Langkau ke kandungan utama

Catatan

118) APA SYARAT AMALAN SOLEH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,        Apakah  ganjaran bagi orang yang beriman dan apakah ciri-ciri orang yang beriman yang layak mendapat janji Allah di akhirat nanti?  Allah jelaskan ia di dalam surah al Nahl : 97,         Orang yang akan mendapat ganjaran dari Allah ialah yang memenuhi syaratnya.          Syarat pertama dia telah beramal soleh, kedua dia mesti beriman kepada Allah. Apa maksud amal soleh?           Amal soleh ialah apa sahaja amal orang islam yang meliputi gerak hati (termasuk akal), pengucapan lisan dan perlakuan anggota tubuh badan (termasuk pancaindera) mengikut syariat islam. Amal itu dengan: Niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T.. Mengikut rukun, syarat dan cara yang betul.         Amal yang soleh ada beberapa syarat, iaitu; 1. Ia mesti beriman kepada Allah.   Dalilnya lihat surah al Furqan: 23,    ...

117) SIAPAKAH PEMBERI REZEKI?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Allah lah yang menciptakan kita. Dan mewafatkan kita seperti yang Allah terangkan dalam surah Hud:70,          Bila Allah kata Dia cipta kita, maknanya di situ ada aqidah kita. Oleh sebab itu wajib kita mengesakan Nya saja dan menyembah Nya saja kerana Allah sahaja yang mencipta makhluk. Tidak ada selain Allah yang boleh mencipta makhluk. Sebab itu juga dalam surah al Baqarah: 21,   Allah berkata ,            Bukan saja Allah cipta kita , tapi juga orang sebelum kita. Tuhan yang sama mencipta manusia dari Adam sampai hari kiamat. Bukan tuhan yang lain. Jadi, kenapa nak mensyirikkan Allah? Padahal tuhan itu hanya satu. Jika Allah itu mencipta kita  maka kita ini makhluk yang di cipta. Maknanya Allah itu hebat , kita ini lemah.         Kemudian, setelah hidup, Allah matikan kita. Ini juga tauhid iaitu hanya A...

116) MENGAPA HIDAYAH SUNNAH ITU MAHAL?

Bismillah. Assalamu'alaikum ,           Apa kah sunnah ?           Sunnah ialah sikap, tindakan, ucapan, dan cara Rasulullah SAW menjalani hidupnya.          Sunnah didokumentasikan dalam kumpulan hadis sahih Rasulullah SAW. Jadi, hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur’an. Sunnah merupakan bagian dari teladan terbaik umat Islam, iaitu Nabi Muhammad SAW.           Apa yang dimaksudkan dengan hidayah sunnah? Ia adalah  hidayah yang diberikan kepada seseorang untuk tetap melalui jalan  nabi dan para sahabatnya.  Ketika hati kita terbuka dan lapang untuk menerima sunnah nabi dengan apa adanya. Dan menerapkannya dalam kehidupan  kita . Maka kita mendapat hidayah sunnah itu.           Allah turunkan al quran kepada nabi dan nabi mengajarkannya kepada manusia hingga manusia berubah hati nya tunduk kepada Allah sahaja. Lihat...