Langkau ke kandungan utama

218) SIAPA YANG ALLAH LEBIH CINTA?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


   Dalam satu hadis qudsi, Allah mengatakan bahawa Ia menyukai 3 hal dan Ia lebih menyintai 3 hal yang lain. Jika begitu ada berapa semuanya? Ada 6 semuanya. Dari 6 itu apa yang Allah cintai dan apakah yang Allah lebih cintai?

      Allah berkata, Aku mencintai orang miskin yang rendah hati, tetapi Aku lebih cinta kepada orang kaya yang rendah hati.

    Aku mencintai orang tua yang taat tetapi Aku lebih cinta orang muda yang taat. 

      Aku mencintai orang kaya yang dermawan tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang dermawan.

    Jadi, semuanya ada 6. Sekarang saya jelaskan kebalikannya.

     Kata Allah lagi, Aku membenci 3 perkara tetapi Aku lebih benci kepada 3 hal yang lain.  Iaitu,

    Aku membenci orang kaya yang sombong tetapi Aku lebih benci orang miskin yang sombong  (takbur).

     Aku membenci orang muda yang bermaksiat tetapi Aku lebih benci orang tua yang bermaksiat.

    Aku membenci orang miskin yang kedekut ( kikir) tetapi Aku lebih benci orang kaya yang kedekut. 
 
    Berapa banyak tahapan yang ada?  Yang kita inginkan  adalah masyarakat tetap dalam keimanan.

    Jadi, harus ada orang kaya yang rendah hati,  orang miskin yang dermawan, dan orang muda yang taat untuk menuju masyarakat yang terbaik. 


Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Syeikh Mutawalli Sya'rawi,
Padang Jawa.
5/1/25

      

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...