Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Isteri nabi Luth itu kafir. Walaupun Luth itu nabi bolehkah ia paksa isterinya beriman? Tak boleh.
Kadang ada suami yang soleh, rajin pergi masjid, belajar agama, tapi isteri solat lambat, malas belajar , buang masa dengan tv. Kita dah sampaikan nasihat, tapi dia tak mahu dengar, jangan kecewa. Ingatlah kisah nabi Nuh dan nabi Luth.
Kemudian keluarga firaun pula. Siapa yang beriman? Isterinya. Bolehkan isterinya paksa suaminya, firaun beriman? Tak boleh.
Jadi kalau isteri dah solehah, rajin beribadat, bangun tengah malam, pergi kelas tadabbur, suami kaki tengok tv ,kaki tengok bola. Isteri dah sampaikan nasihat tapi suami tak mau ikut, jangan kecewa.
Sebab itu bukan urusan kita. Itu urusan dia dengan Allah. Kita dah sampaikan, dah nasihat, dia tak mahu dengar , jangan kecewa.
Padang Jawa.
16/10/23
Ulasan
Catat Ulasan