Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam Apakah dalil anjuran memberi salam? Iaitu satu hadis yang masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Sebarkanlah salam, beri makan (kepada orang lain), sambunglah silaturrahim, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih) Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya? Iaitu “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam? Berikut hadis-hadis utama sebagai p...
Ulasan
Catat Ulasan