Bismillah.
Kenapa Allah larang menafkahkan benda-benda yang buruk? Sebab Allah itu baik Ia tak menerima kecuali yang baik pula, Sabda nabi,
Assalamu'alaikum,
Allah itu Maha Baik. Ia tak menerima amalan hamba Nya kecuali yang baik. Oleh itu setiap amalan kita, seperti berinfak mestilah dengan barang yang baik. Firman Allah,
Dan ingatlah bahawa orang yang zalim itu tiada sesiapa yang dapat menolongnya. Yakni melepaskannya dari azab Allah.
Siapakah orang zalim?
Siapakah orang yang zalim itu? Dan apa hubungannya dengan belanja dan nazar di atas? Apa saja yang kamu belanjakan dan nazarkan maka Allah mengetahuinya. Apa kaitan antara belanja dan zalim di sini?
Termasuk juga orang yang zalim itu ialah yang menunjuk-nunjuk , di mana ayat sebelum ini menyatakan orang yang bersedekah tetapi membatalkan pahala sedekahnya. Yakni mensia-siakan sedekahnya itu, dan tidak dapat pahala.
Bahkan boleh pula mendapat dosa. Seperti orang yang belajar kerana riak. Dimana riak itu ada unsur syirik di dalamnya.
Islam sangat menentang kesyirikan kerana yang hendak ditegakkan adalah aqidah tauhid. Yang bercanggah dengan tauhid adalah syirik. Dan riak itu juga merupakan salah satu bentuk kesyirikan. Kesyirikan pula adalah satu kezaliman.
Allah mahukan kita membuat sesuatu amal supaya dapat pahala maka mestilah ikhlas. Tidak ada kerana yang lain. Jika ada kerana-kerana lain , maka itu ada bau-bau syirik. Dan yang paling teruk ialah semata-semata berbuat kerana orang lain. Jika tidak, ia takkan membuatnya. Seperti takut orang kata.
Kezaliman yang besar
Syirik adalah satu kezaliman yang amat besar. Menurut firman Allah,
Dalam ayat diatas Luqman menasihati anaknya supaya jangan mesyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain. Kerana syirik adalah dosa yang amat besar. Dan syirik itu satu kezaliman.
Jadi , walaupun orang itu bersedekah atau bernazar, kalau tidak kena gaya, ia akan melakulan satu kesalahan dan ia termasuk orang yang zalim. Istilah zalim yang diperkenalkan oleh al quran itu lebih luas daripada apa yang kifa faham. Kita fikir zalim itu seperti mengambil hak orang, rampas hak orang, itulah zalim.
Kezaliman dalam makna yang luas.
Maka , quran nak ajar kita tentang kezaliman dalam makna yang lebih luas. Sebab itu kalau kita perhatikan dalam agama ini, tidak ada satu pun hukum- hakam yang sia-sia. Misalnya, dalam fekah, tentang najis. Najis pun ada banyak peringkat. Najis ringan, sederhana dan berat. Bagaimana menghilangkan najis-najis itu mengikut jenisnya. Itu yang zahir. Yang zahir itu dapat kita kita rasa dengan bau atau dengan lidah dan sebagainya. Itulah najis yang kita tahu. Seperti tahi ayam, atau apa-apa yang berbau busuk. Itulah kita kata najis.
Sehingga benda-benda buruk, yang tak baik pun kita panggil najis . Seperti najis dadah. Dari sudut agama ia tak najis. Kalau kita bawa dalam sembahyang, sah sembahyang kita. Tapi disebut najis dadah. Ini ada persamaan dengan ayat ini,
Dan ayat di bawah,
Secara zahirnya orang musyrikin bukan najis. Islam tak mengajar jika tersentuh dengan orang kafir kena basuh tangan. Jadi sebab apa disebut najis?
Konsep najis.
Allah nak beritahu bahawa konsep najis itu luas. Kita kena faham bermula dari benda-benda zahir, sehingga kita faham apa itu najis maknawi. Yang abstrak. Kita kena faham kerana kita adalah manusia. Iaitu ada benda yang kotor juga tapi kita tak nampak kotornya. Berhadas misalnya, bila terkentut kotornya tak nampak. Tapi tak boleh sembahyang kerananya.
Jadi, itulah yang nak diberitahu kepada kita yang kita tak faham. Tapi tuhan cerita kepada kita benda itu sebenarnya kotor. Sebab apa? Bila kita duduk dalam masjid tapi tidak ada air sembahyang, malaikat lari. Malaikat tak istighfar untuk kita. Padahal tak ada air sembahyang saja. Kalau kita duduk dalam keadaan berwudhu maka malaikat datang kepada kita dan beristighfar untuk kita.
Bahawasanya, Tuhan nak bagitau kita bahawa di sekeliling kita ini bukan ada manusia sahaja, yang kita nampak sahaja. Kalau orang kata suci, sucilah. Tidak. Ada lagi makhluk lain yang lebih halus yang boleh mengesan kekotoran itu.
Kita kata tidak kotor. Tapi ada kotor disebaliknya. Allah nak tingkatkan jiwa kita supaya tak sama macam binatang, yang suka ini, tak suka itu, pilih ini tak piilih itu. Jangan sama macam binatang.
Kita kena tahu lebih dari yang zahir . Seperti kesyirikam, mengundi nasib, khamr dan lain-lain itu juga kekotoran. Jadi, si sebalik itu ada kotor yang abstrak yang manusia tak faham. Kita tahu kotor itu yang zahir saja. Tapi al quran ajar kita kotor itu lebih dari itu . Yang mana kekotoran ini Tuhan tak terima. Allah larang membuat sesuatu yang buruk kepada orang lain, yang kita pun tak mahu menerimanya, kata Allah,
Kenapa Allah larang menafkahkan benda-benda yang buruk? Sebab Allah itu baik Ia tak menerima kecuali yang baik pula, Sabda nabi,
أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak akan menerima kecuali yang baik-baik sahaja.”
Riwayat Muslim (1015)
Bersih zahir dan batin
Tuhan itu bersih, baik. Ia tak menerima kecuali yang baik pula. Sebab itu ibadat kita kena bersih. Ibadat harta pun kena bersih juga.
Selain daripada kotor yang tersebut ada lagi yang kena bersih iaitu niat kita. Seperti riak. Ia pun kotor juga. Bila ada unsur-unsur syirik maka itu kotor. Bahkan ia satu kezaliman. Iaitu kita menganiaya diri kita sendiri dengan memilih syirik itu. Sebab itu dalam quran Allah sebut,
Bagaimana ia menganiaya diri sendiri? Iaitu bila ia memilih kesyirikan maka dia mendapat kemurkaan Allah dan akhirnya membawa ia masuk neraka. Itulah makna ia menzalimi diri sendiri.
Tidak boleh syirik
Jadi, al quran itu nak mengajar kita bahawa syirik dalam apa bentuk sekalipun tidak boleh. Walaupun riak itu dipanggil syirik khafi. Sembah berhala itu syirik jali, yang kita nampak orang kafir membuatnya. Kedua-duanya Allah larang membuatnya.
Walaupun riak itu tersembunyi, itupun Allah tak mahu. Allah mahu kita betul-betul ikhlas kepadaNya sahaja.
Bila kita sampai kepada kemuncak kezaliman iaitu syirik, maka tiada siapa yang boleh menolong kita. Sebab Allah swt tak maafkan orang yang berbuat syirik.
Kezaliman
Orang yang berbuat zalim kepada manusia lain, seperti rampas harta orang, dia kena pulangkan baru selesai. Kalau tidak, tidak selesai . Bila sampai ke akhirat tiada siapa boleh tolong. Bukan masalah harta saja bahkan apa saja. Seperti menganiaya orang lain , fitnah dia. Esok takkan lepas.
Berkait dengan kezaliman saja maka ia berat. Sehingga pahala orang yang menzalimi itu akan diambil dan diberi kepada yang kena zalim. Kalau pahala dia habis, maka dosa orang yang kena zalim itu dipindah kepadanya. Itu akibat kezaliman . Tiada siapa boleh tolong melainkan diri sendiri yang akan menanggungnya di akhirat nanti.
Hanya satu cara untuk selamat iaitu dengan minta maaf, minta halal dan memulangkan apa yang patut dipulang kan semasa di dunia ini.
Dan kemuncak kezaliman ialah syirik. Allah ajar kita sampai ke situ. Iaitu jangan menganiaya diri sendiri dengan syirik dan menganiaya orang lain dengan kezaliman.
Sebab itu kita tak boleh menyiksa diri sendiri apalagi atas nama ibadat. Orang hindu menyiksa diri iaitu semasa thaipusam dengan menyucuk diri sendiri. Dalam Islam tidak ada seperti itu.
Memberi sedekah dengan menzahir kannya seperti berzakat. Itu boleh. Solat fardhu memang secara terbuka. Itu perkara yang baik. Bila orang kaya menzahirkan zakatnya, itu menjadi contoh kepada orang lain dan tidak mengapa. Firman Allah dalam 2:271,
Setiap sedekah kerana Allah itu adalah baik, samada secara zahir atau tersembunyi. Mana-mana amal yang sunat itu lebih baik dengan cara tersembunyi. Apa ganjaran yang Allah akan beri kepada mereka yang beramal?
Amal soleh menghapus kejahatan
Iaitu Allah akan hapuskan sebahagian dari kesalahan kamu. Bukan semua kesalahan. Analoginya , kita basuh tangan dengan sabun biasa pun sudah boleh. Tetapi jika ada lemak yang melekat di tangan, sabun biasa tak boleh tanggal. Walaupun 10 kali basuh. Kena sabun yang lebih kuat. Kalau sabun yang kuat, sekali sahaja sudah tanggal lemak itu.
Jadi , begitu juga amalan kita. Ada yang boleh menghapus kesalahan kita yang kecil. Tetapi kesalahan yang besar tidak hapus hanya dengan amalan yang biasa. Sebab itu Allah kata sebahagian kesalahan atau sebahagian dosa sahaja.
Apabila kesalahan kita ada bermacam-macam, maka Allah suruh kita buat kebaikan yang bermacam-macam juga. Ada sedekah, ada solat sunat, ada zikir dan sebagainya. Masing-masing menghapuskan kesalahan yang tertentu sahaja. Bukan satu amalan boleh menghapuskan semua kesalahan kita.
Allah swt tahu apa kesalahan yang boleh dihapuskan dengan amalan tertentu.
Tiada keampunan
Melainkan dosa syirik dan dosa menzalimi orang lain. Ini tidak dapat keampunan dari Allah. Dosa dengan manusia harus minta maaf kepadanya atau memulangkan apa-apa yang perlu dipulangkan. Tak cukup bila hari raya kita kata , minta maaf belaka . Tanpa kita perincikan apa bendanya. Sebab ada orang yang tak dapat memaafkan seseorang hanya dengan kata minta maaf. Jika ia tak maafkan kita , itu akan dibawa sampai akhirat.
Itulah keadilan Allah. Allah bela manusia yang kena zalim oleh manusia yang lain. Kalau berkaitan dengan Allah adalah bab syirik. Allah tak ampunkan dosa syirik seperti firman Allah dalam surah an Nissa': 116,
Allah tak akan mengampunkan dosa syirik tetapi Allah mengampunkan dosa selain itu mengikut hukum-hakamNya iaitu bagi sesiapa yang dikehendaki Nya.
Kita tidak tahu
Kita tidak tahu siapa yang Allah hendak ampunkan itu. Sebab itu kita jangan bermudah-mudah membuat dosa besar seperti berzina , minum arak , mencuri dan apa-apa saja dosa besar. Kita tidak tahu samada Allah ampunkan kita atau tidak. Kita tidak tahu siapa yang Allah nak ampunkan , itu di luar pengetahuan kita.
Kalau Allah tak ampun, habislah kita. Allah nak ampunkan itu menurut sunnah Allah sendiri. Misalnya, jika orang itu benar-benar bertaubat maka Allah boleh ampunkan. Allah lihat juga apakah dia buat kebaikan selepas itu atau tidak? Adakah ia menyesal? Sampai padan dengan kesalahannya . Bukan Allah boleh ampun sewenang-wenangnya , ikut suka hati Allah, bukan.
Allah boleh saja nak ampunkan sesiapa. Seperti Allah boleh kenyangkan seseorang tanpa makan. Tapi Allah tetapkan sunnahNya, nak kenyang kena makan. Maka kena ikut peraturan yang Allah tetapkan. Itulah maksud sunnatullah.
Bab nazar
Apa saja yang kita belanjakan seperti belanja kepada keluarga , memberi hadiah kepada seseorang, memberi infak atau apa saja yang kita bernazar. Maka Allah mengetahui semuanya.
Apakah nazar ini? Apa rukun dan syaratnya?
Apakah nazar itu?
Nazar tak semesti yang berkaitan dengan perbelanjaan. Seperti nazar ibu Maryam ini ,
Bila bernazar hendaklah disempurna kan nazar itu. Itu tanda orang beriman.
Makna nazar
Nazar dari segi bahasa ialah mewajibkan keatas diri kita sesuatu yang asalnya benda itu tidak wajib, bila dinazarkan ianya menjadi wajib.
Nazar dari segi istilah syariat ialah berniat mewajibkan sesuatu yang harus asalnya, keatas diri kita dengan tujuan mengagungkan atau memuliakan Allah .
Adakah nazar ini sebahagian dari ajaran agama? Ya ia termasuk dalam ajaran agama Islam. Ia bukan saja ada di dalam alquran, tetapi juga ada di dalam hadis dan ijma' ulama. Dari segi logik pun menasabah juga.
Allah benarkan bernazar kerana ada manusia yang bersikap hendak bernazar jika ia dapat sesuatu. Kerana bila manusia mendapat sesuatu yang ia hajati atau terhindar dari sesuatu musibah yang besar lalu ia bernazar kepada Allah. Allah maha tahu kehendak jiwa manusia.
Jiwa manusia
Jiwa manusia kadang sedih kadang gembira. Allah tak mahu manusia itu sentiasa sedih. Sebab itu contohnya disyariatkan hari Raya. Dan diwajibkan zakat fitrah itu supaya orang miskin dapat bergembira. Begitu juga waktu raya korban dapatlah orang yang miskin merasa makan daging. Ini menunjukkan Allah mahu hambaNya gembira dihari-hari tersebut bahkan haram berpuasa.
Ini menunjukkan kebijaksanaan Allah dalam menyusun hidup manusia dengan agama Islam. Sehingga ia mudah diterima manusia diseluruh dunia.
Manusia itu fitrahnya hendak beragama. Sehingga agama yang salah pun dia terima bila belum menjumpai agama fitrah iaini islam. Itu naluri manusia. Seperti naluri takut. Manusia mesti ada rasa takut. Begitu juga naluri kasih sayang .
Allah tahu naluri manusia. Sehingga bila ia sangat gembira dapat sesuatu ia mahu berniat membuat sesuatu yang baik. Contohnya nak sembelih lembu untuk dijamu kepada orang. Atau bila terhindar dari penyakit yang berat lalu Allah yang menyembuhkannya. Jadi sebagai tanda syukur, maka manusia berbazar. Untuk mengagungkan dan membesarkan Allah. Seperti ia berterima kasih kepada manusia yang menolong nya.
Berterima kasih
Selagi belum berterima kasih ia tak puas hati. Paling tidak dia mahu ucapkan juga. Tak semesti sembelih lembu, sembelih kambing. Nak solat dua rakaat pun boleh. Sebab dasarnya sesuatu yang harus. Kalau nazar nak minum arak, tak boleh. Sebab benda itu tak harus dilakukan. Kalau berbazar nak solat 5 waktu, itu tak boleh sebab ia benda yang sudah wajib. Bukan harus.
Jadi, nazar mesti benda yang harus, bukan benda yang haram atau yang wajib. Seperti niat nazar nak bunuh orang, itu tak boleh.
Jadi, ijma' ulama, dalam al quran dan hadis bahawa nazar ini ada dan boleh dilakukan. Ia tidak wajib bahkan baik dilakukan untuk melepaskan perasaan naluri manusia.
Nabi bersabda,
"Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah SWT, maka hendaklah dia menyempurnakannya."
Sahih al-Bukhari (6696)
Seperti bernazar hendak puasa, maka ia kena tunaikan. Itulah ijma' para ulama . Tetapi nazar yang haram dibuat seperti makan daging babi maka haram ditunai kan.
Rukun nazar.
Rukun bermaksud jika tiada benda itu jadi tak sah atau tidak jadi hal itu. Rukun nazar dalam mazhab Hanafi ada satu saja . Iaitu, mengucapkan dengan lisan bahawa ia bernazar sesuatu. Ia kena mengucapkan benda itu dengan perkataan . Seperti ia berkata, 'Aku bernazar hendak puasa 2 hari jika.....' Ia kena ucapkan atau lafazkan . Jika dalam hati saja ia tak jadi. Nazar ini seperti berjanji dengan Allah. Janji dalam hati tidak jadi apa.
Dalam mazhab lain , selain di ucapkan, mesti ada orang yang bernazar itu dan tahu apa yang ia nazarkan. Benda apa yang nak dibuat atau benda apa yang nak ditinggalkan ? Mesti diketahui.
Syarat-syarat bernazar.
Syarat ialah sesuatu yang mesti ada sebelum jadi benda itu. Seperti syarat hendak sah solat mesti ada wudhu'. Ada tiga syarat bagi orang yang bernazar:
1. Orang itu mesti akil baligh dan Islam.
Orang yang kafir yang bernazar, bila ia masuk islam tak wajib tunaikan nazarnya itu. Dia kena Islam dulu baru jadi wajib.
Dia juga mesti berakal. Orang gila tak jadi nazarnya. Begitu juga ia mesti sudah baligh. Sudah wajib solat dan sebagainya.
2. Benda yang nak dinazarkan itu;
a) Benda itu mungkin ada , boleh dilakukan. Seperti orang bernazar nak puasa waktu malam. Itu tidak ada dalam syarak maka itu tak jadi. Atau perempuan bernazar nak puasa dalam waktu haid. Ini pun tak mungkin.
b) Ia merupakan sesuatu yang menghampirkan kita (taqarrub) kepada Allah. Oleh itu tidak sah bernazar nak bermaksiat. Sebab maksiat bukan menghampirkan diri kepada Allah bahkan menjauhkan dari Allah. Begitu juga kalau nak minum arak atau nak membunuh orang. Kerana nabi bersabda,
" Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaati Allah, manakala barangsiapa yang bernazar untuk bermaksiat melawan Allah maka janganlah dia bermaksiat kepada-Nya."
Hadis riwayat al-Bukhari (6696)
Jika benazar perkara maksiat
Bernazar dengan perkara maksiat , sepakat para ulama mengatakan tidak boleh dilakukan. Tetapi ada khilaf di kalangan ulama dalam bab ini.
Di kalangan mazhab Hanafi dan Hanabilah bila ia bernazar dengan perkara haram ia mesti diganti dengan membayar kaffarah. Seperti dalam kaffarah sumpah . Iaitu memberi makan atau pakaian kepada 10 orang miskin. Seperti makanan atau pakaian yang diberi kepada keluarga sendiri. Atau membebaskan hamba sahaya. Jika semua itu ia tidak mampu ia kena berpuasa 3 hari.
Apa asas pegangan dua mazhab ini? Iaitu satu hadis yang betmaksud,
Hadis daripada Uqbah bin Amir RA, sabda Rasulullah SAW :
“ Kaffarah nazar ialah kaffarah sumpah”
(Riwayat Imam Muslim)
Jadi, antara pendapat nazar maksiat hanya perlu ditinggal sahaja dengan membayar kaffarah, mana yang patut diikut? Kata ulama, lihat pada orang yang bernazar itu, jika dia seorang yang suka sangat bernazar, kejap-kejap bernazar, kejap-kejap bernazar, maka kena kan dia dengan pendapat mazhab Hanafi supaya lain kali ia beringat sikit.
c) Ia bukan sesuatu yang memang perbuatan kita yang biasa seperti minum, makan, mandi dan sebagainya. Ia sesuatu yang harus yang kita tak boleh tidak. Jika ia berkata bahawa ia nak bernazar dengan minum , maka itu tak jadi. Sebab hari-hari pun memang dia minum.
Tapi kalau bernazar tak mahu minum kopi maka itu boleh. Sebab itu perkara yang tak mesti diminum oleh semua orang.
3) Benda yang kita nazarkan itu satu ibadah maksudah.
Iaitu ibadah yang memang di kehendaki. Seperti haji, umrah, puasa dan lain- lain. Ibadah yang tuhan suruh.
Kalau tak sampai tahap maksudah itu, seperti ziarah orang sakit, mengiringi jenazah. Atau berwudhu', solat , pegang quran, azan, tak sampai maksudah nya maka tak dikira. Itu mengikut satu pendapat.
Kalau mengikut mazhab Syafie, itu pun boleh dijadikan nazar. Walaupun bukan ibadah maksudah. Asalkan ia sesuatu amal yang disukai nabi seperti mengiringi orang mati ke kubur, berwudhu, masuk masjid dan sebagainya.
4) Ketika ia bernazar itu , benda itu miliknya.
Bukan dalam milik orang. Seperti dia berkata , dia akan bernazar dengan sembelih kambing itu yang dia punya. . Yang kambing itu milik dia bukan hak orang lain.
Tetapi jika ia berkata nak bernazar sembelih kambing sahaja, maka itu boleh. Maka dia kena cari dan beli kambing itu. Sebab apa? Sebab nabi bersabda ,
" Tiada nazar pada apa yang tidak dimiliki oleh anak Adam."
Maknanya benda itu mesti hak miliknya sendiri baru boleh bernazar ke atas benda itu. Kalau bukan hak sendiri maka tak boleh bernazar ke atas benda itu . Ini sepakat ulama mengatakannya.
Dalilnya ialah firman Allah,
" Di antara mereka ada yang berjanji dengan Allah, jika Allah memberi dari limpah kurniaNya, nescaya kami akan sedekah kan".
Maknanya benda itu belum ia miliki, tetapi ia mahu memberi sedekah atau beramal soleh lainnya jika dapat nanti. Itu mengikut mazhab Hanafi. Tetapi berlainan jika mengikut mazhab Syafie.
Dalam hal ini ada pendapat yang khilaf. Dalam mazhab Syafie mesti sesuatu itu milik sendiri baru boleh bernazar kepadanya. Kecuali jika disebut secara umum seperti ia berkata bahawa dia nak sembelih kambing.
5) Dari awal lagi benda yang nak di nazarkan itu bukan perkara fardhu samada fardhu ain atau fardhu kifayah.
Kalau termasuk dalam dua fardhu itu maka tak boleh. Contohnya dia berkata 'Kalau aku dapat sekian-sekian, aku mahu solat fardhu' . Maka ini tak boleh sebab solat itu sudah pun wajib.
Atau dia berkata 'Kalau aku dapat sekian-sekian, aku nak solat jenazah'. Maka ini tak jadi. Sebab ia memang dah fàrdhu kifayah. Atau juga menguruskan jenazah. Atau mengeluarkan zakaf fitrah.
Jika ia bernazar pada waktu-waktu yang diharamkan berbuat perkara itu, seperti solat lepas asar, atau berpuasa pada hari raya, maka itu tidak boleh. Dia hendaklah menggantikannya pada hari lain yang bukan diharamkan puasa.
Ada pula pendapat dari ulama Hanafi bahawa nazar seperti itu tidak jadi dan tak perlu di ganti hari lain.
Jika bernazar hendak menyembelih anak bagaimana? Menurut Hanafi jadi nazar itu tapi di ganti dengan binatang lain. Kerana nazar itu perlu disempurna kan.
Kata imam Syafie dan lain-lain , nazar itu tak terpakai.
Sekian, semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. MMAY
Klang.
10/2/24
Ulasan
Catat Ulasan