Langkau ke kandungan utama

53) KENAPA ALLAH BERPALING DARI KITA?

Bismillah.
Salam,





          Sebagai umat Islam, tentu harapan terbesar kita adalah diperhatikan dan dicintai Allah SWT. Hal yang paling celaka bagi seorang hamba Allah adalah apabila  berpalingnya Allah darinya.

         Apakah maksud Allah berpaling dari seseorang itu? Maksudnya ialah Allah biarkan dia dengan dirinya sendiri, iaitu ia berbuat mengikut apa yang ia suka, Allah tidak membimbingnya lagi. Iaitu apa yang ia buat untuk dirinya sendiri, keluarganya, ibu bapanya, rakan-rakannya dan siapa saja , ia terlepas dari hidayah Allah.

Mengapa Allah berpaling?

       Allah berpaling dari seseorang ialah kerana murkanya Ia kepada seseorang itu. Iaitu akibat perbuatan  seseorang itu sendiri yang mendatangkan kemurkaan Allah.

         Apakah perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah itu?   Dari penelitian di dalam al quran ada 7 sebab mengapa Allah murka atau marah kepada seseorang. Iaitu:
  
1. Kufur. 
Samada kufur kepada Allah, rasul-rasul, atau kitab-kitabnya atau hari akhirat.

2. Syirik.
Iaitu mengadakan tuhan selain Allah untuk disembah atau berdoa.

3. Nifaq.
Iaitu berpura-pura beriman.

4. Murtad.
Keluar dari agama islam

5. Lari dari medan perang jihad.

6. Membunuh manusia dengan sengaja. 

7. Berzina.

       Perbuatan-perbuatan itu digolongkan kepada dua, iaitu perbuatan yang menjurus kepada kufur kepada Allah dan perbuatan yang melanggar hukum-hakam Allah.

Apakah akibat jika Allah berpaling darinya?


     Musibah yang paling besar bagi manusia adalah jika Allah berpaling darinya, dan  jika Allah telah berpaling, maka hamba itu akan  :

1. Tidak Terjaga Dari Kesesatan
        Hidupnya tidak mendapat petunjuk jalan yang lurus walaupun ia solat setiap hari kerana ia tidak bertaubat dari dosa yang besar yang ia lakukan. 

"Maka Kami "Biarkan" orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami bergelimangan di dalam kesesatan mereka." 
(QS. Yunus [10]: 11).

       Begitu juga orang yang suka memperlekehkan sunnah nabi.

 "Dan barangsiapa "Menentang" Rasul (Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya, dan  mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, maka Kami biarkan ia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu.." 
(QS.An-Nisaa' : 115).

2.  Tidak Terjaga Dari Fitnah Dunia
       
       Fitnah dunia di sini maksudnya perkara- perkara yang menjauhkannya dari keredhaan Allah, dari cintakan akhirat.

 "Maka tatkala mereka telah "melupakan peringatan" yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua "pintu-pintu Kesenangan" untuk mereka. Hingga apabila mereka itu "Bergembira" dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan se-konyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
(QS. Al-An’aam [6]: 44).


 "Kami biarkan mereka bersenang-senang sebentar, kemudian Kami "paksa" mereka (masuk) ke dalam azab yang keras."
(QS. Luqman [31]: 24).

3. Banyak Waktunya Habis Sia-Sia

        Al-Hasan al-Basri رحمه الله berkata :
_"Termasuk tanda berpalingnya Allah dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya dalam perkara yang TIDAK bermanfaat bagi akhiratnya"_ 
(Jaami’ul Uluum wa al-Hikam hal 139).

4.  Semakin Dipalingkan Hatinya

         Oleh kerana ia berpaling dari alquran, sunnah dan amal soleh  maka Allah pun berpaling darinya.

"Maka tatkala mereka berpaling, maka Allah pun memalingkan hati mereka, dan  Allah tidak memberikan hidayah kepada kaum yang fasik." 
(QS.Ash-Shaf [61]: 5).

        Allah Ta'ala akan menyibukkannya dengan urusan dunia, anak-anak, dan  perniagaan, harta, mengejar karier, pangkat, jawatan, populariti dan lain-lain  hingga dia lupa kepada kehidupan akhirat yang kekal dan  abadi..

5.  Semakin Tidak  Memahami Agama 

          Imam Ibnul Jauzi رحمه الله berkata :_"Barangsiapa ingin mengetahui "sebesar" apakah perhatian Allah untuk dirinya, maka lihatlah "sebesar" apakah ilmu agama yang telah dia dapatkan"_ 
(At-Tadzkirah hal 55).

            Imam Syeikh Bin Baaz رحمه الله berkata :
_"Barangsiapa yang telah "berpaling" dari menuntut "ilmu agama", maka itu tanda bahwasanya Allah tidak menginginkannya kebaikan darinya. "_

Kesimpulan.

      Kita hendaklah mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kemurkaan Allah. Ini kerana ia akan menyebab kita tidak bahagia hidup di dunia ini dan dan di akhirat mendapat hukuman Allah.


Klang,
13/6/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah,      maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan saja  orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka,    ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Ma...