puas mengejar dunia. Sudah ada rumah , mahu lebih besar.  Menambahkan simpanan di bank, menambah aset-asetnya kerana ia tak fikir mati. Orang yang ingat kematian merasa cukup jika sudah ada keperluan nya. Ia tidak mahu lebih-lebih lagi. Kalau orang tidak ingat mati ia rakus dengan harta, mencari dan mencari tidak berhenti.


3. Malas beribadah.
         Ia fikir perlu apa beribadah kerana ia fikir mati tidak tahu bila? Tapi bagi orang yang ingat mati, sentiasa bersedia dengan amalan-amalan soleh.

         
        Kita ini hidup dalam zaman yang melupakan kita kepada kematian. Dengan tontonan-tontonan  yang berbagai-bagai, kesibukan dunia yang kita kerjakan, dan rencana-rencana tentang pengembangan projek.  Ini semua, jika kita tidak  gandingkan  dengan pengajian agama, baca quran , dengan mendengar nasihat, kita akan terus memburu dunia dan  jarang mengingat kematian   .  


Ziarah kubur

        Oleh sebab itu nabi menganjurkan kita ziarah kubur  . Bila masuk dalam area perkuburan, berdiri dan  mengucapkan  doa kepada ahli kubur. Bayangkan  orang-orang yang di dalam kubur itu , mereka dulu semasa hidupnya berlumba-lumba membanyakkan harta, bersaing merebut jawatan dan berbagai macam yang mereka lakukan.   Hujungnya mereka dimasukkan ke dalam kubur.

      Kita sekarang masih hidup. Nanti kita pun akan jadi seperti mereka. Jika orang menziarah kubur , dia akan  menahan diri, dia merasa cukup dengan  apa yang ia ada. Ia bersemangat untuk beribadah  kepada Allah.  Kalau dia bersalah , dia takut, lalu  dia bertaubat, dia tidak menunda-nunda  taubatnya. Tidak ada jaminan dia akan hidup hingga habis hari ini, maka ia segera bertaubat. 

       Oleh itu kita seringlah mendengar pengajian, sering ziarah kubur, dan kata Imam  al Qutubhi , jika boleh menghadiri orang yang sedang sakaratul maut. Itu akan  memberi kesembuhan kepada  hati kita yang penuh kotoran.  Kerana kita juga akan begitu. Nabi hanya menganjurkan ziarah kubur tapi jika boleh menghadapi orang sakarat maut, walau itu perkara yang  sukar didapatkan. Itu akan mempengaruhi iman kita   sehingga kita ingat kematian. 


Husnul khatimah

       Apa yang dilakukan oleh orang beriman   jika  ingin mendapat husnul khatimah? Iaitu:

1. Segera bertaubat, jangan ditunda-tunda

 Allah berfirman,

      Ibnu Qayyim mengatakan  bahawa bertaubat adalah kewajipan qauli,  iaitu yang mesti disegerakan. Jika seseorang menunda taubatnya  , ia  berdosa dengan penundaan tersebut. Maka  bila saja kita bermaksiat, apa yang kita dengar, apa yang kita ucapkan dan apa yang kita lihat, dimana bila kita membuka Facebook sudah pasti ada maksiat disitu,  maka jangan menunda untuk bertaubat kepada Allah.  Syaitan datang dan membisikkan,  "Nanti saja".  Kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil oleh Allah swt.  Bila saja kita melakukan kemaksiatan,  kita beristighfar iaitu,

         Basahi lidah kita dengan istighfar pada bila-bila saja samada dalam kenderaan atau di rumah. 


2. Memperbanyak amalan sirr

         Iaitu amalan  soleh yang tidak diketahui oleh orang lain. Nabi bersabda,

"Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka mengasingkan diri (menyembunyikan amalan)."
(HR Muslim)


       Az Zubair bin Al ‘Awwam mengatakan, “Barangsiapa yang mampu menyembunyi kan amalan sholihnya, maka lakukanlah.”

       Ibrahim An Nakho’i mengatakan, “Kami tidak suka menampakkan amalan sholih yang seharusnya disembunyikan.”

      Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan bahwa Abu Hazim berkata, “Sembunyikanlah amalan kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan amalan keburukanmu."

       Kerana diantara sebab utama orang mendapat suul khatimah ialah melakukan amal buruk yang tersembunyi. Maka sebaliknya jika mau mendapat husnul khatimah , maka lakukan amalan  baik yang orang lain tidak tahu. Nabi bersabda,

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a. beliau berkata: Rasulullah saw bersabda … 

"Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkan Nya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab (takdir) lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.

 Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab (takdir) lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. "       
 
(Hadith Bukhari dan Muslim)

       Menurut hadis ini, seseorang yang berbuat amal soleh di hadapan manusia, sebaliknya ia ada perbuatan buruk yang tersembunyi dalam dirinya  seperti kesombongan,   keangkuhan   merendah kan  orang lain,  riak , ujub, dan sebagainya yang akhirnya keburukan  yang tersembunyi itu terdampak pada penghujung hayatnya. Lalu tiba-tiba saja dia cinta kepada maksiat dan gelisah jika tidak berbuat, hingga ia terjerumus dalam maksiat itu .Hingga itu menyebabkan  ia meninggal dalam Suul khatimah.


        Sebaliknya jika kita mahukan husnul khatimah , maka lakukan amal soleh yang orang lain  tidak tahu. Seperti husnuz zan, ikhlas, sabar, tidak merendahkan orang, tidak bangga dengan amal kita, sedekah kita, dengan tulisan kita dan apa saja. 
         
      Sebahagian orang tidak dapat meninggalkan syahwatnya. Terbawa-bawa dengan nafsunya. Orang lain tidak tahu. Jadi, disamping taubat kepada Allah,  bagaimana cara mengatasinya? Iaitu dengan membuat sebanyak-banyaknya amal soleh yang orang lain tidak tahu. Bila amal sudah banyak maka maksiat-maksiat nya tidak berpengaruh lagi dalam hidupnya.  Seperti air yang banyak kita tumpahkan pada najis yang sedikit. Maka pengaruh najis itu sudah hilang.






Dari kuliah Dr. Firanda,
Klang.
17/1/24

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...