Langkau ke kandungan utama

214) APA CIRI PALING PENTING ORANG BERTAQWA?

Bismillah.
Alhamdulillah
Assalamu'alaikum,


Allah bersumpah

        Allah telah bersumpah dengan waktu malam dan waktu siang, dan Allah bersumpah dengan diri Nya yang mencipta manusia lelaki dan perempuan, bahawa amalan  manusia ada berbagai-bagai,  tapi hakikatnya ada dua jenis manusia sahaja ataupun ada dua bentuk amalan sahaja. Walaupun zahirnya nampak berbagai-bagai. 





Memberikan harta



       Golongan pertama, orang yang suka memberi, bukan saja memberi tapi juga bertaqwa. Punca ia bertaqwa ialah ia membenarkan  atau yakin dan percaya pada janji-janji Allah. Termasuklah syurga. 


Allah permudahkan

    Maka golongan pertama ini Allah beri kelebihan di dunia. Iaitu dia mudah membuat apa saja amal kebaikan. Seperti ibadat , sedekah , buat kebajikan kepada orang, Allah permudahkan. 




Orang yang bakhil

       Golongan kedua,  lawan kepada golongan pertama iaitu kedekut. Cari duit simpan , cari duit simpan. Dan sifat mereka ialah  berasa dirinya serba cukup. Bila dia rasa dirinya serba cukup, dia tak cari Allah , dia tak cari agama lagi.


Mendustakan janji Allah

    Dan punca mereka rasa serba cukup itu apa?  Iaitu kerana ia mendustakan apa yang Allah janji, dosa , pahala , syurga. Dan orang seperti ini Allah beri balasan di dunia lagi, iaitu ia susah untuk buat kebaikan. Walaupun depan mata dia, bila-bila masa dia susah nak buat.

        Kemudian, Allah bagitau, yang kedekut harta banyak ini,  hartanya yang banyak itu memberi menafaat selama ia hidup saja. Bila dia mati saja, segala hartanya tak ber faedah lagi. Lihat ayat 92:11,


      Binasa itu bermakna mati, maka segala harta nya tak memberi menafaat lagi  bila ia mati.


Petunjuk dari Allah

    Kemudian Allah beritahu yang boleh selamatkan kamu ialah petunjuk. Dan petunjuk itu wajib keatas Allah memberinya kepada manusia. Jadi bila manusia tak dapat petunjuk, bukan petunjuk tak datang padanya. Bukan petunjuk Allah itu susah. Bukan susah nak faham atau susah nak amal. 

        Tapi sebabnya ialah manusia sendiri yang menolak petunjuk. 


Milik Allah

      Kemudian Allah kata , kalau nak dunia Dialah pemiliknya,   kalau nak akhirat Dia lah juga pemiliknya. Maka kalau nak dua-dua jangan cari manusia, carilah Allah. 

     Kemudian Allah beri amaran dalam ayat  ini,

    Amaran Allah ini betul-betul menakutkan manusia. Tapi ramai manusia tidak takut pun iaitu api neraka. Tapi manusia takut api di dunia. 


Orang yang celaka

     Tidak akan masuk neraka itu kecuali orang  yang celaka . Firman  Allah,


     Asyqa  ini bukan setakat celaka tapi paling celaka. Sama seperti akbar maksudnya paling besar, ajmal paling cantik, afdhal paling baik , ahsan paling baik dan asyqa paling celaka. 

        Jadi , yang masuk neraka itu ialah yang paling celaka . Siapakah mereka? Iaitu seperti dalam ayat ini,

     Iaitu orang yang mendustakan dan yang berpaling dari iman. Bila sebut mendustakan sama dengan ayat 1 iaitu orang yang kedekut kerana ia mendustakan ayat-ayat Allah. 

       Jadi, yang jenis kazzaba ini  orang yang paling celaka. 

    Allah kata kazzaba dan tawalla.  Apa beza kazzaba dengan tawalla?  Kazzaba mendustakan, tawalla berpaling,  itu terjemahannya.  

     Maksud kazzaba, apa yang Allah kata , apa yang nabi  cakap, ia tak percaya. Dari segi berita, katanya itu semua tak betul , itu bohong. 

     Manakala maksud tawalla  ialah mengingkari arahan  atau perintah supaya beramal. Iaitu dari segi amal. 

      Ada tak orang yang kazzaba tapi tidak tawalla? Cerita-cerita dalam al quran ia tak percaya  tapi bila Allah suruh solat,  ia solat. Allah suruh puasa, dia puasa. Ada. Iaitu orang munafik. Ia solat, ia puasa tapi sebenarnya ia tak percaya apa yang Allah kata. 

        Dalam masyarakat kita pun ada .  Dia solat tak tinggal , puasa tak tinggal. Tapi kata-kata Allah ia tak percaya. Apa buktinya? Dia lebih kejar dunia dari kejar akhirat.  Lepas solat je buru dunia.

     Kalau kita terasa itu bermakna kita sedang dirawat dengan al quran. Baru kita boleh berubah. Kalau tak terasa , dia rasa itu orang lain maka penyakit itu takkan berubah . 



Yang selamat

       Jadi, orang paling celaka ialah yang mengingkari berita-berita dari quran  dan sunnah dan yang kedua, yang mengingkari arahan  dan perintah-perintah  Allah dan rasul. Allah sebut siapa yang celaka, tapi Allah sebut juga siapa yang selamat dari api neraka . Lihat ayat ke 17,

        Yang dijauhkan dari neraka ialah atqa iaitu yang paling taqwa. Pattern yang sama seperti  asyqa. Kalau asyqa paling celaka, maka atqa paling bertaqwa.  

      Jadi kalau nak selamat dari neraka kena jadi orang bertaqwa atau paling bertaqwa.  Allah tak sebut yang selamat dari neraka yang banyak solat. Atau yang pergi umrah setiap tahun bulan ramadhan. Bukan. Yang paling selamat ialah yang paling taqwa. Apa makna taqwa?

     Kita tahu taqwa itu buat apa yang Allah suruh  , tinggal apa yang Allah larang. Tapi di sini Allah sebut siapa orang yang paling bertaqwa dalam ayat seterusnya.


Paling bertaqwa

     Iaitu yang sentiasa memberikan hartanya,  dengan tujuan untuk menyucikan hati. Macamana dengan berinfak boleh membersih kan jiwa? 

        Maknanya sebelum beri, jiwa belum bersih , dah beri baru bersih. Jadi bagaimana dengan memberi itu jiwa jadi bersih?  Itu juga bermakna tidak memberi itu tanda ada penyakit. 

     Kata seorang sahabat, Abdullah bin Jundub r.a, 
  " Cinta dunia punca segala dosa."

      Bila kita tak mahu memberi harta itu tanda ada penyakit cinta dunia. Nak hilang cinta dunia dengan memberi. Bukan ambil. Sebab itu Allah sebut memberi itu dalam fi'il mudhari' iaitu sentiasa memberi. 

   Kata ahli tafsir ,  ulama hampir sepakat bahawa ayat ini khusus untuk Abu Bakar r.a.  Ayat ini turun khusus kepada Abu Bakar r.a. Tapi pengajarannya untuk semua. Abu Bakar bila memberi tak bermusim, dan bukan sedikit. Abu Bakar ini jiwa sudah bersih tapi kenapa perlu dibersihkan lagi? Kenapa?


Faedah-faedah sedekah

      Kerana selain membersihkan  jiwa , ada banyak lagi faedah sedekah. Antaranya Allah sebut dalam surah al Baqarah;165,


       Orang yang berinfak di jalan  Allah.  Apa makna di jalan  Allah ? Iaitu apa saja usaha dalam menegakkan agama Allah. Contoh kita sponsor orang belajar agama yang akhirnya ia berdakwah. Kita buat sekolah menyebar kan agama. Infak kepada masjid yang menyebarkan Islam. Atau infak berjihad menentang orang kafir. Apa kelebihannya?

     Iaitu seperti satu benih yang mengeluarkan 7 tangkai, setiap tangkai ada 100 buah, dan Allah gandakan lagi kepada sesiapa yang Allah kehendaki berdasarkan keikhlasan seseorang. 

        Allah boleh bagi kah? Kalau seorang 100, ada satu juta orang, bolehkah Allah gandakan sampai 700 seorang?  Allah maha luas ilmuNya, maha luas KekayaanNya dan maha luas KekuasaanNya.

    Jadi, selain Abu Bakar r.a dapat membersihkan jiwa, juga mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Sebab itu bagi nabi s.a.w sendiri, tidak ada seseorang yang meminta kepadanya , kecuali nabi beri. Dan bila satu masa nabi tak beri itu tanda sudah habis , tiada apa lagi.  

    Berbeza dengan kita, kita beri sikit sahaja. Kita pergi umrah kali ketiga, sekali pergi 7000, bila nak sedekah bina masjid kita beri 50 saja. Kita tak nampak yang berganda itu. Padahal yang 7000 itu terus habis. 

       Lagi pula bila pergi banyak kali pun , kadang balik tak berubah pun. Dulu tak solat di masjid, balik pun sama juga.   Sebelum pergi malas baca quran,  balik tak baca juga. Jadi , duit habis iman tak meningkat. 

       Usman bin Affan r.a bila dia balik dengan barang dagangannya, ia infakkan semua barangnya kepada fakir miskin sebab ia nak ganjaran 700 kali ganda dari Allah swt. 

Hendak bertaqwa

     Sebab itu Allah kata nak bertaqwa kena infak. Allah tak sebut solat malam. Sebab itu, balik kepada ayat tadi  iaitu orang yang selamat ialah yang bertaqwa dan tanda taqwa ialah infak. Kenapa Allah tak sebut solat malam?

       Sebab solat malam itu untuk diri sendiri. Tapi infak untuk orang lain. Abu Bakar r.a tidak terkenal dengan solat malam, tak terkenal dengan puasa, tapi terkenal dengan siddiq, ia infak sebanyak-banyak nya.  Lihat al Hujurat: 15 iaitu mengenai sifat orang beriman yang sebenar,

      Bila ada perkataan innama, itu bermakna sesungguhnya hanya. Bila beriman dengan Allah bermakna beriman dengan semua yang Allah katakan. Dan beriman dengan  rasul bermakna percaya dengan semua yang rasul katakan dan yang nabi buat.  Kemudian selain beriman, ia tak ragu-ragu. Ia tak ragu-ragu adanya pahala , adanya dosa . Dengan sunnah nabi pun ia tak ragu-ragu sedikit pun. Tahu saja sunnah nabi terus pegang dan terus buat. 

Berjihad dengan harta

       Satu lagi ciri-ciri orang beriman iaitu ia berjihad dengan  hartanya. Ini yang berat. Sebab faedahnya bukan untuk diri sendiri tapi orang lain. Sebenarnya bila kita buat baik kepada orang lain, kebaikan itu pulang kepada diri kita sendiri. Tapi kita tak buat sebab apa?  Sebab kita masih ada ragu-ragu.  

      Kemuncaknya ialah infak jiwa untuk agama Allah. Khadijah r.ha dan para sahabat bila ia beriman, hartanya habis untuk agama Allah.  Kenapa Khadijah r.ha ambil risiko infak hingga habis hartanya? Sebab dia yakin janji Allah.

       Sebab itu Allah kata mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Iaitu ;
1.  Beriman kepada Allah dan rasul
2.  Ia tak ragu-ragu dengan janji-janji Allah. 
3.   Berjihad dengan harta dan jiwanya. 

      Siapa yang jaga agamanya, imannya, Allah akan  jaga dia. Seperti pemuda kahfi yang menjaga imannya, maka Allah selamatkan  diri mereka.   Tapi Karun tak pedulikan agama dan iman maka akhirnya Allah benamkan ia dan   hartanya ke dalam tanah. 


Tak harap balasan

      Bila seseorang berinfak , apa bukti dia tidak mengharapkan balasan kecuali redha Allah iaitu membersihkan jiwanya?  Maka jawapannya di dalam ayat ke 92: 19 ini,

       Maknanya dia memberi kerana untuk membersihkan hati atau jiwa, daripada cinta dunia dan daripada sifat kedekut. Kedua, ia tak mengharapkan balasan dari orang yang diberinya. Tetapi apa yang diharapkannya?   Lihat ayat seterusnya, 

         Melainkan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.  Sama seperti Allah sebut dalam surah al Insan : 8 dan 9,

      Memberi itu mesti dengan barang yang baik bukan  barang yang dah tak berguna. Memberi kepada anak yatim yang berkerabat adalah yang paling baik.  Atau memberi kepada tawanan perang, atau zaman sekarang banduan yang ada dalam penjara. 

Tujuan pemberian

       Apa tujuan pemberian itu? Iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ada juga pendapat mengatakan tujuannya ialah supaya dapat melihat wajah Allah. Itulah nikmat yang paling besar dalam syurga. Jadi,  salah satu cara untuk melihat wajah Allah ialah dengan berinfak. 

       Dan tanda keikhlasan orang yang memberi itu, ialah ia tidak mahu sedikit pun balasan. Kalau mengharap balasan itu bukan fi sabilillah.  Antara bentuk balasan ialah ucapan terima kasih.  Itupun dia tak mahu. Sebab ganjaran  dari Allah sangat besar sehingga sebarang balasan walau sekecil ucapan terima kasih, dia tak harapkan. Kalau kita mengharap kan ucapan  terima kasih dari orang, bermakna dia masih tak yakin dengan janji Allah kepada yang berinfak. 

       Adab bagi orang menerima ialah dengan berterima kasih. Tetapi jika ia tak berterima kasih, jangan pula sipemberi meminta. Tak perlu kecil hati jika orang tak berterima kasih sebab Allah nak beri 700 kali ganda. Jadi, tanpa terima kasih pun tidak mengapa. 

     Bila mengharapkan  pujian manusia  maka habis pahala kita. Oleh itu sebaik-baik infak ialah dengan cara tersembunyi,   tiada orang yang tahu. Langkah terbaik bila kita dah buat kebaikan ialah lupakan terus. Bila kita ingat-ingatkan dan puji diri sendiri habislah pahala kita. Itulah kerja syaitan nak menghilangkan pahala manusia. 

       Mengenai kewajipan sedekah  ada satu hadis berbunyi ,
    
    “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” -
[Hadis Riwayat al-Tirmidzi.]

      Iaitu memadamkan dosa kecil. 
Kepada siapakah sedekah yang paling utama ?  Lihat hadis nabi s.a.w ketika Zainab isteri ibnu Mas'ud bertanya nabi tentang isteri bersedekah kepada suami , adakah dapat pahala? Maka nabi s.a.w menjawab,
    " Ya, (bersedekah pada suami sah hukumnya) untuk dia (Zainab dan para isteri umumnya) mendapatkan dua pahala. Pahala kekerabatan dan pahala sedekah”.
 [HR. Bukhori]

      Dalam satu hadis pula berbunyi,

    Hadis daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Nabi ﷺ bersabda,

  “Ketika hamba berada pada setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa,
“Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (mencari nafkah, sedekah).”
Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kerugian bagi yang enggan bersedekah.”                 [HR Bukhari #1442, Muslim #1010]

      
Apa Allah beri?

      Kemuncak bagi ketaqwaan seseorang apa yang Allah berikan? Iaitu,


        Dia mendapat keredhaan Allah. Redha itu maksudnya puas. Jadi sesiapa yang berinfak fi sabilillah ia akan puas. Sebab dia berjaya melawan nafsu yang kedekut   , dan mencapai tahap tertinggi iaitu  al atqa . 

     Manusia dengan dunia dia tidak akan puas. Jika dia ada satu dia hendak dua. Bila ada dua dia hendak tiga pula. Dia tak pernah puas, sampai bila? Kata Allah,

       Sampai lubang kubur baru dia terkejut. Dia kata dia dah tak nak kumpul harta  , dia minta kembali ke dunia untuk beramal. Tapi sudah terlambat. Tapi manusia yang di dunia ini tak mahu pula beramal , sebaliknya kumpul harta. 

Bersegera

       Sebab itu Allah suruh kita segera mendapatkan keredhaan Nya dalam ayat 3:133 ini,

        Dan Syurga itu luas. Bukan seperti luas tanah kita sekangkang kera yang ada. Kalau kita cerdik kita akan rebut yang seluas langit dan bumi itu. Allah sedia kan bagi orang yang bertaqwa. Sekali lagi Allah bagitahu sifat utama orang bertaqwa iaitu,

    Iaitu yang berinfak baik di waktu lapang atau di waktu sempit  ia berinfak. Itu sifat pertama bagi orang bertaqwa. Ada seorang wanita  masuk syurga sebab ia bersedekah kepada anaknya separuh kurma sedangkan dia ada sebiji saja. 

    Infak adalah perkara paling berat sebab ia benda yang paling kita sayang. Tapi kalau nak beli kereta , nak renovate rumah, mudah kita keluar duit ,sebab untuk diri sendiri. Tapi infak ini untuk kepentingan orang lain,   itu yang susah. 

    

Semoga  bermenafaat.




Dari kuliah Ust. Abdul Muein.
10/12/24
Klang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...