Langkau ke kandungan utama

Catatan

150) KENAPA AMAL PERLU BERSIH ZAHIR DAN BATIN?

Bismillah. Assalamu'alaikum,           Allah itu Maha Baik. Ia tak menerima amalan hamba Nya kecuali yang baik.  Oleh itu setiap amalan kita, seperti berinfak mestilah dengan barang yang baik. Firman Allah,         Dan ingatlah bahawa orang yang zalim itu tiada sesiapa yang dapat menolongnya. Yakni melepaskannya dari azab Allah. Siapakah orang zalim?           Siapakah orang yang zalim itu? Dan apa hubungannya dengan belanja dan nazar di atas?  Apa saja yang kamu belanjakan dan nazarkan maka Allah mengetahuinya. Apa kaitan antara belanja dan zalim di sini?        Termasuk juga orang yang zalim itu ialah yang menunjuk-nunjuk , di mana ayat sebelum ini menyatakan orang yang bersedekah tetapi membatalkan pahala  sedekahnya. Yakni mensia-siakan sedekahnya itu, dan  tidak dapat pahala. Bahkan boleh pula mendapat dosa.  Seperti orang yang belajar ker...

149) ADAKAH HIDUP INI LAMA?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Bahawasanya hidup kita ini sangat singkat. Tulisan ini bertujuan  supaya kita tidak lalai dengan hidup ini, dapat menilai diri kita sendiri dan agar kita tidak lupa apakah yang sepatutnya menjadi priority  (keutamaan) dalam hidup ini. Yang mana hidup yang singkat ini menentukan kehidupan  kita selanjutnya samada di alam barzakh ataupun alam akhirat nanti.        Sebagaimana rasulullah s.a.w bersabda ,              Dari Abu Hurairah RA. Ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘Usia umatku (umumnya berkisar) antara 60 sampai 70 tahun. Jarang sekali di antara mereka melewati (angka) itu.’” (HR At-Tirmidzi).       Rata-rata orang meninggal pada usia 60an. Dan umur tersebut amat singkat jika dibandingkan dengan alam kita seterusnya  , iaitu di alam barzakh di mana setelah dikuburkan entah berapa lama kita berada di alam tersebut. Entah ratusan tahun...

148) APA 10 TANDA DICINTAI ALLAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,        Ada beberapa perkara yang dengannya kita dicintai oleh Allah swt. Imam ibn Qayyim menyebutkan tentang 10 perkara yang menyebabkan Allah mencintai kita dan kita mencintai Allah swt.  Iaitu: 1) Membaca dan mentadabbur ayat-ayat al quran dan berusaha memahami maknanya.        Bila kita membaca buku yang kita suka, kita pasti membacanya dengan tekun , memahami jalan ceritanya  , mengingati watak-wataknya dan mengingat dan menceritakanya pula kepada orang lain.  Tetapi ini kita tak lakukan kepada al quran.        Padahal al quran  adalah surat dari Allah yang Allah sampaikan melalui nabi Muhammad s.a.w. untuk kita. Al quran  ini diturunkan untuk kita baca, kita tadabbur dan memahami maknanya. Jadi, amat berguna lagi penting untuk kita menghadiri kuliah tafsir kerana yang kita pelajari adalah satu kitab yang agung. Yan g dengan  kerana itu Allah akan mencin...