Langkau ke kandungan utama

234) APA SOLUSI BAGI MASALAH DI DALAM RUMAH ANDA?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,




        Seseorang bercerita padaku bahawa dulu di rumahnya tidak pernah selesai dari masalah. Lalu ia mendatangi seorang alim bertanyakan mengenai masalahnya itu. 

       Orang alim itu bertanya padanya tentang solat malam dan solat rawatib. Katanya, kamu melakukan solat rawatib?
Jawabnya, apa itu solat rawatib?
Kata orang alim, solat rawatib ialah solat sunah yang dilakukan sesudah atau sebelum solat wajib.
      
       Lalu orang alim itu mengajar nya solat sunah rawatib. Orang alim itu bertanya adakah anda tidak solat witir dan solat malam?  Dia menjawab, ya aku tidak solat witir dan solat malam.

       Lalu orang alim itu berkata bahawa solusi kepada masalah rumahtangganya ialah dengan mengekalkan solat rawatib dan witir di rumah. Kerana itulah pesan rasulullah s a.w dalam sabdanya,

   "Jadikan akhir solat (sunat) kalian pada waktu malam dengan melakukan solat sunat witir."

[Sahih al-Bukhari (998) dan Sahih Muslim (751)]


Dan juga, berkata Abu Hurairah r.a,

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ:
 صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: 
   "Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat solat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur”.

[Sahih al-Bukhari (1981)]

       Maka , masyaAllah selepas seminggu mengamalkannya, keadaan rumahnya berubah 180 darjah. Begitu juga akhlak isterinya dan anak-anaknya  menjadi lebih tenang dan semua hal menjadi lebih baik. Dimana Allah jadikan dengan solatnya itu membawa kebaikan ke dalam rumahnya.

     Itulah solusi kepada masalah dalam rumah kita. Maka teruskan istiqamah dalam mengamalkan kedua-dua jenis solat ini. 


Semoga bermenafaat.






Dari kuliah Syeikh Muhammad al Mukhtar al Syinqithi.
Klang.
6/4/25


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...