Langkau ke kandungan utama

155) APA TAULADAN DARI KISAH FIRAUN?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,




          Firaun mendakwa bahawa dia lah satu-satunya tuhan yang berhak disembah, dan melecehkan tuhan nabi Musa a.s dengan menyuruh pembantunya Haman supaya membina bangunan tinggi kononnya untuk melihat tuhan Musa. Allah memberitahu bahawa Firaun dan tenteranya itu sombong.

       Disebabkan kesombongannya itu maka Allah  memberi balasan kepadanya seperti Allah nyatakan dalam surah al Qasas:40 ,
    

            Lalu Allah ambil Firaun dan tenteranya. Kenapa Allah ambil sekali tenteranya? Sebab mereka adalah  pengikut Firaun.  Siapa yang ikut orang zalim,  dia adalah zalim juga. Kemudian Allah campak kan mereka semua ke dalam laut. Di dalam tafsir disebut  iaitu Laut Merah.

        Maka Allah perintah kan nabi Muhammad s.a.w  perhatikan dengan akal bagaimana akibat kesudahan orang yang zalim. Zalim ini terbahagi dua iaitu zalim kerana syirik, kedua zalim kerana buat maksiat. Siapa yang buat maksiat adalah zalim, tetapi tidak sampai tahap syirik, iaitu terkeluar dari Islam.


Ayat perintah

        Fanzur dalam ayat di atas  adalah fi'il amar atau perintah. Perintah maknanya wajib diikuti. Allah perintah kepada siapa? Pertama kepada nabi s.a.w kerana ayat itu turun kepada nabi.  Kedua, kepada umatnya.

       Apakah perintah itu? Iaitu, perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang  yang zalim.  Adakah kita wajib ikut perintah ini?Wajib.  Tapi bolehkan kita ambil pengajaran kisah firaun ini jika kita tidak faham al quran?  Maka apa kaedah dari usul fiqh tentang hal ini?

       Iaitu,  “Apa-apa yang tidak sempurna sesuatu perkara yang wajib kecuali dengannya, maka hal itu menjadi wajib”.

        Contoh nya ambil wudhu' itu sunat. Bukan wajib jika tidak ada apa-apa sebab. Solat itu wajib. Tapi ia tak sempurna tanpa wudhu'. Maka bila solat itu tak sempurna tanpa wudhu', maka wudhu' itu jadi wajib.

          Wajib mengambil pengajaran dari kisah firaun. Pengajaran itu tidak akan sempurna kecuali dengan faham al quran. Maka faham  alquran itu adalah wajib. Itu kaedahnya. 

       Apa yang Allah suruh dalam ayat di atas? Iaitu perhatikan bagaimana  Allah tenggelamkan  firaun. Ia sama seperti Allah suruh dalam ayat,


         Iaitu perkataan bagaimana/ kaifa  .  Itulah yang Allah suruh, iaitu bagaimana Allah menghancurkan tentera bergajah. Allah tak suruh perhatikan bila ia berlaku. Sebab kalau setakat tahu bila , tidak ada faedahnya. Allah juga tak suruh perhati di mana ia berlaku. Sebab kalau setakat tahu tempat, tiada apa pengajarannya. Yang dapat dijadikan pengajaran ialah bagaimana Allah hancurkan tentera bergajah itu. 


Bagaimana Allah hancurkan?

          Tentera bergajah yang besar dan ramai. Logiknya kalau Allah nak hancurkan maka Allah hantar tentera malaikat. Tapi tak perlu. Allah hanya hantar burung yang kecil. Dan batu yang dibawanya lebih kecil pula. Apa berlaku kepada tentera bergajah itu? Iaitu hancur seperti dimakan. Allah suruh perhatikan bagaimana burung yang kecil dengan batu yang kecil menghancurkan tentera bergajah yang ramai. 

         Maka Allah suruh fikir bahawa mesti ada suatu kuasa yang hebat dibelakang burung itu iaitu Allah. Maka gerunlah kepada Allah. 

         Begitu juga Allah hancurkan firaun yang zalim. Ia membunuh beribu-ribu anak lelaki bani Israel yang baru lahir.  Tapi Allah hancurkan kerajaan yang kuat dan besar itu hanya dengan air.  Kalau Allah hantar malaikat hancurkan firaun, tak nampah Allah hebat, tapi Allah hantar air sahaja.

       Apakah langkah Allah nak hancurkan firaun dan pengikutnya? Allah detailkan prosesnya dalam surah  As syu'ara, iaitu,


         Mula-mula Allah keluarkan firaun dan pengikutnya dari kebun-kebun mereka dan dari istana yang mewah mereka.  Kemudian,

        Allah pisahkan juga mereka dari kedudukan dan hartabenda mereka. Maka begitulah cara Allah,

      mewariskan kerajaan firaun kepada bani Israel yang dulu dihina. Kemudian,

         Lalu firaun dan pengikutnya mengekori nabi Musa pada waktu syuruk. Bila tentera firaun  berdepan  dengan pengikut nabi Musa, pengikut nabi Musa pun berkata, ' Habislah kami kali ini.'  Kerana di hadapan  mereka laut dan  di belakang mereka tentera firaun. Tetapi apa kata nabi Musa?


         Tapi Nabi Musa tidak gentar dengan katanya, ' Sesekali tidak akan  kita mati di sini, kerana Allah yang maha Pencipta bersama aku dan Dia akan memberi petunjuk kepada ku'.

        Begitu juga kata nabi Muhammad s.a.w kepada Abu Bakar ketika mereka diburu di gua Tsur, kata nabi s.a.w,  'Jangan takut, Allah bersama kita.' Kenapa semasa Musa Allah berkata  Allah bersama ku tapi nabi Muhammad kata bersama kita?

       Kerana pengikut nabi Musa tak yakin, hanya nabi Musa yang yakin.  Berbeza dengan nabi Muhammad, kedua-dua mereka yakin pertolongan Allah.

       Kenapa nabi Musa yakin? Kerana ia telah tahu dengan mukjizat dari Allah iaitu tongkatnya sebelum itu. Yang dia nampak hanya Pencipta laut dan Pencipta firaun.  Lalu apa arahan Allah kepada beliau?

        Lalu Allah wahyukan kepada Musa supaya pukul tongkatnya ke laut. Kenapa perlu pukul dengan tongkat? Sedangkan tongkat itu tak boleh membuat apa-apa pun?  Sebabnya ialah, pertama apa-apa perkara kena ada usaha. Tapi usaha itu tak tentu lagi hasilnya, kerana semua hal itu datang dari Allah. Tanpa izin Allah takkan berlaku. Buktinya adakah laut terbelah kerana tongkat nabi Musa? Tidak.

        Sebab itu dalam bab rezeki jangan fikit dapat berapa. Usaha sahaja. Jangan risau pasal rezeki tapi risau kalau kita tak bekerja.

        Bila nabi Musa pukul tongkatnya ke laut , jadilah jalanraya yang luas. Dan bila firaun makin dekat kepada Musa dan pengikutnya maka Allah selamatkan  Musa dan pengikutnya.  Selepas itu Allah tenggelamkan firaun dan tenteranya. Seperti firman Allah,

        Dari situ ada pengajaran yang patut kita ambil. Iaitu kalau ikut perintah Allah maka Allah akan selamatkan kita. Kalau tak ikut perintah Allah, maka tak selamat walaupun logiknya nampak boleh selamat. 
         
        Kedua, kalau kita redha dengan takdir Allah, sebagaimana Musa dan bani Israel redha, Allah akan cukupkan dia. Masalah kita ialah tidak redha dengan takdir Allah, sebab  itu kita tak  rasa puas, sentiasa mengharap kepada manusia.


 Kenapa dengan air?

         Kenapa Allah tenggelamkan firaun di laut bukan  dengan angin, ribut dan sebagainya? Iaitu kerana Firaun itu berbangga dengan  sungainya. Apa dalilnya?  Lihat az Zukhruf: 43,


         Di mana firaun  berbangga bahawa negeri Mesir itu miliknya dan begitu juga sungainya.  Jadi bila firaun berbangga dan sombong dengan sungai iaitu air, maka Allah binasakan ia dengan air.  Contoh lain dalam surah al Kahfi: 34,


        Di sini pemilik kebun itu berbangga dengan harta dan pengikut.  Lalu dia masuk kekebunnya sedangkan ia menzalimi dirinya sendiri, seperti di ayat ini,


        Kenapa ia menzalimi dirinya sendiri? Bukankah itu kebunnya sendiri? Bukan kebun orang?  Sebab ia sombong dengan apa yang ia ada. Oleh itu apa jadi dengan kebunnya? Lihat ayat 42 ini,

       Lalu Allah hancurkan kebunnya sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Puncanya ia syirik kepada Allah dan sombong. Jadi jangan bangga dengan apa yang kita miliki.  

Kemudian Allah berkata lagi, 

        Maka Allah jadikan Firaun dan tenteranya ikutan (imam) kepada orang yang diseru kepada neraka dan mereka tidak ditolong oleh Allah. 

       Maksud imam itu ada diterangkan dalam hadis yang ini,


Rasulullah SAW bersabda: 
     "Barang siapa merintis (memulai) dalam agama Islam sunnah (perbuatan) yang baik maka baginya pahala dari perbuatan tersebut juga pahala dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang sedikitpun pahala mereka hingga hari kiamat, 
    dan barang siapa merintis dalam Islam sunnah yang buruk maka baginya dosa dari perbuatan tersebut juga dosa dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang dosa-dosa mereka sedikitpun hingga hari kiamat”. (HR Muslim)

       Abu Hurairah r.a meriwatkan lebih 5000 hadis. Hadis ini tersebar hingga hari kiamat.  At Tufail ialah orang yang mengislamkannya. Pahala Abu Hurairah dapat juga kepada AtTufail bahkan lebih banyak. At Tufail masuk Islam kerana rasulullah s.a.w.  Maka pahala Abu Hurairah dan At Tufail dapat juga kepada rasulullah s.a.w. Sebab itu Allah berkata,

         Iaitulah Allah kata Rasulullah bahawa beliau mendapat nikmat yang banyak. Semua  pahala orang Islam dapat kepada beliau.  Sebab nabi adalah pencetus umat ini. 


Pencetus keburukan

        Begitulah pula bagi orang yang mencetuskan  keburukan  dan dosa.  Ia mendapat dosa sebanyak mana orang yang mengikutinya.  Seperti mana firaun itu diikuti oleh  pengikutnya hingga ia menerima dosa-dosa pengikutnya  juga . Sebab itu ia dipanggil imam, iaitu orang yang diikuti. Oleh itu jangan jadi pencetus kejahatan. 


       Kalau di satu kampung orang tidak tahu berlaga ayam, tiba-tiba  kita masuk dan mulakan berlaga ayam. Selepas 3 hari kita mati dan orang-orang menerus kan laga ayam itu, maka kita pun menerima dosa laga ayam mereka itu walaupun berpuluh tahun sehingga lah berhenti laga ayam itu.
          
         Allah maha adil, Firaun yang zalim membawa pengikutnya ke neraka. Manakala bani Israel yang ia tindas membawa pengkutnya kesyurga. Lihat as Sajdah: 24,

          Iaitu sebahagian dari bani Israel itu manjadi imam ( yang diikuti) kepada hidayah.  Sifat mereka itu sabar dalam menghadapi kesusahan dan  mereka yakin dengan janji-janji  Allah.  Oleh itu jika kita mahu menjadi orang yang diikuti maka kena ada dua sifat ini.  Untuk yakin dengan janji-janji Allah maka kena faham ayat-ayat  Allah iaitu alquran. Jika tidak faham bagaimana hendak yakin?

        Oleh itu hendaklah kita sabar dalam membawa hidayah kepada anak-isteri dan keluarga kita.  

       Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Ust. AMAR,
Klang.
28/3/24
         
          
         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...