Dalam rumah tangga, menjadi suami bukan sekadar tentang mencari nafkah dan memimpin keluarga.
Kepimpinan juga memerlukan rendah hati, kasih sayang, kebijaksanaan dan kesediaan mendengar.
Seorang suami mungkin mampu menyediakan keperluan keluarga, tetapi jika nafkah dijadikan alat untuk mengawal isteri, kepimpinan itu boleh berubah menjadi tekanan. Suami yang benar-benar kuat bukan yang sentiasa mahu menang, tetapi yang mampu merendahkan ego demi menjaga hati dan keharmonian keluarganya.
Berikut beberapa ciri suami yang sombong:
1. Memberi nafkah lalu merasakan dia boleh mengawal segala-galanya.
Nafkah ialah tanggungjawab, bukan lesen untuk merendah kan atau mengawal isteri sesuka hati. Jangan sampai pemberian yang sepatutnya menjadi amanah berubah menjadi senjata untuk berkata, “Aku yang tanggung semuanya, jadi semua mesti ikut cakap aku.”
2. Merasakan dirinya sentiasa betul.
Suami yang sombong sukar mengakui kesilapan. Apabila berlaku masalah, isteri yang dipersalahkan. Sedangkan dalam rumah tangga, kadang-kadang suami salah, kadang-kadang isteri salah dan kadang-kadang kedua-duanya perlu memperbaiki diri.
Mengakui kesilapan bukan tanda kelemahan. Itu tanda seorang lelaki mempunyai jiwa yang besar.
3. Membuat keputusan tanpa mengambil pandangan isteri.
Memimpin tidak bermaksud membuat semua keputusan seorang diri. Isteri ialah pasangan hidup, bukan sekadar orang yang perlu menurut. Banyak keputusan keluarga menjadi lebih baik apabila suami bersedia mendengar pandangan isterinya.
4. Lupa bahawa kejayaannya turut dibina oleh kesabaran, pengorbanan dan doa isteri.
Di sebalik seorang lelaki yang berjaya, mungkin ada seorang isteri yang pernah bersabar ketika susah, mengurus rumah ketika suami sibuk, memberi sokongan ketika suami jatuh dan mendoakannya tanpa pengetahuan suami.
Jangan hanya mengingati kejayaan yang dicapai, tetapi lupakan orang yang menemani perjalanan menuju kejayaan itu.
5. Tidak mahu mendengar kerana ego lebih besar daripada cintanya.
Kadang-kadang isteri tidak memerlukan suami memberi kan penyelesaian. Dia cuma mahu didengari dan difahami. Apabila ego membuat seorang suami enggan mendengar, jarak emosi boleh mula terbina sedikit demi sedikit.
Suami yang mencintai isterinya tidak takut mendengar. Dia tahu bahawa mendengar bukan bermakna kalah.
Penutup
Suami yang baik bukanlah suami yang tidak pernah salah. Tetapi suami yang mahu belajar, mahu meminta maaf, mahu mendengar dan mahu memperbaiki diri.
Kepimpinan dalam rumah tangga bukan tentang siapa paling berkuasa, tetapi tentang siapa yang sanggup memikul amanah paling besar.
Kerana akhirnya, isteri bukan musuh yang perlu dikalahkan. Dia adalah pasangan yang sepatutnya diajak berjalan bersama menuju kehidupan yang diredhai Allah.
Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain. .
Ulasan
Catat Ulasan