Langkau ke kandungan utama

117) SIAPAKAH PEMBERI REZEKI?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


        Allah lah yang menciptakan kita. Dan mewafatkan kita seperti yang Allah terangkan dalam surah Hud:70,

         Bila Allah kata Dia cipta kita, maknanya di situ ada aqidah kita. Oleh sebab itu wajib kita mengesakan Nya saja dan menyembah Nya saja kerana Allah sahaja yang mencipta makhluk. Tidak ada selain Allah yang boleh mencipta makhluk. Sebab itu juga dalam surah al Baqarah: 21,   Allah berkata ,
           Bukan saja Allah cipta kita , tapi juga orang sebelum kita. Tuhan yang sama mencipta manusia dari Adam sampai hari kiamat. Bukan tuhan yang lain. Jadi, kenapa nak mensyirikkan Allah? Padahal tuhan itu hanya satu. Jika Allah itu mencipta kita  maka kita ini makhluk yang di cipta. Maknanya Allah itu hebat , kita ini lemah.

        Kemudian, setelah hidup, Allah matikan kita. Ini juga tauhid iaitu hanya Allah yang boleh mematikan manusia . Tidak ada sesiapapun yang boleh mematikan seseorang.

       Namrud berkata ia boleh mematikan dan menghidupkan manusia. Lalu ia bunuh seseorang dan biarkan  hidup seorang yang lain. Ini tak sama. Allah mematikan manusia tanpa sebarang senjata dan menghidupkan manusia daripada tiada kepada ada.  Namrud tidak mampu berbuat begitu.

           Di dalam surah Ar Rum: 40  Allah berkata lagi mengenai penciptaan , rezeki dan kewafatan kita,
          Dalam ayat di atas Allah kata Dia yang mencipta  , memberi rezeki dan mematikan manusia. Semua kita yakin Allah mencipta dan mematikan. Tapi bab rezeki manusia ada masalah. Berpunca dari rezeki inilah seolah-olah manusia tak mentauhidkan Allah. Kenapa?
     
Rezeki dari Allah

        Manusia rasa rezeki nya dari usahanya. Tapi Allah kata Allah yang beri bukan sebab usaha manusia. Manusia yakin rezeki itu dengan usaha. Kalau tak usaha tak dapat.
       
        Sebenarnya usaha itu wajib. Tapi jika yakin dengan usaha itu datangnya rezeki, itu syirik. Dia mesti yakin walaupun dia usaha  tapi yang memberi rezeki itu Allah. Kenapa begitu?

         Sebab usaha manusia tidak boleh membawa rezeki. Buktinya  ada orang usaha tapi tak dapat rezeki. Sebab bukan usaha itu yang membawa rezeki. Usaha itu wajib sebab Allah perintah berusaha. Seperti burung Allah perintah ia usaha keluar dari sarangnya. Bukan duduk diam.

         Usaha yang paling tepat ialah berusaha supaya bertaqwa. Tapi orang usaha dengan kerja dan meninggalkan taqwa. Sedangkan taqwa punca rezeki dengan dalil,  at Thalaq : 2 dan 3,


"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."

       Jika orang usaha cari rezeki hingga tinggal solat , itu tanda dia tak yakin rezeki itu dari Allah , ia yakin usahanya sebab dia dapat rezeki. 
     
        Allah tanya , adakah apa yang manusia sekutukan dengan Allah itu dapat menghidup ,  beri rezeki dan mematikan manusia? Kalau tidak , kenapa masih sembah selain Allah?

          Mengenai rezeki pula lihat apa kata Allah dalam ar Rum:40,

    
         Jadi, dari ayat 40: ar Rum diatas, kita jangan risau dengan rezeki. Allah dah memang sediakan untuk kita. Dia cipta kita, Dia beri rezeki. Hanya perlu usaha dan bertaqwa.


Manusia kembali lemah

      Kembali kepada surah Hud:70 di atas, maka sebahagian dari kita Allah kembalikan kepada keadaan paling lemah lagi tua (arzal).  
        
       Allah cipta kita, ada yang Allah wafatkan di waktu  kecil  , waktu remaja, dewasa, tua dan paling tua. Keadaan arzal ini hingga tahap nyanyuk  yang nabi minta berlindung daripadanya. Ini doanya,
        Orang sehebat nabi pun minta berlindung dari perkara-perkara di atas. Maka kita lebih-lebih lagi lah. Iaitu mohon dijauhkan  dari:

1. Sifat pengecut.
          Iaitu kadang-kadang kita takut nak bercakap benar, takut tegur anak, takut isteri,  takut tegur sahabat. Sebenarnya bila kita tak tegur orang yang kita sayang, tanda kita tak sayang dia.  Seolah-olah kita rela ia dalam maksiat, dalam kemungkaran atau dalam bid'ah.

2. Sifat bakhil.
        Bakhil bukan dalam harta sahaja. Bakhil ini luas termasuklah bakhil ilmu. A Kita ada ilmu, ada orang jahil tapi kita tak sampaikan ilmu padanya. Itu bakhil ilmu.

3. Kembali kepada umur nyanyuk
        Biasanya orang nyanyuk bila umur 70 keatas.  Orang beriman jarang yang nyanyuk. Sebab Allah jaga dia.  Cara terbaik  untuk mengelakkan nyanyuk ialah selalu baca quran, tadabbur al quran dan hafal al quran.

4. Fitnah dunia.
           Fitnah ialah apa saja yang menjauhkan kita dari agama. Seperti lambat solat, leka dengan hobi. Apa saja yang menjauhkan kita dari Allah, itu fitnah.

5. Azab kubur
           Sebelum tiba hari kiamat , kita di azab di alam kubur kerana dosa-dosa kita.


        Keadaan nyanyuk itu ialah ia tak  tahu lagi apa yang sebelumnya ia tahu. Contohnya , isterinya bertanya, kenal tak siapa ni? Suaminya yang nyanyuk itu berkata, tak kenal ,  tak pernah jumpa pun. Padahal mereka sudah hidup bersama selama 50 tahun.


Siapa manusia terbaik?

        Kita ingat yang terbaik ialah umur yang panjang lagi sihat, harta pula banyak.   Tetapi nabi berkata lain, manusia terbaik ialah,
          
    " Sebaik -baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan bagus amal perbuatannya.

Dan sejelek-jelek manusia adalah orang yang panjang umurnya namun buruk amal perbuatannya."

[Shahîh, riwayat Imam Tirmidzi, lihat kitab ash-Shahîhah: 1/624]
         
          Bila dah nyanyuk boleh tak buat amal soleh? Tentu tidak. Sebab itu nabi kata bahawa jika dia panjang umur dan amalnya baik itulah yang terbaik.

       Dikisahkan bahawa imam Qurtubi sampai berumur 120 tahun tapi masih ingat dan kuat macam orang muda. Bila ditanya bagaimana itu terjadi? Jawabnya, bahawa masa mudanya ia taat perintah Allah maka masa tua Allah jaga dia.

       Ada juga dikisahkan seorang alim, tua tapi kuat macam orang muda. Bila ditanya bagaimana boleh seperti itu? Jawabnya  bahawa masa mudanya ia buang sifat hasad dengki  dari hatinya lalu masa tuanya Allah jaga jasadnya.

         Pengajarannya ialah jangan dengki kepada orang terutama bila ia mendapat nikmat. Yang pentingnya kita redha dengan apa saja pemberian Allah.

       Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa. Inilah sifat yang ada bagi pencipta. Jika ada ilmu tapi tiada kuasa maka ia tak boleh buat. Begitu juga kalau ada kuasa, kekuatan, tapi tiada ilmu juga tak boleh buat sesuatu.

 Pengajaran ayat 70, Hud  ialah,

1. Minta mati dalam Islam. Umur panjang atau pendek tak penting, yang penting mati dalam Islam.

Rezeki kita berbeza

      Selepas itu Allah ingin menjelaskan berkenaan perbezaan rezeki dalam surah an Nahl: 71,
          Apa saja yang memberi menafaat kepada kita dipanggil rezeki. Bukan duit saja. Umur, kesihatan, anak adalah rezeki. Rezeki yang paling mahal ialah ilmu. Sebab itu Allah utus nabi dengan al quran, bukan dengan duit.

        Rezeki manusia tidak sama. Ada kaya , ada miskin. Ada raja, ada rakyat. Ada yang sihat, ada yang sakit. Semua itu Allah yang atur. Jadi, apa sikap kita? Iaitu redha saja dengan Allah.  Lihat surah ar Rum :37,
         Allah kata Dia yang melapangkan dan menyempitkan rezeki. Jadi yang  apa patut kita buat? Iaitu bergantung pada Allah saja, jangan bergantung pada manusia.

         Ada orang kerja keras tapi tak kaya. Ada yang usaha  sedikit saja jadi kaya. Maknanya Allah lah yang mengatur rezeki mereka. Lihat an Nahlu:71,
 
         Allah hidupkan kita, beri rezeki kepada kita. Tetapi kita tak mahu berbahagi rezeki itu.  Bahkan yang kafir gunakan rezeki itu untuk menyembah selain Allah. Bukan kah itu kufur nikmat?



Apa rahmat yang terbaik?

     Allah lah yang menurunkan rahmatNya kepada manusia, oLihat az zukhruf: 32,
         Maksud rahmat di atas ialah para rasul. Kerana rasul itu adalah rahmat yang paling besar dari Allah untuk manusia.  Bayangkan jika tidak ada rasul, kita semua tidak tahu macamana nak beribadat.
       
        Tapi bila Allah utus rasul mereka tolak.  Sebab itu Allah bertanya adakah mereka yang membahagikan para rasul? Sedangkan hal dunia iaitu rezeki Allah yang beri, apa lagi hal agama Allah lah yang memberikan.
        
        Allah suruh kita lihat apa yang Allah aturkan kepada manusia. Ada yang di atas,  ada yang di bawah, supaya mereka dapat memenuhi hajat antara satu sama lain.
        
         Di atas semua itu,  Allah kata bahawa rahmatNya (rasul-rasul) itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan iaitu harta benda dunia .
         
        Sebab itu selepas perang Hunain, nabi beri semua harta rampasan kepada orang Mekah yang baru masuk Islam. Nabi kata kepada kaum Ansar, beliau akan kembali ke Madinah bersama mereka sedang orang Mekah balik dengan unta-unta mereka. Kerana rahmat (nabi)  lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.   Lalu Ansar berpuas hati.

         Begitu juga kita. Berapa ramai yang sibuk dengan harta, quran tak belajar, sunnah tak belajar,  sebab apa?  Sebab nak himpun harta. Padahal rahmat Allah lebih baik dari harta yang mereka kumpulkan.


Nikmat anak isteri



         Allah juga yang mengurniakan isteri kepada kita. Lihat an Nahl:72,
      Allah nak beritahu satu nikmat kepada kita. Iaitu pasangan kita dari kalangan manusia juga, bukan jin atau bunian. Bayangkan jika pasangan kita dari kalangan jin, bolehkah hidup aman bahagia? Tapi kebahagiaan rumahtangga itu jika suami isteri itu orang soleh.  Kalau tak kenal quran macamana nak jadi soleh?  Ayat ini juga menafikan yang manusia boleh berkahwin dengan jin.

        Dan nikmat anak dari perkahwinan kita. Nikmat itu bila anak itu anak yang soleh, dapat membantu kita di alam kubur. Begitu juga cucu yang baik itu nikmat.
      
          Jadi, Allah tanya , kenapa manusia beriman dengan berhala atau perkara -perkara syirik, tapi tak mahu beriman kepada Allah yang memberi nikmat?  Adakah patut dengan nikmat itu juga, mereka lalai dari mengingati Allah?

       Untuk mendapat keturunan yang soleh maka kita berdoa, seperti di bawah,
        Doa yang baik dari ibubapa kepada anaknya, insyaAllah tidak ditolak.

       

 Klang.    
19/10/23
        

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...