Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Bila ada permasalahan hidup, yakinlah dengan firman Allah,
Dan juga,
Apabila Allah kata Ia bersama, pasti keberhasilan ada di tanganmu. Oleh itu, jangan tidak sabar. Kerana kita menghadapi bermacam-macam masalah hidup; rumahtangga, ekonomi, masalah sosial , kesihatan dan banyak lagi. Maka sabar. Pasti Allah beri jalan keluar.
Lihatlah Yusuf a.s bersabar. Ada yang mengatakan puluhan tahun. Ada yang mengatakan belasan tahun, dengan berbagai macam musibah. Tapi dia yakin, iaitu tauhidnya benar dan lurus. Iaitu semuanya sudah ditakdir oleh Allah, semuanya sudah diatur oleh Allah. Jika sabar, penghujungnya pasti indah. Ia dimusuhi oleh abang-abangnya, dibuang ke perigi, dijual jadi hamba, dituduh berzina dan dipenjara.
Firman Allah,
Iaitu Allah takkan mensia-siakan orang yang berbuat baik, pasti hujungnya indah.
Ketika bani Israel dizalimi oleh Firaun dalam waktu yang sangat lama, sampai datang nabi Musa a.s datang menasihati mereka agar mereka bersabar. Akhirnya kerana mereka bersabar maka mereka selamat.
Firman Allah,
Iaitu kerana kesabaran bani Israel, maka Allah tetap menunaikan janjinya iaitu keselamatan terlepas dari perhambaan Firaun.
Orang yang sabar, Allah ada cara untuk menyelesaikan urusannya. Yakinlah kerana Allah berkata benar.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Padang Jawa.
13/3/25
Ulasan
Catat Ulasan