Langkau ke kandungan utama

105) ADAKAH BERBALOI DENGAN SERONOK DI DUNIA YANG SEKEJAP?

Bismillah.
Assalamualaikum, 

          Allah akan menurunkan azab kepada mereka yang zalim. Dan zalim yang paling besar ialah syirik kepada Allah.   Hendak lari dari azab Allah, tidak ada tempat hendak lari.
      
         Allah boleh  mengazab manusia yang zalim bila-bila masa dan di mana saja. Dan Allah mampu menghidupkan manusia yang telah mati, yang mana diingkari oleh orang kafir. Sebenarnya,  Allah tidak ciptakan langit dan bumi ini untuk suka-suka saja tanpa tujuan. Lihat apa kata Allah dalam surah al anbiya':16,
           Allah tidak menciptakan langit dan bumi ini hanya untuk main-main. Ini diterangkan   lagi oleh Allah melalui surah  az zariyat:56,
    
       Ayat ini menjelaskan maksud ayat 16, al anbiya' tadi. Allah cipta langit dan bumi, dan Allah cipta pula manusia dan jin untuk beribadah kepada Allah.  Yang menyembah Allah itu ada dua jenis saja   iaitu manusia dan jin. Sebab itu  yang  masuk syurga hanya dua jenis ini saja. 


Dicipta untuk beribadah

       Manusia dicipta untuk beribadat.. Selama mana ? Iaitu 24 jam. Sepanjang masa. Jika kita ibadat 13 jam  maka  11 jam kita abaikan tanggung kawab kita kepada Allah. Adakah kita beribadah 24 jam? Atau ketika solat sahaja?
          
       Kita dicipta untuk  beribadah kepada Allah dalam setiap waktu dalam kehidupan kita, apa dalilnya? Iaitu dalam doa  iftitah yang selalu kita baca ,

          Kita kata 'Sesungguhnya bahawa solatku , ibadahku , hidup dan matiku hanya kerana Allah rabbul 'alamin.'
     
         Kita kata semua hidupku untuk beribadah kepada Allah. Tapi realitinya berapa lama kita ibadah?  Berapa lama masa dan umur kita, kita guna untuk ber ibadah kepada Allah?
    
        Orang beriman itu seluruh hidupnya dalam mentaati Allah. Bila ia keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal maka sepanjang masa ia keluar itu ibadah. Bila rezekinya kerana menipu atau rasuah maka tak jadi ibadah lagi. Sebab itu orang beriman dan beramal soleh Allah beri dia syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Sebaliknya orang kafir mereka masuk neraka, tidak ada tempat ketiga. Sebab  orang kafir itu  hanya tahu berseronok dan makan-makan sahaja , sama seperti binatang ternak makan. Hingga kesudahannya dia masuk neraka. Kenapa? Kerana dia hanya makan,  berseronok dan tidak beribadah kepada Allah.


Orang kafir hidup untuk berseronok
       
       Orang kafir hidup untuk berseronok dan makan sahaja.  Iaitu  seperti kata Allah dalam surah Muhammad:12,
          Ayat ini menerangkan bahawa sesiapa yang menghabiskan masa untuk makan dan berseronok sahaja, maka itu tidak menepati tujuan   ia dicipta. Dan di akhirat, manusia itu ada dua golongan saja, iaitu yang masuk syurga dan yang  masuk neraka . Tidak ada golongan ketiga.


Iman mesti ada amal soleh
      
       Kenapa Allah sebut beramal soleh selepas beriman? Sebab jika orang mengaku dia beriman  maka buktinya mesti ia beramal soleh. Jika tiada amal soleh, imannya cacat.
     
        Bila dikatakan amal itu amal yang soleh? Iaitu bila ada ikhlas kerana Allah dan cara amalannya mesti mengikut sunnah rasul. Kalau amalnya tak sama dengan yang  nabi amal, maka itu tak diterima amalnya.
      

Ganjaran orang yang beriman

        Apa ganjaran yang Allah beri kepada orang beriman? Iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.  Dengan sebab kita sabar mentaati Allah  hingga tak sempat nak berseronok, maka Allah  kurniakan kita tempat seronok yang selama-lamanya  iaitu syurga. Adakah ber baloi? 
         
        Jika kita buang masa tak beribadat, adakah ada sungai bawah rumah kita? Bila solat lambat, ada muncul sungai bawah rumah kita waktu itu?   Oleh itu jangan tertipu dengan dunia.

    
Amalan orang kafir
   
        Sebaliknya  orang kafir , yang ia tahu hanya berseronok dan makan-makan. Lepas makan, seronok lagi.  Sebagaimana makannya binatang ternak. Binatang tak fikir nak solat. Akhirnya neraka menjadi tempat tinggal mereka. 
        
         Jadi  adakah berbaloi seronok 50, 60 tahun tapi akhirnya masuk neraka selama-lamanya? Jadi, sabar lah sekejap di dunia ini.  Lawan  nafsu, jangan seronok sangat, jangan bergembira sangat , jangan buang masa di hadapan tv dan hp, untuk dapat syurga yang kekal abadi.
      
         Kalau masuk neraka , lepas tu mati ok lah juga. Tapi hadis riwayat Abu Said menyatakan  bahawa,   kata  Rasulullah s.a.w,

 "Adapun penduduk neraka yang sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak juga hidup (beristirehat daripadai siksa neraka). "
 
           Berapa lama kena azab? Selama-lamanya kerana itu ia tidak mati-mati. Kita seronok 50 tahun tapi masuk neraka selama-lamanya. Itupun  adakah kita boleh seronok 24 jam sehari? Tidak!  Mesti ada penat ,  mesti ada sedih dan lain-lain. Kalau seronok 24 jam itu tanda orang gila.


Kenapa langit dan bumi dicipta?

         Dalam ayat az Zariyat:56 di atas, Allah bagitau manusia dan jin dicipta untuk beribadah kepada Allah. Jadi, apa pula tujuan dan perlunya langit dan bumi dicipta? Apa faedahnya ?  Kalau tidak ada pun manusia  boleh juga beribadah.  Apa hubungan keduanya?
      
          Apa  asas untuk sembah Allah dan nak cinta Allah? Iaitu kenal Allah. Tapi Allah itu ghaib, tak kelihatan. Macamana kita nak kenal benda yang tak nampak?
     
        Jadi, untuk manusia kenal Allah , maka  Allah cipta benda-benda yang jadi bukti kebesaran Allah. Sebab itu Allah cipta langit dan Allah suruh tengok langit berkali-kali.  Seperti kata Allah dalam ali Imran:190,

            Di sini Allah nak kita lihat kebesaran dan keagunganNya. Supaya kita sedar.


Tanda kebesaran Allah

          Dalam ayat ini Allah nak bagitau bahawa langit dan bumi itu adalah tanda kebesaran Allah.   Sebelum sembah Allah kita kena kenal Allah dahulu. Caranya dengan melihat kebesaran Allah iaitu langit yang tak bertiang dan bumi yang waktu malam dan siangnya silih berganti tak pernah tersalah.  Bila sudah kenal dan cinta Allah  maka hasilnya Allah nyatakan dalam ayat berikutnya ,

Hasil bila kenal Allah

Hasilnya yang pertama,  
        ia sentiasa ingat Allah  dan patuh kepada Allah. Dalam setiap waktu iaitu ketika  berdirinya dan duduknya dan berbaringnya ia. Kenapa Allah tak sebut saja, dalam setiap keadaan? Tanpa menyebut berdiri, duduk dan baring?
       
        Itu bermaksud setiap masa, kerana keadaan manusia tidak lari dari tiga keadaan itu walau di mana pun ia.. baik semasa naik pesawat atau semasa berenang.
      
        Tapi manusia boleh buang masa berjam-jam, main game, contohnya,  tanpa rasa  bersalah dan rugi. 
      
 Yang kedua,
          Ia sentiasa berfikir tentang penciptaan langit dan bumi. Tapi kenapa langit dan bumi sahaja? Kenapa Allah tak sebut haiwan, tumbuhan dan lain-lain? Kerana Allah sebut ciptaanNya yang paling hebat dan besar sudah cukup. Tapi arasy Allah lebih besar dan hebat tapi Allah tak suruh kita fikir.  Kenapa? Sebab arasy tak kelihatan.



Bentuk-bentuk ibadah
       
       Jadi , dari sini kita dapat tahu bahawa manusia  dan jin dicipta untuk beribadah kepada Allah.  Manakala ibadah itu ada dua bentuk:
1. Zikir. Samada zikir lisan atau perbuatan anggota badan seperti solat dan haji. Setiap amalan yang disukai Allah adalah satu zikir kepada Allah. Berkata benar itu satu zikir, berbohong itu bukan zikir.

2. Berfikir. Menggunakan akal.

       Antara keduanya itu  ,yang mana lebih penting? Berfikir lebih penting. Kerana ia membawa kita kenal Allah, iaitu dengan berfikir benda sebesar  langit hingga benda  sekecil nyamuk sekalipun. Kerana dalam satu binatang seperti nyamuk yang kecil itu, ada bermacam-macam alat padanya  iaitu jarum, bius dan pengesan darah. Bagaimana Allah cipta sebegitu?
       
         Sungguh setiap  ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Oleh itu kalau kita tidak kenal Allah,  maka  kita akan langgar perintah Allah dan masuk neraka. Sebab itu  kita minta jauhkan  dari api neraka.
Lihat al mukminun:115 
       Adakah kita fikir kita dicipta ini untuk berseronok sahaja? Tanpa dihisab satu hari nanti?

        
Setiap nikmat dihisab

      Sebenarnya ayat ini Allah nak bagitau kita bahawa semua nikmat yang  kita  dapat akan dihisab.

          Sebab itu Allah adakan hari Kebangkitan.  Iaitu untuk mengadili manusia dengan lebih adil. Kerana di dunia kadang manusia tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.

      Kata ar Razi: Jikalau tidak berlaku  hari kebangkitan maka segala ciptaan Allah  menjadi sia-sia saja.
      
          Jika kita pakai letrik banyak, tapi tak mahu bayar. Apa kata TNB? 'Adakah patut pakai letrik tapi tak mahu bayar?'  Begitulah maksud  Allah bertanya itu.

      

 4 perkara yang disoal
   
         Allah bagi kita nyawa dan  kesihatan, berpuluh-puluh tahun  , maka Allah juga akan bagi bil nanti, ada 4 bil semuanya. Lihat hadis ini, riwayat ibnu Hibban, berkata rasulullah,

" Sentiasalah( tidak bergerak) dua kaki setiap hamba pada hari kiamat hinggalah ia ditaanya tentang 4 perkara  , umurnya ke mana dihabiskan, badannya kepada apa ia gunakan, ilmunya apa dia buat dengannya, dan hartanya kemana ia belanjakan?"

        Jadi semua benda akan ditanya. Jika belanja nya  bukan yang haram  tapi membazir , itu pun akan ditanya. Beli barang banyak-banyak juga akan disoal. Walau itu duit kita, tapi Allah yang beri, samada kita guna  untuk puaskan nafsu atau mentaati Allah. Lebih banyak harta lebih banyak bil dari Allah nanti.  Kalau kita tidak beriman dan beramal soleh , pasti  kifa tak dapat bayar nanti.
      
    
Allah nafikan tuduhan Allah ada anak dan isteri
  
         Orang kristian mendakwa Allah ada anak dan isteri. Maka Allah nak nafikan dakwaan mereka itu melalui ayat 17  al Anbia' ini ,
        
        Maksud Lahwan itu diterangkan oleh Mawardi r.h iaitu bermaksud samada;
1. Anak.
   Anak itu kadang melalaikan kita.
2. Perempuan, isteri
3. Apa saja yang melalaikan.
   Seperti hiburan, game dan sebagainya.
4. Malaikat.

       Jadi jika orang kafir mengatakan Allah itu ada isteri, pastilah Allah yang menentukan siapa  isteri nya, bukan manusia yang menentukan. Seperti kristian mengatakan Maryam itu isteri Allah. Begitu juga kalau Allah hendak anak , Dia yang mengambilnya dari sisi Nya.  Iaitu malaikat .Kenapa  manusia yang tentukan? Seperti kata yahudi bahawa Uzair itu anak Allah.
      
         Tapi Allah tak perlukan semua itu kerana Dia tuhan. Kalau tuhan perlukan isteri , perlukan anak maka maknanya Allah itu lemah. Manusia perlukan anak dan isteri untuk mejaga  dan menyambung zuriat. Tapi Allah tak perlu jagaan dan tak perlu zuriat. Jadi,  di sini Allab nak menafikan golongan yang mengatakan Allah ada anak dan isteri.



Kesimpulan

         Allah jadikan langit dan bumi untuk kita ambil iktibar dan kenal  kebesaran Allah.  Dengan itu Allah mahu kita tunduk kepadanya sahaja dengan menyembah Nya dan mensyukuri nikmat dari Nya. Bagi mereka yang taat Allah beri ganjaran syurga manakala yang ingkar Allah hukum dengan neraka.


Padang Jawa.
24/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...