Langkau ke kandungan utama

232) KENAPA PERLU JAUHI SIFAT SOMBONG?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


       Apa tujuan Allah beri kekayaan kepada seseorang?  Iaitu untuk menguji nya. Ia bukan untuk dibanggakan.  Bila ia berbangga saja maka ia gagal dalam ujian. 

     Penyakit yang paling bahaya ialah amalan ( penyakit)  hati. Dan apa dosa yang pertama oleh makhluk Allah kepada Allah? Adakah rasuah? Berzina? Bunuh orang ? Minum arak? Dosa apa dan dilakukan  oleh siapa?

     Iaitu iblis. Ia tak mahu sujud kepada Adam. Kenapa ia tak mahu sujud? Sebab sombong.  Itulah dosa pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah kepada Allah. Allah bukan suruh solat, Allah bukan suruh sujud banyak kali pun, hanya sekali. Dan apa   kesannya bila ia sombong ? Allah laknat iblis itu sampai bila-bila. Dan ia akan kekal dalam neraka. 

    Nabi s.a.w pun ada bersabda,

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong."
[HR:  Sahih Muslim (51)]
        
    Sombong sebesar zarah saja tidak boleh masuk syurga. Kadang-kadang sombong itu tidak dengan perkataan tapi dengan perbuatan. Kita jumpa orang, tak senyum dan tak beri salam. Kita tak sedar itu juga unsur sombong. 

     Sebab itulah nabi s.a.w ada beri isyarat  iaitu,

   Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا تَدْخُـلُوا الـجَنَّةَ حتـى تُؤمِنُوا، ولا تُؤمِنُوا حتـى تَـحابُّوا أوَلا أدُلُّكُمْ علـى شَيءٍ إذا فَعَلْتُـمُوهُ تَـحَابَبْتُـمْ؟ افْشُوا السّلامَ بَـيْنَكُمْ

Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”. 
[Riwayat Muslim, no. Hadith 81]

       Bila kita jumpa orang tak senyum dan tak beri salam maka itu tanda kita tak sayang padanya, ada unsur sombong.  Memang susah .


Semoga anda amal dan sampaikan kepada orang lain.




Dari kuliah Ust Muein.
Padang Jawa.
14/3/25

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

623) KENAPA PERLU BERHENTI DARI 5 PERKARA INI?

Bismillah. Alhamdulillah.  Assalamualaikum,  Berhenti untuk perubahan     Dalam perjalanan hidup, ada kalanya perubahan yang paling besar bukan bermula dengan menambah sesuatu, tetapi dengan berani berhenti daripada perkara yang selama ini membebankan jiwa.     Ramai orang mengejar kebahagiaan, namun masih terikat dengan tabiat yang menghilangkan ketenangan. Ada yang hidup untuk memenuhi harapan orang lain, ada yang sentiasa mem- bandingkan diri, ada yang terlalu banyak berfikir, dan ada yang terus menunggu masa yang kononnya paling sesuai.   Hakikatnya, kehidupan yang lebih tenang dan bermakna bermula apabila kita berani melepaskan perkara-perkara yang menghalang kita daripada berkembang. Lima perkara berikut mengajak kita berhenti daripada tabiat yang merugikan, agar hati menjadi lebih lapang, langkah lebih yakin, dan hidup lebih dekat kepada tujuan yang sebenar. Iaitu: 1) Berhenti fikir berlebihan (overthinking)    ...