Langkau ke kandungan utama

76) KENAPA PERLU KENAL JEJAK LANGKAH SYAITAN?

Bismillah.
Assalamualaikum,

    

         Bila seseorang itu beragama,  maknanya ia mengikut  perintah Allah  dan mengikut sunnah nabi sahaja. Tapi realitinya tidak . Perintah Allah dia ikut, sunnah nabi dia ikut tapi  syaitan pun dia ikut juga.

        Larangan Allah supaya jangan mengikut langkah syaitan ini ada banyak di dalam al quran. Ini kerana masih ada orang beriman yang  mengikut jejak langkah syaitan. Sedangkan  syaitan itu adalah musuh yang nyata tapi ada orang menjadikan syaitan itu  teman baiknya.

          Contohnya,  ketika makan ia membazir, ketika berwudhu membazir, tidur tanpa baca doa,  ketika berjalan , ketika melancong ia berkawan  dengan syaitan. Bagaimana musuh dijadikan teman oleh seseorang? Sedangkan syaitan tidak mengajak seseorang kecuali untuk  masuk neraka bersamanya.

 Lihat surah al baqarah :208
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu"

       Jika ayat yang bermula dengan 'wahai orang-orang beriman',  ini Allah tujukan kepada orang yang beriman sahaja, iaitu yang mengaku Allah itu tuhannya. Oleh itu sesiapa yang beriman maka wajib ia memerhatikan apakah yang hendak Allah sampaikan  dalam ayat ini. Kerana mesti  ada perintah atau larangan yang wajib kita ikut di dalam ayat seperti ini.                      
       
       Maksudnya apa yang Allah nak sampaikan itu ada kaitan dengan pengakuan kita sebagai orang beriman. Kalau kita dengar dan ikut maka ia bukti kita  sebagai orang beriman. Sebaliknya jika tak ikut itu bukti bahawa kita bukan  orang beriman. Walaupun hafal 30 juzuk  al quran.
       
          Bayangkan betapa ramai orang yang membaca  alquran tapi tidak faham, maka oleh itu ia tak ambil kisah dengan perintah dan larangan kepada orang beriman seperti di atas.

   
Allah perintah apa dalam ayat di atas?

        Iaitu masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya. Biasanya kita dengar  perintah solat, puasa, haji dan zakat. Dan itu semua adalab wajib. Maka hukumnya sama juga disini apabila masuk kedalam islam , wajib masuk keseluruhannnya.

        Apa maksud masuk keseluruhan ke dalam Islam itu?  Iaitu  taatlah, iltizamlah, istiqamah lah dengan  perintah Allah  dan hukum-hakam Allah.  Atau sebaliknya jangan mengambil islam mengikut apa yang  kita suka sahaja. Jika tidak , maka kita ingkar kepada perintah Allah . Islam bukan agama pilihan. Apa yang kita suka kita ambil ,apa yang kita tak nak kita tinggalkan. 
     
         Sebab itu Allah  murka kepada orang  yang mengambil islam mengikut pilihan masing-masing sahaja.
Lihat al Baqarah:  85

     "  Apakah kamu beriman kepada sebagian Kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebagian (yang lain)? Maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu selain kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan"

          Dalam ayat di atas Allah nak mencela orang yahudi tapi pengajarannya untuk semua. Iaitu Allah mencela orang beriman yang mengambil sebahagian isi kitab sahaja tetapi kufur kepada sebahagian yang lain.  Maknanya ialah bila  kita beriman kepada al quran tapi menolak walau satu ayat sahaja darinya, sebenarnya kita telah kafir. Akibatnya ialah kita ditimpa kehinaan di dunia dan di akhirat kita mendapat azab yang pedih. 
 
          Maknanya islam itu  tak boleh diambil sebahagian dan tolak sebahagian. Contohnya ia solat, haji, umrah tapi tak mahu bayar zakat. Maka ia termasuklah seperti ayat  di atas. Sebab perintah solat dan  perintah zakat kedua-duanya datang dari Allah. Sama juga puasa ramadhan tapi tak solat. Ini juga termasuk tak beriman iaitu kufur.
    
         Begitu juga cara beribadah yang  tak sama macam nabi, seperti ia mengikut cara gurunya yang tak sama dengan nabi. Sebab nabi itu datang untuk diikuti bukan menyanggahinya. Maka ia termasuk menolak sebahagian isi kitab. 
       
          Begitu juga orang yang  kaki masjid tapi membiar anak isteri tak tutup aurat dan ia membiarkannya. Bermakna  ia mengambil sebahagian isi  kitab sahaja. Sedangkan Allah kata ' selamat diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka'. Tapi ia mahu  selamatkan dirinya sahaja.

 Lihat an Nissa':65
. "Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang engkau berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya."

       Bila Allah bersumpah  maka ia suatu benda penting. Sekali lagi Allah berkata seseorang itu tidak beriman sehinggalah ia menjadikan rasul sebagai kata pemutus dalam  hal yang diperselisihkan. Dan menerima  apa-apa kata-kata nabi dengan hati yang puas tanpa menolak sedikit pun. Kerana  Islam bukan mengikut apa yang kita rasa betul tetapi islam itu mengikut apa kata Allah dan  kata rasul. Dan akhir sekali ia kena menerima islam sepenuhnya. Bukan separuh-separuh.
     
          Maknanya apa saja amalan kita mesti ada dalil samada dari quran atau dari  hadis yang sahih. Tidak boleh mengikut apa yang orang ramai buat. Kalau solat ikut islam maka akhlak pun kena sama ikut islam. Solat tapi pemarah itu tak kena amal dengan akhlaknya.
  
        Ada orang beramal dengan membaca surah al Ikhlas 100 kali sebelum tidur. Mana dia dapat? Itu bukan dari nabi.
    
Kembali ke albaqarah: 208

         Setelah Allah suruh masuk islam seluruhnya, Allah suruh pula jangan ikut jejak  langkah syaitan. Apa beza ' ikut syaitan dengan ikut jejak langkah syaitan?'

Lihat al  Fathir:6
 
"Sungguh, syatan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, karena sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

       Di sini Allah kata syaitan itu musuh dan jadikan ia sebagai musuh bukan sebagai kawan.  Kerana ramai orang yang menjadikan syaitan sebagai kawannya.
Iaitu setiap 1000, 999 orang menjadi kawan syaitan. Hanya 1 dari 1000 yang tidak ikut syaitan . Jadi , betapa ramai orang yang solat tapi mengikut jejak langkah syaitan ?  Dimana  syaitan ingin sebenarnya  membawa mereka masuk neraka bersama . Semua itu berlaku dengan tipu daya syaitan.

Bagaimana Nak Tahu tipudaya syaitan?
    
        Tanpa ilmu kita takkan tahu tipu daya syaitan. Ibadah saja tanpa ilmu maka senang ditipu oleh syaitan . Sebab itulah ilmu itu penting .
       
          Bila kita beramal, pastikan ada dalil kerana dalil itulah menjadi sebab kita beramal. Begitu juga bila  mengajar anak,  berikan sebab sesuatu itu dilakukan supaya anak itu rasa puas dan kenal berkenaan hal itu. Contohnya kita larang sesuatu , maka beritahu sebab ianya dilarang
    
          Jadi,  apa makna 'jejak langkah syaitan?' Maknanya syaitan takkan suruh ikut dia secara direct tetapi ikutlah jejak langkah dia dulu. Dia tak suruh sembah berhala terus. Tapi dia beri strategi dia dulu. Step by step.

Ini lah langkah-langkah syaitan itu:      

1. Menghias amalan yang buruk supaya nampak cantik.

Lihat al Baqarah :168
."Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

             Di sini syaitan nak membawa kita makan benda yang haram. Kadang makanan itu halal, tapi duit itu haram. Mungkin kerana kerja kita ponteng atau rasuah dan sebagainya . Jadi,  makan  benda halal, tapi sebenarnya ia dari sumber yang haram.
  
          Atau terus menghasut makan benda yang haram. Nabi  Adam ditipu pun adalah dalam bab makanan iaitu setelah di hiaskan bahawa makan buah itu baik untuknya.

        Sekarang pun banyak benda yang dihias ini. Seperti muzik dipanggil seni atau nasyid dipanggil alternatif dakwah. Rasuah dipanggil hadiah.   Riba dipanggil faedah. Dan lain-lain.

2. Melemahkan dengan alasan-alasan.

       Bila kita nak solat sunat  maka syaitan membisik, katanya ' solat fardhu pun belum betul ,tak payah lah buat yang
sunat.' Langsung kita rasa lemah nak solat sunat.

      Nak bangun malam  katanya , 'subuh pun kamu lewat, tak payahlah bangun malam.'  

       Bila nak sedekah, dia kata,' anak bini pun tak cukup makan , tak payahlah sedekah.'

3. Menghalang

Contohnya, bila nak sedekah ia menghasut akan jadi miskin lalu tidak jadi bersedekah. Ia menghalang terus.

4. Merosakkan amalan

        Jika dah solat, maka ia bisik  tunjukkan supaya jadi riak. Bila baca quran , dihias hati supaya dipanggil qari
Sedekah di hias supaya di panggil jutawan pemurah.  Itu semua kerja syaitan.

Kesimpulan. 

  1. Kita tak boleh pilih Islam mana yang kita suka sahaja.  Tetapi apa yang Allah tetapkan dan nabi ajarkan.

2. Jangan ikut jejak langkah syaitan. Iaitu tidak masuk Islam secara keseluruhan. Syaitan amat bijak mengelirukan orang beriman. Walau pun sudah beramal, syaitan akan cuba merosakkan amalan itu sehingga pahalanya hilang.




Klang.
28/7/23
   


    
  

.
   
   
     


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...