Langkau ke kandungan utama

184) APA CIRI-CIRI AKIDAH YANG BENAR?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


      Akidah adalah perkara pokok yang paling penting bagi seorang muslim. Kalau akidah terpesong maka seseorang boleh terkeluar dari senarai orang-orang beriman.  Jadi apakah ciri-ciri akidah yang benar itu? Lihat satu persatu,


 1) Berlandaskan al quran , sunnah dan ijma' salafussoleh/ sahabat.

      Maka , akidah tidak diambil dari per orangan. Misalnya, aku berakidah ini kerana si fulan berkata begitu,  kalau ia tidak berkata begitu, maka bukan akidah. Tidak. Akidah yang benar bukan begitu.

        Akidah hanya diambil dari al quran,  assunnah dan kesepakatan para sahabat. Apa yang diyakini oleh para sahabat itulah akidah yang benar. Apa yang tidak diyakini oleh para sahabat itu bukanlah akidah yang benar. 

    Contoh yang mudah, apakah para sahabat meyakini nabi keluar dari kuburannya lalu menjenguk-jenguk mereka?  Apakah  Abu Bakar , Umar, Usman, Ali r.a. ,  Aishah, Fatimah r.ha meyakini nabi keluar dari kuburan dan menjenguk-jenguk  mereka? Kalau mereka ketemu nabi seperti itu, pasti mereka beritahu para sahabat yang lain. 

      Bukankah banyak masalah timbul selepas nabi wafat?  Namun adakah satu riwayat mengatakan ada sahabat bertemu nabi s.a.w dan nabi memberikan solusi kepada masalah mereka? Tidak ada. Sehingga kan terjadi masalah besar antara Ali dan Muawiyah r.a , tidak ada Ali r.a pergi kekuburan rasulullah s.a.w  lalu rasulullah s. a.w keluar memberi solusi. Tidak ada.

     Tiba-tiba timbul di zaman  sekarang , ada yang berkata bahawa nabi jalan-jalan  keluar dari kuburan dan mencium lutut  nya.  Dia itu siapa sebenarnya? Mengalah kan  Abu Bakar r.a, Umar r.a  dan lain-lainnya? Gunalah logik akal. 

        Orang Islam tidak boleh sembarang dalam berakidah. Mesti ada dalil . Ada dalil kita beriman , kalau tidak maka tidak boleh beriman. Kerana tidak boleh  beriman kepada sesuatu yang tiada dalil. Jangan kita  kata,  "Ya , mungkin benar." Lalu,  bila kita ingin menyelamatkan akidah umat, jika semua berkemungkinan?

      Kita disuruh percaya nabi s.a.w yang mulia  keluar cium lututnya? Bagaimana rasulullah s.a.w lebih rendah  darjatnya dari dia?  Itupun ada orang masih percaya.

       Oleh kerana itu apa yang tak diyakini para sahabat ia bukanlah akidah.



2) Menerima dalil sahih tanpa syarat
             
        Firman  Allah dalam an Nissa':65,


       Dalam ayat di atas, Allah menerangkan iaitu  bila sesuatu keyakinan  yang  datang dari rasulullah s.a.w,  kita terima tanpa bantahan sedikit pun. Jangan pakai logik lagi. Misalnya nabi kata kiamat itu hari Jumaat. Kita kata Jumaat di Mekah atau dimana? Kalau di Mekah hari Jumaat, di AS masih hari Khamis. Harusnya Allah kata kiamat pada hari Khamis dan Jumaat.  Begitukah?

      Tetapi bukan begitu caranya , sudah ada dalil  terima saja. Yang penting, ayatnya benar , hadisnya sahih. Kerana akal kita tidak sampai, banyak hal yang kita tak mampu fikirkan. Bila ayatnya sahih, bila hadisnya sahih, kita terima saja. Kerana logik akal kita mungkin keliru  , kita  fikir sesuatu itu tak logik tapi diterima oleh ramai orang. Bila dalilnya benar, tundukkan akal kita kepadanya. Jika kita tak mampu melogikkannya  ada ulama yang mampu melogikkannya.


       
3) Akidah yang benar itu bersanad

       Akidah yang benar mesti ada sanad dari fulan, dari fulan, dari fulan sampai kepada sahabat.  Iaitu ada dalil yang berasal dari sahabat. Kalau kita buka buku Iktiqad Ahlussunnah wal Jamaah karya al Lalaka'i  (wafat 1027 M)  dia sebutkan apa akidah Sufian at Tsauri, akidah imam al Bukhari, dan  lain- lain,  jadi kita tahu akidah kita bukan hasil karangan kita tapi dari para ulama. Imam Ahmad juga ada menulis akidahnya yang dinukil oleh anaknya Abdullah dalam kitab Sunnah.  

         Dan itulah yang diakui oleh Abul Hasaan Ashaari dengan  katanya ," Saya mengikuti akidah Imam Ahmad bin Hanbal",   di akhir hayatnya. Jadi, akidah mereka tertulis dan bersanad. Sehingga kita boleh mempertanggungjawab kan akidah yang kita sebar ini bukan karangan kita tetapi akidah para salaf. Yang mereka bangunkan akidah mereka di atas dalil. 


      
4) Akidah yang mudah difahami

          Sifat akidah yang benar itu mudah, tidak berbelit-belit. Ada sebahagian orang  berkata kalau mahu akidah yang benar harus faham apa itu a'rhad, apa itu ijsim . Kemudian  apa maksud hululul. Lalu dibantah oleh ibnu Jauzi, katanya, "Saya yakin Abu Bakar dan Umar r.a ketika ia meninggal ia tak tahu apa itu a'rhad dan ijsim.   Jadi, mahu pilih akidah Abu Bakar dan  Umar atau akidah orang itu ".

      Masakan untuk dapat akidah yang benar kena faham apa itu  a'rhad, sifat-sifatnya, khilaf di dalamnya  , bila ijsim itu, bagaimana dan  sebagainya.  Ia sungguh rumit. Hingga masuklah falsafah-falsafah ke dalam akidah. Mengikut logik.

      Akidah ahlussunnah mudah. Tidak sulit.



5)  Sesuai dengan fitrah

         Allah melihat , Allah mendengar, kita faham maksud ayat ini. Iaitu Allah melihat tapi tak seperti kita melihat. Àllah mendengar  bila kita bercakap, Allah mendengar apa yang kita katakan. Kita faham itu.

      Mudah, fitrah kita menerimanya. Allah mendengar, Allah melihat, selesai. Allah pun berkata dalam al quran,

       Datang sebahagian  orang katanya, "Allah bukan  melihat, tetapi Allah mengilmui yang terlihat, mendengar maksudnya, mengilmui tentang suara. ' Kalau mengikut bahasa Arab , mendengar itu maksudnya mendengar. Tetapi mereka berkata mendengar itu maksudnya mengilmui tentang suara. Melihat maknanya mengilmui tentang pemandangan. 
          

      Akidah ahlussunnah menetapkan, orang yang masuk syurga akan  melihat Allah pada hari kiamat kelak. Nabi s.a.w bersabda,

    "Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini (dalam permulaan hadits, diceritakan; waktu itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang melihat bulan yang tengah purnama). 
     Kalian tidak berdesak-desakan ketika melihatNya (ada yang membaca la tudhamuna tanpa tasydid dan di dhammah ta’nya, artinya: kalian tidak akan ditimpa kesulitan dalam melihatNya). 
     Oleh karena itu, jika kalian mampu, untuk tidak mengabaikan shalat sebelum terbit matahari (Subuh) dan shalat sebelum terbenam matahari (Ashar), maka kerjakanlah."
(HR; Bukhari)

         Mudah, orang beriman akan melihat Allah seperti sekarang kita melihat bulan. Tapi bukan Allah itu seperti bulan. Datang orang katanya,' Itu tak masuk akal. Allah tak mungkin dilihat di depan mata, berhadapan. '  Itu semua membuat orang bingung, tidak boleh melihat dengan mata? Jadi, melihat dengan apa?

        Kalau melihat bukan dengan mata, lalu bagaimana? Kalau bukan melihat dengan mata , itu mengkhayal namanya, itu berbeza. Itulah sulitnya akidah melalui falasah, sulit difahami. 


5) Tidak kontradiktif

       Akidah yang benar  itu bukan  sekali begini, sekali lagi begitu. Ia tidak bercanggah  atau kontradiktif antara satu sama lain.  Ia sentiasa tepat dengan al quran dan sunnah. 

      Ulama ahlussunnah telah menulis kitab-kitab  mengenai akidah mereka seperti murid imam Syafie, al Muzani (174-264H) ,   ditulis juga akidah imam Ahmad dan lain-lainnya.

      Akidah ahlussunnah itu detailnya banyak. Cuma antara cirinya ialah ia dibangun di atas al quran dan sunnah. Kita menerimanya tanpa harus membagaimanakan ia. Kalau Allah kata begini  , kita terima saja. Kerana akal kita lemah . Kalau Allah kata begini, rasul kata begini,  terima saja. Jangan cuba menentangnya dengan  akal kita. Kerana akal kita lemah dalam hal yang ghaib dan  kemungkinan salahnya sangat banyak.

      Juga akidah ahlussunnah itu mudah, maka tidak sulit untuk diterangkan dan sesuai dengan fitrah manusia.  Sebab itu manusia senang menerima.

     Kalau kita kata , 'Allah masih sayang pada anda.' Ada orang tak bersetuju, kenapa? Kerana katanya itu tidak logik. 

     Kita kata, 'Allah masih cinta pada anda. Ibrahim itu kekasih Allah'.  Ada orang berkata tak boleh kata begitu, itu salah , tak sesuai dengan Allah. Seakan-akan apa yang ada dalam dalil semuanya salah, semuanya kinayah, kiasan-kiasan.. Seolah-olah kata-kata Allah dalam Al quran semua kiasan yang perlu ditafsirkan. Bererti al quran itu bukan kitab petunjuk tetapi kitab teka-teki. Adakah begitu?


Berbeza fahaman

       Bagaimanapun, saudara-saudara kita yang berbeza pemahaman dalam akidah tetap mereka adalah saudara kita. Kalau ada kesalahan  kita diskusi, sampaikan, mereka juga muslim. Dengan bukan muslim saja kita masih bekerjasama, apatah lagi dengan sesama muslim. 

      Qadarullah,  ada bermacam-macam pemikiran, fahaman sekarang. Kita hanya menyampaikan dalil dengan bijak, dengan  logik, kalau mereka terima alhamdulillah , kalau tidak  , tidak harus bertengkar, tidak harus bermasam muka. Kerana perbezaan sudah ada sejak zaman dahulu.


Semoga Allah tetapkan kita dalam akidah yang benar.




Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
11/7/24
       


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...