Langkau ke kandungan utama

217) KENAPA KEADAAN ORANG BERIMAN ITU AJAIB?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


     Ada satu hadis yang pendek tetapi penting bagi orang yang bersemangat untuk  mencari redha  Allah.  Iaitu, 

   Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. 

   Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”

(HR Muslim)

        Nabi sangat kagum kepada  orang yang beriman dalam setiap urusannya. Kenapa nabi kagum?

       Kerana urusan orang beriman itu semua baik. Setiap apa kejadian yang berlaku kepada orang beriman itu baik.  Tidak ada yang tidak baik. 

       Nabi tegaskan ini tak mungkin berlaku melainkan kepada orang mukmin.  Orang yang tak beriman tak berlaku perkara ini kepadanya.  

      Nabi jelaskan bahawa bila berlaku dua perkara ini, manusia terbahagi dua. Iaitu yang beriman dan yang tak beriman.  Kemudian nabi jelaskan iaitu, pertama,  bila orang beriman mendapat nikmat seperti sihat, umur panjang, dapat harta, apa yang ia buat?

     Iaitu ia bersyukur.  Apa makna syukur?   Bersyukur bukan setakat berkata alhamdulillah,  alhamdu- lillah, aku bersyukur kepada Allah. Tetapi syukur yang paling besar ialah dengan nikmat itu ia semakin taàt kepada Allah.  Contohnya Allah bagi ia sihat. Maka ia gunakan  kesihatan itu untuk semakin mentaati perintah Allah. Bila Allah bagi ia kekayaan  maka ia gunakan  untuk semakin taat kepada Allah, seperti berinfak, bersedekah dan zakat.  Bukan semakin lagha atau semakin jauh daripada Allah. Maka nabi kata syukur itu adalah baik.

      Bila ia bersyukur nabi kata itu kebaikan baginya. Tapi kalau setakat mendapat nikmat  belum tentu itu baik baginya. Sebab itu nabi kata bila ia bersyukur itu yang baik baginya. Kerana berapa ramai orang yang dapat nikmat tapi ia kufur kepada Pemberi nikmat?  Maka nikmat itu menjahanam- kannya. 

     Nikmat sebenarnya adalah ujian. Yang menentukannya baik atau tidak ialah apa  sikap ia selepas itu. Karun mendapat nikmat tapi ia kufur, maka nikmat itu men- jahanamkannya. 

    Sebab itu ada satu kaedah mengatakan,  ' Apa saja yang mendekatkan diri mu kepada Allah ia nikmat walaupun sakit.  Dan apa saja yang menjauhkan  mu dari Allah adalah musibah walaupun ia satu nikmat.'

     Dia sihat, dia kaya , tapi dengan sihat atau kaya itu menyebabkan ia semakin jauh dari Allah,  maka sihat dan kaya itu satu musibah baginya.  Iaitu  dengan sihat atau kaya itu dosanya makin bertambah.


Bila bersyukur

     Kenapa nabi kata bila ia ber- syukur itu satu kebaikan?  Jawapan nya ada dalam  surah Ibrahim:7,

        Jadi apa kebaikan bersyukur? Iaitu kata Allah, Allah akan tambah nikmatNya.  Kata ulama pula bila dapat nikmat berapa ramai orang tak bersyukur?  Tapi jika kita boleh bersyukur dengan nikmat,  maka kita dapat dua nikmat, iaitu nikmat yang ia dapat itu  dan nikmat dapat bersyukur. 

    Betapa ramai orang yang dapat nikmat bertahun-tahun tapi tak terkeluar kata alhamdulillah dari mulutnya.  Orang beriman dapat nikmat sikit saja ia ucapkan alhamdulillah.   Bila badan sihat ia bersyukur  maka bersyukur itu satu lagi nikmat. Kata ulama,   syukur tak boleh  berhenti.  Bila kita dapat nikmat kita bersyukur. Kemudian oleh kerana dapat bersyukur kita pun bersyukur lagi dan lagi. Akhirnya  bersyukur itu tiada hentinya. 

     Orang beriman atau kafir berhadapan dengan  dua keadaan  saja, iaitu nikmat atau musibah. Tiada yang ketiga. 

 
Bila ditimpa musibah

    Kedua ,  bila orang beriman  ditimpa musibah, apa sikapnya?  Iaitu ia bersabar. Dan nabi kata sabar itu adalah baik baginya. Bukan musibah itu baik. Sebab ada orang dapat musibah contohnya sakit  lalu ia dapat musibah lagi besar. Kenapa?

     Iaitu bila ia tak sabar dengan musibah itu,  dengan sakit itu,  ia tak terima takdir Allah yang Allah timpakan padanya.  Antara musibah yang ia terkena  dengan musibah tak terima takdir Allah, mana yang lebih besar?  Tentu lebih besar tak terima takdir Allah.  Sebab  itu bahaya bila kita tiada ilmu. 

   Dengan kata lain , bila ia dapat musibah dunia, lalu ia dapat musibah agama pula. Iaitu bila ia tak setuju dengan takdir Tuhan.  Kalau ia sabar dan  terima, maka Allah redha.  Tapi bila ia sakit dan tak terima takdir itu,  maka Allah tak redha  kepadanya.  Dia dapat dua kali musibah. 
 
     Diceritakan ada seseorang tawaf di baitullah lalu ia berdoa , ' Ya Allah redhakan lah aku'.    Imam Syafie kebetulan  ada di sebelahnya lalu ia berkata , ' Mengapa kamu minta Allah redha kepada kamu? Sepatutnya kamu redha kepada  Allah.'  Jawab lelaki itu  , 'Bagaimana cara   aku nak redha kepada Allah?'   Jawab imam Syafie  , 'Iaitu bila kau dapat nikmat atau kau mendapat musibah,  perasaan engkau sama saja kepada Allah. '

      Misalnya bila Allah bagi sihat dia kata alhamdulillah,  bila ia  dapat sakit sama saja ia bersyukur. Tapi jika dapat nikmat ia bersyukur, bila ia ditimpa musibah ia mengeluh dan tak sabar  maka itu tanda ia tak dapat redha  Allah. 

   Oleh itu, jika tiada ilmu, musibah boleh datang menimpa-nimpa. Maka nabi s.a.w ajar satu doa,

  "Ya Allah,  janganlah Engkau jadikan musibah kami pada agama kami, dan jangan Engkau jadikan dunia sebagai impian terbesar kami, serta pengetahuan kami yang tertinggi, serta jangan engkau kuasakan atas kami orang-orang yang tidak menyayangi kami." (HR. Tirmidzi dan An Nasa'i) 

     Malas solat, malas baca quran, malas menuntut ilmu, malas bangun malam,  kedekut ber sedekah,     itu semua adalah musibah dalam agama. Musibah  dalam bab agama ini kita minta jauhkan. Sebab itu akan memudharatkan nasib kita di akhirat nanti.




Semoga bermenafaat.


        

Dari kuliah Us. Abdul Muein.
1/1/25
Jeram.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...