Langkau ke kandungan utama

235) BAGAIMANA MENGHADAPI KEKURANGAN ISTERI?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,



       Allah berfirman tentang cara bermuamalat dengan isteri-isteri dalam surah An Nissa':  19,

    Iaitu bergaullah dengan isteri-isteri kalian  dengan cara yang makruf. Iaitu dengan berakhlak yang mulia, sabar dengan mereka, memberi kebaikan kepada mereka,  mengasihi mereka dan seterusnya.

     Kemudian firman Allah lagi ,

        Kalau kalian benci dengan mereka iaitu mungkin kamu tidak suka dengan mereka , dari segi mungkin akhlaknya kurang baik, atau paras rupanya kurang baik, kurang cantik , disebut oleh para ulama  , selama bukan zina, iaitu fizikalnya kurang atau akhlak nya kurang, maka bersabarlah. 


      Kalau kalian benci kepada mereka, boleh jadi kalian benci terhadap sesuatu yang ada pada isteri-isteri kalian, maka Allah jadikan dibalik kebencian kalian tersebut ternyata banyak kebaikan di sebaliknya. Sebahagian ulama seperti Ibnu Kathir, al Baghawi, al Qurthubi, menafsir ayat tersebut,  iaitu  jika seseorang sabar terhadap isterinya yang ada kekurangan samada dari segi fizikal ataupun akhlaknya  , boleh jadi Allah kurniakan  kepadanya melalui wanita yang ia benci itu, anak-anak yang soleh. Dan dari anak yang soleh itu terbuka pintu  kebaikan dunia dan kebaikan  akhirat. Dari anak yang soleh datang kebaikan dunia dan akhirat. 

     Iaitu dengan cara bersabar dengan  kelakuan isteri-isteri.  Walaupun  ia suka berleter, dan  berleter maka sabar saja. Boleh jadi darinya Allah kurniakan anak-anak yang soleh.  Inilah juga  tafsir ayat tersebut dari ibnu Abbas r.a.



Semoga bermenafaat.



      


Dari kuliah Dr. Firanda.
Padang Jawa.
7/4/25
      

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...