Langkau ke kandungan utama

87) APA TANGGUNGJAWAB ORANG BERIMAN?

Bismillah.
Assalamualaikum,     

          Jika kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat,  ada banyak perkara yang belum kita lakukan lagi. Mungkin kita tidak sedar peringatan Allah ini....

 Apa kata Allah?


"Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (QS ash-Shaff: 2-3).

        Kenapa Allah panggil orang-orang beriman sahaja? Bukan semua manusia?

       Sebab pengajaran yang Allah nak sampaikan selepas itu hanya diambil menafaat oleh orang-orang beriman sahaja. Orang yang tak beriman , ia tidak akan peduli kata-kata Allah itu.

         Allah tanya kenapa kamu bercakap apa yang kamu tak lakukan? Sebenarnya ia bukan pertanyaan tapi satu amaran, iaitu kepada orang yang kata lain tapi buat lain.

        Sebab itu Imam Nakhaei pernah berkata   ' Ada 3 ayat yang menghalang aku dari bercakap didepan orang ramai  iaitu'  :
1. Albaqarah:44

44. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?


2.  Surah Hud :88

. Dia (Syuaib) berkata, “Wahai kaumku! Terangkan padaku jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan aku dianugerahi-Nya rezeki yang baik (pantaskah aku menyalahi perintah-Nya)? Aku tidak bermaksud menyalahi kamu terhadap apa yang aku larang darinya.

3.  (Tidak dapat di kesan)


     Sebagai pendakwah atau orang yang beriman, sebelum ia suruh orang lain beramal,  dia dulu yang kena buat. Termasuklah kepada anak-anak kita.  Satu kesalahan yang besar bila kita ber cakap sesuatu tapi kita sendiri tak buat. Walaupun kepada anak-anak kita sendiri.

     Satu hadis  yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amir bin Rabiah , 

' Satu hari nabi datang ziarah kami, di masa itu aku masih kecil. Lalu bila nabi datang aku pun pergi keluar bermain . Tiba-tiba ibuku berkata, ' Wahai Abdullah datang sini aku nak bagi sesuatu.'  
Nabi berkata, ' Kamu nak bagi apa kepada anak kamu ni?' Maka kata emaknya  'Tamar'. 
Maka kata nabi, ' Jika kamu tidak beri maka kamu akan dicatit sebagai penipu'. 

        Perkara begini biasa berlaku di dalam keluarga . Walaupun mungkin ia tak berniat menipu, tapi jika ia tak buat seperti yang ia katakan, nabi kata,  ia dikatakan sebagai seorang penipu atau pendusta. 
      
         Mungkin  banyak kali kita berjanji seperti kepada isteri, kepada suami, kepada kawan , kepada anak dan sebagainya. Terutama nya kepada anak kecil yang tidak tau apa-apa jangan cakap tipu. Tapi kita raj tunaikan naka jika kita cakap lain buat lain maka itu dikira menipu. Ia juga tanda orang munafik. 
      
       Tanda orang munafik itu ada 3,
1. Bila berjanji tak tepati
2. Bila diberi amanah ia khianat
3. Bila bercakap ia bohong.
     
      Sudahkah  kita bersih dari 3 sifat tersebut? Jika tidak maka sifat munafik masih melekat di diri kita. 


       Iktibar dari kisah nabi tadi iaitu bila nampak saja kemungkaran nabi terus tegur. Tidak tunggu lama.
  
     Sebab itu suatu masa Imam Ahmad bin Hanbal  berjalan untuk menemui seorang perawi hadis. Ia nampak  perawi tersebut memanggil seekor binatang (kacukan kuda dengan kaldai) sambil memegang seolah-olah makanan di tangannya. Bila binatang itu sampai ia terus tangkap, tanpa diberi makan.
    
       Melihat itu   Imam Ahmad terus balik. Sebab apa? Sebab orang itu ada sifat penipu. Jika binatang pun ia tipu maka ia tak layak meriwayatkan hadis.
  
     
         Kita ? Berapa banyak tipu yang kita dah buat? Nak riwayat hadis memang kita  tak layak, entah-entah nak baca hadis pun tak layak...
     

Apa Kesan Jika Bercakap Tapi Tak Buat?

     Siapa yang paling banyak bercakap setiap hari mengenai agama? Iaitu para ustaz. Apa yang kita dapat jika kita bercakap saja tapi tak buat? Iaitu, 

Allah jawab,

     "  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (QS ash-Shaff: 2-3).

       Kenapa Allah sangat murka kepada orang yang bercakap tapi tak buat? Contohnya bila sang ustaz bercakap tapi tak buat, cakap lagi tak buat lagi, sehingga kerap. Apa kesannya kepada pendengar yang tahu ustaz itu tak buat?
        
        Iaitu orang akan benci kepada Islam sebab seolah-olah Islam itu ajar menipu. Maka Allah sangat murka sebab ustaz itu penyebab orang benci kepada Islam. Orang benci Islam sebab yang menyampaikannya cakap tak serupa bikin.
     
       Dulu ramai orang ikut Islam sebab nabi buat apa yang dia cakap. Bahkan  sebelum jadi rasul pun nabi sudah berlaku jujur dalam kata-katanya sehingga digelar al amin 'akhlak terpuji'.
    
        Manakala musyrikin Mekah   tolak
Islam bukan sebab akhlak peribadi nabi tapi kerana tak sesuai dengan nafsu mereka . Namun sekarang ramai orang tolak Islam sebab akhlak orang Islam . Cakap depan lain, cakap belakang lain. Cakap pasal Islam tapi bergaduh sesama sendiri. Ustaz sama ustaz pun bergaduh, macamana orang nak tertarik dengan Islam?  Ada puak-puak pula. Mana satu puak pula dia nak masuk?
      
        Logiknya satu quran, satu rasul, satu kiblat  macamana boleh berpecah?
    
        Sebaliknya dulu dengan  satu quran , satu kiblat, nabi menyatukan mereka yang berpecah.  Tapi sekarang dengan satu quran, satu sunnah , tapi berpecah. Kenapa?
      

        Allah tegur di dalam ayat di atas seolah-olah Ia berkata,   'macamana kamu kata dengan  Islam dapat bersatu, tapi dengan orang sesama Islam bergaduh!'. 

      Teguran Allah ini juga termasuklah kepada orang yang belajar dapat ilmu tapi tak beramal. Belajar adalah  untuk beramal bukan menimbunkan ilmu sahaja.

        Sebab itu  kata Abu Darda' r.a, 
'Sesungguhnya yang paling menakutkan aku bila aku berdirii untuk dihisab di depan Allah nanti ialah dengan satu soalan yang ditanya, 
   "kamu sudah ada ilmu, apa yang kamu buat dengan ilmu itu?"

       Kita? Berapa banyak ilmu yang kita dapat yang dah diamalkan?
   
        Para sahabat dulu sangat takut dengan ilmu yang dia ada. Kita sekarang rajin cari ilmu sana sini, bangga pula sudah 10 tahun menadah kitab. Bangga kita ilmu banyak. Tapi Abu Darda' sangat takut bukan bangga.

       Di dalam hadis yang sahih juga ada menyatakan di akhirat nanti  takkan berganjak kaki seseorang sehingga ditanya 4 soalan salah satunya, tentang ilmu  adakah sudah diamal dan disampaikan?
     
       Benda-benda macam ni jika tak diingatkan melalui al quran, kita rasa seronok berada dalam majlis ilmu, tapi kita lupa tanggungjawab selepas itu.
        
       Sebab itu dari hadis sahih juga seorang  sahabat iaitu Abdullah bin Jundub berkata, ' Sungguh kami belajar iman dulu sebelum kami belajar al quran.  Dan bila kami belajar quran , iman kami bertambah dan bertambah'.
     
      Apa maksud belajar iman dahulu? Iaitu ia belajar hukum hakam , halal haram dalam quran dan amalkan dahulu . Selepas itu baru betulkan bacaan.
     
         Dengan cara itu apabila sahabat baca quran dia faham maksudnya, faham pengajarannya, takut amaran dari quran  lalu iman mereka bertambah dan bertambah bila membaca al quran.  Sebab hanya orang yang beriman yang  akan rasa gementar hatinya bila mendengar ayat quran dan imannya makin kuat. Jika tak faham  kandungsn al quran mana datangnya rasa gementar ?

Perang Itu Satu Kewajipan

        Para sahabat yang mulanya di Mekah nak berperang, tapi bila sampai Madinah tidak mahu pula pergi berperang. Padahal mereka berkata kepada nabi bahawa mereka ingin buat apa yang Allah paling suka.  Tapi sebaliknya berlaku.  Maka Allah berkata lagi, 


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. ( asSaf:4)

        Jadi macamana kita mengaku cinta pada Allah tapi tidak suka kepada apa yang Allah cinta?  Iaitu berperang pada jalan Allah dalam  barisan  yang tersusun  kukuh.
   
        Maksudnya orang yang berperang di jalan Allah itu di pasak dengan  iman dan dipasak dengan ukhwah yang kukuh.  Ia seperti susunan batu bata yang saling mengukuh antara satu sama lain.  Batu batu itu dikuatkan dengan simen iaitu lah sahabat diikat kukuh antara satu sama lain  dengan ikatan 'simen' alquran. Sebagaimana batu bata dikuatkan dengan simen. Begitulah ikatan para sahabat.
     
         Tapi sekarang adakah susunan orang Islam itu tersusun  rapi dengan kemas dan  kuat.?  Tidak.
       
      Kalau kita tengok rumah kita dibina senget, tak kemas dan tak kukuh , apa kita buat?  Mesti kita cepat-cepat pergi repair supaya jadi kemas dan kuat.

       Tapi hari ini kita nampak Islam kita senget, tak kukuh, tak kemas, apa kita  buat ? Tiada apa-apa.
        
       Mana lebih penting? Rumah kita atau Islam kita?  
      
       Oleh itu Allah tegur kita supaya berjhad di jalan Allah dengan saf yang kukuh. Allah mencintai orang-orang yang berjihad itu.
      
       Seperti saf dalam solat mesti lurus dan rapat. Jika jarang syaitan  maka masuk di tengah-tengahnya.  Begitu juga bila orang Islam bergaduh sesama sendiri memang ada syaitan  di tengah-tengahnya.  Sebab itu umat Islam berpecah. 

       Jadi, Allah suka kita berperang,  berjihad di jalan Allah. Bila kita tak suka apa yang Allah suka bagaimana kita nak dapat redha Allah?

       Nabi juga mewajibkan berjemaah dengan sabdanya,
' Hendaklah atas kamu berjemaah,  sesungguhnya tangan Allah bersama jemaah'.

       Maknanya kalau kita berpecah  tak mungkin tangan Allah ada bersama kita. Sebab itu kita lemah dan malas , tak bersemangat. Sebab Allah tak bersama kita.  Sebab itu kita kena berukhwah. Kenal dan mengambil berat saudara-saudara kita.  Supaya akan terbina batu-bata yang kukuh itu.

        Allah bagi contoh melalui nabi Musa a.s, iaitu kataNya  ,

5. Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku, padahal kamu sungguh mengetahui bahwa sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu?” Maka ketika mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. (As Saf:5)


      Apa benda yang kaum nabi Musa sakiti hati nabi Musa? Antara nya bila Nabi Musa menyuruh masuk ke Palestin  kaumnya berkata ' Masuklah kamu bersama tuhan kamu sahaja." Dan kaumnya juga yang tak puashati dengan makan manna dan salwa sahaja.
       
         Jadi,  orang sehebat nabi Musa pun disakiti semasa berdakwah, patut kita malu bila  kita tak pernah disakiti kerana berdakwah.   Disakiti kerana berdakwah itu kemuliaan sebenarnya. Jadi, yang tak pernah  disakiti kerana berdakwah itu bukan lah lebih mulia.  Jadi janganlah ingat kita sudah baik di sisi Allah.
      
      Apa kaitan  ayat ini dengan cerita perang tadi?  Lihat ayat seterusnya,

"Maka ketika mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.'
(As Saf:5)

       Iaitu tatkala ada antara kaum nya yang tidak mahu turut berada di jalan Allah maka saf umat islam menjadi longgar dan melemahkannya.

Apa Pengajarannya?

       Iaitu sesiapa yang tidak mahu sama-sama membantu agama Allah,   mereka jadi punca umat Islam lemah. Mereka menjadi punca saf umat islam tidak kuat, senget sana ,senget sini. Kita lebih suka relax, melancong sana sini saja. Sebab itu  jangan kita salah kan  orang kafir kalau kita lemah dan ditindas. Tapi salahkan  diri kita . Apa sumbangan kita kepada agama Allah?
    
       Contohnya semasa orang islam kalah dalam perang Uhud . Ia bukan kerana orang musyrikin kuat sangat tetapi kerana tak taat satu perintah rasul s.a.w.  Hanya satu dosa sahaja.  Kita berapa banyak dosa kita lakukan? Tak dakwah, tak amal apa yang kita cakap, mengapi-apikan pergaduhan sesama Islam.  Bukan nak mendamaikan. Sebenarnya  pendamai itulah orang yang beriman.

         Lalu  , Allah sesatkan sesiapa yang tidak menyebar dan berjihad dalam agama Allah.  Kalau kita pun tak ada usaha untuk sebarkan  agama Allah , takut-takut kita termasuk orang yang Allah sesatkan.

Khabar Tentang Kedatangan nabi Muhammad.


6. Dan (ingatlah) ketika Isa putra Maryam berkata, “Wahai Bani Israil! Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang setelahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Namun ketika Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, “Ini adalah sihir yang nyata.”

      Biasa nabi-nabi akan sebut ' wahai kaumku"  tetapi kenapa nabi Isa panggil  'wahai bani israel'?
     
       Sebab kata ulama' , nabi Isa itu tiada bapa sebab itu tak dapat disandar kan kepada mana-mana kaum.  
       
        Apa yang dikatakan nabi Isa kepada bani Israel? Iaitu,

1. Bahawa dia sediri seorang rasul
2. Ia mengakui dan membenarkan kandungan kitab Taurat
3. Menyatakan akan datang seorang rasul lagi selepas dirinya.

    Maknanya Nabi Musa  , nabi Isa dan nabi Muhammad adalah menyembah tuhan yang sama. Walaupun kitab mereka berlainan.
  
        Kenapa nabi Isa menyebut nama nabi selepasnya itu  Ahmad, bukan Muhammad?

        Sebab Ahmad itu maksud nya yang paling terpuji . Maknanya antara nabi-nabi ia yang paling terpuji.  Maksudnya nabi Isa merendah diri  kepada nabi Muhammad . Itulah ajaran Islam. Itulah sifat seorang pendakwah iaitu merendah diri. Jauh dari mencela dan merendahkan pendakwah lain.  Memang benar di antara nabi-nabi yang paling banyak disebut-sebut ialah nabi Muhammad sendiri. 

       Jika nabi Isa pun memuliakan nabi Muhammad , bagaimana umat Muhammad sendiri tidak meletakkan beliau ditempat sepatutnya?  Betapa ramai yang mengaku pengikut nabi, tapi yang  diamalkan lain daripada nabi.  Bahkan amalan mereka ialah amalan yang diikut turun temurun .  Mereka kata cintakan nabi hingga sambut harijadi nabi,  tapi amalan tak serupa nabi. Cintakah itu namanya?
      
       
 Bila Mengadakan Pembohongan Terhadap Allah.      

7. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah padahal dia diajak kepada (agama) Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (As Saf:7)

        Islam telah mengajak mereka kepada yang baik,  tapi mereka mengada-adakan pendustaan terhadap agama Allah. Maka merekalah orang yang zalim.

  8. Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya.(as saf:8)

       Orang-orang musyrikin sentiasa nak padamkan alquran. Bukan nak kurangkan tapi  nak hapuskan. Bermakna orang kafir sepanjang masa nak hapuskan  Islam.
     
       Apa maksud nur Allah itu?  Ada ulama berpendapat ianya ialah alquran , ada juga kata ianya Islam  dan ada juga mengatakan ianya hukum-hakam  yang jelas dan nyata. Semua itu membawa maksud yang sama   sebenarnya. 
     
        Apa makna orang kafir nak padam alquran?  Maknanya ialah mereka akan buat  apa saja supaya umat islam tak faham alquran. Dalilnya,

26. Dan orang-orang yang kafir berkata, “Janganlah kamu mendengarkan (bacaan) Al-Qur'an ini dan buatlah kegaduhan terhadapnya, agar kamu dapat mengalahkan (mereka).”
(Fusilat:26)

      Supaya orang Islam tak faham alquran maka orang  kafir akan jauhkan  orang Islam dari quran  dengan cara mengganggu atau mewas-waskan kebenaran alquran.
       
     Bila orang kafir  bakar alquran kita demo dan marah. Tapi bila kita sendiri jauhkan diri  dari al quran siapa nak buat demo? Bila orang Islam tak ikut alquran lagi,  itu lah target orang kafir.  Buktinya, dalam rumah kita pun tak faham  quran. Suami tak faham quran, isteri tak faham manakala  anak-anak apalagi.
       
        Yang ditakuti orang kafir ialah bila kita mula tadabbur alquran, amalkan  dan  dakwahkannya. Maka Islam  akan melebar dan tersebar. Dan mengancam mereka.  Kalau setakat demo saja, mereka senyum saja.
     
         Sebenarnya mustahil cahaya Allah dapat dipadam dengan mulut mereka. Walaupun umat Islam lemah kerana dakwah sentiasa ada walaupun kecil.
    
       9. Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya.(as saf:9)

       Maknanya bila kita nak tegakkan Islam , jangan mimpi semua orang setuju. Baik orang Islam  mahupun orang kafir.

Kata Allah lagi,


   10. Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu peniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(As Saf:10)

        Kenapa Allah letak perkataan 'perniagaan'? Sebab biasanya perniagaan akan membawa untung yang banyak berbanding jika makan gaji. Tapi keuntungan  yang Allah  tawarkan ini melebihi dari keuntungan sebarang perniagaan di dunia ini. Iaitu ganjarannya terlepas dari azab Allah diakhirat nanti.
      
      Kenapa Allah tak janji kan ganjaran di dunia sebagai balasan?   Sebab dunia itu hanya sementara walau setara mana banyak pun. Tapi ganjaran yang Allah beri berupa syurga atau terlepas dari neraka yang  kekal abadi. Itu lebih hebat dari ganjaran dunia.
      
        Sebab itu bila orang kafir yang masuk neraka , ia ingin menebus dirinya dengan emas sebesar gunung. Tapi tidak dapat kerana emas tak berguna pada masa itu. Jadi,  emas itu  sebenarnya sangat kecil jika  dibandingkan  dengan selamat dari api neraka. Tapi ramai orang yang tidak faham, ia mengumpul emas di dunia tapi tak mahu mengumpul amal supaya dapat selamat dari azab neraka.
    
          Sebenarnya jika masuk syurga dapat emas atau tidak? Kata nabi , di satu syurga,  barang-barangnya diperbuat dari emas dan di syurga yang lain barang-barangnya dibuat daripada perak. Jadi apalah sangat dengan ketul emas di dunia ini. Tapi kita di dunia sibuk dengan barang-barang hiasan hingga lupa solat, lupa zikir. 

Bagaimana Nak Dapat Semua Itu?

Allah jawab,

11. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,

       Iaitu dengan beriman kepada Allah dan beriman kepada rasul. Mesti beriman kepada kedua-duanya tidak boleh salah satu sahaja. Dan berjihad di jalan Allah. 
      
        Apa beza perang dengan  jihad? Perang itu maksudnya berperang menegakkan agama Allah melawan orang kafir dengan  senjata. Tetapi jihad itu menegakkan agama Allah juga tapi tak semestinya dengan perang, boleh juga dengan  cara lain  seperti dakwah , kebajikan, mengajar  dan lain-lain.  Jadi jihad itu lebih luas.
       

       Jihad dengan harta dan jiwa maksudnya kena ada pengorbanan. Jika tidak ada pengorbanan tidak berlaku jihad. Maknanya nak syurga kena ada pengorbanan. Itu lebih baik jika kita tahu nilainya.  Iaitu jihad itu lebih baik dari dunia yang kita kumpulkan. Oleh itu jika kita buat kerja jihad maknanya  kita ada rasa ia lebih baik, tapi jika tidak maknanya kita tak rasa ianya lebih baik dari dunia yang kita kumpulkan.
       
       Sebab apa kita payah nak berjihad seperti berdakwah dan sebagainya? Sebab kita dah terbiasa hidup senang, rehat dan makan-makan. Jadi,  bila diajak berjihad pasti ada rasa terkejut.  Kita sudah lalai dari kata-kata Allah yang mengatakan jihad itu lebih baik dari dunia yang kita senang dengannnya. Bila kita akan rasa menyesal dan baru  ingin berjihad? Iaitu bila dah mati.

        Bila kita berjihad di jalan Allah apa yang kita dapat? Maka Allah jawab,

12. niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung.
(As Saf:12)

      Iaitu diampunkan dosa-dosa kita dan dapat masuk syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.
       
       Didunia ada tak rumah yang ada sungai di bawahnya? Tidak ada. Yang ada cuma ada kolam saja. Kalau ada pun tidak secantik di syurga.  Di dunia sungai dikongsi beramai-ramai, ada yang keruh airnya. Itupun manusia pergi. Di syurga dapat sungai yang tak dikongsi, air yang jernih dari madu atau susu,  boleh diminum terus.  Itu pun manusia tak mahu lagi. Dia nak juga sungai yang ada sampah sarap itu.

       Bukan itu saja , bila kita keluar berjihad kita tinggalkan rumah kita. Jadi  Allah ganti di syurga dengan rumah-rumah yang teramat baik lagi cantik. Dan ia kekal abadi milik kita.

         Sebab   itu para sahabat dulu bila sebut jihad semua berebut nak pergi. Kenapa? Sebab mereka nampak syurga yang kekal abadi. Mati itu kecil bagi mereka..mati syahid itu nikmat bagi mereka.
   
       Sebab itu kenapa nak rehat di dunia ? Dunia ini hanya sekejap. Biar berkorban sekejap di dunia tapi akan rehat selama-lamanya di syurga. Jangan rehat di dunia tapi menderita di akhirat selama-lamanya.

      Didunia pun Allah beri balasan kepada orang yang berjihad iaitu,

13. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin

          Iaitu  kemenangan di dunia lagi.  Jadi,  apa yang Allah mahu  kita lakukan?

14. Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah,” lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan ke-pada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang.

       Iaitu jadilah penolong yang menegakkan  agama Allah.    Perintah ini adalah perintah wajib. Bukan sunat. Iaitu bukan sesekali tapi sepanjang masa. Seperti nabi Isa bertanya kepada pengikutnya, ' siapa yang nak jadi pengikutku untuk menegakkan agama Allah?'. Maka sebahagian kecil saja yang mahu, dan sebahagian besar kufur.
    
 Kesimpulan. 

      Apa yang penegak-penegak agama Allah itu dapat bila ia buat kerja jihad? Iaitu:

1. Dapat keampunan Allah
2. Selamat dari azab neraka
3. Dapat syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya
4. Rumah-rumah  yang sangat istimewa
5. Menang di dunia atau mati syahid.

       Apa lagi ganjaran yang lebih baik dari ini?



Klang .
21/8/23
   

.

   
   
 


 
     



      
        

    

       
      




      




    
       


      
    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...