Langkau ke kandungan utama

86) APA TUJUAN AL QURAN DITURUNKAN?

Bismillah.
Assalamualaikum,

      
      Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa kepada Allah  supaya di datangkan seorang rasul kepada umat akhir zaman supaya menjadi pembimbing mereka iaitu doanya, 


      "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(surat-al-baqarah-ayat-129

          
          Daripada ayat di atas, di jelaskan bahawa alquran dan hikmah( sunnah) bertujuan  membersihkan hati orang yang menurutinya.  Iaitu dari syirik dan maksiat.  Jadi , kitab al quran itu diturunkan ialah bertujuan untuk  menghilangkan kesesatan yang ada pada manusia dari segi  aqidah dan amalan   , yang jauh terpesong  daripada sifat hamba Allah yang sepatutnya iaitu hanya menyembah Allah.
      
      Jadi tujuan al  quran diturunkan bukan hanya  untuk dibaca semata-mata   ,  bukan untuk dihafal saja,  dan dikhatam sahaja  , tetapi tujuannya   yang sebenar ialah  untuk membetulkan akidah manusia yang salah dan  yang syirik. Juga untuk membetulkan akhlak manusia daripada akhlak yang buruk kepada akhlak yang mulia. Tapi ianya hanya dapat dicapai jika manusia beriman, memahami dan beramal dengan al quran tersebut.
      
         Jadi,  sama-sama kita muhasabah diri kita  ,setakat mana kita memahami tujuan al quran itu  diturunkan. Jika ramai orang yang membaca ,  hafal dan memahami isi kandungan alquran, maka akan hilanglah kesesatan yang ada ,  hilanglah kesyirikan dan juga hilanglah  kejahilan. 
     
       Tapi  realitinya kebanyakan  manusia yang membaca alquran sekarang seolah -olah ianya hanya untuk dibetulkan bacaannya, dikhatamkan dan diambil keberkatannya  sahaja. Bahkan ada yang menganggap.al quran adalah untuk merawat penyakit. Maka  tujuan sebenar al quran itu  sudah tersasar. Maka hasilnya ialah semakin ramai orang yang membaca  , khatam dan   hafal alquran,   tapi akidah umat semakin terpesong ,     akhlak semakin jatuh. Kerana tujuan al quran diturunkan telah disalah ertikan.
     
                Jadi, mari kita sama-sama membetulkan tujuan  alquran diturunkan iàitu untuk difahamai    , ditadabbur dan diamalkan.

        Jika difahami , maka alquran  yang diturunkan oleh Pencipta kita itu akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan membawa kita kepada syurga yang kekal abadi.
   
        Tapi semua itu tidak  akan dapat dicapai tanpa memahami , menghayati dan mengamalkan al quran.

        Quran akan memberi syafaat dan memandu kita hingga kita selamat di dunia dan akhirat. Quran  juga akan mendebat kita di akhirat jika kita tak mengamalkan alquran . Bila alquran menghujah kita , ia tentu akan menang dan kita tentu akan kalah. 

Lihat hadis di bawah:

“Al-Qur’an memberi syafaat dan dimintai syafaat, dan menjadi saksi yang diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikannya sebagai imam, ikutan, pedoman (dengan mengamalkan isi kandungannya) maka ia akan ditarik ke syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya di belakang punggungnya (meninggalkan isi kandungannya) maka ia akan ditarik ke neraka” (Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban,


       Siapa yang meletakkan al quran  di hadapannnya   iaitu ia laksanakan ajaran nya baik siang atau malam  dan ia sentiasa mentaati apa  yang diperintah Allah dan  rasul ,  maka al quran akan memandunya hingga ia masuk ke syurga. Tapi jika ia meletakkan  al quran di belakangnya   iaitu apa saja yang Allah dan   rasul perintah kan , ia tak laksanakan , walaupun ia hafal alquran ,  maka al quran itu akan  menariknya  hingga  sampai masuk  ke neraka. 
      
       Di zaman yang serba moden sekarang ini,  tidak ada alasan lagi kita nak memberi alasan kerana semua ilmu adalah di hujung jari sahaja. Kita boleh buka handphone berjam- jam satu hari, tapi tidak mahu buka terjemahan dan tafsir al quran. Kita akan ditanya nanti.
  
        Kata Abdullah b Masud   "Dulu kami sangat sukar menghafal alquran tapi kami senang mengamalkan  al quran, akan  datang satu masa nanti orang sangat senang  hafal alquran tapi sangat susah mengamalkannya. "   Dengan memahami maksud alquran beliau dapat  meramalkan   suatu masa nanti orang akan  payàh nak amal  al quran. 


Kesimpulan.

          Al quran diturunkan bertujuan untuk  membimbing manusia kejalan yang benar dari segi akidah  ,  amalan dan akhlak manusia. Bukan setakat dibetulkan bacaan nya saja dan dikhatamkan saja. Sesiapa yang tidak mahu memahami kandungan alquran  dia tidak ada alasan lagi di akhirat nanti  jika dihumbankan ke neraka.



Klang.
18/8/23


     
  



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...