Langkau ke kandungan utama

70) KENAPA SEDIKIT YANG BERSYUKUR?

 Bismillah.
Assalamualaikum,

      

       Jika seorang ayah  memberitahu  anaknya iaitu    ' semua apa  yang kamu ada itu milik ayah'   apa mesej yang ia nak  sampaikan  kepada anaknya itu sebenarnya? Mesejnya  ialah , 'taatlah kepada ayah,  sebab  kamu tiada apa-apa sebenarnya'.

          Seperti itu jugalah mesej yang Allah nak sampaikan dalam ayat 53, surah an Nahl ini:

An nahl:53
53. "Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan."

       Jadi apa  mesej yang Allah nak bagi tau dalam ayat di atas? 

       Iaitu  'semua apa yang kamu ada adalah dari  Aku, maka taatlah  dan syukurlah  kepada Aku  , jangan lawan Aku.' Itulah mesej yang tersirat.

      Masalah manusia sekarang ialah kurang yang bersyukur. Seperti yang Allah gambarkan dalam surah Saba:13,
"Bekerjalah wahai keluarga Dawud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur."

       Di sini Allah sudah tahu yang sedikit sekali hamba Nya yang bersyukur. Kenapa?

 Apa punca Manusia tak bersyukur?

           Semua nikmat daripada Allah tiada satu pun dari manusia. Tapi kenapa manusia tak ramai yang bersyukur? Hanya sedikit sahaja?  Apa puncanya?

       Sebab manusia fikir yang nikmat yang dia dapat  adalah kerana usaha titik peluh dia. Sebab itu bila dia rasa itu dari  usaha dia , dia rasa bangga. Dia sayang nak berkongsi rezeki dia dengan orang lain. 

Berapa ramai orang yang dapat nikmat tapi tak solat? 

        Dia fikir ' aku ni kerja keras dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, masuk sekolah asrama penuh, masuk universiti  pergi UK,  sebab aku memang orang cerdik, sebab itu aku berjaya dan kaya macam sekarang'. Itulah apa yang ada di fikirannya. Dia sudah bekerja keras, fikirnya.

           Banyak ayat quran di mana Allah ingatkan bani Israel  , ' wahai bani Israel ingatlah nikmatku' .  Lihat surah al Baqarah:40 ,

        Punca bani israel kufur ialah sebab tak bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Dia tidak rasa nikmat yang dia dapat adalah dari Allah, dia rasa itu semua dari dia sendiri. Bila dia rasa dari dia, dia fikir kenapa perlu bersyukur?
 'Aku yang keluar pagi, balik petang,  aku yang bekerja , aku yang penat, apa pasal nak bersyukur kepada Allah? Lainlah kalau rezeki itu  turun dari langit, aku duduk di rumah saja, aku tak keluar rumah dapat duit. Ini aku usaha  sampai nak mati, ini hasil kerja aku'.

        Begitulah fikir orang yang rasa semua nikmat itu atas usaha dia.

        Tapi dia lupa bahawa dia dapat bekerja tu sebab Allah beri badan yang sihat, Allah beri akal yang waras. Berapa ramai orang yang sihat tapi akal tak waras maka ia  tak boleh bekerja? Akal yang cerdik itu pun bukan dia buat sendiri, itu semua dari Allah.

       Sebab itu Allah kata bahawa semua nikmat itu dari Allah   maka bersyukurlah, jangan kufur.

 Kesimpulan

         Tidak ada nikmat yang kita dapat melainkan itu semua datangnya dari Allah sebab Allah nak uji kita. Adakah kita bersyukur dengan nikmat itu? Atau kita semakin jauh dari Allah?



Klang.
18/7/23




        

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...