Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Tidak ada orang yang Allah mudahkan ia dalam kebaikan, kecuali pasti ada sebabnya. Dan tidak ada orang yang Allah mudahkan ia dalam keburukan, pasti juga ada sebabnya. Maknanya tidak ada orang yang Allah biarkan dalam dosa, samada dosa zahir atau dosa batin, pasti ada sebabnya. Tapi terkadang kita tidak tahu apa sebabnya.
Sebab mudah ke syurga
Allah berfirman,
Fa di situ adalah korelasi sebab dan akibat. Mengapa Allah mudahkan ia masuk syurga? Sebab menurut ayat di atas, ia melaku- kan tiga hal iaitu:
1. Memberikan hartanya (bersedekah)
2. Bertaqwa dalam setiap perbuatannya
3. Ia membenarkan keimanan tentang Allah dan hari akhirat.
Dengan sebab ia ada 3 sifat di atas, maka Allah memudahkan ia ke syurga. Kerana ia yang memulakan dulu. Setelah ia lakukan 3 hal di atas secara istiqamah, dengan sebab amalnya yang baik itu maka Allah beri balasan dengan syurga.
Sebab mudah ke neraka
Sedangkan bila Allah berfirman,
Lalu kata Allah, orang yang bakhil, sedangkan bakhil itu adalah pilihannya sendiri, juga berasa sombong dengan manusia, sombong dengan Allah, berasa tak perlukan siapa-siapa, dan ia dustakan pula keimanan kepada Allah dan hari akhirat, maka Allah mudahkan ia ke neraka. Maknanya ia mudah nak buat dosa sehingga dengan itu ia mudah pula masuk ke neraka.
Di dalam ayat di atas Allah terangkan ada orang yang Allah mudahkan ke syurga, dan ada yang Allah mudahkan ke neraka. Tapi Allah mudahkan ia ke syurga bukan tidak ada sebab. Dan Allah mudahkan ia ke neraka bukan tidak ada sebab.
Iaitu bukan bererti Allah itu zalim kepada hambanya bila Ia memasukkan seseorang ke neraka Tetapi kerana ada sebab yang dibuat oleh ia sendiri. Orang itu yang berbuat buruk dulu, maka dengan sebab itu ia mudah pula masuk neraka.
Analoginya seperti orang yang makan rasuah. Kerajaan kata siapa makan rasuah, ia mudah masuk penjara. Tapi orang nak juga makan rasuah. Maka bila ia masuk penjara jangan salahkan kerajaan .
Amal soleh dan
amal buruk.
Oleh itu, lakukanlah amal soleh sebanyak-banyaknya, kerana kita tidak tahu amal soleh mana yang Allah terima untuk kita masuk syurga Allah nanti.
Dan jauhkanlah apa-apa pun amal buruk, yang berdosa, yang maksiat, kerana kita tidak tahu amal buruk manakah yang menyebabkan kita masuk neraka Allah. Terutama nya jauhi sifat bakhil untuk memberi kepada yang memerlukan, bersikap sombong dan mendustakan keimanan kepada Allah dan kepada hari akhirat.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Us. Lutfi Abdul Jabbar
Padang Jawa,
24/6/24
Ulasan
Catat Ulasan