Bismillah.
Assalamu'alaikum ,
Apa kah sunnah ?
Sunnah ialah sikap, tindakan, ucapan, dan cara Rasulullah SAW menjalani hidupnya.
Sunnah didokumentasikan dalam kumpulan hadis sahih Rasulullah SAW. Jadi, hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur’an. Sunnah merupakan bagian dari teladan terbaik umat Islam, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Apa yang dimaksudkan dengan hidayah sunnah? Ia adalah hidayah yang diberikan kepada seseorang untuk tetap melalui jalan nabi dan para sahabatnya. Ketika hati kita terbuka dan lapang untuk menerima sunnah nabi dengan apa adanya. Dan menerapkannya dalam kehidupan kita . Maka kita mendapat hidayah sunnah itu.
Allah turunkan al quran kepada nabi dan nabi mengajarkannya kepada manusia hingga manusia berubah hati nya tunduk kepada Allah sahaja. Lihat surah al Jumu'ah:2,
Ketika kita memahami syariat Islam ini sesuai dengan pemahaman yang diinginkan oleh Allah dan rasulnya, dan pemahaman para sahabat nabi, maka kita telah mendapat hidayah sunnah itu.
Ini hidayah yang sangat agung sekali. Ada banyak kata-kata yang menjelaskan agungnya hidayah sunnah ini. Di antaranya kata-kata Mujahid dan ulama salaf yang menunjukkan besarnya nikmat hidayah sunnah.
Imam Mujahid mengatakan,
' Aku tidak tahu mana nikmat yang lebih agung dari nikmat ini, apakah nikmat petunjuk Islam atau nikmat diselamatkan aku dari bid'ah-bid'ah ( yakni nikmat sunnah)".
Kerana besarnya nikmat sunnah dan mengamalkan sunnah itu.
Imam Mujahid tahu nikmat Islam itu nikmat terbesar dari yang lain. Kerana dengan Islam kita dapat syurga Allah. Kata nabi ," Tidak akan masuk syurga kecuali jiwa yang muslim."
Memang nikmat Islam itu adalah nikmat terbesar. Namun kata Mujahid tadi menunjukkan nikmat sunnah sangat besar dan agung. Kerana ada orang yang mengaku sebagai muslim, tapi kerana dia tidak mendapat hidayah sunnah maka Islamnya tinggal nama saja. Atau kualiti islamnya jadi sangat rendah. Jadi, nikmat sunnah ini nikmat penyempurna kepada nikmat Islam itu.
Imam Malik pernah mengatakan , "Sunnah ini adalah bahtera nabi Nuh, barangsiapa yang naik bahtera ini ,dia akan selamat. .Barangsiapa yang tidak mahu naik bahtera , dia akan tenggelam, binasa. "
Ini menunjukkan sunnah itu dapat menyelamatkan manusia dari kebinasaan dan kecelakaan di akhirat.
Fudhail bin Iyad berkata, " Sungguh sangat beruntung orang yang meninggal dunia dalam Islam dan di dalam sunnah."
Imam Azzuhri pula berkata " Dahulu ulama-ulama yang mendahului kami mengatakan, berpegang teguh dengan sunnah adalah keselamatan. Iaitu keselamatan dunia dan akhirat".
Imam Ahmad mengatakan, "Barangsiapa yang meninggal di dalam Islam dan sunnah nabi, maka ia meninggal dalam keadaan mendapat semua kebaikan"
Talhah ibn Ubaidillah al Baghdadi berkata " Aku pernah berbarengan dengan imam Ahmad ketika naik kapal. Imam Ahmad itu orangnya pendiam. Kalau ia berkata , kata-katanya adalah doa supaya Allah màtikan di dalam keadaan Islam dan di atas sunnah."
Imam Ahmad yang keilmuannya amat tinggi berdoa dengan doa ini. Ia takut kalau ia wafat dalam keadaan bukan dalam sunnah.
Ini menunjukkan, bagi Imam Ahmad , nikmat sunnah ini satu nikmat yang luar biasa. Maka bila kita telah diberikan hidayah sunnah, maka jangan diremehkan. Jangan sampai kita sia-siakan.
Kita jaga dengan banyak belajar, dengan mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan kita. Kita jaga dengan menyebarkan nya kepada orang lain.
Contoh sunnah nabi
Sunnah nabi itu ada banyak. Bahkan al quran itu keseluruhannya adalah sunnah nabi kerana akhlak nabi adalah al quran, seperti yang d khabarkan oleh Aishah isteri nabi.
Beberapa sunnah nabi:
1. Mengerjakan solat berjemaah di awal waktu.
2. Membaca al quran
3. Zikir pagi dan zikir petang.
4. Mengucap salam dan bersalaman bila bertemu.
5. Membaca doa masuk dan keluar rumah.
6. Membaca doa bila berpakaian.
7. Membaca doa masuk dan keluar tandas.
8. Mengusap wajah ketika bangun tidur serta berdoa.
9. Suka senyum.
10. Mendahulukan kaki kanan bila memakai kasut . Dan banyak lagi.
Kenapa berharga?
Mengapa nikmat hidayah sunnah ini begitu berharga, besar dan agung?
Ada banyak sebabnya. Iaitu dengan nikmat sunnah ini:
1. Allah jauhkan kita dari nerakanya.
Adalah siksaan neraka yang paling ringan ialah kepada Abu Thalib. Iaitu diletak bara api di tapak kakinya membuatkan otak nya jadi mendidih.
Nabi berkata, "Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]
Siapakah mereka yang selamat itu? Iaitu mereka yang beramal dengan ajaran nabi dan ajaran para sahabat nabi. Maka kita wajib beramal dengan sunnah nabi dan sahabat nabi. Selamat itu bermaksud selamat masuk ke syurga.
Ulama salaf bernama Masruq, katanya, "Dahulu sahabat mengatakan, Ya rasulullah, sungguh tidak mahu kami berpisah denganmu di dunia ini, kerana bila kau wafat dan dinaikkan ke tingkat ysng sangat tinggi, maka kami tak dapat melihat mu lagi. " Kemudian turun ayat
An nissa: 169 ,
Orang yang benar-benar taat kepada Allah dan rasul akan dapat nikmat dari Allah di syurga. Iaitu yang benar-benar beramal dengan sunnah nabi.
Nikmat syurga itu sangat luarbiasa. Di katakan dalam hadis, orang yang terakhir keluar dari neraka dan terakhir masuk syurga, apa yang ia dapat? Lihat hadis nabi,
"Allah berkata: Pergilah, dan masuk lah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh. Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya." (HR Bukhari)
Jadi, harus kita pupuk hidayah sunnah ini dengan terus belajar dan beramal. Belajar dari guru-guru yang benar-benar mengajarkan sunnah.
2. Dengan nikmat sunnah kita di jauhkan dari kesyirikan dan bid'ah.
Kesyirikan adalah sosa yang paling besar. Kata Allah dalam surah an Nissa:
Kerana amat besar dan beratnya dosa syirik, maka Allah tidak mahu mengampuninya. Dan bila seseorang melakukan syirik maka semua amalnya akan habis. Kata Allah ,
Kepada nabi pun Allah akan hapuskan amalnya jika berniat syirik, kalau kita, maka lebih lagi lah. Dengan sunnah kita jauh dari syirik. Dengan sunnah ini kita bersemangat belajar tauhid dan aqidah. Dengan nya kita tahu mana tauhid ,mana syirik.
Orang di sekitar kita ramai yang melakukan syirik tanpa ia sedari.. ini kecelakaan yang paling besar.
Kita hidup dalam zaman yang orang mengambil mudah tentang kesyirikan. Orang memandang dosa zina itu lebih besar dari dosa syirik. Orang memandang dosa rasuah atah membunuh itu lebih besar dari dosa syirik.
Hanya orang yang belajar tahu bahawa dosa syirik itu adalah dosa yang paling besar darj lain-lainnya. Tapi dalam masyarakat banyak yang terbalik dalam masalah ini.
Jadi, kita harus banyak-banyak syukur bila Allah menampakkan kita tentang kesyirikan.
Tentang bid'ah
Kemudian perkara yang paling buruk dalam agama ini ialah perkara yang diada-adakan. Kata rasulullah,
"Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), sebab setiap perkara yang baru adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat:.
(HR. Abu Dawud no. 4607; Imam Nawawi menilai hadis ini shahih).
Dengan sunnah kita jauh dari perkara yang paling buruk dalam agama ini iaitu bid'ah.. Di sekitar kita ramai orang tidak tahu apa itu bid'ah, atau mendengarnya pun tidak mahu. Apalagi mempelajari dan mengamalkannya.
Dan juga mengubati bid'ah itu jauh lebih sulit dari mengubati kemaksiatan. Kita nasihati , dia marah. Kenapa? Kerana ia berkorban untuk bid'ahnya. Dan dia meyakini ianya satu ibadah yang membawanya ke syurga Allah. . Maka lebih sulit mengubati mereka.
Orang yang bermaksiat tahu ia sedang bermaksiat, tahu ia salah, ia rasa ia ada kekurangan. Berbeza dengan ahli bi'dah, ia merasa ia berbuat baik dan lebih baik dari orang yang menasihatinya. Maka syaitan lebih suka orang melakukan bid'ah daripada yang melakukan dosa. Kerana orang berdosa mahu bertaubat, tetapi ahli bid"ah tidak mahu atau payah untuk bertaubat kerana ia merasa ia sedang melakulan kebaikan. Bagaimana mahu bertaubat dari kebaikan? Fikirnya.
Dia merasa ia mencintai nabi jauh lebih besar dari orang-orang lain. Tapi dengan nikmat sunnah kita dijauhkan dari perbuatan seperti ini.
Bid'ah merajalela di zaman ini. Ia membuatkan orang menjadi susah.
Sedangkan Islam itu mudah.
Allah SWT berfirman,
“ Dan Allah tidak menghendaki kesukaran bagimu” (QS. al-Baqarah/2: 185).
Dan semakna dengannya iaitu, firman Allah SWT,
“Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur”.
(QS. al-Maidah/5: 6).
Begitu juga ayat,
”Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan” (QS. al-Hajj/22: 78).
Inilah Islam yang murni yang dibawa oleh nabi s.a.w dan diamalkan oleh para sahabat. Allah tak menghendaki satu kesulitan pun dalam agama ini. Inilah ajaran Islam. Inilah sunnah nabi.
Kalau ada bid'ah maka ia akan memberatkan kaum muslimin. Contohnya bila meninggal. Kerana bid'ah membuat tahlil , orang yang tak berkemampuan harus berhutang untuknya. Ditinggalkan oleh sisuami itu berat kenapa masih lagi perlu menanggung biaya untuk kenduri tahlil?
Ada juga bid'ah yang bila malam bangun untuk berzikir, tidak boleh berubah posisinya. Berzikir sampai ribuan zikir. Ada yang pergi ke gunung, beberapa hari tidak makan dan minum. Tidak mandi.
Maka bersyukurlah kita dengan hidayah sunnah.
4. Kita dapat merasakan manisnya iman.
Kita dapat merasakan manisnya bermunajat ketika malam , bersujud dan tilawah alquran. Dan menggantikan suara muzik dengan tilawah al quran iaitu kalam Allah yang suci.
5. Membuatkan kita bahagia.
Ada orang yang dikurniakan harta dan kekayaan oleh Allah. Tapi ia tak bahagia. Ada sesuatu yang hilang. Setelah mendapat hidayah sunnah , kebahagiaan mereka kembali datang. Mereka bertemu dengan apa yang mereka cari-cari.
Kerana dengan beramal dengan al quran dan sunnah, kita akan di kuniakan syurga yang lebih baik dari dunia dan seisinya .
6. Mendapat semangat.
Iaitu semangat untuk melakukan kebaikan dan semangat untuk meninggalkan keburukan. Inilah kebaikan yang luar biasa.
Di dunia ini, apa tujuan hidup kita? Iaitu untuk taat kepada Allah atau beribadah kepada Allah . Mengumpulkan bekal . Dengan amal sunnah kita dapat melakukan seperti itu. Dengan sunnah kita bersemangat untuk membuat kebaikan. Dan itulah tujuan kita diciptakan. Lihat surah az Zariyat:56,
Dan dengan nikmat sunnah , kita bersemangat untuk menjauhi kemaksiatan. Cuba lihat orang yang belum mengenal sunnah, dan selepas ia mengenal sunnah. Perbezaan nya amat besar. Ysng mulanya malas ke masjid, malas mengikuti pengajuan, malas membuat kebaikan, berubah 180°. Menjadi semangat untuk solat di masjid, mengikuti pengajian dan sebagainya. Bersemangat mengamalkan syariatIslam dalam dirinya.
Pakaiannya ia perhatikan. Sunnah yang melibatkan badan ia perhatikan. Akhlaknya ia perhatikan. Kalau dulu kedekut, kini sudah berkurang. Akhlaknya ia baiki. Kalau dulu panas baran, kini lebih bersabar. Kalau dulu ia menzalimi orang bawahannya, kini ia lebih memuliakan orang bawahannya.
Maka, jagalah hidayah sunnah ini. Hidayah itu kurniaan Allah. Bukan kerana kepandaian kita, bukan kerana harta dan kedudukan kita. Hidayah ini dari Allah. Yang bukan semua orang mendapatnya. Maka jagalah ia sebaik-baiknya.
Bagaimana menjaga hidayah ini?
Iaitu dengan:
1. Banyakkan berdoa kepada Allah.
Seperti doa Imam Ahmad,
'Ya Allah wafatkan aku dalam keadaan Islam dan sunnah".
Boleh juga kita baca doa seperti dalam Al quran, di surah Ali Imran: 8,
Dan juga doa yang diajar oleh nabi , dan paling sering baginda baca iaitu,
Tetap pada agama itu bermaksud agama yang dibawa dan diamalkan oleh nabi dan para sahabat beliau.
Begitu juga dalam al fatihah kita meminta jalan yang lurus.
Sebab itu bila membaca fatihah jangan sampai fikiran kita melayang ke tempat lain. Kerana kita sedang meminta kepada Allah jalan yang benar.
2. Terus istiqamah mendekat kepada orang-orang yang beramal dengan sunnah.
Iaitu cari kawan yang baik , yang soleh. Yang dimaksudkan soleh disini ialah ia ahli sunnah wal jamaah , ia bersemangat menerapkan sunnah nabi dalam hidupnya. , semangat menimba ilmu dan menyebarkannya.
3. Terus menuntut ilmu
Terus menghadiri pengajian-pengajian sunnah kerana dengan itu kita terus semangat untuk mengamalkan sunnah nabi ini. Terus mengambil ilmu, mencatatnya, membacanya dan menyampaikannya.
4. Jauhi fitnah syubhat dan syahwat
Jangan cuba mencari, atau mendengar fitnah syubhat. Iaitu apa yang kelihatan logik di fikiran tapi tidak ada dalilnya. Ambil lah pernyataan yang jelas, yang ada dalil, tidak mengambil pernyataan yang aneh lagi tidak ada dalilnya.
Rasulullah meninggalkan agama ini seperti jalan yang putih terang benderang di dalam Islam. Semuanya lengkap. Dalam rumahtangga ada dalil-dalil yang banyak. Dalam perniagaan ada dalil-dalil yang tegas. Begitu juga dalam hal yang lain.
Jika ada syubhat-syubhat yang tak mampu kita jawab , maka cari para asstizah dan bertanya kepada mereka. Supaya ia tidak mempengaruhi hidayah sunnah kita.
5. Mengamalkan ilmu yang kita dapat.
Dapat satu, amalkan. Dapat lagi amalkan lagi. Apa saja ilmu yang kita amalkan menafaatnya untuk diri kita sendiri. Allah tak akan sia-siakan, seperti kata Allah dalam Al Zalzalah: 7 dan 8,
Dan ilmu itu boleh bertambah jika kita mengamalkan ilmu yang ada. Kata Allah dalam surah al Baqarah: 282,
Semakin banyak ilmu yang kita amalkan dengan ikhlas, makin banyak ilmu lain yang Allah akan berikan.
Kesimpulan
Hidayah kepada Islam dan sunnah adalah satu benda paling mahal dalam hidup kita. Bukan semua orang yang mendapatkannya. Oleh itu, jika kita sudah mendapat hidayah ini, itu bukan kerana diri kita tapi kurniaan dari Allah. Oleh itu wajib bersyukur dengan terus beramal, menambah ilmu dan menyampaikannya.
Padang Jawa & Klang.
18/10/13
Ulasan
Catat Ulasan