Bismillah.
Allah suruh infakkan sebahagian harta itu, bukan semua. Sebelum mati datang kepada nya, jangan sampai malaikat maut sudah datang ia pun berkata, walaupun kita tidak mendengar nya, tapi ia menyeru kepada Allah , ' Ya Allah, tundalah umurku walau sebentar saja sebab aku nak bersedekah dan nak beramal soleh'.
Assalamu'alaikum,
Bahawasanya hidup kita ini sangat singkat. Tulisan ini bertujuan supaya kita tidak lalai dengan hidup ini, dapat menilai diri kita sendiri dan agar kita tidak lupa apakah yang sepatutnya menjadi priority (keutamaan) dalam hidup ini. Yang mana hidup yang singkat ini menentukan kehidupan kita selanjutnya samada di alam barzakh ataupun alam akhirat nanti.
Sebagaimana rasulullah s.a.w bersabda ,
Dari Abu Hurairah RA. Ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘Usia umatku (umumnya berkisar) antara 60 sampai 70 tahun. Jarang sekali di antara mereka melewati (angka) itu.’” (HR At-Tirmidzi).
Rata-rata orang meninggal pada usia 60an. Dan umur tersebut amat singkat jika dibandingkan dengan alam kita seterusnya , iaitu di alam barzakh di mana setelah dikuburkan entah berapa lama kita berada di alam tersebut. Entah ratusan tahun , entah ribuan tahun menanti tegaknya hari kiamat.
Kemudian kita akan dibangkitkan dan dikumpulkan di padang mahsyar. Yang lamanya 50 ribu tahun dengan berbagai macam kejadian dan peristiwa mulai dari dikumpulkan di padang mahsyar, kemudian dihisab, disidang antara manusia , ada mizan, ada zulmah, ada sirath dan penghujungnya samada masuk syurga atau masuk neraka. Itulah fasa keabadian.
Maka apalah umur antara 60 ke 70 tahun itu jika dibandingkan dengan alam barzakh yang ratusan tahun, atau dibandingkan dengan alam padang mahsyar yang 50 ribu tahun atau dengan kehidupan yang selama-lamanya samada di syurga atau neraka.
Maka seseorang harus sedar bahawasanya kehidupan ini adalah kehidupan yang singkat. Pernah nabi s.a.w apabila ditawarkan oleh ibn Mas'ud, ketika ia melihat nabi tidur di atas tikar dan melihat kesan tikar itu di badannya kerana sayangnya ia berkata, "Tidakkah boleh kami buatkan untukmu satu tilam yang nyaman?" Jawab nabi, "Apa urusan ku dengan dunia ? Sesungguhnya perumpamaanku dengan dunia seperti seorang yang mengembara kemudian singgah sebentar di bawah pohon untuk berehat, kemudian meninggalkan pohon tersebut".
Nabi mengibaratkan bahawa kehidupan kita di dunia seperti pengembara yang singgah sebentar di bawah sebatang pohon, untuk menerus kan perjalanan yang sangat jauh. Kerana itu nabi tak memberi perhatian yang berlebihan kepada dunia.
Kemudian satu ketika nabi di masyrubah ketika beliau meninggalkan isteri-isterinya, beliau sempat tinggal di masyrubah di masjid nabi. Lalu Umar r.a menemui nabi s.a.w di bilik yang kecil lalu ia melihat di situ tidak ada apa-apa kecuali beberapa kulit yang sudah disamak. Maka Umar berkata, " Ya Rasulullah, lihatlah Parsi dan Romawi, mereka musyrikin tapi dibukakan dunia bagi mereka, tidakkah kau mahu berdoa supaya umatmu diberi kelapangan hidup kepada umatmu?", sambil ia menangis melihat keadaan nabi yang begitu sederhana ketika itu.
Lalu jawab nabi " Tidakkah engkau ragu hai Umar? Mereka adalah satu kaum yang Allah segerakan nikmatnya di dunia namun tidak mendapat bahagian apa-apa di akhirat."
Maka nabi memilih kehidupan yang sederhana kerana beliau tahu kehidupan ini adalah kehidupan yang sementara.
Kita semua tahu bahawa dunia ini hanya sementara, tapi kita sering lalai kerana kita begitu sibuk dengan kesibukan dunia, dengan kegemerlapan dunia, kita terpedaya dengan kesihatan kita, dengan kenikmatan yang kita miliki, hingga kita lupa bahawa hidup ini hanya sebentar.
Sebahagian orang mengatakan perumpamaan orang di dunia ini seperti orang yang masuk ujian. Kita kan ini selalu diuji , ujian pertama, ujian kedua kemudian yang berikutnya, ujian terhadap harta, ujian dari anak-anak , dari isteri, dengan pekerjaan, fitnah wanita dan sebagainya. Kita selalu dalam ujian.
Umpama pelajar yang mengambil ujian di dalam kelas yang sedang menjawab didalam kertas soalan.Kadang, bila waktunya sudah habis, kertas nya diambil tanpa dia bersiap-siap terlebih dahulu. Kerana kita sedang diuji oleh Allah , tiba-tiba kita dimatikan oleh Allah, tanpa kita tahu perbuatan kita benar atau tidak, sesuai atau tidak dengan kehendak Allah.
Inilah yang patut kita sedari bahawa sanya kertas tersebut diambil sewaktu jawapan kita masih belum selesai , masih banyak yang salah. Oleh itu kita patut mengambil perhatian yang serius untuk mengisi kehidupan yang singkat ini dengan sebaik nya untuk bekalan di kemudian hari.
Untuk menegaskan tentang bahawa hidup ini hanya sementara, Allah swt memberikan beberapa methode di dalam al quran untuk menjelaskan singkatnya hidup ini. Di antaranya:
1) Dunia dinamakan dengan dunia
Perkataan dunia itupun sudah menerang kan singkatnya dunia. Perkataan dunia itu diambil dari perkataan addunu yang bererti dekat. Atau dari perkataan addani bererti rendah.
Ketika Allah mengatakan dunia itu dengan dunia itu sudah mengisyaratkan bahawa dunia ini singkat. Kerana diambil dari perkataan addunu. Bermakna dekat.
Juga diambil dari perkataan addani bermakna rendah. Iaitu dunia ini rendah jika dibandingkan dengan akhirat. Maka dengan kata dunia tersebut , jelas bahawa dunia ini adalah sebentar.
2) Dunia disebut dengan perkataan mata'.
Mata' bermakna sesuatu yang digunakan lalu habis digunakan. Barang-barang seperti makanan, minuman, katil, bantal dan sebagainya dipanggil mata'. Ini mengisyaratkan bahawa kenikmatan dunia ini adalah sebentar
Di dalam al quran banyak sekali Allah menyebut dunia dengan perkataan mata'. Lihat surah ar Ra'du: 26,
Mereka bangga dengan kekayaan yang dimiliki, dengan jawatan, dengan kuasa , tapi kata Allah ia seperti barang yang dipakai kemudian habis.
Demikian juga Allah menyebut mata' dalam surah Mukmin:39,
Dunia ini adalah tempat kesenangan yang sementara, sedang akhirat itu tempat yang kekal untuk menetap.
Antara sabda nabi s.a.w berkaitan mata' ialah,
Dalam sebuah hadith yang diriwayat kan daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, Nabi SAW pernah bersabda:
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim (715)
Isteri solehah juga dipanggil mata' , kenapa? Kerana ia tidaklah kekal selamanya walaupun ia menyenangkan kita.
Yang jadi masalahnya, kesenangan yang sedikit itu menipu kita. Sudahlah ia kesenangan yang sementara malahan juga kesenangan yang menipu. Kata Allah dalam surah ali Imran: 185,
Di hujung ayat ini Allah berkata bahawa dunia ini adalah kesenangan sementara yang menipu.
Kata Allah lagi dalam surah al Hadid:20,
Allah menyebut dunia itu dengan mata' sudah menunjukkan bahawa dunia itu sebentar lagi sedikit dan menipu daya.
3) Dunia disebut dengan zahrah.
Kata Allah dalam surah Taha:131,
Allah mengingatkan nabi supaya tidak melihat-lihat kepada kenikmatan dunia yang Kami beri kepada sekelompok orang, baik rumahnya, keretanya, kemegahannya, kerana semua itu adalah zahrah (mawar) kepada kehidupan dunia. Sesungguhnya kami memberi itu sebagai fitnah (ujian) bagi mereka. Ingatlah rezeki Rabb mu itu lebih baik dan lebih kekal.
As Sa'di menafsirkan, bahawa jangan diulang-ulang melihat kenikmatan dunia. Sudah melihat sekali, sudah. Jangan diulang-ulang melihatnya. Kerana dunia itu indah macam bunga mawar , yang indah warna-warnanya harum baunya tetapi ia cepat layu.
Dan rezeki Rabb itu , iaitu kenikmatan akhirat itu lebih indah dan lebih kekal. Supaya kita tidak terpedaya dan lupa dengan menghabiskan waktu dengan kesenangan dunia yang sementara.
Manusia tertarik dengan kenikmatan, itu normal. Tetapi jangan diulang-ulang melihat dan di amati yang mana jika ia masuk ke hati kita susah untuk dikeluarkan dari hati. Padahal itu semua adalah zahrah, indah tapi cepat layu.
4) Dunia dinamakan sebagai permainan dan sendagurau.
Allah memberi perumpamaan ini dalam surah al Ankabut: 64,
Kata Al Qurthubi, ' dunia itu hanya permainan, tidak ada hakikatnya, dan tidak menetap.' Bila namanya permainan, ia tidak lama, tak lama kemudian akan berhenti. Memang permaiman ada kesenangannya tapi ia tak kekal.
Dunia pun seperti itu. Ia umpama satu permainan. Apabila permainan sudah selesai , kita kembali menghadapi kenyataan. Apabila nyawa kita dicabut , permainan itu sudah tak berguna lagi.
Allah berkata lagi dalam surah al Hadid,
Bila Allah berkata i'lamu ( ketahui lah), maka Allah mahu kita mengambil perhatian. Iaitu dunia itu sebenarnya adalah sekadar :
1. Permainan dan senda gurau
2. Perhiasan
3. Bermegah-megahan
4. Berbangga-bangga dengan harta
5. Berbangga-bangga dengan anak-anak
Thahir bin Asyur dalam tafsirnya mengatakan bahawa lima perkara ini biasanya melewati fasa-fasa kehidupan manusia, dari kecil ,remaja , dewasa hingga ke masa tuanya, Itulah kehidupan dunia yang digeluti oleh kebanyakan manusia.
Allah menamakan kehidupan itu umpama permainan. Permainan yang cepat selesainya, tahu-tahu permainan sudah selesai. Seseorang sedang ketawa-ketiwi , tiba-tiba Allah cabut nyawanya , habis permainan.
5) Dunia umpama air hujan.
Hal ini banyak disebut dalam al quran seperti surah al Hadid :20,
Berkaitan lima hal itu Allah berkata bahawa ia umpama air hujan yang turun dan menghijauka tumbuhan sehingga orang suka melihatnya dan menyenang kan hati orang yang menanamnya. Indah berwarna-warni. Tapi sampai saatnya ia akan kering , dan sampai waktunya ia layu. Kemudian menguning, kemudian hancur dan terbuang.
Begitu juga kehidupan manusia di dunia , indah, menyenangkan, lama-lama menjadi usang dan akhirnya habis. Begitu juga manusia mula-mula ia gagah, menarik, kemudian memutih rambutnya, keriput semuanya dan akhirnya mati. Walau di bubuh bermacam-macam krim dan ubat, ia tetap juga akan tua dan mati.
Apalagi bagi orang yang menanam bunga. Dia akan melihat daripada bunga itu kecil, membesar, cantik berbunga kemudian, layu menguning dan mati. Pusingan ini berulang-berulang.
Dalam surah Al Kahfi Allah berkata ,
Walaupun kita melihat proses tumbuhan membesar itu lama, tetapi ia tidak lama sebenarnya. Kita boleh rasakan sendiri pokok-pokok yang kita tanam tak lama ia kering dan mati. Ia sangat cepat bila kita bandingka dengan alam barzakh, padang mahsyar dan alam akhirat.
Berkata Allah lagi dalam surah Yunus: 24,
Allah gambarkan dunia seperti kebun . Sebahagian orang dia bekerja, bekerja , ia fikir dunia, dunia sehingga ia menyangka dan merasa ia dj puncak kejayaan , tiba-tiba ia meninggal dunia. Apa yang dia kumpul selama ini sudah tidak apa-apa baginya. Puluhan tahun ia mengumpul, ia hiasi, dia penuhkan akaunnya, dia cantikkan rumahnya, tau-tau maut pun datang. Kalau tidak ingat akhirat, hanya kerugian yang ia tinggalkan dan memperpanjangkan hisabnya di hari akhirat.
Jadi, Allah mengumpamakan dunia ini seperti air hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, lalu tumbuhan itu membesar, mengeluar kan hasil lalu kering dan mati. Begitulah kehidupan di dunia ini akan tamat bila sampai waktunya.
6) Penyesalan di akhirat
Allah juga menyatakan penyesalan manusia di hari akhirat nanti.Bila manusia tersedar , barulah mereka perasan ia sudah berada di akhirat. Firman Allah swt, dalam surah an Nazi'at:46,
Bila mereka menyaksikan hari kiamat dengan kedahsyatan yang luar biasa, barulah mereka sedar bahawa hidup di dunia hanya sebentar. Mereka hidup 60 , 80 tahun rupanya sekejap sahaja. Iaitu seperti waktu dhuha kemudian habis waktu dhuha atau waktu petang kemudian habislah waktu petang itu.
Bila mereka sedar, tapi sudah terlambat. Di dalam ayat lain di surah al Mukminun kata Allah swt ,
Bila Allah bertanya manusia yang berada dalam neraka , berapa lama mereka tinggal di dunia? Manusia berkata bahawa ia tinggal di dunia selama sehari atau setengah hari. Di akhirat manusia sedar hidup di dunia itu sekejap tapi kesedaran itu sudah terlambat sedangkan mereka sudah berada dalam neraka.
Begitulah Allah dan rasul menyatakan kepada kita bahawa dunia ini hanya sebentar. Bukan seperti yang kita sangkakan bahawa hidup ini lama lagi jadi harus dinikmati. Jangan sampai kita sedar tapi kesedaran itu sudah terlambat.
Jangan sampai jadi seperti orang kafir yang menyangka hidup ini selama-lamanya. Dia menyangka hartanya yang banyak akan mengekalkan hidupnya. Allah memberitahu dalam surah al Humazah,
Sekali-kali tidak. Harta yang banyak tidak akan mengubah ajal kita. Walau kita ada rumah yang banyak, bila sampai saatnya maka tamatlah hidup kita. Oleh itu jangan sampai harta kita, kesihatan kita , membuatkan kita merasakan umur kita lebih panjang. Tidak. Bila sampai ajal tidak ada siapa yang dapat menghalang nya. Walau keadaan nya sihat tiada apa-apa penyakit, bila malaikat datang maka jantung nya pasti berhenti.
Apa harus dilakukan?
Orang kafir menyangka hartanya akan mengekalkannya di dunia ini. Tetapi kata Allah , sekali-kali tidak.
Harta yang banyak atau sedikit tidak akan merubah ajal kita. Atau menambah umur kita walaupun sedetik. Apabila game over, habis.
Oleh itu jangan terpedaya dengan harta yang kita miliki, dan kesihatan kita. Bila sudah sampai ajal , apapun keadaan kita , tidak ada siapa yang dapat menghalang.
Ketika malaikat datang kepada nabi Daud, nabi Daud ketika itu dalam keadaan gagah. Tetapi bila malaikat mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang dapat menghalang tugasnya, maka nabi Daud tahu itu adalah malaikat maut.
Begitu juga ramai orang mati dalam keadaan tiada sakit apa-apa. Bila dia mati didapati kerana serangan jantung. Memanglah bila malaikat maut datang mencabut nyawanya, jantungnya akan terhenti.
Oleh itu , bila kita sedar bahawa hidup kita ini tidak lama , apa yang seharusnya kita lakukan? Apa yang harus kita bekalkan unruk diri kita? Di antaranya ialah;
1) Menghargai waktu (umur)
Kalau kita tahu hidup kita hanya sebentar maka jangan buang-buang waktu. Jangan lalai melayan dunia media sosial. Yang bukan urusan kita jangan kita masuk campur. Seumpama jika kita di dalam masa ujian. Jangan sibuk dengan jawapan orang. Sibuklah dengan jawapan sendiri. Jangan sibuk mengingat orang itu menjawab benar atau salah. Sibuklah dengan jawapan sendiri..
Hanya orang beriman yang akan menghargai umur atau masa. Kalau ia tidak beriman ia tak tahu menghargai masa. Ia tidak tahu bagaimana nak mengoptimalkan usianya yang sedikit yang Allah kurniakan kepadanya. Kita ingin umur kita berkah. Sedikit berkah apalagi kalau banyak yang berkah.
Untuk kita dapat mengoptimalkan umur kita, jika dapat membuat amal yang berbagai maka kerjakan. Jika tidak ,maka fokus kepada satu-satu amal sahaja. Jangan berbagai dalam maksiat. Sebahagian orang maksiatnya berbagai , minum khamr sekaligus berzina sekaligus hisap dadah.
Jadi , jika kita tahu umur kita sebentar maka kita harus menghargai waktu. Di antara cara penghargaan kita kepada waktu, kita targetkan amalan dalam kehidupan kita. Seperti baca quran sehari berapa ayat dan sebagainya. Ini antara usaha mengoptimalkan waktu kita yang kita tidak tahu sampai bila. Jangan nanti kita menyesal.
Maka di antara bentuk penyesalan manusia yang Allah sebutkan ialah penyesalan orang yang mahu beramal soleh. Dia baru sedar bahawa masa sangat berharga walaupun sedetik . Allah menyebut dalam surah al Munafiqun,
Iaitu sesiapa yang kerjanya, perniagaannya, hartanya, anak-anaknya atau kekayaannya membuat ia lupa dari mengingati Allah, sesiapa yang kekayaan nya menyebabkan ia lupa solat, lalai mengingati Allah , lupa baca quran, tidak sedekah, maka itu adalah istidraj dari Allah.
Manakala kalau kekayaan, harta nya membuat hatinya makin dekat kepada Allah, maka itu nikmat .
Jika orang yang bertambah kekayaannya membuat ia semakin lalai solat jemaah , semakin tinggal zikir pagi petang, semakin jauh dari pengajian dan sebagainya, menghabiskan wang untuk kesenangan dirinya saja maka ia semakin jauh dari Allah swt. Itu tidak bermakna kita tidak boleh jalan-jalan. Boleh. Ada waktunya untuk kita jalan-jalan, dan ada waktunya untuk beribadah.
Maka sesiapa yang berbuat demikian, maka ia adalah benar-benar orang yang rugi. Kenapa?
Kerana ia menyebabkan ia semakin jauh dari Allah. Itu lah yang merugikan nya. Sepatutnya harta , anak-anak, jawatan , membuat ia semakin dekat dengan Allah, tetapi ia membuat kan semakin jauh dengan Allah di dunia. Dan di akhirat semakin panjang hisabnya.
Sebenarnya , dengan kekayaan itu Allah suruh apa? Iaitu,
Allah suruh infakkan sebahagian harta itu, bukan semua. Sebelum mati datang kepada nya, jangan sampai malaikat maut sudah datang ia pun berkata, walaupun kita tidak mendengar nya, tapi ia menyeru kepada Allah , ' Ya Allah, tundalah umurku walau sebentar saja sebab aku nak bersedekah dan nak beramal soleh'.
Ketika itu baru dia sedar bahawa masa sangat berharga. Setiap detik yang kita lalui ini sangat berharga untuk akhirat kita. Kita semua akan menyesal sebab kita pasti ada lalai. Tapi biarlah bukan penyesalan yang terlalu mendalam.
Kalau sudah sampai waktu, tidak ada lagi penyesalan dan tiada tundaan waktu lagi. Semuanya sudah tertutup. Kertas ujian sudah diambil, tidak ada waktu tambahan.
Masalah kita ialah kita tidak menghargai waktu. Itu lah sebab yang menyebabkan kita banyak menyesal nanti di akhirat. Waktu kita banyak terbuang-buang. Menonton bermacam-macam cerita yang tidak ada menafaat nya. Komen sana, komen sini. Ghibah sana ghibah sini. Hati-hati, nanti kita akan menyesal.
Amal yang ada pun kita tak tahu banyak mana yang ikhlas. Yang tidak ikhlas saja sudah banyak. Kalau kita tahu hidup ini singkat , maka jangan buang-buang waktu. Jikalau ada teman-teman yang membuang-buang waktu kita, jangan berteman dengannya. Sudah berapa tahun berteman dengannya, tidak ada amal kita yang bertambah maka itu satu kerugian.
Carilah teman yang dapat membantu kita menambah amal. Allah berkata, perhatikan bekal untuk hari esok dalam surah al Hasyr,
Jadi, hisablah diri kita , amal kita , dosa kita dan bekalan kita untuk hari akhirat kerana kita tidak tahu bila nyawa kita diambil malaikat.
2) Mudah memaafkan.
Hidup ini jika ingin bahagia jangan ada dendam. Allah berkata,
" Sesungguhnya hari kiamat akan datang maka lapangkanlah dadamu." Kiamat kecil (mati) pasti datang. Oleh itu jangan berdendam kerana hidup ini bukan untuk berdendam dan mencatat kesalahan orang. Ada masalah dengan keluarga , dengan pasangan , dengan anak, jangan disimpan. Jika bertemu beri salam, "Assalamualaikum," dan senyum, sudah. Jangan kebahagiaan yang sedikit ini kita rosakkan dengan dendam. Kalau kita tahu kita akan mati maka maafkan.
3) Jangan ada hasad.
Kata nabi s.a.w,
“Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau yang musafir.”
Ibn Umar R.Anhuma berkata: "Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu tunggu sehingga ke pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah ditunggu sehingga ke petang. Gunalah masa sihatmu sebelum masa sakitmu dan gunalah masa hidupmu sebelum waktu matimu.”
Riwayat al-Bukhari (4616)
Ibarat orang asing itu seperti, misalnya kita pergi luar negeri untuk bekerja selama setahun. Maka kita tidak akan buang-buang masa , pasti rajin bekerja mengumpul wang untuk dihantar ke kampung. Kerana kita tahu kita akan meninggalkan negeri tersebut dalamasa yang tidak lama. Jadi, kita akan berusaha untuk membuat rumah di kampung , memberi belanja anak isteri dan lain-lain dengan hasil perkerjaan kita yang singkat itu.
Kita tak akan peduli orang di luar negeri sana. Kita tidak hasad dengan apa yang mereka ada kerana kita tahu kita di situ tidak lama. Di situ kita bekerja , menabur benih dan hasilnya hendak di bawa ke kampung asal kita.
Sebab itu, nabi menyuruh kita menjadi seperti orang asing. Tidak sibuk dengan urusan yang tak memberi kita menafaat. Supaya membanyakkan amal soleh, dan jika orang lain ada rumah mewah kita tak peduli.
Oleh itu nabi mengajarkan jika kita melihat sesuatu yang menakjubkan atau yang menyedihkan, maka berkatalah , "Ya Allah, tidak ada kehidupan yang sesungguhnya kecuali kehidupan akhirat". Dunia ini hanya sebentar.
Dari Anas -raḍiyallāhu 'anhu- bahwa Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- bersabda, "Ya Allah! Tidak ada kehidupan selain kehidupan akhirat."
(Hadis sahih - Muttafaq 'alaih)
Ertinya, kehidupan yang enak, menyenangkan dan abadi adalah kehidupan akhirat. Sedangkan kehidupan dunia meskipun enak, namun akhirnya akan berujung dengan kehancuran.
Kalah hidup susah, hanya pakai motorsikal, dan sebagainya, ingatlah, kehidupan dunia hanya sebentar. Ia akan berakhir dalam sekejap sahaja.
Begitu juga jika kita melihat orang yang hidup mewah, maka ketahuilah bahawa hisabnya kelak lebih panjang. Jika kenderaannya lebih mewah, maka hisabnya lebih panjang. Jika kita hisabnya pendek , sedang orang kaya hisabnya panjang, kenapa perlu ada hasad kepadanya?
Jika orang sedar hidup hanya sebentar maka dia akan qanaah. Maka dikatakan , sesiapa yang ingat kematian dia akan diberi tiga kenikmatan, iaitu :
1. Segera bertaubat
2. Bersemangat beramal
3. Qanaah.
Manakala siapa yang lupa bahawa umurnya tidak panjang, lupakan kematian maka ia akan:
1. Tidak segera bertaubat
2. Malas beramal
3. Tamak atau tidak qanaah.
Jadi, jika kita tahu hidup ini hanya sebentar maka jangan ada hasad dengan apa yang orang lain ada. Bahkan qanaah dengan apa yang kita ada.
5) Semangat beramal
Beramal jangan ditunda-tunda. Kerana kesempatan untuk kita menabur benih hanya sebentar. Jangan terdetik di hati kita untuk menundakan amal, kerana esok kita tak tahu. Esok bukan ditangan kita. Yang kita punya ialah sekarang. Kalau hendak sedekah, sedekahlah segera. Kalau terdetik hendak solat dhuha, kerjakan. Jangan ditunda-tunda kalau kita sedar hidup ini hanya sebentar. Bila suka menunda-nunda itulah yang menjadi malapetaka.
Kata nabi antara sebab wanita masuk neraka ialah suka menunda-nunda beramal.
Nabi SAW pernah menasihati dan memerintahkan kaum wanita agar bertakwa kepada Allah, menaati suami, dan banyak bersedekah.
Nabi SAW bersabda,
“Sungguh di antara kalian ada orang-orang yang masuk surga (beliau sambil merapatkan jari-jari tangannya) dan sebagian besar kalian akan menjadi bahan bakar api neraka (lalu beliau membuka jari-jarinya).
Seorang wanita bertanya, ‘Mengapa, wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Karena kalian banyak melaknat, mengingkari kebaikan suami, dan menunda-nunda kebaikan’.” (HR Ibnu Hibban).
Jadi, jika kita tahu hidup ini hanya sebentar, jangan menunda-nunda beramal. Jika kehidupan dunia pun kita ada target tertentu, urusan akhirat lebih lagi sepatutnya kita ada target.
Dari Abu Hurairah, ia berkata ada seseorang yang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu ia berkata,
“Wahai Rasulullah sedekah mana yang lebih besar pahalanya?
Beliau menjawab, “Engkau bersedekah pada saat kamu masih sihat, saat kamu takut menjadi fakir, dan saat kamu berangan-angan menjadi kaya. Dan janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga apabila nyawamu telah sampai di tenggorokan, kamu berkata. “Untuk si fulan sekian dan untuk fulan sekian dan harta itu sudah menjadi hak si fulan.” (HR. Muttafaqun ‘alihi).
Maka dari itu, gunakan waktu dengan banyak membuat kebaikan dan berhenti berkata “nanti’, memperbanyak serta menyegerakan berderma dengan berinfak dan bersedekah, memaksimakan ibadah dengan khusyuk dan meng-upgrade diri untuk menjadi hamba Allah yang paling dicintai Nya.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
7/2/24
Ulasan
Catat Ulasan